Wednesday, 2 October 2024

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ...

Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ni terasa semangat pula nak share trip pendakian Gunung Rinjani iaitu "The Second Highest Mountain in Indonesia, ekspedisi ini bertarikh 13-17 Julai 2024. Tapi baru kali ini baru berkesempatan menulis dalam blog untuk kenangan dan sebagai panduan untuk yang ingin mencabar diri mendaki Gunung Rinjani.

 Gunung Rinjani Terletak di Pulau Lombok, Gunung Rinjani juga merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan sering menjadi tumpuan bagi pendaki-pendaki tempatan dan juga dari luar negara

Mempunyai ketinggian 3,726 meter dengan pemandangan yang cukup indah, pendaki dari Malaysia juga semakin ramai menjejakkan kaki ke sini menawan puncak gunung yang terletak di Lombok ini.

Kami Seramai 20 dan Bersama Guide MORU
Guide MORU
Along (Tok Ketua)
Kak Yah
Mama Gojes
Kak Su
Iema
Aris
Atun Ku Syg
Linda Gojes
Abam Omar
Abam Man
Kak Mira
Niena
Diella Hasan
Kak Mar
Kak Faz
John
Joe
Fyda
Farah

Perjalanan untuk menuju ke puncak ternyata bukanlah mudah, namun dengan kegigihan dan beberapa panduan, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Berikut adalah tentatif semasa disana:

TENTATIF

Day1

KL-lombok international airport.

Singgah di bandar Mataram untuk beli barang keperluan.

Chek in hotel di senaru dan berifing

Day2

6:00 am:Sarapan dan bergerak di desa sembalun starting point(kaki gunung Rinjani).

Pendaftaran di Rinjani trek center Dan berfing laluan gunung..

7:00 am pendakian bermula

Pos 1 - pemantauan 1300meter • Pos 2 - Tengengean 1500meter • Pos 3 - Padang Balong 1800meter (lunch) • Kawah Plawangan 2 - Sembalun Crater Rim Camp 2639meter (bermalam di sini)..

Day3

1:30 am naik Puncak gunung Rinjani 3726 meter

7:30 am di jangka pendaki terakhir sampi puncak.

Turun ke pelawangan( makan tengahari)

Turun ke danau segera anak ( Hot spring)

Dan bermalam

Day4

Via Torehan

6:00 am sarapan 

7:00 am bergerak turun via torehan

Pos 3 - Mondok Lokak Pos 2 - Montong Satas 1500meter

Pos Windu 610meter - Rinjani Trek Centre via torean

Tiba di pintu Gerbang torean

DAY 5

Sarapan

7:00 am bergerak

Melawat Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila

Shopping barang outdoor ( kalau sempat)

Bergerak balik ke airport dan bye2 Lombok


Tentatif ini hanyalah panduan dan akan berubah mengikut situasi semasa hari kejadian

Sebelum ke Trip Pendakian ke Indonesia, terlebih dahulu, mohon Travel Insuran.
  • Penukaran matawang Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia buat masa sekarang adalah RM280 untuk 1 juta rupiah.
  • Perlu diingat bahawasanya pin plug elektrik di Indonesia adalah berkonsepkan ‘type C & F’. Sediakan ‘travel plug adapter’ dari awal.
  • Kebanyakkan makanan di Lombok dijamu dalam keadaan pedas & tidak berkuah. Jaga pemakanan sedari awal untuk mengelakkan kesakitan perut yang ekstrim setibanya di basecamp.
  • Pendakian dari Pos Sembalun ke Pos 2 boleh juga dengan menggunakan khidmat Ojek (teksi bermotor). Dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1 jam setengah waktu pendakian. Bayaran sekitar RP150,000-RP200,000.
  • Jika tidak mahu menggunakan Ojek, perlu berjalan kaki dari Pos Sembalun melalui Pos 1 & 2. Perjalanan bersifat landai & mengambil masa sekitar 2 jam.
  • Cuaca yang sangat terik & tiada pohon untuk berteduh mulai dari Pos Sembalun sehingga ke Pos 3. Pemakaian ‘sun block’ & topi ‘mortal kombat’ adalah sangat digalakkan.
  • Terlampau banyak tahi lembu di sepanjang jalan antara Pos Sembalun hingga ke Pos 3. Elakkan terpijak untuk mengelakkan kemurungan di awal pendakian.
  • Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu menggunakan khidmat porter. Sedari lebih awal ataupun kalian akan menanggung azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh pemikiran manusia normal. Charge Porter dari Pelawangan ke Peak Rinjani RP250,000
  • Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya. Minta pendaki jangan buang merata-rata. Bawalah pulang tisu basah tu..
  • Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp Tasik Segara Anak pada hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean). Sepanjang Pos terdapat jualan minuman dan makanan jika kehabisan bekalan.
  • Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.

  • Tiada tandas awam di basecamp. Yang ada hanyalah sebuah kawasan bertutup kain kanvas & digali lubang untuk tujuan melunaskan hajat. Perlu berkongsi dengan pendaki lain.
  • Sekiranya perlu membuang air besar, kambuslah semula dengan tanah untuk mengelakkan bau-bauan yang tidak diingini terhidu di sekitar kawasan perkhemahan.
  • Selain tahi lembu, tahi manusia juga agak mudah untuk ditemui di kawasan bersemak. Biasanya berlapik dengan tisu. Elakkan memijak tisu-tisu sekiranya terjumpa di jalanan. Demi Tuhan, sesungguhnya kemurungan seminggu akibat terpijak tahi manusia lebih menyakitkan hati berbanding terpijak tahi lembu.
  • DANAU  SEGARA  ANAK
  • Cuaca dingin membeku mula terasa sekitar pukul 6:30 petang. Penggunaan jaket tebal diwajibkan kecuali jika kalian berkulit seperti penguin.
  • Latihan stamina berintensiti tinggi seperti berjoging, turun naik tangga di tempat kerja, kardio workout, tersangatlah penting untuk menguatkan lagi daya tahan paru-paru. Elakkan sekadar melakukan latihan ringan seperti melompat bintang sehari 20 kali jika tidak mahu tertiarap awal untuk ke puncak.
  • Pendakian ke puncak akan melalui kawasan yang sangat berpasir.Penggunaan gaiter adalah wajib.
  • Kepenatan sebenar adalah apabila kalian melangkah 2 kali tetapi berterusan tergelincir semula ke bawah 1 kali akibat kurangnya tenaga geseran antara tapak kaki & pasir longgar untuk ke puncak. Banyakkan bersabar, mengucap & beristighfar. Ingat Tuhan.
  • TOREAN , INDAHNYA KAMU
  • Matahari mula terbit pada pukul 5:30 pagi. Cuaca panas melampau bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga boleh menyebabkan muka kalian menjadi warna pink. Bawa sunblock atau tutup muka kalian.
  • Sekiranya kalian merancang untuk turun melalui Danau Segara Anak sebelum ke Jalur Torean, perlu dipastikan agar kalian tiba di puncak Rinjani sekitar 6 – 10 pagi & kembali semula ke basecamp sebelum pukul 2 petang.
  • Jaga stamina ketika mendaki ke puncak. Kawal langkah & pernafasan. Jangan berlumba dengan mat saleh. Dah tentu dorang menang. Hanya memenatkan diri sendiri sahaja.
  • Elakkan memakai kasut yang ketat ataupun terimalah akibat dan mungkin akan kehilangan kuku kaki setibanya di Malaysia.
  • Jika mahu kelihatan kurus, gunakan ‘wide lens 0.5x’ ketika mengambil gambar. Pegang & posisikan kamera sedikit tinggi separas leher & halakan lens kebawah kearah subjek. Ini adalah teknik yang biasa saya gunakan ketika masih lagi aktif menjadi jurugambar perkahwinan.
  • Nikmati pendakian bersama kawan-kawan sebaiknya... Jangan lupa menari yaaaa... Berjaya menawan puncak ataupun tidak bukanlah penentu segalanya. Keselamatan diri lebih utama. Tidak lari Rinjani dikejar. Ambil tahu tahap kecergasan korang semua & selamat berusaha.
  • Jom Jalan-Jalan
  • Jalan-Jalan di Kuta Mandalika
  • Desa Sade terletak di Kecamatan Pujut, Lombok Tengah, Provinsi Nusa Tenggara Barat. Desa Sade berada satu dusun dengan Desa Rembitan.
  • Jalan-Jalan di waktu Malam
  • Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila
  • Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila





  • No comments:

    Post a Comment

    Gunung Rinjani, Lombok

    Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...