Tuesday 14 February 2017

Ist Time Nak Hiking


PANDUAN UNTUK 1ST TIME NAK HIKING
(sesuai utk day trip)
"Each fresh peak ascended teaches something"Setiap puncak yang baru didaki selalu mengajarkan sesuatu(Sir Martin Convay)
1. Ilmu pengetahuan

Sebelum  nak start hiking tu pastikan ada la sikit ilmu di dada. Sedikit sebanyak ttg hutan. Skrg ni semua di hujung jari... En google kan ada..tnye je pantang larang dlm hutan.. sedikit pasal survival dlm hutan...At least tau skit2 pon jd la kan. Drpd xtau apa2kan... Jangan jadi bodoh sombong..
2. Buat short research ttg destinasi yg dituju.

Rajin2 la google ttg tempat yg korang nk pergi tu. At least krg dpt gambaran ttg destinasi yg dituju. Baca blog2 atau tgk youtube grp2 yg dh pergi tmpt tu..jd xde la nnt terkejut bila smpi kt tmpt tu. And korang bleh buat persediaan mental dan fizikal....
3. Kasut

Make sure kasut korang pakai tu selesa....kau tgk lawa, men belasah pakai je.. Try pakai selesa ke dak... Sebab kaki yg banyak buat keje time hiking ni. Kalau kaki dh injured maka berakhirlah xpdc korng... nnt menyusahkan mmbr2 yg lain nk pikul korang pulak.  Lain org lain definisi selesa.. ikut korng punye selesa la.( Tips: tahan lasak,  cepat kering, ringan).
4. Air & Makanan

Bawak air utk diri sendiri.. Minum tu jgn la mcm gajah.. skali minum bergelen2.. Minum dlm qty sedikit2 utk basah kan tekak. Kalau skali hadap sebotol masaklah korng nk pikul air.. kalau ada camel back lg bagus ( yg mcm bag letak kt blakang pastu ada hose masuk mulut 😆) . Kalau saya ..biasanya ada bwak 1 botol kecik air kemenangan... air tu sampai puncak baru bukak... biasa air yg sdap2 (coke ke.. twister ke...sukati korng). Nanti bila sampai atau minum air kemenangan tu nikmat nya mcm ada 7E kt puncak ( air kemenangan optional je ni)...... Makanan pn sm... Kat puncak leh melantak tnda kemenangan... Selalu bwk nasi ngan sambal serojak.. Goreng Ayam.. Wowwwww.. Marbelessss bak ang...
5. Makanan

Bawak la sikit makanan ringan utk alas perut. (Roti, biskut atau sandwich). Jadi ada la energy skit...nk bwk energy bar pon ok..choki2 pon sdap..takut2 ada yg gastrik.  Sebelum start hiking make sure korng makan dulu... Jgn takut gemuk ... kira cheat day krng.. nnt kalori tu akan digunapakai....
6. Ubat

Bawak mini 1st aid kits utk bantuan mula (dlm mst ada plaster, paracetamol aka pain killer, inhaler utk yg semput. minyak gamat, kapak..dan apa yg krng rasa perlu).
7. Pergi & Bergerak dalam Group

Jgn sesekali solo hiking. Walaupun hutan blkg umah ..Walaupun korng tau selok belok hutan tu. Jgn nak blagak pandai ye... Saya xpa...  Pergi at least berdua. Ini penting kalau ada kecemasan at least ada org tau apa jadi kt korng. ( Skrg bnyk kes serangan jantung masa hiking). Kalau dlm group make sure ada mohican ..yg jg depan dan backmarker yg jg blkg. Jgn potong mohican dan jgn tinggal blkg backmaker (ada panggil swiper depends on definasi masing2). Backmarkers tgu klu ada yg lambat jgn tinggal. kalau boleh jarak antara grp jgn terlalu jauh.. nnt nk rescue payah. Yg depan tlg bwat marking kalau rasa mmbr blkg tu dh xlarat atau lambat.
8. Timing dan kenali kawan2 hiking.

Plan trip korng. Jaga timing dan kena kenal member2 yg hiking skali ngn korg. Kenali pace drg..jenis lambat ke..cepat pewai ke... jd korng boleh plan tu tracking brp lama. Set target time utk sampai pucak dan time utk turun. Bila korng dh plan timing krg boleh bergerak dan budget time utk break. Sbb tu kene tau pace kwn2 korng mcm ne..slow ke ..laju ke..Kalau krng rasa grp konrg jenis slow..start hike awal. Budget turun dr puncak dan sampai ke bwah sblm kol 5ptg kalau boleh sbb hutan cepat gelap.
9. Map

Kalau ada map sekitar kawasan pendakian print bwak la sonrg satu klu dpt. Incase hilang at least ada panduan walaupun xpandai sgt nk baca..... Jgn blagak pandai sgt...
10. Handfon & Powerbank

Ni sgtttt penting....Skrg dah ada teknologi..gunakan la. Kalau kecemasan boleh guna. Kalau ada coverage la. Banyak function sebenarnya fon tu...
11. Maklumkan pada pihak berkuasa

Maklumkan pada pihak berkuasa..polis..jab hutan kaw telibat...sebelum naik mendaki.. at least drg tau sapa kat atas sana. Ada sesetengah tmpt require korang dptkan permit mendaki. Jgn lupa inform ahli keluarga kat mana krg nak hike... nnt sng nk cari klu jd apa2 .Check n google!
12. Mulakan dengan yg mudah

Try dulu bukit atau gunung yg mudah bg yg 1st time tu. Tgk body ngn mental korng boleh terima ke tak. Pastu nk naik Everest ke ...pegi lah... Kalau mampu ....
13. Safety 1st & Brief kawan2

Walaupun tips ni no 13 tp dia ttp 1st dlm listing briefing korg. Bagi sedikit briefing sblm bergerak dan buat headcount.  Utk pastikan yg pergi sama bnyk ngn yg balik . Jgn ada tambahan peserta....Pandai2 korng janji yg sesuai ... light & easy dry...

         ~~~SELAMAT MENDAKI~~~

Thursday 2 February 2017

Hi Berembun, Kita Berjumpa Lagi

Welcome Berumbun, Kita Berjumpa lagi.... Gunung yang mudah di daki di sekitar Cameron Highlands adalah Gunung Berembun atau ada yang memanggil Gunung Beremban..... X pacak n santai je..... Hehehehe


Gunung rendah sahaja iaitu sekitar 1893 meter dari aras laut namun trek pendakian agak panjang kerana melibatkan laluan mendatar sebelum mendaki tiga atau empat puncak bukit yang mencabar untuk sampai di Puncaknya.... Pendakian yang pada mulanya bertemu ala-ala mossy dan seterusnya bertemu Hutan sehingga ke puncak.... Cuaca yang sejuk tak terasa letih sebabnya pendakian ini agak santai...

Gunung Berumbun  ini tidak menjanjikan pemandangan yang cantik tetapi trek pendakiannya agak unik kerana banyak kawasan pokok renek dan juga lumut yang tebal.... 


Kerana kurang dikunjungi oleh pendaki yang lain kadang kala trek laluan pendakian seakan-akan berbunyi apabila dipijak.
 Di puncak Gunung Berembun terdapat sebuah “beriut” iaitu pondok besi penanda Jabatan Hutan. Pemandangan dari puncak tidaklah begitu luas, hanya satu arah sahaja anda boleh lihat pemandangan rumah-rumah, ladang teh, ladang sayur-sayuran dan sebagainya. Dari puncak gunung Berembun ini, pendaki-pendaki boleh melihat puncak Gunung Brinchang dan puncak gunung Irau yang berdiri teguh membentuk banjaran Titiwangsa. 

Trek pendakian penuh dengan semak dan agak tebal. Kadang-kadang pendaki boleh kehilangan trek kerana banyak tumbuhan yang menutup trek pendakian turun. 
 

Dari puncak Gunung Berembun ini, pendaki-pendaki boleh melihat puncak Gunung Brinchang dan puncak Gunung Irau yang berdiri teguh membentuk banjaran Titiwangsa.... Betapa aku merindui Irau.....
Pulang Turun dengan laju terus ke Mardi Jam 1.00 Petang..
Keletihan yang teramat dengan bersize badan yang agak membesar.... 

*** Sekian ***

Wednesday 1 February 2017

Petua kalau masuk Hutan Dan Sesat

Sebut je "hutan", kita dah gambarkan keadaan di dalamnya. Sunyi, gelap dan yang paling kita takutkan ialah binatang buas yang tibe2 muncul kmudian boleh datang menerjah kita dari mana-mana arah sekalipun. Ok, balik cerita asal lak..

Buat mereka yang menggemari aktiviti camping, jungle trekking mahupun hiking, pastinya anda mempunyai banyak pengalaman sewaktu berada di kawasan seperti ini. Tetapi pernah atau tidak anda terdengar bunyi-bunyi pelik seperti suara perempuan mengaji di tengah-tengah hutan, bunyi ketawa ngilai2 ataupun tetibe ade bau wangi atau busuk.... Teng... teng... teng... Hati-hati lah ye kome... Jangan tegur ok.. Tunduk je bawah then buat dek.... Bebalik cite asal lak... Nak bagi petua kalau masuk hutan then sesat lak...

1. Baca Bismillah n selawat 3x
2. Cari pokok yang mengadap matahari
3. Pegi kat pokok kmudian Baca 3 Qul, Pusing keliling   
    pokok tu lawan jam sebanyak 3 kali

Insyaallah akan nampak jalan keluar...

Ade yang tanya, kalau belah malam camna pulak... tak nampak matahari...???

Pilih saja yang mana pokok dengan yakin bahawa pokok tu mengadap kiblat  di masa darurat...


Petua Keluar Hutan Pulak ye...

1. Otw keluar hutan, ambil ranting pokok @ dahan pokok
2. Sebelum keluar hutan , Baca Bismillah, Selawat & 3 
    Qul
3. Patahkan dahan tadi , buang kat jalan

So apa yang ikut kita sampai dekat situ jer.. Tak ikut smpai rumah..

Insyaalah dengan Izinnya......

 


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...