nak tahu G7 adalah senarai gunung-gunung yang melebihi
ketinggian 7 ribu kaki...
G bermaksud Gunung manakala 7 pula mewakili ketinggian yang melebihi 7000 kaki.
Wah, tinggi tu... Mampu kah... Mampu x... Fuhhhh melelahkan dan meleteykan ....
Jika anda pernah terdengar tentang V1, V2 dan V3, ianya ialah panggilan untuk versi-versi menawan Gunung G7 ini.
Rata-rata ramai yang menjadikan hiking sebagai hobi bagi mengisi
masa lapang. Ada pula yang menjadikan hiking sebagai trend dan
mendaki ternyata memberi banyak kebaikan... Bagi penggemar hiking tegar G7 (Gunung 7) semestinya
perlu ada dalam senarai wajib panjat kerana ia sangat mencabar mental dan
fizikal....
G7 adalah tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang merentasi
Banjaran Titiwangsa. G7 terdiri daripada Gunung Tahan (2,190m), Gunung Chamah
(2,171m), Gunung Ulu Sepat (2,158m), Gunung Yong Yap (2,168m), Gunung Korbu
(2,183m), Gunung Gayong (2,173m) dan Gunung Yong Belar (2,181m).
Antara gunung-gunung yang tersenarai dalam G7 ni mengikut ranking ketinggian adalah seperti
berikut,
1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki
1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki
Dan pada saper yang dah "Grad" G7 ni, memang power laaaa.! Dalam istilah lain, hebat bak Anggggg.
Tahniah Hakak ucapkan... Dah boley cerita pengalaman korang pada orang2
yang baru nak mendaki..
Grad G7 bermaksud, dah sapu/mendaki semua 7 gunung
yang tersenarai diatas...
Hahhhhh Tepokk!!!!!
Anda adalah Otai Gunung
Kadang-kadang terfikir jugak .... Janganlah dikejar sangat G7 ke, G12 ke dsb,
itu tak penting kan..... Sebab tujuan hiking ni, bukan sebab nak kejar G7, tapi nak lihat dan menikmati alam dengan meluas, dan sekali gus boleh pikir
keagungan ciptaan Allah SWT dekat atas bumi yang luas ni... Betoll tak.....
Dalam erti kata
lain, boleh muhasabah kan diri kita yang kerdil ni :(
Cipta rekod masa
dan ketinggian itu tak penting...
Kalau tamat G7 sekali pun, kita sebagai
muslim kalau lupa Pencipta kita, masa masuk hutan, naik gunung tinggi mana pun
tak guna jugak. Takut nanti, kita rasa kitalah yang lagi hebat dari Pencipta dan
sekali gus bole lupa diri ataupun perkataan yg paling best dalam dunia RIAK & Takbur...
Huhuuhu :( Itu yang takut tu...
Untuk menjadikan hiking sebagai hobi, pelbagai perkara penting harus diutamakan..... Bagi Orang-orang yang mahu mula mendaki, pastikan keselamatan diutamakan. “Selain itu, bawa air minum yang cukup terutamanya jika anda dalam ekspidisi mendaki..... Kalau boleh, pergilah dengan orang yang berpengalaman....Maksudnya jika korang baru mahu cuba mendaki, pastikan dalam kumpulan anda itu ada orang yang berpengalaman mendaki. Sepanjang pendakian pula, jangan buang sampah merata-rata dan pastikan bawa balik sampah anda.... Paling penting sekali, have fun!”.....
Pelbagai pengalaman telah hakak redah sepanjang menakluk G7 nih.... Kaki luka dan melecet tak payah cakap, sejuk menggeletar, penat dan akhirnya
alhamdulillah, semua berjaya sampai ke bawah... Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan....
1. GUNUNG TAHAN, PAHANG
Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di
Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik
sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Walaupun ketinggiannya adalah
rendah berbanding Gunung Kinabalu tetapi tahap kesukaran dan cabaran yang perlu
dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Tahan adalah jauh lebih mencabar. Lazimnya, laluan ke puncak Tahan serta anggaran
tempoh hari pendakian berdasarkan kapasiti pendaki adalah seperti berikut:
•
Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-7 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan
– Merapoh (5-7 hari)
• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (4-5 hari)
2. GUNUNG KORBU, PERAK
Dengan ketinggian 2,183 meter Gunung Korbu merupakan puncak tertinggi
Banjaran Titiwangsa dan kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu hanya
kurang tiga meter berbanding Gunung Tahan. Pendakian Korbu boleh diakses
daripada Tanjung Rambutan (anggaran 2-3 hari ke puncak) atau bermula dari Tanah
Rata, Cameron Highland, Pahang di mana perjalanannya adalah lebih mencabar.
Di puncak Korbu akan kelihatan jelas pemandangan
Bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Selat Melaka, Taiping, Pulau Pinang, Gunung
Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Yong Yap serta Gunung Brinchang. Ramai pendaki
akan membuat ekspedisi pendakian lebih ekstrem dikenali sebagai Trans Titiwangsa
V1 bermula dari puncak Gunung Korbu terus ke Gunung Gayong seterusnya ke Gunung
Yong Belar kemudian berakhir di Cameron Highland. Ekspedisi berkenaan mengambil
masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan
perjalanan melalui rentas hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan
Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari.
3. GUNUNG YONG BELAR, PAHANG
Gunung Yong Belar setinggi 2,181 meter bersempadan di antara negeri Perak-Pahang-Kelantan atau secara spesifiknya di Cameron Highland. Bagi yang pernah mendaki Gunung Irau, apa kata anda jadikan Gunung Yong Belar sebagai sasaran pendakian anda yang seterusnya kerana ini adalah gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia. Pendakian ke puncak sejauh 20 kilometer akan memakan masa selama 2 hari 1 malam.
4. GUNUNG GAYONG, PERAK
Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut bersamaan 2,173 meter. Gayong merupakan gunung keempat tertinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak bersebelahan dengan Gunung Korbu di Perak. Lazimnya pendaki akan melalui puncak Korbu dan Gayong dalam satu ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan hanya mengambil masa anggaran 2 ke 3 jam dengan merentasi permatang dari Korbu ke Gayong. Sinonim dengan gelaran KORGA iaitu Korbu dan Gayong, kedua-dua gunung ini semakin menjadi kegilaan ramai pendaki.
5. GUNUNG CHAMAH,
KELANTAN
Gunung Chamah terletak di Hutan Belum, Kelantan
dengan ketinggian 2,171 meter. Secara geografinya, Chamah adalah sebahagian
daripada koridor di antara ‘Lower Belum’ di Negeri Perak dan Lembah Nenggiri di
Negeri Kelantan. Ini merupakan kawasan yang masih diliputi hutan dan belum
terusik. Trek mendaki gunung terpencil ini adalah antara yang paling sukar dan
amat menguji ketahanan fizikal dan mental para pendaki. Maka tidak hairanlah ia
merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan diterokai. Setakat ini
kawasan ini masih belum diwartakan sebagai Taman Negeri atau Taman Hidupan Liar.
Oleh itu adalah sangat mustahak gunung ini dan persekitarannya diwartakan
sebagai Hutan Simpan Kekal terlebih dahulu dan kemudian diwartakan untuk fungsi
hutan perlindungan di bawah kelas Taman Negeri di bawah Seksyen 10(1) Enakmen
Perhutanan Negara 1985.
6. GUNUNG YONG YAP, PERAK
Gunung Yong Yap dengan ketinggian 2,168 meter
adalah gunung keenam tertinggi di Semenanjung Malaysia. Permulaaan trek
pendakian ke gunung ini perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke Kampung
Regil dan seterusnya ke Kem Agas. Gunung ini juga boleh dikategorikan sebagai
salah satu gunung yang mampu mencabar ketahanan fizikal dan mental para pendaki.
Anggaran jarak trek ke puncak adalah sejauh 18 kilometer. Untuk satu kilometer
terakhir ke arah puncak gunung, pendaki akan menikmati keindahan struktur
semulajadi hutan berlumut yang sememangnya akan memberi kepuasan yang berbaloi
setelah mengharungi pendakian yang mencabar sepanjang hari.
7. GUNUNG ULU SEPAT, PERAK
Gunung Ulu Sepat terletak di Tasik Temenggor, Perak.
Walaupun berkedudukan tempat ketujuh dengan ketinggian 2,161 meter, gunung ini
turut dilabelkan oleh para pendaki sebagai salah satu gunung yang mempunyai trek
yang sukar dan mencabar. Lazimnya, para pendaki akan ke puncak Gunung Ulu Sepat
menerusi ekspedisi Gunung Chamah-Ulu Sepat atau dikenali sebagai “CUS”.
Ekspedisi CUS yang memakan masa enam ke tujuh hari pasti akan menjanjikan
pengalaman yang tersendiri kepada kaki gunung untuk melengkapkan G7.
Take Note : Joinlah kawan-kawan hiking sekadar
minat dan mengisi masa lapang... Selain itu, dengan aktiviti ini juga dapat
menyihatkan badan. Bagi yang berbadan besar macam hakak, berusaha demi turunkan
berat badan.... Dengan aktiviti ini juga dapat tambah kenalan. Kenalan dari
pelbagai pelusuk Negeri Malaysia nih... Ada yang jumpa di puncak bukit, ada yang jumpa dalam group
hiking facebook dan ada juga yang jumpa dalam group hiking whatsApp... Alhamdulillah, bagi hakak aktiviti ini sangat bermanfaat, Disamping dapat
menikmati keindahan alam.
1) Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
2) Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
3) Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
4) Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
5) Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
6) Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
7) Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.
Bagi yang belum pernah menjejak kaki mahupun mendaki gunung G7,
persediaan rapi sebelum memulakan pendakian gunung G7 amatlah penting
disebabkan setiap gunung G7 mempunyai keistimewaan tersendiri:
1) Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
2) Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
3) Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
4) Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
5) Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
6) Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
7) Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.
MARI BELAJAR BAHASA HIKERS
Ni bahasa pendaki yang selalu disebut2.. Sering kali digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia, Sabah DAN sarawak. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki.
Contohnya, pewai. Dulu tak tahu pun lipak tuh! hahaaa... Bila dah selalu mendaki dengan geng-geng otai, memang tu la perkataan yang selalu didengari!
1. pewai - terlalu penat
2. lolo - kem lolo, I love Nuang
3. powil - kenderaan pacuan 4 roda 4x4
4. ground & fly - canvas menggantikan khemah
5. Open tent - khemah xde pintu
6. depek - daypack
7. lipak - tipu / xdpt pergi
8. gogo - organizer / tukang push bg semangat jalan sampai peak
9. sweeper - tukang sapu belakang
10. guide - Petunjuk arah / orang depan
11. angkat sauh - Mulakan Perjalanan
12. nubis - Pendatang baru arena hiking / newbies
13. tiruk - mandi
14. sidai - melepak
15. capless - tergelincir
16. laat - typo
17. pangok / pacak - trek mencanak naik
Ini pula ialah singkatan yang digunakan pada nama gunung:
1. CBL - Air Terjun Chemerong, G. Berembun dan air terjun Langsir, di Terengganu
2. K2 - kenderung dan kerunai, di Gerik Perak
3. MK - Mount Kinabalu
4. CUS - Chamah, Ulu Sepat (banjaran Titiwangsa)
5. GUS - Gap, Ulu Semangkok, Fraser Hill
6. ABC - Annapurna base camp
6. ABC - Annapurna base camp
7. EBC - Everest base camp
8. GBH -gunung besar hantu di Jelebu Seremban
9. BAS - Baha , Ayam, Stong di kelantan.
10.YYBTN - Gng. yong yap, bubu, tok nenek (banjaran Titiwangsa)
*** In syaa Allah ***
Padu lah
ReplyDeletecongrat sis
ReplyDeleteNICE
ReplyDeleteTQ INFO
ReplyDelete