Gunung Pulut yang berketinggian 651 Meter yang terletak di Daerah Grik, Perak
tidaklah sefemes Gunung Kenderong & Gunung
Kerunai ( K2 ) tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri... Ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit akan demikian
pendakian ini tidaklah menghampakan anda semua kerana disajikan dengan pemandangan yang indah ketika
matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di disekeliling gunung.... Gunung Pulut ini terletak besebelahan dengan Gunung Papulut dan untuk sampai ke puncak dianggar sekitar 1 jam diperlukan (Itupun kalau anda laju ataupun semangat buddy anda)... Dalam hal ini Anda boleh lakukan aktiviti ini di hujung minggu sahaja tanpa perlu
meminta cuti...
Trek ke Gunung Pulut agak mencabar kerana korang perlu melalui lereng-lereng
yang agak curam dan berbatu. Adakalanya perlu beratur untuk
melalui laluan kecil yang mana boleh memuatkan seorang dalam satu masa.
Meskipun permit tidak diperlukan untuk mendaki, namun disarankan menggunakan khidmat pemandu arah untuk tujuan keselamatan...
Laluan menuju ke Gunung Pulut ini akan melalui kampung Tawai, dimana dipermulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan
balak yang sudah lama ditinggalkan jalan yang agak mendatar sebelum cabaran
sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang agak menaik
dan laluan banyak menghala ke sebelah kiri, tapi awas ini antara laluan gajah untuk ke hutan sebelah untuk mencari makanan kerana di sepanjang
perjalanan daripada bawah sehingga ke puncak akan menjumpai banyak najis gajah dan sekiranya hampa bernasib baik seperti kami akan menjumpai bekas tapak
gajah dan anaknya serta bau yang masih bar...
Jam 4.00 pagi mulai gerak bersama-sama kumpulan dr kaki Gunung sehingga ke puncak.. Tepaksa menunggu giliran untuk memanjat menggunakan tali... (Hati-hati ye... Anda disarankan memakai Glove)
Agak merbahaya untuk mendaki dan turun untuk kepuncak & menurun... Sayangilah nyawa anda.... Hehehehhe
Sakan bergambar.. Tak kisahla orang dok lalu lalang
Rumput carpet yg awesome... Cuaca agak sejuk pd masa ni....
Gunung Pulut akan ku tawan sekali lagi selepas ini...
Amboi sakan begambo guna spek ye... This is My Hikers..
EIla & Mas....
Jangan ditanya mengapa kami suka mendaki..
Cubalah sendiri...
Keadaan di Puncak Gunung pulut agak luas dan memanjang seperti Bukit Kledang dimana untuk sampai ke penghujung bukit mungkin akan melalui beberapa bukit kecil, jadi sekiranya ingin bercamping di atas banyak port yang sesuai dimana keadaan permukaan tanah yang agak berbatu tapi agak mendatar sesuai untuk mendirikan fly. Di atas banyak pokok-pokok renek yang boleh ditemui tapi yang paling menarik kewujudtan kelompok lumut dan banyak spesis-spesis orked boleh dilihat....
Fuhhhh ni buat ketor lutut... tejunam... Salah langkah, abis lah kauuuu...
Hi smua... siap sedia untuk turun
My Hikers PokTeh, Eila, JaiHo & Mas
Sepanjang Perjalanan menuju pulang, trek agak licin dan menurun dgn cepat... Trek ini masih suci belum dinodai oleh para pendaki dimana di awal pendakian akan kelihatan banyak pokok-pokok kayu yang bersaiz agak besar yang bernilai ribuan ribu ringgit selain itu di sepanjang laluan juga agak mudah untuk menjumpai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok herba antara tongkat ali, cendawan yang pelbagai warna dan saiz sehingga ke saiz gergasi, pokok-pokok bongsai dan juga spesis orked...
Pulang dengan Jayanya...
Tips Mendaki Gunung Pulut :
- Bawa air yang secukupnya minimum 2 botol x 500ml / water bag sepanjang mendaki dan juga makanan seperti roti, gula2, powerbar & snek
- Di bahagian permulaan menuju ke waterpoint antara lokasi kegemaran pacat menunggu mangsa & ini antara laluan gajah jadi berhati-hati
- Bawa juga Glove untuk digunakan semasa dipuncak
- Guna kasut yang sesuai daripada waterpoint menuju ke puncak laluan sebenarnya agak licin terutama selepas hujan ( macam trek gunung baling pun ada ), kasut terbaik adidas kampung dan untuk ke puncak perlu sedikit mendaki di laluan yang agak berbatu-batu ( anggaran 15 minit )
- Mohon jangan buang sampah merata-rata, kerana kawasan gunung ini masih terjaga dan bersih & air sungai yang mengalir merupakan sumber air dr Kampung
Is going up to G.Pulut needs to apply any permit?
ReplyDelete