Monday, 3 December 2018

Gunung Kerunai, Grik Perak

Assalamualaikum Hikers... Hakak aim lama dah nak pegi K2... Akhirnya telaksana bila dapat pergi Kerunai jew disebabkan Hutan Simpan Di Negeri Perak Tutup 3 Bulan.... So layannn Gunung Kerunai jew la... Gunung Kerunai ini mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (4,011 kaki) dan terletak berhampiran dengan Gunung Kenderong menyebabkan mereka digelar puncak kembar Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak...
Gunung Kerunai yang berketinggian 1000 M dari paras laut menarik minat para pendaki untuk mendaki atas keunikan 2 gunung yang seakan kembar dari jauh... Gunung Kenderong Dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana2 Banjaran... Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus... Gunung Kenderong berketinggian 1223M a.s.l dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M..
Pendakian hakak kali ini bersama dengan Group Kospen dari Kementerian Kesihatan Hulu Perak... Seawal 11.00 malam kami dikehendaki berkumpul di Stesyen Bas Grik... Sempat hakak dan rakan2 pergi beli jajan untuk dibawa ke Puncak... Bukan apa, takot lapo atas dengan kesejukan yaamat di sana nanti.... Jam 12.30 kami bertolak menuju ke Masjid Kg. Pahat yang terletak di Jalan Baling Sebelah kiri Jalan...
Kami menaiki powil yang disediakan dan bergerak menuju ke Pintu Rimba Jam 2 pagi... Setibanya di sana kami diarahkan untuk berkumpul dan diberikan taklimat serta dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang anak jati Gerik yang sudah arif tentang selok-belok Gunung Kerunai dan beberapa Jurupandu dari Anak Jati Gerik juga...
Mereka juga telah bersiap sedia dengan membawa alatan yang lengkap termasuklah peti pertolongan cemas sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan sekiranya berlaku kecederaan...
Pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam lebih dengan jalan yang amat berliku dan mencabar pada waktu malam... Para pendaki perlu mempunyai stamina yang tinggi dan mental yang kuat untuk sampai ke Puncak Gunung Kerunai... Kami tiba di Puncak Gunung Kerunai Jam 5.20 pagi...
Sampai di puncak Krill dan Ayie pasang ground untuk berehat sambil menunggu Ibu menggoreng Cucur Jagung untuk dimakan... Krill, Kak Emy, Dila Dolisa dan Ayob dah tidur nyenyak diulik mimpi.. Hakak je dok menyembang rakan-rakan pendaki yang lain... Jam 6.30 pagi kami mulai bangun untuk melihat sunrise dari Atas Puncak Kerunai..
Bergambar bersama Otai-otai yang padu
Hakak bersama Group Membawang Hikers
Apa yang menariknya mendaki gunung Kerunai ini dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka dan memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang dilihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view... Di sepanjang perjalanan hampa akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, species orkid dan juga Periuk kera...
Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi
From Kerunai With Love
…..Di puncak abadi kita akan 
mengangkat tangan
Berteriak lantang menjadi gema 
bersahut di dinding gunung
…..Di puncak abadi kita akan bersama
Bercerita, tertawa, sampai 
akhirnya kita terlena..
Gunung Kerunai 1000m

Moh balik... Kami turun jam 8.30 pagi dan setibanya di bawah jam 9.45 pagi...
Gunung Kerunai dikatakan 80 darjah pacak menaik dengan batu yang halus... Agak bahaya jika turun agak laju... Jadi berhati-hati apabila menuruni dari puncak sehingga ke akhir pintu rimba... Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai...
Trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh.. Digalakkan Semua pendaki membawa Air yang secukupnya kerana jam 9 pagi matahari naik agak terik dan sangat panas ketika turun...
Sementara menunggu tiba, kami tangkap gambar di atas powil
Muke kepenatan
Wif Kakak & Abg2 Gojes  serta Adik2 yang Chomel.. Semoga Kita berjumpa lagi...

3 comments:

  1. salam sis..sy berminat nak join group akq..sy dr ipoh .sy brminat sgt hiking.so sy xtw nak mula dr mane

    ReplyDelete
  2. blh wasap sy utk info 0145075305

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak atas tulisan yang bedrmaklumat dan bermanfaat bagi mereka ingin mendaki Gunung Kerunai.

    ReplyDelete

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...