Wednesday, 11 March 2026

Bukit Kepala Gajah, Lenggong

Assalamualaikum Hikers.. Pendakian kali ini hakak bawa ke Bukit Kepala Gajah, terletak di Daerah Lenggong. Ia merupakan salah satu destinasi alam semula jadi yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pendaki yang mempunyai pemandangan yang memukau dan mempunyai cabaran tersendiri

TENTATIF BUKIT KEPALA GAJAH  225mt

(SUNRISE ATTACK)

4.30am- Berkumpul starting point di parkir bukit kepala gajah

5.00am- Briefing..Senaman..mula pendakian

6.00am- Puncak Bukit Kepala Gajah 

(Solat, layan sunset bergambar)

8.30am- Bergerak turun ke parkir

9.30am- Tamat pendakian Bukit Kepala Gajah

*masa bergantung kepada line up

*Mandatory item*

1. Kasut Hiking yang sesuai

2. Baju dan Seluar outdoor

3. Head Lamp (Wajib)

4. Beg 12L 

5. Water 2L 

6. Windbreaker

7. Ration Sendirian

8. Glove

Dikenali dengan bentuk puncaknya yang unik menyerupai “kepala gajah”, dan bukit ini bukan sahaja menawarkan pengalaman pendakian yang mencabar, tetapi juga keindahan panorama yang menakjubkan.

Dengan ketinggian sekitar 225 meter, Bukit Kepala Gajah menjanjikan pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan.

Berikut jarak Kilometer
Ipoh - Bukit Kepala Gajah = 79.2 KM
Susur Keluar Lebuhraya K.Kangsar - Bukit Kepala Gajah = 42.5 KM
Lenggong - Bukit Kepala Gajah = 1.9 KM

https://maps.app.goo.gl/bQr9tgGrYb4fnqyA6

Seawal jam 4 pagi kami berkumpul di Dataran Lenggong dan bersiap kelengkapan pada jam 4.45 pagi. Kami diberi taklimat oleh Guide tempatan yang merupakan Malim Gunung Perak dan bergerak ke kaki Bukit pada Jam 5.00 pagi. Salah satu keistimewaan utama Bukit Kepala Gajah ialah formasi batu kapurnya yang dramatik, menjadikannya lokasi pendakian yang menarik bagi mereka yang gemar menerokai landskap berbukit.

Apabila berada di puncak, pendaki akan disajikan dengan pemandangan luas yang merangkumi pokok hutan yang menghijau, sungai yang berliku, serta perkampungan tradisional di kaki bukit.

Pemandangan ini menjadi lebih istimewa pada waktu matahari terbit dan terbenam. Ketika fajar menyinsing, kabus nipis yang menyelimuti kawasan sekitar mencipta suasana magis, sementara cahaya matahari keemasan pada waktu petang memberikan panorama yang memukau.

Tidak hairanlah, Bukit Kepala Gajah sering menjadi lokasi pilihan jurugambar alam semula jadi yang ingin merakam keindahan landskap di Daerah Lenggong ini.

Walaupun ketinggian Bukit Kepala Gajah tidak setanding gunung-gunung besar di Malaysia, pendakian ke puncaknya tetap memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ia memerlukan kekuatan tangan untuk memegang tali dan kasut yang sesuai untuk mendaki. Batu granit yang tajam dan sangat licin membolehkan ianya terlepas sekiranya tidak memegang terlalu kuat tali yang diikat dan disediakan.

Laluan ke puncak adalah berbatu dan agak curam, dengan beberapa bahagian yang memerlukan pendaki perlu berhati-hati mengikut laluan yang telah disediakan.

Pendakian ini mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit, bergantung kepada tahap kecergasan individu.

Disebabkan keadaan laluan yang mencabar, pendaki digalakkan memakai kasut yang sesuai dan membawa sarung tangan untuk perlindungan tambahan. Selain itu, air yang mencukupi dan pakaian yang selesa amat penting bagi memastikan pendakian berjalan lancar.

Bagi pendaki yang pertama kali ingin menawan Bukit Kepala Gajah, adalah disarankan untuk menggunakan khidmat pemandu arah tempatan(Malim Gunung Perak) yang lebih berpengalaman dan mengetahui laluan terbaik.

Bukit Kepala Gajah bukan sahaja terkenal dengan formasi batu kapurnya, tetapi juga dengan ekosistem semula jadinya yang kaya. Sepanjang laluan pendakian, pendaki berpeluang melihat pelbagai spesies flora seperti pokok renek, bunga liar, serta lumut dan paku pakis yang tumbuh subur di celah-celah batu.

Dari segi fauna, kawasan ini menjadi habitat bagi pelbagai spesies burung, rama-rama, dan serangga eksotik.

Kadangkala, pendaki juga berpeluang melihat kelibat tupai atau cicak batu yang menjadikan kawasan berbatu ini sebagai tempat tinggal mereka. Bagi peminat fotografi hidupan liar, Bukit Kepala Gajah menawarkan banyak peluang untuk merakam keunikan flora dan fauna tempatan

Jika anda merancang untuk mendaki Bukit Kepala Gajah, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu:

  • Pilih waktu yang sesuai – Waktu terbaik untuk mendaki ialah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan cuaca panas.
  • Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai – Kasut mendaki dengan cengkaman yang baik adalah penting kerana laluan berbatu boleh menjadi licin, terutama selepas hujan.
  • Bawa air secukupnya – Tiada sumber air di sepanjang laluan pendakian, jadi pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi.
  • Jangan mendaki bersendirian – Demi keselamatan, lebih baik mendaki bersama rakan atau dalam kumpulan.
  • Patuhi etika pendakian – Jangan membuang sampah merata-rata dan hormati alam sekitar bagi memastikan kelestarian Bukit Kepala Gajah terjaga untuk generasi akan datang.
 Wajah-wajah ceria
(Adel, Lin & Diella Hasan)

Mulai pagi dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT atas setiap napas yang masih dapat dihirup hari ini.

Ya Allah, limpahkan segala berkah dan kebaikan-Mu di pagi yang cerah ini

Bukit Kepala Gajah
Kicauan burung terdengar merdu
Menandakan adanya hari baru
Indahnya alam ini membuatku terpaku
Seperti dunia hanya untuk diriku

Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk kupendam
Dari siang hingga malam
Pesonanya tak pernah padam

Desiran angin yang berirama di pegunungan
Tumbuhan yang menari-nari di pegunungan
Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga


 

Thursday, 5 February 2026

Gunung Silipat, Betong

 Assalamualaikum Hikers

Kali ni hakak nak bawa korang naik satu Gunung yang sememangnya famous sejak dulu yang berada di Thailand.. Apa yang uniknya tentang Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb & bekepok kepok! Walaupun sudah pergi, tapi masih merindui awan yang mempesona  pastinya menarik minat pendaki-pendaki yang mengejar view apabila tiba di puncak Gunung Silipat ini.

 Berikut merupakan itineri Gunung Silipat:-

ITINERI MT SILIPAT
Hari Pertama
✅6:00Am - Berkumpul di petronas, Pengkalan Hulu 
✅7.30am- Skywalk Ayerweng
✅10am.. Waterfall King Rama
✅12.30pm - Bergerak ke checkpoint untuk menaiki powil. 
✅1.30pm - Menaiki powil ke starting point 
(5-6km)
✅2.30pm - Start hiking
✅4pm - Sampai ke campsite 
(Agihan tent dan rest)
✅6:00pm - Hike ke peak untuk sunset 
(15-20minit hike)
✅7:15pm - Turun ke campsite (solat/dinner)
✅9pm- BBQ
✅11:00pm - Free and easy❤️

Hari Kedua
✅6:00am - Start hiking
✅6:20am - Tunggu sunrise dan bergambar
✅7:00am - Breakfast 
✅10:00am - Turun Ke Campsite & packing barang untuk turun. 
✅11:00am - hiking turun
✅12:00am - TAMAT
Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. 
Sebelum ke Gunung Silipat, hendaklah mengisi borang imegresen sebelum masuk Thailand agar urusan kemasukan di Thailand berjalan dengan lancar (3 hari sebelum ke Thailand)
DAN 
Insuran kereta

Pengumuman Penting untuk Pelancong ke Thailand!
Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda.
1. Log masuk ke portal: 
https://tdac.immigration.go.th/arrival-card/#/home
Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.

Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Gunung ini terkenal dengan pemandangan awan carpet (awan nano). Malah, ia adalah tempat terbaik untuk kita melihat awan carpet kerana dapat lihat pemandangan 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Ketinggian Gunung ini adalah setinggi 607 meter, sangat sesuai untuk pendaki baru. Terdapat beberapa Campsite yang boleh digunakan untuk ke Gunung Silipat, antaranya Punapa Campsite dan Prakytip Campsite. Kami memilih Prakytip Campsite kerana senang mendaki terus ke puncak.

Perjalanan kesini mengambil masa 4 jam perjalanan dari Ipoh. Kami bertolak menaiki kereta pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 4.00 pagi. 

Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Bagi yang bawa kenderaan, diingatkan bawa 

1. Geran Kereta (Sijil Pemilikan Kenderaan/VOC)
Tanpa dokumen ini, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Thailand bersama kenderaan tersebut. 
2. Pasport 
3. Insuran Kenderaan Thailand
4. Lesen Memandu 
5. Borang TM2 & TM 3
(Borang ini dipanggil Penyampaian Maklumat
TM.2 Ia digunakan secara khusus untuk mengisytiharkan kenderaan yang anda bawa ke Thailand)

TM3 Merujuk pada borang maklumat penumpang yang perlu diserahkan untuk urusan imigresen di Thailand.

Setelah memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu Perak, perjalanan diteruskan   ke kawasan Skywalk Ayerweng. Setibanya disana, kami menaiki powil untuk naik ke atas dengan bayaran 30 Baht seorang. Setibanya di atas, bayaran dikenakan 200 Baht dan 30 Baht (Stokin)
Selesai berhealing di Skywalk, kami meneruskan perjalanan untuk makanan tengahari. Selesai makan, kami menuju ke Air Terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Masuk ke ke air terjun ini percuma dan jarak tapak parkir ke air terjun ini sekitar 400 meter. Jalur jelas dan terdapat penjaga dan kemudahan asas seperti tandas. 

Selesai bermain di Air Terjun King Rama, kami menuju ke kewasan letak parking kereta di kawasan yang selamat oleh Guide & Gogo kami. Selesai berkemas barang2 , Group hiking dan Group Powil menuju ke Basecamp 
Gunung Silipat. Perjalanan Group Hiking selama 1 jam 30 minit dan Group Powil 
selama 45 minit. Teruja dan rasa tak sabar! hahaa.. 

Pertengahan jalan masuk jalan hutan.... ha rasakan!...

Pengalaman naik powil ni memang agak thrill! Dah macam ikan sardin bersesak dengan backpack yang menimbun. Sebabnya jalan hutan dia untuk menuju ke starting point untuk hiking agak mencabar, sempit dan curam. Memang rasa nak tergolek & macam sikit lagi dah nak masuk gaung! 

Perjalanan amat menguji di saat terhuyung hayang mengikut ayunan powil. Kadang senget ke kiri, senget ke kanan, kadang mencanak ke atas dan paling terseksa bila terpaksa menunduk dan mengelak kepala dari ranting dan daun-daun pokok. Sakit wehh kalau tergesel dan tak sempat mengelak dari terkena dengan pokok-pokok di tebing.

Macam-macam drama atas powil tuh! Memang seram! Kami naik powil lebih kurang 45 minit yang sungguh mendebarkan! hahaaa 

Tahap kesukaran gunung ini di skala 3/10 tetapi skala ini mungkin berbeza mengikut tahap individu. Waktu tempatan (Betong ) juga berbeza 1 Jam dari waktu Malaysia. Jadi rancang perjalanan anda.

Hiking lebih kurang 1 jam 30 minit untuk ke kem site. Trek dia mula-mula dia dah bagi pacak tak de diskaun! Lepas tu, mendatar sikit, ada naik turun bukit. Lalu di kawasan kebun dan ladang getah.
▶︎ Terdapat banyak akar pokok yang licin di sepanjang jalan, jadi anda perlu memakai kasut hiking dengan geseran yang baik.
▶︎ Akan ada jalan batu apabila menghampiri puncak
gunung. Anda perlu berhati-hati apabila naik dan turun.
▶︎ Hanya mengambil masa kira-kira 20-30 minit dari
kem ke puncak gunung.
Terdapat juga kedai runcit di kawasan perkhemahan akan tetapi tiada punca air di kawasan perkhemahan ini dan tandas juga tidak dibenarkan mandi.
Lepas kemas barang-barang dalam khemah, kami bergerak menuju ke puncak. 

Mari-mari Acik sediakan Makanan.
Mari amik sorang satu

Ohhhh Oyennn

Gunung Silipat terletak di Betong, Selatan Thailand. Ia juga dikenali sebagai IyerWeng atau “Lautan Kabut”. Gunung ini terkenal dengan tarikkan Awan Carpet atau Awan Nano. Malah, ia adalah tempat yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang melihat awan karpet secara 360 darjah mengelilingi puncak gunung.
Kami Makcik makcik

Gunung ini setinggi 607 meter, dan sangat sesuai untuk semua lapisan pendaki lama atau baru. Jarak Campsite ke Puncak hanyalah sekitar 100meter sahaja.
Kalau siapa pernah hike Gunung Silipat, mesti tahu tentang satu kucing oyen ni. Diberi nama Segha. Kucing ni sebenarnya kucing orang thai di kampung yang hilang, oyen berjalan sehingga la sampai di campsite Gunung Silipat dan duduk je situ dah nak tiga tahun dekat situ.

Ketahui sebelum naik ke Puncak

  • ❤Pertimbangkan untuk melawat semasa bulan sabit untuk pemandangan lautan awan yang optimum
  • ❤Pandulah SUV atau bersiaplah untuk jalan sempit dan curam untuk sampai ke tapak perkhemahan
  • ❤Untuk pengalaman yang kurang sesak, lawati pada hari bekerja awal pagi sebelum matahari terbit
  • ❤Bawa sarung tangan untuk penurunan yang lebih selamat menggunakan tali dan pakai jaket angin untuk kesejukan pagi.
Jadi setiap hari, akan ada Guide Gunung ni bagi oyen makan. Kalau hujung minggu, tiap orang datang, bagi dia makanan. Ada rezeki, dapat la ayam BBQ dari group yang datang ke campsite.
Bersama Oyen bersama Awan Karpet 
Nano Nano

Tuesday, 12 August 2025

Gunung Agung, Bali & Gunung Batur, Bali

Assalamualaikum Hikers

Kali ini hakak ke Gunung yang tertinggi di Pulau Kecil Bali di Indonesia.. Sebab nak naik adalah disebabkan hakak teruja apabila semasa di Gunung Rinjani tahun lepas, Guide hakak tunjuk Gunung Agung dari jauh .. Maka dengan itu, hakak bertekad tahun ini untuk mencuba mendaki ke Gunung Agung.

Bermulalah perjalanan hakak pada pagi Selasa Jam 11.00 pagi dan tiba di KLIA jam 2.30 petang.. Setiba di KLIA, kami ber 4 terus mencari food court.. Hakak suka makan kuewtiow sup.. Memang sedap laaa.. Lepak2 sehingga jam 6ptg, Kami pun check in di kaunter bersama beg luggage 20 Kg.. Penerbangan dalam Jam 8 mlm delay sehingga jam 11 mlm.. dan Tiba di Bali Jam 2 pagi (3 jam)...

Berikut Tentatif ke Bali

Trip hiking Mt Agung

17/6 *Hari 1

11 am Amanjaya - klia

11.00 mlm flight bali

2.30 pg pickup airport

Hotel segara

18/6 hari ke 2

4 pg Hiking Mt Batur

6 pg smp puncak

7 pg  turun hotel

8 pg sarapan dan rehat

12 mkn tengahari/ jalan2

- ⁠Sari Timbul entr 50k

- Tegalalang sawah padi

- pura segara ulu danur batur⁠

6 ptg hotel rehat

11 mlm hiking Mt Agung

19/6 hari ke 3

6.30 pg bergerak dari Pos 5

11.30 pg tiba Puncak Mt Agung

7 malam smpai kaki gunung

Bergerak ke nasi padang   pitopang jaya tebongkang ubud

- Singgah eiger 16 km

- Istana Ubud 21km

Check in Hotel Bakung Ubud 3 km

Free n easy

20/6 hari ke 4

8 pg sarapan

Taman Dedari entr 50k

Trip waterfalls

Tukad cepung

Kanto lampo

-6 ptg bergerak ke Sanur

Checkin Hotel Agung sanur dan rest

 21/6 hari ke 5

7 pg Nusa penida

8 pg naik bot

430 Bot ptg kembali ke sanur

630 Balik hotel

rest free and easy

230 pg bergerak ke airport

Flight 7 pg

Kami bergerak ke tempat penginapan Hotel Segara dan bersiap untuk mendaki ke Gunung Batur.. Jam 4am kami sudah pun menaiki kenderaan dan memulakan pendakian jam 5pagi dan tiba di puncak jam 7.30 pagi.. Kami berempat mulai bergambar dan berbuat video sehingga jam 8.30 pagi.. Hakak dan rakan-rakan mulai turun jam 8.30 pagi dan tiba kaki gunung batur jam 11 pagi..

Gunung batur terletak di kintamani, utara bali. Tingginya 1717 meter diatas permukaan laut, dan berada di tengah-tengah kaldera besar yang berdiameter 7 km. Gunung ini pernah meletus di tahun 2000, dan letusan terbesar terjadi pada tahun 1926. 
Berikut adalah gambar2 hakak di 
Gunung Batur:









Gunung batur sesuai untuk pendaki Beginner. Waktu pendakian sekitar 2 hingga 5 jam.. Untuk yang menikmati sunrise disarankan mendaki seawal 5.30 pagi..
Hakak dan rakan-rakan berehat sehingga jam 8 mlm Di Homestay Senaru. Kami bersiap ke kaki Gunung Agung jam 10.30 malam dan memulai pendakian jam 11 malam.. 

Gunung Agung (Gunung Suci) adalah merupakan Gunung Api Aktif dan tertinggi di Bali.. Walaupun puncak naik lebih tinggi di Irian Jaya, Sumatera, Lombok, dan Jawa, status Bali sebagai destinasi pelancongan paling popular di Indonesia menjadikan Agung mungkin puncak tertinggi yang paling banyak didaki di negara ini.



🔺Gunung Agung, Bali, Indonesia

    Category : Volcanic Mountain 

Daerah : Kintamani

Ketinggian : 3142m

Tempat bermula atau pintu rimba masuk ke Gunung Agung.. Untuk mendaki ke Gunung Agung biasanya ambil masa 2 hari 1 malam lebih santai dan boleh layan view.. Terdapat 3 Jalur iaitu Jalur pertama adalah via Pasar Agung yang berada di kaki gunung bagian selatan, Jalur ke 2 Jalur pendakian via Besakih berada di kaki gunung bagian barat daya dan ke 3 Jalur pendakian via Taman Edelweis berada di bagian lereng selatan Gunung Agung.. 









Hakak dan rakan-rakan lebih memilih Jalur Edelweis kerana jalur ini mempunyai pemandangan yang lengkap dan menawan. Kami disajikan hamparan bunga edelweiss darimulai pendakian, sunset dan sunrise    saat cuaca cerah, hingga pemandangan dari puncak paling tinggi yang mempesona.  Meskipun jalur ini bukan yang tercepat, namun jalur ini satu-satunya yang mempunyai sumber air. Kami lebih memilih Daypack kerana dapat berjalan di Bali setibanya keluar dari Pintu Rimba.

Bermula pendakian dari Pintu Rimba Jam 11 malam dari Pos 1 hingga ke Pos 5 dan tiba pada jam 3 pagi. Dari Pos 5 ke puncak Gunung Agung  jam 6.30 pagi selepas sarapan. Pkl 11.30 pagi kami tiba di Puncak Gunung Agung.. Kami terasa bangga kerana dapa meilihat awan berkepok serta dapat melihat Gunung Rinjani dari jauh..

Akhirnya setelah penat bergambar dan bervideo, kami turun ke Pos 5 semula untuk mengambil barang yang telah ditinggalkan.. Kami memulai turun jam 3.30 petang dan tiba di Pintu Rimba Jam 7.30 malam.

Sekian.

Jalur Kembara Gunung Agung

Terdapat beberapa laluan yang boleh dilalui oleh pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Agung. Bagaimanapun, laluan terpantas yang boleh dilalui adalah melalui laluan Pura Pasar Agung, Daerah Selat. Laluan ini juga menjadi laluan kegemaran para pendaki.

Mendaki Gunung Agung melalui laluan Kuil Pasar Agung mengambil masa lebih kurang 4 jam. Namun, anda perlu berhati-hati kerana laluannya agak curam. Anda juga boleh mencuba laluan lain yang lebih lembut, tetapi ia mengambil masa lebih lama, sekitar 7 jam.

Berikut adalah jalur-jalur pendakian Gunung Agung:

Jalur Pura Pasar Agung, Kecamatan Selat
Jalur Hidden Forest, Kecamatan Selat
Jalur Pura Pengubengan, Kecamatan Rendang
Jalur Edelweiss, Kecamatan Rendang
Jalur SGP (sewarung gawe puregae), Kecamatan Rendang
Jalur DBS Trekking Centre, Kecamatan Kubu
Jalur Pucang, Kecamatan Kubu
Jalur KATA (Karangasem Trekker Association) Pasar Agung Sibetan, Kecamatan Bebandem
Jalur Pura Lawangan, Kecamatan Bebandem
Jalur Kedampal, Kecamatan Abang

Keperluan yang wajib dibawa

 1. Baju sejuk

Selalunya baju sejuk ni digunakan time mendaki ke puncak. Tapi, ada juga yang tak tahan dengan cuaca sejuk sepanjang perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Saya guna baju sejuk jenis wind breaker sebab lebih ringan. Kalau korang mau yang jenis fancy berbulu-bulu ala-ala Korean gitewww pun boleh juga.

 2. Baju hujan

Ini wajib beli hokeyyy! Inilah penyelamat time hujan berderai-derai. Tapi nasib baiklah tak hujan time saya naik gunung hari tu. Syukur betul oh. Hakak beli di Watson dengan harga RM4.00.

 3. Sarung tangan kalis air / tangan biasa

Memang wajib untuk bawa sarung tangan. Sesuai untuk memanjat atau memegang dahan yang tajam. Safety sangat2 agar tangan korang tidak terluka. Kadang-kadang sejuk dipuncak. Can you imagine how cold is that?

 4. Sepasang pakaian

Hakak bawa sepasang baju untuk pakai di Pos 5. Lepas tu saya spare sehelai baju panjang untuk lapis pakai time ke puncak. Hakak recycle jer semua pakaian. 

 5. Stoking

Bawa stoking lebih mana tau basah kan. Jadi boleh tukar-tukar.

 6. Topeng muka/kain

Ini penting time di atas puncak sebab udara sana nipis. Hakak bernafas pun susah sebab telampau sejuk udara dia. Jadi, bila cover dengan ini topeng muka baru senang mau menghirup udara. Hakak beli topeng muka jenis yang selalu pemotong rumput guna tu. Murah dan jimat.

 7. Head lamp

Ini kena guna time menuju puncak gemilang cahaya. Kalau tiada ini habislah kegelapan time mendaki. Sana di Mr DIY banyak tu.

8. Tongkat

Ini optional. Kalau rasa diri tu fit, tak perlu bawa. Kalau rasa-rasa dah out services, dipersilakan bawa tongkat.

9. Botol air

Hari tu, bawa air minum 1 botol besar (1 liter) dan 1 botol kecil (500 ml). Berat jugalah mau bawa tapi puas hati. Cukup sampai turun gunung. Tapi kalau yang tidak larat, bawa saja botol yang kecil sebab boleh refill juga air di setiap checkpoint dalam perjalanan ke pos 5.

 10. Penutup beg kalis air

Ini kena guna time hujan. Guna saja itu plastik sampah warna hitam yang besar untuk tutup beg.

11. Lim balm

Hakak guna Vaseline. Sana atas gunung confirm kering terus pecah tu bibir. Jadi penting bawa ini lip balm.

 14. Berus gigi,ubat gigi & sabun

Nama pun Depekkk, tak perlu bawa. Tapi kalau nak bawa. Terpulang.

 15. Power Bank

Ini optional tapi hakak tetap bawa supaya senang nak cas segala benda.

 16. Beg plastik ( simpan pakaian kotor)

 17. Beg kecil (untuk simpan makanan, telefon etc semasa pendakian ke puncak)


18. Ubat-ubatan

Hakak bawa Yoko-Yoko, minyak Cap Kapak dan ubat sakit perut. Kalau korg mudah kejang kaki, bawalah spray apabila mengalami kekejangan sebab Yoko-Yoko kurang berkesan kalau bagi saya lah. Jangan terkena barulah tahu erti penyesalan yang teramat. I’ve been there…haha...

 19. Makanan ringan

Bawa makanan yang bagi tenaga seperti coklat, biskut, pisang dan sebagainya.

 20. Minuman tenaga

Hakak bawa coke dan 100plus. Org pangil air kemenangan. 


Bukit Kepala Gajah, Lenggong

Assalamualaikum Hikers.. Pendakian kali ini hakak bawa ke Bukit Kepala Gajah, terletak di Daerah Lenggong. Ia merupakan salah satu destinasi...