Gunung Bubu Grik Perak
Assalamualaikum Hikers... Gunung viral pada masa kini, adalah Gunung Bubu di Gerik Perak.. Pada mulanya, Group akak tak dapat masuk disebabkan terlalu ramai pendaki naik pada hari itu, akan tetapi Kaka Iza aka Kaka kesayangan sy (Penjaga Gunung Bubu) akhirnya kami dapat juga masuk ke Gunung Bubu.. Mossy ala-ala carpet Hijau....
Bebalik cerita Si Gunung Bubu, bagi penduduk setempat, Gunung Bubu merupakan salah satu lagi gunung yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik Perak yang wajib para pendaki mendaki...Bukit yang berketinggian 619 Meter walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak gunung akan menjanjikan pemandangan 360 darjah yang indah kerana dapat melihat Pekan Gerik dan dari sini boleh boleh melihat K2 yang terbentang luas...
Group hakak berkumpul bersama dengan 2 group lain di Masjid Kampung Bersia Lama pada 12 malam Sabtu...
Gogo (Kaka Iza) sedia maklum bahawa kawasan hutan di sekitar Gerik
menuju ke Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan habitat bagi Gajah dan sekiranya menggunakan jalan raya dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan akan selalu menjumpai Gajah melintas..
Kami
menaiki Lori yang membawa muatan 20 orang di dalam dan yang lain naik
powil2 yang telah disediakan sehingga sampai di Check Point permulaan
pendakian..
Jam 2 pagi mula mendaki ...Perjalanan ke Gunung Bubu ini akan melalui 3 Check Point.. CP 5 Ringgit, CP Cadburry dan CP Dinding Bubu...
Keadaan
trek yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Bubu, pada mulanya akan
melalui kawasan yang bertanah merah yang dikelilingi oleh pagar
elektrik... Seterusnya memasuki kawasan hutan, menjumpai sungai kecil dimana itu
merupakan last water Point (LWP), perjalanan diteruskan melalui jalan
balak yang agak jauh treknya yang sedikit semak dimana kawasan ini
mungkin merupakan laluan balak yang sudah lama tidak dilalui dan di satu
dua kawasan kelihatan pokok-pokok besar yang tumbang menutupi trek
sebelum sampai ke puncak
Ketinggian - 619m dari aras laut
Tahap kesukaran - Moderate
Jarak - 5km Out-AND-back
Pemandangan Gunung Bubu Gerik Perak
1. Trojan/Tasek
2. Sungai Perak
3. Jambatan Batu 6
4. Kampung Basia Lama & Bandariang
5. Kampung Ganda
6.Mossy Forest dan Pokok Merah
TENTATIF BUBU :
27/10/2023 (Jumaat)
12.00 mlm - Berkumpul di RV1
28/10/2023 (Sabtu)
1.00 am - Bertolak ke starting point menaiki powil 4x4
2.00 pg - Mula mendaki ⬆️
Melalui..
1-CP 5 Ringgit
2-CP Cadburry
3-CP Dinding Bubu
5.00 pg - ⛰️ Tahniah! Anda telah selamat tiba di puncak Bubu!
Sila istirahat.. Solat.. Sarapan dan foto2 melihat view pagi puncak Bubu 🦅🌄
27/10/2023 (Jumaat)
12.00 mlm - Berkumpul di RV1
28/10/2023 (Sabtu)
1.00 am - Bertolak ke starting point menaiki powil 4x4
2.00 pg - Mula mendaki ⬆️
Melalui..
1-CP 5 Ringgit
2-CP Cadburry
3-CP Dinding Bubu
5.00 pg - ⛰️ Tahniah! Anda telah selamat tiba di puncak Bubu!
Sila istirahat.. Solat.. Sarapan dan foto2 melihat view pagi puncak Bubu 🦅🌄
View :
1. Trojan/Tasek
2. Sungai Perak
3. Jambatan Batu 6
4. Kampung Basia Lama & Bandariang
5. Kampung Ganda
8.30 pg - Sesi bergambar di puncak Bubu beramai-ramai
9.00 pg - Gerak turun jalan yg berlainan
11.00 pg - Tiba di starting point 🔚
- Gerak ke RV1 dengan menaiki powil 4x4
1. Trojan/Tasek
2. Sungai Perak
3. Jambatan Batu 6
4. Kampung Basia Lama & Bandariang
5. Kampung Ganda
8.30 pg - Sesi bergambar di puncak Bubu beramai-ramai
9.00 pg - Gerak turun jalan yg berlainan
11.00 pg - Tiba di starting point 🔚
- Gerak ke RV1 dengan menaiki powil 4x4
The Lumut Heaven, di dalam perjalanan menuju ke puncak @ campsite
akan menjumpai satu kawasan yang agak luas yang di penuhi dengan
tumbuhan berlumut. Mohon jangan lalu atau pijak di kawasan ini untuk
menuju ke atas boleh melalui kawasan sebelah yang telah dibuka yang
tidak terdapat lumut di laluan.
AntaRa BirU LaUt D A N hiJau HutAn
YanG mAnaKah meNjAdi miMpi
YanG mAnaKah meNjAdi miMpi
mEnJaDi ReAliTi
kalau TIADA k e b e r a n i a n,
MIMPI tetap kekal
Bersama Hikers2 Kledang
No comments:
Post a Comment