Gunung Chamah terletak di Hutan Kelantan dengan ketinggian 2171 m (7123 kaki) manakala Gunung Ulu Sepat setinggi 2161 meter (7089 kaki) pula terletak di Tasek Temenggor, Perak.. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat merupakan Gunung ke 5 dan Ke 7 tertinggi di Semanjung Malaysia dan kedua-duanya dalanm ketegori G 7.... Trek mendaki gunung-gunung antara yang paling sukar, terpencil dan mencabar dimana menguji ketahanan fizikal dan mantel para pendaki.
Dari 14 September - 17 September 2018, hakak menyertai xpdc pendakian Gunung Chamah-Ulu Sepat (CUS) yang dianjurkan oleh Melati Hikers diketuai oleh Haji Salleh & Frens yang turut disertai oleh 7 orang pendaki termasuk 3 guider dalam misi melengkapkan G7 yang dah banyak kali tertangguh. Biasanya trip CUS ini memakan masa 6-7 hari, jadi agak susah Hakak nak cari kelapangan masa/cuti untuk ikut trip yang panjang.... Jadi cuba ikut misi kali ini yang dipadatkan (compress) menjadi 4 hari...semestinya kami sudah terbayang kena overtime setiap hari...
Berikut adalah catatan ringkas perjalanan... Masa tidaklah 100% tepat, cuma anggaran je dan pastinya berbeza dengan orang lain yang berjalan lebih laju...
LINE-UP: Guide Zaim, Bai & Zul, (Melati Hikers) - Haji Salleh, En. Rahmat, En Hamzah, Cik Wan, Diella Hasan, Cik Yat & Farid
14 September 2018, JUMAAT
- Seramai 7 pendaki terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 wanita berkumpul di Hotel Ar-Raudah bersebelahan dengan 7 Eleven.... Kami menunggu sehingga Powil tiba jam 2.30 Pagi..
HARI PERTAMA - 14 September 2018, JUMAAT
2.30 AM - Tiba di Hotel Ar-Raudah... Makan & rehat dan menunggu powil datang ambil. Disertai oleh 7 orang pendaki serta 3 Guider
4.00 AM - Naik 4WD melalui Kuala Betis memakan masa hampir 6 jam 30 minit mengikuti jalan balak... Melambung-lambung kami dikerjakan duduk belakang 4WD tu. Beberapa kali juga terpaksa turun dari 4WD kerana beban yang berat dan tayar yang tersangkut. Akhirnya tiba di last check point...
10.30 AM - Lepas bersarapan roti, mula berjalan kaki mengikuti laluan balak dan denai hutan menuju perkampungan orang asli Kg. Rekom.
1.12 PM - sampai di Kg. Rekom,singgah di khemah tetamu serta siap pasang khemah dan makan tengah hari, Guide memutuskan untuk buat daypack ke puncak Gunung Chamah.
2.30 PM - memulakan perjalanan.
3.00 PM - Kem Pakma
4.00 PM - Kem Tengah, rehat dan tunggu semua pendaki sampai.
5.08 PM - tiba di Kem Tongkat Ali, rehat dan tunggu semua pendaki sampai. (last waterpoint)
6.58 PM - tiba di Anak Chamah dan berehat untuk makan
7.30 PM - Berehat bagi menghormati Waktu Maghrib teruskan perjalanan ke puncak Gunung Chamah, dijangka memakan masa 3 jam lagi. Trek turun naik sebab melalui 7 puncak tipu.
11.00 PM - Tiba di puncak Gunung Chamah... Tak boleh lama di puncak sebab suhu telampau sejuk dan tiada pemandangan untuk dinikmati. Lepas ambil gambar lebih kurang, turun semula ke Anak Chamah seterusnya balik ke tapak perkhemahan di Kg. Rekom.
11.15 PM - Turun
HARI KEDUA - 15 September 2018, SABTU
6.20 AM - Akhirnya sampai di tapak perkhemahan Kg. Rekom. Yang dah sampai awal sempatlah tidur. Makan pagi, mandi, dan berkemas dan sempat tidur bagi yang boleh tidur...
2.00 PM - Memulakan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat.
4.50 PM - tiba di Kem Peres, rehat dan makan Maggie serta roti di sini. (menikmati air sungai yang tenang)
7.15 PM - Berhenti Bagi mengormati Azan Maghrib
4.50 PM - tiba di Kem Peres, rehat dan makan Maggie serta roti di sini. (menikmati air sungai yang tenang)
7.15 PM - Berhenti Bagi mengormati Azan Maghrib
8.00 PM - Tiba ke Kem Sg.Retak (Kem Maggi). Pasang Khemah serta Masak untuk Makan Malam
HARI KETIGA - 16 September 2018, AHAD
9.00 AM - kemaskan barang dan meneruskan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat.
10.00 PM - tiba di Kem Sempadan (Sempadan Perak-Kelantan). Teruskan perjalanan dan berhenti makan tengahari di Puncak View/Orkid.
12.00 PM - Teruskan perjalanan, hujan mula turun. Laluan di sini mula becak, berselut, banyak pokok rotan dan ada kesan-kesan gajah baru lalu.
1.35 PM - tiba di Kem Sg. Lepir (tinggi 1640 meter), punca air terakhir sebelum puncak Gunung Ulu Sepat. Hujan masih turun dan sangat lebat, terpaksa pasang fly untuk berteduh, memasak air panas dan makan roti
4.45 PM - tiba di simpang ke puncak... tinggalkan beg di sini.
5.00 PM - tiba di puncak Gunung Ulu Sepat. Bergambar sakan sambil mengibar bendera Melati Hikers dan Meraikan senyuman yang menawan sempena berjaya Grad G7... Alhamdulillah.
5.15- Mula turun menuju ke Kem Sungai Leweng dalam hujan yang rintik. Laluan menjunam turun kemudian melalui trek licin, banyak kali juga jatuh tergelincir. Perjalanan terasa amat jauh dan begitu mencabar fizikal dan mental. Beberapa kali juga berhenti take-5...
8.30 PM - tiba di Kem Sg. Leweng... Pasang Khemah & Mandi dan masak Makan Malam. Masak air, Start membawang sambil buat cucur Adabi segera...
Hari Keempat - 17 September 2018, Isnin
9.00 AM ~ 10.00 AM - Berkemas
10.00 AM - Start perjalanan pulang, tiba di Kem Sungai Besar. Lepak kejap minum air dan menikmati Durian yang dijumpai terdampar di sepanjang trek. Keluar dari trek hutan, perjalanan belum berakhir.. terpaksa pula berjalan tengah panas terik melalui kawasan yang diteroka oleh orang asli.
2.00 PM - selamat tiba di Kg. Rantau... menunggu beg dimasukkan dalam Powil.
2.30 PM - Naik Powil menuju menuju ke Amanjaya
2.45 AM - tiba di Hentian Amanjaya. Tamat xpdc.
CORETAN
~ Anggaran jarak perjalanan berjalan kaki selepas turun dari 4WD menuju Kg.Rekom, Gua Musang hinggalah keluar ke Kg. Rantau, Sg Siput = 98km... memang lunyai la kaki... lepas ni mesti ramai yang fikir 2-3 kali nak mendaki CUS... hihihi.
~ Akhirnya di usia yang dah tak berapa muda, hakak berjaya juga grad G7... alhamdulillah. Kejayaan ini bukanlah untuk dibanggakan-banggakan... sekadar untuk kepuasan peribadi.
~ Disebabkan trip ni compress, memang tak dapatlah nak layan view Gunung Chamah dan kawasan sekitarnya, apa taknya semuanya berjalan di waktu malam buta. Hakak pun tak feel sangat ikut trip compress macamni. Kena join trip santai barulah dapat nikmati pemandangan/bau/bunyi hutan di sepanjang trek.
~ Untuk mendaki kedua-dua gunung ni, perlulah siapkan diri dengan latihan secukupnya. Pendakian gunung ni benar-benar mencabar mental dan fizikal. Alhamdulillah, kami semua selamat dan berjaya menamatkan xpdc. Tahniah buat semua.
Kenangan sebelum balik
Bersama Guide Bai & Zul
Hujan yang lebat, berehat dulu
Di Kem Sempadan Kelantan & Perak
Kami Complete G7
Terlalu rindu dengan dorangg.. Semoga berjumpa lagi Anak-anak Ibu...
Salah satu Powil yang tersangkut
~ Terima kasih dan tahniah kepada semua kru team & Guide Zaim, Bai & Zul kerana berjaya mengendalikan trip ini dengan baik.
Setiap orang punya cerita, setiap orang punya kisah , dan setiap orang punya kenangan yang selalu ada dalam dirinya. Setiap orang tahu bahawa cerita itu, kisah itu, dan kenangan itu didapat ketika kita terus berjalan dan melangkah dan apabila ada sesuatu hal yang terjadi mungkin itu akan menjadi sebuah pengalaman yang akan dijadikan pelajaran. Setiap cerita,setiap kisah, dan setiap pengalaman punya masa, dimana masa itu akan menghiasi hidup kita semua . Masa-ku adalah cerita , kisah , dan pengalaman...
Setiap orang punya cerita, setiap orang punya kisah , dan setiap orang punya kenangan yang selalu ada dalam dirinya. Setiap orang tahu bahawa cerita itu, kisah itu, dan kenangan itu didapat ketika kita terus berjalan dan melangkah dan apabila ada sesuatu hal yang terjadi mungkin itu akan menjadi sebuah pengalaman yang akan dijadikan pelajaran. Setiap cerita,setiap kisah, dan setiap pengalaman punya masa, dimana masa itu akan menghiasi hidup kita semua . Masa-ku adalah cerita , kisah , dan pengalaman...