Assalamualaikum dan Apa khabar semua? Alhamdulillah, sekali lagi berjaya jugak pergi ke Gunung Ledang yang dari dulunya hakak idamkan... Bukan senang nak ke Johor... Jauh tu... Terima Kasih Cik Li dan Rakan-rakan seperjuangan yang menemani hakak dari Bawah sehingga ke Puncak...Tahniah juga kepada semua yg telah bertungkus lumus untuk menjayakan xpdc ini terutamanya Gogo ATA yang diketuai Along... Tanpa kalian semua tak mungkin kita semua akan berjaya...
21 Disember 2018 Jam 3 ptg hakak n da gang bertolak dari Ipoh dan Sampai di Taman Lagenda Jam 1.30 pg... Agak keletihan atas sebab Jem sepanjang perjalanan menuju ke destinasi... Jam 5 am bangun untuk bersiap-siap untuk persediaan mendaki ke Puncak Gunung Ledang...
21 Disember 2018 Jam 3 ptg hakak n da gang bertolak dari Ipoh dan Sampai di Taman Lagenda Jam 1.30 pg... Agak keletihan atas sebab Jem sepanjang perjalanan menuju ke destinasi... Jam 5 am bangun untuk bersiap-siap untuk persediaan mendaki ke Puncak Gunung Ledang...
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia... Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka... Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas...
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini... Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas... Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka... Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka... Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin... Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan Daerah Ledang,Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor...
Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. ..Frekuensinya dihala ke kawasan Timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke Daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang...
Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. ..Frekuensinya dihala ke kawasan Timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke Daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang...
Asal Usul Nama
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini... Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter bermaksud emas dan sua, atau karakter 山 bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayarMajapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'...
Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari
bahasa-bahasa ini:
•Bahasa Ibrani, dari perkataan tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō•fēr, suatu nama persendirian Ibrani...
•Bahasa Yunani, dari perkataan tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
•Bahasa Yunani, dari perkataan auferre,
bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang...
Cara Mendaki
Ada tiga cara mendaki:
•Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
•Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
• Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan
Kelebihan
Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga... Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
*Menu makanan Ledang*
*22hb.Disember.2018*
1. Lunch pax dibekalkan sebelum pendakian Nasi putih + Ayam Masak Merah+ Ulam kacang botol. (Namun peserta disaran bawa luch pax atau bekalan makanan tambahan masing-masing semasa ontrek.)
2. Makan malam Nasi Bryani+ Kari Daging+ Papadom + Sayur Bendi Goreng + Buah epal hijau + Kopi O + Teh O.
*23.Disember.2018*
3. Sarapan pagi Sandwich Sardin Special + Kopi O + Teh O.
4. Makan tengahari Nasi putih + ikan pari masak asam pedas + bendi sayur ulam + sambal belacan + buah tembikai + Kopi O + Teh O.
*On Request Tongkat Ali & Nescafee Hazel Nut juga disediakan*
*XPDC PENDAKIAN GUNUNG LEDANG VIA SAGIL PADA 22 & 23HB.12.2018*
*Tentatif*
Day 1 22hb.12.2018
05.0am: Berkumpul di *TAMAN LAGENDA* & solat subuh. Lunch pax berupa nasi berlauk dagihkan pada tiap peserta namun peserta disarankan membawa luch pax tambahan.
07.00am: Declare barang, Briefing, Warm up.
08.00am: Mula pendakian 728 anak tangga
0830am: Di jangka tiba CP 1 *BUKIT SEMPUT*
0900am: Di jangka tiba CP 2 *HENTIAN MERANTI*
0930am: Di jangka tiba CP 3 *BATU ORKID* Simpang satu dua 4
1045am: Di jangka tiba CP 5 *SG SEGI TIGA* K.F.C
( killing fitness climber )
1145am: Di jangka tiba CP 6 *GUA KAMBING* BATU HAMPAR & TAMAN BONSAI
1300pm: Di jangka tiba CP 7 *BUKIT BOTAK*
1345pm: Di jangka tiba *PUNCAK GUNUNG LEDANG* Photo Grouping & Lunch
1430pm: Mula turun pendakian
1500pm: Di jangka tiba *KEM SENGET* Solat
1615pm: Di jangka tiba *SIMPANG PENDITA*
1630pm: Di jangka tiba *SIMPANG SATU DUA 4*
1715pm: Di jangka tiba CP 3 *BATU ORKID*
1745pm: Di jangka tiba CP 2 *HENTIAN MERANTI*
1800pm: Di jangka tiba CP 1 *BUKIT SEMPUT*
1815pm: Di jangka tiba di *STARTING POINT* & check in bilik di Resort, makan malam, icebreaking, rehat & tidur.
-Day2: 23hb.12.2018
7.00am: Sarapan pagi. Mandi manda di air terjun sagil.
11.00pm: Makan tengahari, berkemas utk pulang.
12.00pm: Check out, bergambar berkumpulan dan pulang ke destinasi masing-masing dgn memori indah... InshaaAllah
No comments:
Post a Comment