TIPS! Rancang perjalanan. Perhatikan cuaca. Jangan pergi selepas waktu hujan. Tentukan Hari dan Waktunya sekali.
TIPS! pandu kereta dengan berhati-hati dan jangan memandu terlalu laju semata- mata ingin sampai cepat ke destinasi. Pastikan kereta diservis dengan sempurna.
TIPS! Ingat, sedikit sarapan dan bukan makan tengah hari! Makan banyak, lemau la nak naik… Mendap je nak naik.
TIPS! Jika ingin melihat matahari terbit dari puncak, anda perlu mendaki seawal jam 6.30 pagi. Pakai baju (t-shirt) yang nipis tetapi menyerap peluh. Bawa barang-barang keperluan yang sesuai untuk didaki dan sebuah beg galas kecil untuk mengisi air mineral atau 100 Plus. Jangan lupa bawa sedikit coklat. (tambah tenaga)
TIPS! Letakkan kenderaan dengan penuh berhemah supaya para pendaki lain dapat parking kereta dgn teratur.
TIPS! Jangan berangan hendak memakai sweater tebal kerana anda akan 'terbakar' ketika mendaki nanti! Sebaik-baiknya lakukan sedikit regangan otot atau senaman ringan sebelum mendaki untuk mengelakkan kekejangan otot.
TIPS! Jangan tertipu!
Apabila bertembung dengan pendaki yang berduyun-duyun sedang turun. Jangan tertipu dengan Bibir mereka dengan senyuman yang murah. Kerana anda bakal menempuh pendakian yang mencabar selepas itu. Hahahahaha….
Langkah dengan BISMILLAH dengan niat ibadah kerana Allah. (Pesanan Penaja)
TIPS! Pakai kasut yang selesa mengikut size kaki anda. Jangan menggunakan kasut yang berat dan sudah haus tapaknya. Ni tips yang berguna tentang kasut. Takut-takut kuku kaki tercabut. X pun licin..
TIPS! Jangan berhenti berehat terlalu lama kerana dikhuatiri akan cepat letih dan 'malas' untuk meneruskan pendakian. Jangan terlalu teruja untuk mengambil gambar pada hentian pertama kerana anda bakal menggunakan masa yang terlalu lama.
TIPS! Jika kawasan licin, berpaut pada akar pokok dan ikut tanah yang bertangga (terbentuk hasil pendakian beribu-ribu umat manusia yang telah mendaki)
TIPS! Seorang perlu naik dahulu ke atas dan menarik yang lain dengan tangan. Inilah pentingnya setiakawan dan bertambah lagi kekuatan pershabatan. Yang bercinta tu, bertambah lah sayangnya. Ewah, lari tajuk
TIPS! Ucapkanlah ALHAMDULILLAH tanda syukur dan SUBHANALLAH sebagai pujian terhadap keindahan ciptaan Allah.
TIPS! Pastikan jarak perjalanan anda dengan rakan tidak terlalu jauh kerana perjalanan turun lebih mudah dan pantas (lompat-lompat pun boleh). Berhati-hati kerana anda akan mudah jatuh. Jangan terus berlari ke bawah tetapi berjalan ke arah kiri dan kanan. Ikut arah yang senang untuk diri sendiri.
TIPS! pasang niat untuk datang semula.
TIP UTK ANDA: Apabila turun nanti, jangan lupa 'senyum' pada pendaki yang baru hendak naik! Selamat mendaki =)
No comments:
Post a Comment