Assalamualaikum Hikers
Kali ni hakak bawa semua Hikers ke Bukit Amba @ Bukit Wak yang berada di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Ianya berdekatan dengan Amba Waterfall Campsite. Walaupun ia tak dikenali seperti Bukit Liman Kati, tetapi pemandangan di Bukit Amba setanding dengan Bukit Liman Kati. Kali pertama hakak ke sini, ia kelihatan seperti Gunung Datuk, Negeri Sembilan kerana ianya berbatu besar dan dapat melihat pemandangan terbentang luas keindahan bukit bukau yang memukau sesiapa sahaja yang berkunjung.
Cantik kan. Dikelilingi Hutan, Dusun, Bukit bukau dan Awan Karpet yang sangat cantik.
Hai, ini BuahMarkisa. Buah ini kaya dengan vitamin C iaitu antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
Kami berada di Hidden Gem di Bukit Amba
Jambatan Amba ini sangat unik kerana menghubungkan kawasan Darat dengan Batu Amba
Disini terdapat pelbagai Chalet,
Jika siapa hendak menempah, Sila hubungi
Paya Lintah Hillside Kuala Kangsar
011-37100556
True Colurs Of Jungle
Seindah seperti Kundasang, Sabah
Hakak teruja ke sini disebabkan pemandangan ke Bukit ini dipenuhi Dusun buah buahan dan juga Bunga yang pelbagai warna yang menarik perhatian sesiapa yang berkunjung.
Bukit Amba @ Bukit Wak ini tidak lah sangat jauh ataupun susah mendaki, ianya mengambil masa 20 minit ke 30 minit secara santai untuk sampai ke Puncak Bukit Amba @ Bukit Wak.
Jarak dari Kampung Labu Kubong (Lubuk Merbau) ke Bukit Amba @ Bukit Wak & Amba Waterfall Camp Resort (Padang Rengas) adalah anggaran 5 kilometer, bergantung kepada laluan spesifik yang digunakan. Masa Perjalanan: Mengambil masa kira-kira 10 minit pemanduan.
Laluan Utama: Perjalanan secara amnya melalui Jalan Baling - Kuala Kangsar / Jalan Perak (A107) menuju ke arah kawasan Batu Ampar / Padang Rengas.
Ringkasan Laluan Perjalanan Mula: Pandu dari Kampung Labu Kubong menuju ke jalan utama A107. Laluan Utama: Melalui A107 dan belok ke Jalan Batu Hampar di kawasan Padang Rengas. Ikuti jalan terus hingga sampai di Amba Waterfall Campsite di kawasan sungai Batu Ampar.
Bukit Amba Resort
Kawasan Parkir jelas terlihat di pekarangan Batu Hampar. Amba Camp Resort pula disebelah kanan dan terdapat signboard ke kawasan tersebut. Bukit Amba @ Bukit Wak pulak jalan terus.
Amba Waterfall Camp Resort / Amba Waterfall Campsite) merupakan salah satu destinasi perkhemahan dan rekreasi alam semula jadi yang terletak berdekatan kawasan Padang Rengas , Kuala Kangsar Perak.
Kawasan ini terkenal sebagai lokasi percutian keluarga dan juga aktiviti Outdoor yang dikelilingi suasana dusun dan bukit bukau.
Aktiviti & Tarikan utama Amba Waterfall Campsite
Perkhemahan & Chalet
Turut menyediakan
tapak perkhemahan yang pelbagai saiz (tapak pelantar kayu, rumput atau kerikil) serta mini chalet
(dangau ) di tepi sungai.
Juga terdapat air terjun dan disediakan tempat mandi bagi menikmati kesegaran air sungai yang jernih bagi aktiviti keluarga.
Terdapat aktiviti seperti ATV, memanah dan juga tempat memancing.
Setelah pulang berhiking dan aktiviti rekreasi, tidak ketinggalan ke Kampung Labu Kubong yang terkenal dengan Viral Sawah Padi yang memukau sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.
Sesiapa yang datang pasti teruja dengan keindahan suasana kampung serta sawah padi kehijauan dan kekuningan. Suasana anak-anak bermandi manda keriangan disepanjang tali air sawah padi.
Maka ini adalah lokasi yang amat sesuai untuk anda bermalam atau tinggal dalam beberapa hari di homestay yang cantik disini bagi menikmati keindahan pemandangan sawah padi , anak sungai atau tali air dan berbagai lagi.
Lebih menarik anda boleh menaiki tram untuk melihat suasana sekeliling kampung yang sangat bersih dan tersusun kemas. Setiap tahun akan diadakan satu program yang dikenali sebagai badang dimana banyak aktiviti menarik dianjurkan seperti bermain rugbi di dalam sawah dan sebagainya. Disini juga terdapat sebuah rumah kampung yang diangkat beramai-ramai sewaktu proses pemindahan yang masih ada di tapak baru dan korang boleh lihatnya sendiri saat berkunjung kesini
No comments:
Post a Comment