Friday, 31 July 2026

Gunung Latimojong, Sulawesi

~INI CERITA KITA~
Plan ke Rante Mario (Gunung Latimojong)
Assalamualaikum Hikers, Kami sepakat ber4 (Kak Mar, Mama, Kak Coye n Aku sendiri) bertambah lagi 2 orang iaitu (Kak Ija & Kak Nozi) ke Bumi Sulawesi dimana Gunung Latimojong berada.

Di awal permulaan kami membeli Tiket Penerbangan Air Asia. Kami memilih Gunung Latimojong kerana pegunungan ini merupakan sebahagian dari Seven Summits of Indonesia (Tujuh Puncak Tertinggi di Indonesia) yang terletak di Kabupaten Enrekang dengan titik ketinggian di Puncak Rante Mario yang mencapai 3.430 mdpl (Meter di Ats Permukaan Laut), Latimojong memegang predikat sebagai gunung tertinggi di Pulau Sulawesi.

(Tiket sebelum flight Delay )

(Doakan perjalanan kami)

Bermulalah di hari kejadian, kami menaiki Bas Yoyo jam 11 malam dan perjalanan mengambil masa 3 jam ke KLIA. Tiba di KLIA kami membawa barang2 kami dengan muatan yang penuh. Kami ber 6 berehat sekejap di food court dan jam 4 pagi bermulalah check in (Beg) di kaunter. Jam 4.30 pagi kami masuk ke Balai Pelepasan dan berehat di ruang menunggu. Penerbangan ke Makasar mengambil masa 3 jam 10 minit dan tiba di sana jam 10.20 pagi.

Sampai disana hendaklah mendaftar (eVisa Indonesia Electronic Visa) yang dikeluarkan oleh Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia bagi mendapatkan kelulusan kemasukan ke Indonesia.

Berikut contoh dibawah:

Perjalanan yang Jauh...
Kami menaiki kenderaan yang disediakan pada jam 12 tengahari dan bermulalah perjalanan kami yang meletihkan semua urat2. Pengembaraan ke Puncak Rantemario 
(3,430 mdpl) tidak bermula di kaki gunung, tetapi perjalanan yang jauh di atas jalan raya. 
Dari Kota Makassar, kami berhenti di tempat makan yang menghadap rumah makan dengan view Gunung Nona yang berada di Enrekang. Perjalanan darat selama hampir 8 jam untuk sampai ke Kabupaten Enrekang dan tiba di sana jam 10.30 malam. 
Kemudian kami bertukar kenderaan kepada lori kecil ke Basecamp Baraka selama 2 jam. Perjalanan ke Dusun Karangan—kampung terakhir di kaki gunung—adalah sebuah ujian mental. Jalan tanah merah yang bengkang-bengkok, berlubang dalam, dan diapit oleh gaung curam membuatkan kami berpaut kuat pada besi lori tersebut. 
Debu tanah beterbangan, dan perut memulas setiap kali lori melonjak melepasi batu besar dan lubang-lubang besar. Badan sudah mula terasa lenguh dan mata terlalu mengantok. Kami tiba di Basecamp Baraka Jam 12 lebih malam.

Namun, sebaik sahaja tiba di Dusun Karangan, segala lara hilang. Kami disambut oleh udara pergunungan yang sejuk seakan ais dan deruan sungai jernih yang mengalir membelah kampung. 

(Basecamp Baraka)
Malam itu, kami bermalam di inap berharga 160 rupiah sebilik. Aku dan Mama & Kak Coye sebilik dan Sebilik lagi Kak Mar, Kak Ija dan Kak Nozi. Kami mengemas barang dan membersihkan diri kerana seharian tidak mandi. Kami juga diarahkan oleh Guide kami untuk mengasingkan barang-garang mengikut keperluan "Esok laluan sebenar bermula, rehat secukupnya," pesan Guide dengan senyuman penuh makna. 
Malam itu kami dibuai lena mimpi yang indah untuk bakal hari esok. 

Gunung Latimojong merupakan destinasi yang mencabar dan menakjubkan, menjadikannya pilihan yang sangat menarik bagi pendaki yang ingin meneroka salah satu puncak tertinggi di Sulawesi. Jika ini kali pertama mendaki Gunung Latimojong, adalah disyorkan untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan yang biasa dengan denai dan rupa bumi. Pemandu Guide kami adalah orang tempatan situ yang bernama Bayu serta yang lain bernama Pajeri, Boboi dan Fajar.

Sebelum mendaki Gunung Latimojong, pastikan korang mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Biasanya, pendaki mesti melaporkan diri dan mendaftar di pos pendakian. Semua itu diuruskan Guide kami sendiri sebelum bergerak menaiki Ojek yang dibayar 100 rupiah ke Pos 1. Perjalanan menaiki Ojek sangat menakutkan memandangkan ia sangatlah menanjak dan terlalu sempit.

Dari Pos 1 ke Pos 2, kecuraman meningkat.  Laluan naik terus mencanak. Digalakkan memakai tongkat 1 sahaja dan tangan disebelah untuk menarik tali dan akar.
Sentiasa berhati-hati kerana Juram disebelah sangatlah curam. Jadi, kaki dan tangan diperlukan untuk mendaki dan berpegang pada akar dan dahan yang kuat. Pendakian ke Pos 2 selama 2-3 jam mengikut pace kami. Terdapat Air Terjun yang sangat cantik di Pos 2 dan kami berehat agak lama kerana tertarik dengan keunikan air nya yang hijau kebiruan dan sangatlah jernih. Tidak sesuai untuk mandi kata Guide kami bagi menjaga dan menghormati kawasan tersebut.
Dari Pos 2 ke Pos 3 adalah sangatlah mencabar kerana terpaksa mendaki menggunakan tali sepanjang beberapa meter. 
Digalakkan memakai sarung tangan dan memegang tali dengan kuat. Pendakian Pos 2 ke Pos 3 sangatlah curam dan hendaklah naik berseorangan kerana tali tersebut diikat dari atas. Sampai di campsite 3, kelihatan campsite yang sederhana besar, 10 orang mungkin boleh muat. Tidak digalakkan mendirikan khemah terlalu banyak kerana kawasan agak berakar dan tidak landai walaupun kawasan agak luas. Di campsite 3 ini tiada punca air. 

Berikut setiap Pos sehingga Pos 7

(Pos 2)
(POS 3)
(POS 4)
(POS 5)
(POS 6)
(POS 7)
Lama juga kami berehat Di Pos 3 sebab tunggu orang di belakang, jam 1300 baru kami bergerak ke Pos 4. Sama juga, 2-3 jam untuk sampai ke Pos 4 dan masih curam cuma tak securam dari Pos 2 ke 3. Pos 4 campsite nya besar sikit dari Pos 3 dan tiada punca air.
Yang ni betul punya rehat. 45 minit kami berehat di Pos 4. Kami bergerak semula pada jam 4 petang dan tiba di Pos 5 pada jam 7 malam. Kami bermalam di Pos 5 sebelum mendaki ke puncak pada hari esoknya. Di Pos 5 ada punca air. Nak ambil air dalam 15 ke 20 minit minit ke punca air. Jadi kak Nozi dan Kak Coye pergi mengambil air untuk bekalan hari esok. Ada jeram lebih kurang 20 minit trekking. Tapi nak ke punca air, agak mencabar juga dengan kena panjat pokok tumbang sampai 3 kali, kena lalu lereng lagi... Tapi bila sampai kat jeram, puas hati la... Air deras cuma tak cukup besarlah untuk mandi-manda. Nak mandi kena bawa bekas sebagai gayung dan kena tahan sejuk.
(Pos 5)

13 Julai 2026 (Isnin)
Pagi tu aku rasa aku yang paling awal bangun, dalam jam 0300. Mama dan Kak Coye masih tidur. Toleh ke kiri, kak Mar pun dah bangun. Jadi kami lepaskan hajat pagi tu berdua dan pulang ke khemah untuk bersiap-siap untuk ke puncak. Kedengaran khemah kak ija masing-masing bangun dan bersiap-siap. Kami diberi makanan nasi , tempe, ayam goreng sebagai sarapan. Selepas semua siap bersarapan, kami bergerak menuju ke puncak pada jam 6 pagi dan tiba di Pos 6 pada jam 9 pagi. Kami berhenti sekejap untuk menunggu Kak Ija di belakang. Di Pos 6 sangatlah sejuk dan terlalu banyak Mossy yang sangat cantik.


Di Pos 6, ada satu kawasan pokok berlumut, di situ kami mengambil video dan gambar yang banyak. Masa tu pun matahari dah terbit dan sudah cukup cahaya untuk mengambil gambar. Kira timing cantiklah tu. Kannnn.








Kami bergerak dari Pos 6 ke 7 jam 10 pagi setelah banyak bergambar dan bervideo. Semakin mendaki dan keadaan semakin cerah, pemandangan yang cantik sudah mula terlihat. makin lama makin cantik sehingga kami tiba di bukit botak dan tidak tidak jauh dari situ, terletaknya Pos 7. 

Bukit botak sangatlah luas dan dapat melihat pemandangan pergunungan di kawasan situ. Campsite di Pos 7 terletak di sebelah bawah bukit botak tu, terlindung daripada angin. Di sini ada sumber air, di sebelah kiri campsite. Katanya air tak sejauh sumber air di Pos 5.
 
Gambar dibawah, disini aku melihat Rumah Bunian bederet. Tapi ini adalah contoh (Jangan Ambil Serius)
Dari Pos 7, ambil laluan di sebelah kanan campsite untuk menuju ke puncak. Selepas 30 minit berjalan, kami melalui sebuah padang rumput/lumut yang sangat cantik. Dibawah terdapat gambar Kiblat yang dijumpai di kawasan lapang menuju ke puncak. 
Lama juga kami berhenti untuk mengambil gambar. Tertarik dengan keunikannya dengan hamparan awan bergerak yang sangat sejuk. Selesai mengambil gambar, kami teruskan pendakian ke puncak. 
Mama orang yang pertama sampai, pada jam 2petang diikuti kami semua. Cuaca cerah dan langit membiru. 



 Selepas ambil gambar bersama-sama, kami bergerak turun pada jam 3 petang. Pada masa tu, kabus sudah pun memenuhi puncak. Tiada lagi pemandangan yang dapat dilihat. Turun ke Pos 7 semula hanya mengambil masa 2 jam (mengikut pace kami), tiba di Pos 7 jam 5 petang dan dari Pos 7 ke Pos 6, 2 jam pada pukul 8 malam dan berehat makan malam di Pos 6. Selesai Makan Malam kami bergerak  ke Pos 5 dan tiba di Campsite Jam jam 10 malam 

14 Julai 2026 (Selasa)
Setelah bersiap dan bersarapan, kami bertolak turun ke Dusun Karangan pada jam 8 pagi. Perjalanan turun dari Pos 4 ke Pos 2 sangat mencabar kerana trek yang sangat curam. Amat bahaya jika bergerak pada waktu malam. Masa yang diambil untuk turun ke Pos 2 dari Pos 5 adalah 5 jam. Kami tiba di Pos 2 jam 2 dan berehat selama 45 minit. Jam 2.45 begerak dari Pos 2 ke Pos 1 mengambil masa 1 jam lebih dan tiba di Pos 1 jam 4 petang. Alhamdullilah, semua selamat dan bermalam di rumah inap yang sama dengan membayar 160 rupiah.

Berikut adalah Jadual 15 Julai sehingga 19 Julai 2026

Rabu kami berangkat ke Tana Toraja, sebuah kawasan yang terkenal dengan budaya dan warisan masyarakat Toraja di Sulawesi Selatan, Indonesia. Perjalanan ini memberi pengalaman yang sangat bermakna kerana kami dapat melihat sendiri keunikan rumah adat Tongkonan yang mempunyai bumbung melengkung seperti tanduk kerbau.
Setibanya di sana, kami berjalan mengelilingi perkampungan tradisional sambil mendengar penerangan daripada pemandu pelancong tentang sejarah, adat resam dan cara hidup masyarakat Toraja. Kami juga mengambil banyak gambar sebagai kenangan di hadapan rumah-rumah Tongkonan yang tersusun indah.


"Toraja bukan sekadar tempat persinggahan, tetapi sebuah daerah yang kaya dengan budaya, sejarah dan keindahan alam. Dari sinilah bermulanya perjalanan kami menuju Gunung Latimojong, membawa pulang pengalaman yang sukar dilupakan."














Persediaan Wajib Sebelum Berangkat
🏋️ Latihan Fizikal (Mula 2 Bulan Sebelum)
Trek Latimojong sangat kejam pada bahagian lutut dan peha kerana kecerunan yang menegak tanpa bonus laluan landai.
  • Latihan Kardio: Lakukan jogging atau larian 5km, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk membina stamina jantung.
  • Latihan Kekuatan Lutut & Kaki: Lakukan squats, lunges, dan calf raises. Ini penting untuk mengelakkan kekejangan otot (cramp) semasa memanjat akar pokok di Pos 2 ke Pos 5.
  • Simulasi Beban: Berjalan atau mendaki bukit berhampiran (contoh: Bukit Broga, Gunung Nuang) dengan memakai beg sandang (backpack) yang diisi beban 8-10kg.
Kelengkapan & Logistik (Gear List)
Suhu di Pos 7 boleh jatuh sehingga 6°C pada waktu malam. Hipotermia adalah ancaman sebenar di sini.

  • Pakaian: Jaket kalis air (Waterproof/Windbreaker), jaket tebal (Down Jacket), dan sepasang baju thermal (base layer) untuk tidur.
  • Kasut: Wajib menggunakan kasut mendaki yang mempunyai cengkam (grip) yang sangat baik untuk mencengkam tanah liat basah. Aku lbh suka Kasut Brooks sejak dulu hingga kini. 
  • Ubat-ubatan: Bawa ubat peribadi, minyak urut, ubat tahan sakit, dan pil Altitude Sickness (jika korang mudah pening di tempat tinggi).






1. Jalur Karangan

Ini adalah jalur pendakian Gunung Latimojong yang paling popular dan paling sering digunakan oleh pendaki. Jalur pendakian ini dimulai dari Desa Karangan, Kecamatan Baraka, Kabupaten Enrekang. Desa Karangan boleh dijangkau dengan kenderaan dari kota Enrekang, jaraknya sekitar 6-7 jam perjalanan dari Makassar.

Terdapat beberapa pos pendakian yang harus dilalui, mulai dari Pos 1 sampai dengan Pos 7 sebelum mencapai puncak Rante Mario. Di sepanjang jalur ini, Eigerian akan melewati hutan tropis, sungai, dan hutan lumut yang sangat luas. Pemandangan yang disajikan sangat indah, terutama pada saat memasuki zona hutan lumut.

2. Jalur Rantelemo

Jalur pendakian Rantelemo ini juga dimulai dari daerah Enrekang, tepatnya dari Desa Rantelemo. Jalur ini kurang popular dibandingkan Jalur Karangan, tetapi jalur ini tetap menjadi alternatif yang menarik. Desa Rantelemo dapat diakses dari Baraka, hanya saja jalur ini sedikit lebih sulit dan lebih jarang dilewati.

Jalur Rantelemo cukup menarik karena menawarkan pemandangan alam yang serupa dengan jalur Karangan tetapi dengan tentangan medan yang berbeza.

3. Jalur Sangalla

Alternatif lainnya adalah jalur Sangalla yang dimulai dari wilayah Sangalla, Kabupaten Tana Toraja. Ini adalah salah satu jalur pendakian Gunung Latimojong yang jarang digunakan oleh pendaki.

Sangalla lebih jauh dari Enrekang, dan jalur ini lebih sedikit diketahui oleh kebanyakan pendaki, sehingga medan dan route pendakiannya terlalu mencabar. Bagi para pendaki berpengalaman, jalur ini menarik untuk dipilih kerana menawarkan pengalaman pendakian yang tiada orang dan lebih mencabar.

Dibawah cara untuk mendaki supaya tidak cepat letih/penat












No comments:

Post a Comment

Gunung Latimojong, Sulawesi

~INI CERITA KITA~ Plan ke Rante Mario (Gunung Latimojong) Assalamualaikum Hikers, Kami sepakat ber4 (Kak Mar, Mama, Kak Coye n Aku sendiri) ...