Nama Gunung: Liang
Lokasi: Tanjung Malim, Perak
GPS Starting Point: 3.798311, 101.520982
Ketinggian: 1933 mdpl
Jarak sehala: ~9.4km
Assalamualaikum WBT
31 Mac 2019- 1 April 2019 Hakak ke Tanjong Malim untuk menyertai Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan seluruh Negeri Perak.. Akak salah satu peserta yang menyertai Program mereka dan dianggarkan seramai 40 peserta pada hari tersebut..
Gunung Liang ini terletak di daerah Tanjung Malim.. Ketinggiannya pula ialah 1933 asl.. Tinggi jugak tu.. Tempoh masa pendakian pula selama 2 hari 1 malam atau lebih. Starting point pula ada dua – daripada Sungai Dara dan Sungai Bill.. Akan tetapi, trip kali ini kami dari Sungai Dara. Hakak pun tak tahu Sungai Bill tu kat mana. Denai laluan pula boleh dikatakan mudah.. Sesuai untuk pendaki yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki gunung yang perlu bermalam. Lori/4WD diperlukan untuk ke Loji Sungai Dara iaitu kaki gunungnya.. Tapi, kami ligan naik kereta je.. Nasib la hakak naik kete Krill Komando.. Mmg Power la..
Kami diarahkan untuk bekumpul di kawasan starting point iaitu Empangan Kg Sungai Dara untuk pembahagian makanan tengahari serta taklimat dari penganjur Program iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Perak..
Nih gang-gang hakak
Azam, Krill, CC Man, Dilla Dolisa & Diella Hasan
Briefing dari Jabatan Perhutanan
Start trekking jek terus menaik cenggini. Tapi just nak lepaskan pagar tu jek.
Daripada starting point, kira-kira 4 jam dok bergelumang dengan Cik2 Pacat, tibalah kami ke check point pertama iaitu kem Lubuk Hantu.. Tibanya di Lubuk Hantu, Kami mengambil kesempatan untuk lunch pack di sini..
Rehat-rehat tetibe tepikir nak lepak je kat Kem Lubuk Hantu ni.. So kami ber 5 bepakat untuk tinggal disitu dan tidak mengikuti peserta yang lain untuk ke Kem 7E.. 4 peserta dari Group lain jugak tidak menyertai dan mengikut kami untuk tinggal di Kem Lubuk Hantu.. Bermulalah acara mandi Sungai dan acara Masak Memasak..
Sepanjang laluan pendakian dari Kem Lubuk Hantu Memang Pacak je pun.. Bertabah lah ye.. Pewai xtau nak kata.. Benti saja pun... Yang paling pewai Azam le.. Sape ke lagi.. Kentalnya Azam nih sampai tekad gak nak teruskan pejuangan.. 4 Jam oooo bertabah nak sampai ke Kem 7 E.. Akhirnya kami tiba di Kem 7E jam 7 pagi dan terus masak air.. Makan roti dan berehat sekejap untuk meneruskan pendakian kami ke Puncak..
Kem 7E ini sesuai untuk bermalam disini sebab tempatnya lapang dan boleh memuatkan maksimum 35 orang.. Selain itu ada water point tapi perlu turun sikit lebih kurang 2 minit..
Dari 7E ke puncak sememangnya menjanjikan pemandangan hutan tropika yang sebenar kerana di sini terdapatnya lumut yang tumbuh meliar.. Tambahan pula, semakin hampir dengan puncak keadaan semakin sejuk dirasai kerana ketika itu suhu dikatakan mencecah kira-kira 16 darjah Celsius dan berkabus tebal. Sebaik saja tiba di puncak Liang Timur kelihatan sebuah beirut yang menandakan itulah puncaknya..
Sempat bergambar sebelum sampai ke Puncak
Perjalanan diteruskan dalam 5 minit untuk ke Puncak
Liang Barat... Selesai bergambar kami begerak untuk turun ke Kem..
Kami berempat je...
Gigih bawak Board Liang Timur ke Liang Barat...
Alhamdullilah, selesai Misi akak ke Liang.. Next kita sambung ke Tumang Batak ok..
Moh Jom Balik Kem Hantu....
Gambar-gambar OTW balik ke Pintu Rimba
PESANAN DARI HAKAK
Gunung itu sahabat kita, seorang sahabat tidak akan menakluk sahabatnya. "Menakluk" itu sebenarnya bermaksud, menakluk diri sendiri, menakluk keegoan diri, menakluk fizikal, mental, emosional dan spiritual diri sendiri. Bila mendaki kita penat dan kita bersabar, bila kena hujan barang-barang habis basah kita bersabar, bila jatuh atau luka kita bersabar, kita semakin sedar bahawa kita ni sebenarnya hanyalah insan yang kerdil yang tidak ada nilai apa-apa melainkan redha Allah terhadap kita.
Rehat-rehat tetibe tepikir nak lepak je kat Kem Lubuk Hantu ni.. So kami ber 5 bepakat untuk tinggal disitu dan tidak mengikuti peserta yang lain untuk ke Kem 7E.. 4 peserta dari Group lain jugak tidak menyertai dan mengikut kami untuk tinggal di Kem Lubuk Hantu.. Bermulalah acara mandi Sungai dan acara Masak Memasak..
Aman tak terkata, mandi sampai lebam kami ber 5 dan jugak salah satu peserta yang tinggal berhampiran dengan khemah kami.. Kem ini juga sesuai untuk bermalam memandangkan campsite yang agak luas dan berhampiran dengan sungai.. Kalau korang overtime/kecemasan dan perlu bermalam sebelum keluar, campsite ini mungkin menyelamatkan anda semua..
Malam semakin tiba, masing-masing nak berehat kerana kami bercadang untuk naik ke Kem 7E jam 2 pagi.. Tibanya Jam 1 pagi, hujan serta guruh turun dengan lebat.. Akhirnya hujan pun reda Jam 3 pagi.. Akan tetapi kami hanya ber 4 yang ingin meneruskan perjuangan untuk sampai ke puncak..
Kem 7E ini sesuai untuk bermalam disini sebab tempatnya lapang dan boleh memuatkan maksimum 35 orang.. Selain itu ada water point tapi perlu turun sikit lebih kurang 2 minit..
Dari 7E ke puncak sememangnya menjanjikan pemandangan hutan tropika yang sebenar kerana di sini terdapatnya lumut yang tumbuh meliar.. Tambahan pula, semakin hampir dengan puncak keadaan semakin sejuk dirasai kerana ketika itu suhu dikatakan mencecah kira-kira 16 darjah Celsius dan berkabus tebal. Sebaik saja tiba di puncak Liang Timur kelihatan sebuah beirut yang menandakan itulah puncaknya..
Sempat bergambar sebelum sampai ke Puncak
Tahniah Diella Hasan
Perjalanan diteruskan dalam 5 minit untuk ke Puncak
Liang Barat... Selesai bergambar kami begerak untuk turun ke Kem..
Kami berempat je...
Gigih bawak Board Liang Timur ke Liang Barat...
Alhamdullilah, selesai Misi akak ke Liang.. Next kita sambung ke Tumang Batak ok..
Moh Jom Balik Kem Hantu....
Gambar-gambar OTW balik ke Pintu Rimba
Log Perjalanan :
30 Mac 2019
9.50am - Start trecking melintasi empangan
12pm - Tiba di Lubuk Hantu
1pm - Lunch di Lubuk Hantu
1 April 2019
3am - Bertolak / start trecking
7am - Tiba di Kem 7e / Bermalam
7.30am - Bertolak dari Kem 7e ke puncak
8.30am - Sampai di Puncak Liang Barat
8.40am- Ke Puncak Liang Timur.
9am - Bertolak turun ke Kem 7e
11am - Tiba di Kem 7e / berkemas
1.30pm - Tiba ke Lubuk Hantu
2.30 - Rehat & Makan
3pm - Bertolak keluar ke Empangan / Starting point
5pm - Tiba di empangan / mandi / kemas barang
6pm - Bertolak balik Ipoh
Gunung itu sahabat kita, seorang sahabat tidak akan menakluk sahabatnya. "Menakluk" itu sebenarnya bermaksud, menakluk diri sendiri, menakluk keegoan diri, menakluk fizikal, mental, emosional dan spiritual diri sendiri. Bila mendaki kita penat dan kita bersabar, bila kena hujan barang-barang habis basah kita bersabar, bila jatuh atau luka kita bersabar, kita semakin sedar bahawa kita ni sebenarnya hanyalah insan yang kerdil yang tidak ada nilai apa-apa melainkan redha Allah terhadap kita.
haiii hakkkkkkakkk..shre story u..add me please..haha
ReplyDelete