Wednesday, 12 August 2015

My Lovely Hiker

MY NEW PARTNER HIKER

Maka disinilah kami berdiri
Menjejak bumi, menjunjung langit
Menggenggam awan dan harapan bersama
Mentafakuri diri yang hanya butiran debu
Diantara berjuta nikmat dan helaan nafas...
 

***Gunung di Malaysia memang dikurnai alam yang indah, dan salah satu tempat untuk menikmati keindahan dan panorama alam adalah dari ketinggian gunung, semua keindahan yang kita saksikan akan terasa semakin sempurna bila kita menikmati dan menyaksikan semuanya dengan seseorang yang istimewa dalam hidup kita, selamat mendaki dengan orang yang dikasihi dan selamat lalui bersama halangan semasa pendakian***

Tuesday, 11 August 2015

Pantang Larang Ketika Berada Di Dalam Hutan

Pantang Larang yang WAJIB diikuti jika berada dalam hutan:
  1. Jangan langsung kata perkara negatif seperti “Aku lapar la,” “Jauh lagi ker?” “Nanti kita sesat ni,” “Penatnya,” dan macam-macam lagi. Ini akan mengganggu mental kita dan menyebabkan kita akan terasa seperti apa yang kita sebut. 
     
  2. Jangan memanggil atau menjerit nama kawan ketika berjalan-jalan dalam hutan. Nanti ada makhluk yang lain menyahut ataupun memanggil nama kawan kita nanti. (Dah penah jadi pun) So, Beware kawan-kawan.
     
  3. Jangan kencing dan meludah merata tempat. Antara tempat yang tak boleh kencing adalah seperti lopak air, dalam lubang, pertengahan jalan hutan, dan kawasan bersih yang terdapat dalam hutan. 
     
  4. Jangan menyuluh lampu ke muka demi mengejutkan kawan. Sama juga seperti meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan. Makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana seperti kita memperli rupa meraka pula. 
     
  5. Jangan menyebut nama-nama binatang buas dan beracun dalam hutan. Gunakan kod seperti maybank(harimau),tali pinggang(ular), keretapi (lipan), kereta kebal(kala jengking) dan lain-lain lagi. Dikhuatiri muncul jika menyebut nama mereka. 
     
  6. Jangan ambil benda pelik dalam hutan seperti bunga cantik, batu kilau, pokok pelik dan lain-lain lagi. Ini mungkin benda makhluk yang ada dalam hutan. Nanti mereka marah kerana kita dikira mencuri barang mereka. Jika nak ambil juga, perlu meminta kebenaran. “Tok, nek. Saya cucu Adam nak ambil batu/bunga/pokok ni. Harap bagi lah.” Tunggu beberapa minit, jika tiada apa-apa tandanya makhluk itu bagi. Barulah ambil. 
     
  7. Pada akar yang berbentuk buaian. Itu mungkin tempat mainan makhluk lain. Hormati dan lalu ke tepi sahaja. 
     
  8. Kalau nampak benda yang pelik seperti ada satu kawasan yang bersih dalam hutan, elakkan lalu ataupun mengotorkan tempat tersebut. Dikhuatiri akan mengacau tempat makhluk tersebut. 
     
  9. Dan yang paling penting sekali, jangan bermulut celupar dalam hutan!

Peringatan : Tolong Hormati makhluk yang lain di dalam hutan.. Kalau anda ternampak, Sila diam je. Jangan tegur ataupun takut. Teruskan perjalanan. Anda tidak diganggu atau diikuti sekiranya anda membiarkan atau tidak menegur.

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...