1. Flight - RM2200++
3. Flight seat - RM40 (Return)
4. Visa - RM130
https://nepaliport.immigration.gov.np/onlinevisa-mission/application (apply visa)
5. Insurance - RM135
https://takeiteasy.msig.com.my/msigonline/products/product-landing-page.html?product=mot
(Plans 1/ TravelRight Plus / RM135)
Hakak pergi dengan Abg Zul, Tapid, Kuzi, Jai & Ekin (isteri abg Zul).. So, 4 lelaki dan 2 orang pompuan la... Sebelum nak pergi ke ABC, dah 2 minggu cuti dari Sukan Badminton, Futsal & Hiking (Sebab dah injured lutut dan kaki)..So, bertahan untuk stop sukan... Ahhhhhh risauuu Injured sekali lagi..
Bermulalah perjalanan dari sini Jam 3 pagi (16 Disember 2023) pengembaraan hakak menaiki Bas Yoyo dari Amanjaya bersama kumbang2 Malaya dan tiba di Klia Jam 7.00 pagi.. So menapak la sehingga Flight 6.15 petang waktu Malaysia.. Perjalanan dari ke Kuala Lumpur memakan masa hampir 4 jam dan tiba di Bumi Kathmandu jam 10.15 malam waktu Malaysia...
***Sherpa suku kaum di pergunungan Himalaya yg tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yg berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dsb utk pendaki gunung***
Annapurna
Base Camp (ABC) atau lebih dikenali sebagai ABC dalam kalangan pelancong
berketinggian 4,130 meter itu terletak di kawasan pergunungan Himalaya dan
dikelilingi oleh beberapa gunung lain yang terkenal di Nepal seperti Gunung
‘suci’ Machapuchare dan Gunung Annapurna I (gunung ke sepuluh tertinggi di
dunia).
Annapurna
Base Camp (ABC) juga lebih tinggi dari Puncak Kinabalu, Sabah, Puncak Mahameru
di Jawa dan Rinjani di Lombok, tapi sedikit lebih rendah dari Puncak Carstensz
Pyramid, Papua. ABC salah satu destinasi jalur pendakian di barisan Pegunungan
Himalaya yang tak kalah tersohor dengan Everest Base Camp.
Dalam masa beberapa hari pendakian, kami merentasi keadaan muka bumi yang berteraskan kawasan pertanian, dengan perlahan bertukar kepada hutan pain dan kemudiannya human pokok buluh. Permandangan yang indah menenangkan semangat kami menuruni cerun yang berliku -liku dan agak memacak. Terdapat beberapa jambatan gantung, namun kebanyakkannya perlu menaiki tangga tangga batu atau cerun menaik yang rasanya tidak berkesudahan..
Dugaan di trek terakhir dari Machapucchre Base Camp ke Annapurna BaseCamp (ABC) paling mencabar kerana cuaca amat sejuk dan langkah kami bergerak agak perlahan.. Keindahan terlalu memukau sehingga kami berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan video.. Dengan izin Tuhan, kami berjaya sampai ke Annapurna BaseCamp (ABC) dan meraikan kejayaan dengan rakaman foto dan video sehinggalah hari keesokkannya merakam kenangan di Signboard Annapurna BaseCamp (ABC)..
Selamat Tinggal ABC
Hati kami begitu berat untuk meninggalkan ABC yang begitu indah. Boleh dikatakan perasaan melihat matahari terbit diufuk banjaran Annapurna adalah suatu detik yang tidak dapat dilupakan. Peluang untuk merakamkan keindahan suasana ini digunakan sebaik mungkin. Dengan langkah yang agak berat, kami bertolak menuruni cerun dipinggir sungai yang masih beku dan sekali sekala berpaling ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ABC..
Masa menurun kami bermalam di Dovan dan Jhinu. Layan semua trek tangga naik dan turun... Fuhhhhhhhh, azabnya tuhan jaa yang tau.. Hakak hanya memandang bawah je.. Malas nak fikir dan pandang ke atas.
Dengan bermalam di Dovan, kami bergerak turun ke Bamboo, Sinuwa, Chomrong dan bermalam di Jhinu dengan makan malam yang terakhir dan hati yang sangat gembira di hati masing-masing..
Kami masih boleh melihat puncak Annapurna I dari Jhinu (ketinggian 1780m). Setelah sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan menuju pick-up point. Bentuk muka bumi menjadi makin familiar. Kami berehat sebentar melepaskan lelah dan melihat masyarakat di sini bersungguh-sungguh bercucuk tanam dan menternak haiwan seperti kambing dan lembu. Ketika kami menyusuri kebun-kebun jagung dan kubis, ada segerombolan keldai mengangkat barang-barang..
Setelah 1 jam pendakian menurun, akhirnya tiba di Jambatan Jhinu dan kelihatan powil sudah menunggu kami. Hakak begitu gembira Bersama yang lain walaupun terasa sedih meninggalkan kenangan manis. Kami mengucapkan penghargaan kepada kumpulan porter yang gigih melayan kami dan mengangkut beg-beg kami sepanjang ekspedisi. Sesungguhnya layanan masyarakat Nepal kepada pendaki seperti kami begitu baik dan mengharukan..
Apa yang penting, kesemuanya balik dengan selamat,
berjaya menawan Annapurna Base Camp dan membawa seribu satu kenangan pahit dan
manis sepanjang ekspedisi. Yang lebih menarik, dengan pengalaman susah senang
bersama, kami menjadi lebih rapat seperti adik-beradik. Dengan kecekalan hati,
taraf fitness yang baik, persiapan dan semangat kerjasama yang tinggi sesiapa
pun boleh menakluki ABC..
Bagi mereka yang pertama kali ke
ABC, jangan risau untuk bermalam di kawasan pergunungan, kerana di setiap
tempat rehat menyediakan beberapa guest house yang turut
menawarkan pakej makan dan minum, air panas untuk mandi, wi-fi dan tempat untuk
mengecas barang elektrik dengan harga yang berpatutan.
Wifi - 100
Hot water - 150 1l
Air biasa 100 1l
Charge free
(ABC)
Hot water - cup (100) 1l 200
Cold water - 200 1l
Wifi -300
Caj - 250
Hot shower- 350
(Fist Tail lounge )
Caj - 100
Hot shower - 200
Wifi - 100
Hot water 1L - 100 | cup - 50
(Bamboo)
Caj - 100
Hot shower-200
Hot water 1L - 150 | cup - 70
Wifi - 300
(Duerali)
Caj - 200
Wifi - 300
Hot shower - 250
Hot water 1L -150 | 80
(Upper Dovan)
Caj - 200
Wifi - 300
Hot shower - 300
Hot water 1L -130 | 70
KENAPA ANNAPURNA BASE CAMP BEGITU POPULAR DI KALANGAN PENDAKI
1. Kasut dan stokin
1. Sepasang Kasut hiking
Kalau boleh bawalah dari Malaysia. Jangan beli di Nepal. Biasakan diri dulu dengan kasut yang akan dipakai. Nak berjalan jauh ni.
Pastikan
tapak kasut ada grip yang baik dan jenis water resistant. Ada yang
syorkan pakai high cut, kerana ada lebih perlindungan pada buku lali. Bagi hakak, pakailah kasut hiking yang selesa dengan kaki sendiri, usah ikut orang.
Ada orang pakai high-cut, buku lali sampai melecet. Hakak pakai Brooke je pun dah okay. Maka, pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki sendiri.
2. Sepasang selipar atau sandal
Penting bila nak mandi nanti atau melepak di luar bilik atau teahouse pada waktu malam.
3. 2 pasang hiking socks
Pakai semasa hiking supaya kaki tak berbau dan melecet.
4. 2 pasang wool socks
Pakai semasa tidur. Boleh beli di Kathmandu. Murah dan pelbagai warna.
2. SELUAR & BAJU
1. 3 pasang seluar hiking
Pilihlah seluar yang stretchable, mudah kering dan tahan lasak. Boleh cari di Kathmandu atau di kedai-kedai outdoor berdekatan anda. Bundle juga ada jual. Kena pandai cari.
2. Sepasang seluar untuk tidur
Seluar tracksuit biasa sudah memadai. Pilihlah yang ringan.
3. 10 helai disposable underwear
Boleh beli di farmasi terdekat / Tesco / Giant. Tapi hakak beli kat Shoppe
4. 5 helai T-shirt dry fit
Pastikan materialnya daripada fabrik polyester. Mudah kering dan tidak menyerap lembapan. Baju daripada material cotton adalah tidak digalakkan kerana menyerap lembapan dan lambat kering. Cotton memang selesa, tapi kurang praktikal untuk cuaca sejuk di Nepal. Terutamanya bila hiking.
5. 2 pasang thermal wear
Boleh dapatkan di Sportsdirect (jenama Campri), Universal Traveler atau mana-mana kedai menjual barangan musim sejuk. Satu dipakai semasa hiking bersama dry-fit, satu lagi pakai semasa tidur. Tapi most of the time, semasa hiking, hanya pakai dry fit dan windbreaker saja. Thermal hanya pakai semasa tidur. Kadang-kadang hakak pakai juga masa hiking.. Sebab sejuk sangat..
6. 1 helai down jacket
PENTING. Terutamanya bila anda datang pada musim sejuk membeku. Pilihlah yang jenis ringan dah mudah dibawa. Hakak pakai down jacket bundle saja, RM50. Hehe…
7. 1 helai windbreaker
Hakak pakai sepanjang hiking.
3. PERALATAN & AKSESORI LAIN
1. Sleeping bag
PENTING! Pastikan sleeping bag yang anda bawa sesuai dengan keadaan di cuaca di ABC. Jika kita Bersama dengan Agent, ia akan bekalkan kita untuk packing di dalam beg yang telah disediakan
2. Topi atau snow cap
PENTING! untuk mengekalkan haba dalam badan. Kerana kebiasaannya haba badan akan hilang melalui bahagian kepala yang tidak bertutup.
3. Headlamp
Perlu.
Terutamanya bila dah malam. Di Basecamp ABC, mereka akan tutup elektrik jam 11 malam
4. Polarized sunglasses
Ada je polarized sunglasses yang murah. Saya beli RM25 sahaja. Tapi kawan-kawan hakak beli yang mahal tu.
5. Glove (sarung tangan)
Hakak cadangkan beli wool glove. Lebih menghangatkan berbanding anda beli glove The North ‘Fake’ di Nepal. Tak pun beli waterproof glove Karrimor di Sportsdirect. Mana-mana yang anda rasakan selesa.
6. Hiking pole
PENTING! Wajib bawa ya. Kalau boleh bawa 2. Ianya banyak membantu
7. Tuala mandi
Rasanya tak perlu bawa yang saiz besar. Kerana ia makan space. Bawa saiz kecil pun dah ok. Microfiber towel lebih afdal.
8. Barang Peribadi
Syampoo, Sabun Mandi, Berus Gigi , Ubat Gigi, Lotion , Bedak. Sikat, Barang2 Makeup hakak le….
9. Lip balm, sun block, moisturizer jangan dilupakan.
Anda akan berhadapan dengan cuaca yang sejuk, kering dan panas terik. Bersedia!
10. DIAMOX
Beli di KL, Itupun Ketua kami (Abg Zul ) yang beli kan. Takut AMS (Altitude Mountain Sickness)
11. Powerband
Hakak bawa sampai 3 Powerband.. Pergi Balik cukup untuk seminggu.. Tapi kalau dok On Internet je, Confirm abis cepat.. Nak Charge Mahal, so fikir2 la
12. Gula-gula berangin / Coklat
Seperti Hacks, Strepsils, Fisherman’s Friends atau Woods. Sakit tekak amat mengganggu kelancaran perjalanan anda. Terutamanya bila hiking pada musim winter yang keadaan cuacanya kering dan dingin Manakala Coklat pulak Hakak bawa Snickers
13. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti panadol, minyak gamat, ubat batuk, pil Chi Kit Teck Aun, handplast, bandage serta sebarang ubat-ubatan peribadi yang dirasakan perlu, jangan lupa masuk dalam bag.
14. Air Botol kosong / Bekas Untuk Isi Air Panas
Botol kosong 1L menyimpan stock air sepanjang hiking. Anda akan melalui guest house dan tea house yang anda boleh refill botol air anda. Semakin tinggi, air semakin mahal. Bekas Air Panas elok untuk bawa sekali masa hiking. Air Botol yang dibawa dalam beg cepat sejuk. Kalau ada air panas. Rasa hilang kesejukan.
4. OPTIONAL
1. Gaiter & crampons
Kedua-duanya berguna bila anda hiking pada musim salji yang tebal. Tak ada pun tak mengapa.
2. Yak wool blanket dan jacket
Sangat selesa dipakai terutamanya pada cuaca yang sejuk. Diperbuat daripada bulu Yak yang tinggal di atas pergunungan Himalaya. Segala jenis fabrik daripada bulu Yak amat berguna untuk menghangatkan badan ketika sejuk.
3. Makanan Berlauk
Group hakak bawa Makanan Brahim dan juga Sambal Ikan bilis Goreng.
Nota: Buat research sedikit mengenai layering clothing system supaya anda faham apakah kegunaan down jacket, thermal wear, windbreaker dll.
Korang boleh tinggalkan sementara barangan yang tidak perlu dibawa naik ke atas di Guest House.
Kebanyakan guest house membenarkan barangan hikers disimpan di permis mereka untuk sementara. Kesimpulannya, packinglah beg anda sebaiknya.
Ketahui musim kedatangan anda ke ABC sebelum mulakan packing barang. Khuatir salah bawa, menyesal nanti. Sebolehnya jangan lebih daripada 10KG. Lebih ringan lebih bagus. Selamat berpacking..
Gambar jalan-jalan ke Kathmandu (16-17 Dis 2023)
Bhaktapur adalah Bandar diraja ketiga terletak di atas jalan perdagangan lama ke Tibet di luar Kathmandu. Bagi Bhaktapur, jalan perdagangan ini menjadi sumber pendapatan kepada bandar itu.
No comments:
Post a Comment