Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter),merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam Negeri Pahang... Ada 2 laluan iaitu merapoh yang dibuka pada tahun 1993 dan Kuala Tahan... Perjalaan dari Merapoh memakan masa Dalam 4 Hari dan Kuala Tahan dalam Seminggu ..
Dua2 Trek ini agak mencabar dan Jika tiada Training daripada mana-mana gunung2 jangan harap la harap nak sampai... Jarak Gunung Tahan Dari Kuala Juram Merapoh adalah 32 Km , manakala dari Kampung Kuala Tahan ialah lebih kurang 53 KM...
Kali ini hakak memilih jalan dari Merapoh yang mengambil masa 4 hari 3 malam
Kuala Juram - kuala luis (5km)
Kuala luis - lata luis (6km)
Lata luis - kem kor (2.5km)
Kem kor - permatang (2.5km)
Permatang - kubang (3.5km)
Kubang - berlumut (1.5km)
Berlumut - bongsai (5.5km)
Bongsai - bukit botak (3km)
Bukit botak - puncak tahan (2.4km)
Jadual Perjalanan Ke Puncak
Gunung Tahan
Km / Jam
Melati Hill
Yat , C Man, Mizan, Cik Wan, Daud, Diella
Rahmat N Adnan Ja
Sebelum Masuk ke Taman Negara barang-barang hendaklah disenaraikan dan di tunjuk kepada Pegawai Perhilitan Taman Negara
Korang kene ingat apa yang dibawa masuk dan balik hendaklah jumlah yang sama
Tip yang berkesan nak Declare Barang.. Lebey baik Declare kurang dari Jumlah yang sebenar atau Nyorokkan jew... Sebab bila pulang nanti , jika barang tak cukup, kene denda pulak...
Kalau berlebey pulak dikire korang dikutip dan membuat amal kebajikan... Pandai-pandai la nak menipu.. dah besoooo... Jangan Kantoi suda ye..
(Dah pandai nyorok tu, pandai2 la simpan lps guna ye... Jangan Dok Buang merata... Cintailah Hutan & Sungai Kita..)
Otai-otai dari Melati Hill
Dari Kiri : Yat, CMan, Abg Nan, Mizan, Cik Wan, Krill, Dilla N Daud
Dari Bawah : Cik Rahmat n Adnan Ja
17 Ogos 2018
Jam 1100 pagi kami menaiki Powil ke Kuala Juram sejauh 13 Km dari Pusat Interaktif... Kalau berjalan kaki mengambil masa 5 Jam... Mangko weyh...
Jam 1145 pagi kami mulakan regangan dengan senaman ringan serta Bacaan Doa dari Abg Nan...
Kem Kor sejauh 13.5 Km,
Perjalanan mengambil masa 4-5 Jam ...
Berbekalkan Nasi Bungkus yang dibeli dari luar sebelum kami masuk ke Taman Negara Ini...
Sebanyak 4 Sungai kene redah..
Digalakkan Bawak Sandle
Tepulang nak pakai ke dak... Hakak mls nak basah2 kasut nih.. Pakai sandle dlu.. Kasut ltk dlm beg ok...
Kuala Juram - Kuala Luis
5 km
( 4 Sungai kene redah)
Kuala Luis - Lata Luis
6 km
(naik turun)
Lata Luis - Kem Kor
2.5 km
(naik turun)
Kesemuanya 13.5 km ke Kem Kor
Kem Kor
Kem Kor
18 Ogos 2018 (8.00 a.m)
Setelah berkemas bersarapan Bihun Goreng Bunga N Frens dan teh O panas,
Pendakian dimulakan dengan beg yang lebih berat dengan barang-barang yang basah disebabkan hujan lebat semalam.
Menu untuk lunch telah disiapkan; nasi putih + Ayam Masak Kunyit Bersama Kacang Pjg + Ikan Masin.
Perjalanan hari ini boleh dijangkakan panjang dan lama mengambil masa 8jam sejauh 16km.
trek berkeadaan dalam keadaan Baik dan berhati2 apabila menyeberang Sungai dan berpijak di atas Batu yang Licin.
Dari kem Kor, perjalanan akan melalui kem
Permatang, Kem Kubang, Kem Berlumut
dan Kem Bonsai sebelum
tiba ke Kem Botak...
5 kem keseluruhannya. Perancangan awal terus
tidur di puncak ...
Timing kami sampai ke Kem Kubang smpai sebelum Jam 12 tgh Hari.. Seterusnya ikut pace msg2 dan akan berkumpul semula di Kem Botak atau terus ke puncak...
Kem Kor - Kem Kubang
Jalan mencanak Naik...
Kem Berlumut - kem Bonsai
Naik turun
Kem Bonsai - Kem Botak
Menteng turun sikit.. Naik pun sikit
Kem Botak - Puncak
Naik berpijak atas batu
(berhati2 agak licin)
Gang-gang otai yang akak bawa sampai jam 5 Ptg,
Yang lambat sampai Jam 8.30 Malam...
Cuaca memang sangat sejuk.. Diikuti angin kuat yang membawa Air Sejuk dari Switzerland.. HehehehHehehehe
Diingatkan ye bawa Bawa Baju Sejuk yg tebal Hokey...
Pagi setelah selesai solat subuh.. Semua bersiap
Nak tgk Sunrise....
Bersarapan Bubur Lambok Tahan dan Kopi Panas...
Bergambar sakan diatas Signboard Puncak
Gunung Tahan
Tip di Atas Puncak & Hutan
Gunakan pakaian yang nipis dan longgar; kemeja-t lengan panjang yang selesa dan seluar panjang untuk perlindungan dari serangga dan luka cakaran. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda. Ketika meneroka hutan, pilih laluan trek yang boleh anda sempurnakan sebelum matahari terbenam dan pastikan anda memberitahu rancangan anda untuk meneroka kepada orang lain agar mereka boleh menjangka bila anda akan pulang dari penerokaan anda. Anda disarankan supaya tidak melencong dari laluan yang telah ditandakan di dalam hutan ini.
Bersama sebahagian Group Bunga N Frens
Bergambar dengan Baju Raya Aidiladha
Bersama Yat Yang Chomel
Beraya bersama Bunga N Frens
Tema kali ni mengenakan baju Kurung dan Baju Melayu
untuk bergambar mesra.
Puncak Gunung Tahan yang berkedudukan
2000 meter atas paras laut.
memang sejuk, dengan Angin yang agak kuat..menggigil rasa umpama berjalan di balik awan.
View boleh dikatakan cantik. Subhanallah.
Pada pukul 5 petang. Semua selamat sampai ke Kem Kor.
Turun tu dikatakan Berlari2 Anak ke Kem sebab taknak berjalan di waktu malam... Scary ooooooo
Kupejamkan mataku sejenak
Kurentangkan tanganku sejenak
Sejuk , tenang , senang kurasakan
Membuatku seperti melayang kegirangan
Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk kupendam
Dari siang hingga malam
Pesonanya tak pernah padam
Desiran angin yang berirama di pegunungan
Tumbuhan yang menari-nari di pegunungan
Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga
Betapa indahnya alam ini
Laut berombak-ombak
Awan berarak-arak
Udara segar bertiup-tiup
Aku berdiri di atas gunung
Berdiri di bawah langit
Untuk melihat keindahan alam ini
Keindahan dunia
Keindahan dunia
Aku mempertaruhkan nyawa
Bertahan diri di atas gunung
Demi melihat keindahan alam
Keindahan ciptaan Tuhan
Sekadar Beborak Kosong
Bersama-sama Sahabat Pendaki Gunung ketika Turun dari Puncak Gunung Tahan...
C Man , Diella, Yat, Adnan Ja n Abg Nan
Sebelum turun sempat bergambar dengan latar belakang keindahan Gunung Tahan
Viral Gambar Visi I dan II
Bukan senang nak bergambar dengan dorang nih..
bedesup turun.... Penat Kejooo
Kem Berlumut, berehat sekejap.... Nak tunjuk Gunung Tahan nun jauh.... Boleh Downn oooo tgk Puncak jauh lagi...
Kes Bawa Bertenang....
Tak laju, Tak perlahan..
Pace boleh Tahan le....
Akhirnya tiba di Kem Kor semula Jam 5.40 ptg
Sian... Lapoooo
Abg Nan keletihan
20 Ogos 2018
Bergerak pulang ke Kuala Juram Jam 9 pagi.
Tiba di Kuala Juram Jam 12 Tgh Hari... Laju tak laju le dah x sabo nak sampai....
Winnnnn, Akak berjaya mengakhiri perjalanan Akak 4 Hari 3 Malam...
Yabedabeduuuuuuuuuuuu
Sempat bergambar di Kawasan Peliharaan Kawasan Pusat Interaktif... Banyak Ikan oooooo
Nampak tak Ikan tu... bersusun nak makan....
Jom Makan
Guide Akak Mat Besi And Abg Zack
Catatan beberapa ekspedisi menawan puncak Gunung Tahan (berdasarkan kajian penyelidik UPM):
# 1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).
# 1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.
Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.
# 1884 - Residen Perak, F A Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.
# 1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan.
Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
# 1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.
# 1989 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak.
Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.
# 1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.
# 1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan.
Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).
# 1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.
# 1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki
## Berkahirlah Sudah...... Kisah Perjalanan
Diella Hasan ##
No comments:
Post a Comment