SEJARAH KINABALU
Sir Hugh Low berniat untuk mendaki Kinabalu. Namun kaum Kadazandusun menghalang sesiapa saja mendaki gunung itu lantaran kepercayaan mereka bahawa roh-roh nenek moyang mereka bersemadi disitu. Jika ada sesiapa yang mendaki dan meneroka Kinabalu, sudah pasti akan mengganggu roh-roh itu yang menyebabkan entiti itu marah. Tambahan pula kaum kadazandusunlah yang menjadi penjaga, pelindung dan pemelihara unsur tanah, tumbuhan dan air gunung itu.
Low difahamkan bahawa perkataan Kinabalu adalah daripada perkataan kadazandusun, Aki yang bermaksud nenek moyang dan Nabalu yang beerti gunung. Sudah pasti Low tahu bahawa gunung itu secara turun-temurun menjadi gunung roh nenek moyang mereka berkumpul. Tambahan lagi gunung itu telah dicipta oleh dewa tertinggi. Mereka juga percaya lopak-lopak yang terbentuk di gunung itu menjadi tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda. Hanya kelompok bobohizan sahaja yang dibenarkan untuk mencuci badan dan meminum air dari lopak itu dengan tujuan membuang sial.

Akhirnya, pada 7 Mac 1851, Low yang pada ketika itu Gabenor British di Labuan bertekad mendaki Gunung Kinabalu. Menyertainya adalah Gunting Lagadan, seorang penduduk tempatan berbangsa dusun. Mereka mengambil masa 3 minggu sebelum tiba di satu tempat. Lagadan seterusnya tidak menemani Low ke puncak Kinabalu. Low berkeseorangan dengan semangat dan keberanian yang tinggi ke mercu idamannya.
Misi Low tercapai. Namanya menjadi orang pertama mendaki puncak Kinabalu. Namanya juga diabadikan pada puncak yang tertinggi diantara puncak-puncak lain iaitu Puncak Low. Atas sumbangan Gunting Lagadan yang menemani dan membantu Low merealisasikan cita-citanya, namanya diabadikan pada motel yang terletak di Laban Rata. Mereka menjadi perintis kepada pendakian ke puncak Kinabalu.
Kalau beliau ini masih ada mungkin dia akan bangga
kepada Mountain Guide ( Si Malim)
yang cepat membuat kputusan...
untuk membantu, menyelamat, mangsa gempa...
Mendiang Gunting bin lagadan lahir pada tahun 1888. Sir Hugh Low naik pada 7 Mac 1851 dan ditemani mendiang Gunting. Fakta ini betul atau tidak?
ReplyDelete