Monday, 20 June 2016

KAWALAN PENGUNJUNG MENDAKI GUNUNG IRAU

IRAU OOO IRAU 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menetapkan jumlah pengunjung bagi aktiviti mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands yang dibenarkan dalam satu masa adalah 100 orang sahaja. Tindakan ini dibuat untuk mengawal keunikan dan kebersihan denai sepanjang pendakian. Kawalan akan dilaksanakan di laluan masuk denai bagi memastikan setiap pengunjung mempunyai permit memasuki hutan simpan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Permohonan mesti dibuat dua (2) minggu sebelum aktiviti dijalankan.


Carta alir proses permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK).



Permohonan Mendaki Gunung

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki HSK terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
  1. Gunung Irau, Cameron Highlands
  2. Gunung Brinchang, Cameron Highlands
  3. Gunung Berembun, Cameron Highlands
  4. Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
  5. Gunung Siku, Cameron Highlands
  6. Gunung Suku, Cameron Highlands
  7. Gunung Benom, Raub
  8. Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
  9. Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
  10. Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
  11. Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
  12. Gunung Rajah, Bentong
  13. Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).

Permohonan permit boleh dibuat melalui borang pemohonan rasmi dan dihantar melalui pos kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang bertanggungjawab ke atas lokasi tersebut. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan dihantar bersama borang permohonan tersebut. Sila kenalpasti PHD berkaitan bagi tujuan permohonan permit tersebut seperti senarai di bawah:

Gunung
Nama/Alamat PHD
Gunung Irau
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Brinchang
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Berembun
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Yong Belar
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Siku
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Suku
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Benom
PHD Raub/Cameron Highlands
Pine Tree Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Rompin Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Abu Suradi Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Mageri Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Rajah
PHD Bentong
Gunung Nuang
PHD Bentong




SELAMAT BERHIKING DI
GUNUNG IRAU

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...