Monday, 27 August 2018

Gunung Tahan - Merapoh




Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter),merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam Negeri Pahang...  Ada 2 laluan iaitu merapoh yang dibuka pada tahun 1993 dan Kuala Tahan... Perjalaan dari Merapoh memakan masa Dalam 4 Hari dan Kuala Tahan dalam Seminggu .. 


Dua2 Trek ini agak mencabar dan Jika tiada Training daripada mana-mana gunung2 jangan harap la harap nak sampai... Jarak Gunung Tahan Dari Kuala Juram Merapoh adalah 32 Km , manakala dari Kampung Kuala Tahan ialah lebih kurang 53 KM... 

Kali ini hakak memilih jalan dari Merapoh yang mengambil masa 4 hari 3 malam

Kuala Juram - kuala luis (5km)
Kuala luis - lata luis (6km)
Lata luis - kem kor (2.5km)
Kem kor - permatang (2.5km)
Permatang - kubang (3.5km)
Kubang - berlumut (1.5km)
Berlumut - bongsai (5.5km)
Bongsai - bukit botak (3km)
Bukit botak - puncak tahan (2.4km)

Jadual Perjalanan Ke Puncak 
Gunung Tahan 
Km / Jam





















Melati Hill
Yat , C Man, Mizan, Cik Wan, Daud, Diella
Rahmat N Adnan Ja


Sebelum Masuk ke Taman Negara barang-barang hendaklah disenaraikan dan di tunjuk kepada Pegawai Perhilitan Taman Negara



Korang kene ingat apa yang dibawa masuk dan balik hendaklah jumlah yang sama

Tip yang berkesan nak Declare Barang.. Lebey baik Declare kurang dari Jumlah yang sebenar atau Nyorokkan jew... Sebab bila pulang nanti , jika barang tak cukup, kene denda pulak...
Kalau berlebey pulak dikire korang dikutip dan membuat amal kebajikan... Pandai-pandai la nak menipu.. dah besoooo... Jangan Kantoi suda ye..
(Dah pandai nyorok tu, pandai2 la simpan lps guna ye... Jangan Dok Buang merata... Cintailah Hutan & Sungai Kita..)



Otai-otai dari Melati Hill
Dari Kiri : Yat, CMan, Abg Nan, Mizan, Cik Wan, Krill, Dilla N Daud
Dari Bawah : Cik Rahmat n Adnan Ja


17 Ogos 2018

Jam 1100 pagi kami menaiki Powil ke Kuala Juram sejauh 13 Km dari Pusat Interaktif... Kalau berjalan kaki mengambil masa 5 Jam... Mangko weyh...
Jam 1145 pagi kami mulakan regangan dengan senaman ringan serta Bacaan Doa dari Abg Nan...
Kem Kor sejauh 13.5 Km, 
Perjalanan mengambil masa 4-5 Jam ...
Berbekalkan Nasi Bungkus yang dibeli dari luar sebelum kami masuk ke Taman Negara Ini...



Sebanyak 4 Sungai kene redah..
Digalakkan Bawak Sandle
Tepulang nak pakai ke dak... Hakak mls nak basah2 kasut nih.. Pakai sandle dlu.. Kasut ltk dlm beg ok... 

Kuala Juram - Kuala Luis 
5 km
( 4 Sungai kene redah)

Kuala Luis - Lata Luis
6 km
(naik turun)

Lata Luis - Kem Kor
2.5 km
(naik turun)

Kesemuanya 13.5 km ke Kem Kor



Kem Kor




Kem Kor

18 Ogos 2018 (8.00 a.m)
Setelah berkemas bersarapan Bihun Goreng Bunga N Frens dan teh O panas,
Pendakian dimulakan  dengan beg yang lebih berat dengan  barang-barang yang basah disebabkan hujan lebat semalam.
Menu untuk lunch telah disiapkan; nasi putih + Ayam Masak Kunyit Bersama Kacang Pjg + Ikan Masin.

Perjalanan hari ini boleh dijangkakan panjang dan lama mengambil masa 8jam sejauh 16km.
trek berkeadaan dalam keadaan Baik dan berhati2 apabila menyeberang Sungai dan berpijak di atas Batu yang Licin.

Dari kem Kor, perjalanan akan melalui kem 

Permatang, Kem Kubang, Kem Berlumut
 dan Kem Bonsai sebelum 
tiba ke Kem Botak...
5 kem keseluruhannya. Perancangan awal terus 

tidur di puncak ...

Timing kami sampai ke Kem Kubang smpai sebelum Jam 12 tgh Hari.. Seterusnya ikut pace msg2 dan akan berkumpul semula di Kem Botak atau terus ke puncak...

Kem Kor - Kem Kubang
Jalan mencanak Naik...

Kem Berlumut - kem Bonsai 
Naik turun

Kem Bonsai - Kem Botak 
Menteng turun sikit.. Naik pun sikit

Kem Botak - Puncak
Naik berpijak atas batu
(berhati2 agak licin)

Gang-gang otai yang akak bawa sampai jam 5 Ptg,
Yang lambat sampai Jam 8.30 Malam...
Cuaca memang sangat sejuk.. Diikuti angin kuat yang membawa Air Sejuk dari Switzerland.. HehehehHehehehe

Diingatkan ye bawa Bawa Baju Sejuk yg tebal Hokey...




19 Ogos 2018

Pagi setelah selesai solat subuh.. Semua bersiap 

Nak tgk Sunrise....
Bersarapan Bubur Lambok Tahan dan Kopi Panas...

Bergambar sakan diatas Signboard Puncak 
Gunung Tahan


Tip di Atas Puncak & Hutan

Gunakan pakaian yang nipis dan longgar; kemeja-t lengan panjang yang selesa dan seluar panjang untuk perlindungan dari serangga dan luka cakaran. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda. Ketika meneroka hutan, pilih laluan trek yang boleh anda sempurnakan sebelum matahari terbenam dan pastikan anda memberitahu rancangan anda untuk meneroka kepada orang lain agar mereka boleh menjangka bila anda akan pulang dari penerokaan anda. Anda disarankan supaya tidak melencong dari laluan yang telah ditandakan di dalam hutan ini.




Bersama sebahagian Group Bunga N Frens



Bergambar dengan Baju Raya Aidiladha


Aiceceh.. Muke Nampak Suci Dalam Debu



Bersama Yat Yang Chomel




Beraya bersama Bunga N Frens
Tema kali ni mengenakan baju Kurung dan Baju Melayu

untuk bergambar mesra.

Puncak Gunung Tahan yang berkedudukan 

2000 meter atas paras laut.
memang sejuk, dengan Angin yang agak kuat..menggigil rasa umpama berjalan di balik awan.
View boleh dikatakan cantik. Subhanallah.
Pada pukul 5 petang. Semua selamat sampai ke Kem Kor.
Turun tu dikatakan Berlari2 Anak ke Kem sebab taknak berjalan di waktu malam... Scary ooooooo





Kupejamkan mataku sejenak
Kurentangkan tanganku sejenak

Sejuk , tenang , senang kurasakan

Membuatku seperti melayang kegirangan

Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk kupendam

Dari siang hingga malam

Pesonanya tak pernah padam

Desiran angin yang berirama di pegunungan
Tumbuhan yang menari-nari di pegunungan

Begitu indah rasanya

Bak indahnya taman di syurga




Betapa indahnya alam ini
Laut berombak-ombak

Awan berarak-arak

Udara segar bertiup-tiup

Aku berdiri di atas gunung
Berdiri di bawah langit

Untuk melihat keindahan alam ini
Keindahan dunia

Aku mempertaruhkan nyawa

Bertahan diri di atas gunung

Demi melihat keindahan alam

Keindahan ciptaan Tuhan



Sekadar Beborak Kosong 

Bersama-sama Sahabat Pendaki Gunung ketika Turun dari Puncak Gunung Tahan...
C Man , Diella, Yat, Adnan Ja n Abg Nan



Sebelum turun sempat bergambar dengan latar belakang keindahan Gunung Tahan



Viral Gambar Visi I dan II



Bukan senang nak bergambar dengan dorang nih..
bedesup turun.... Penat Kejooo



Kem Berlumut, berehat sekejap.... Nak tunjuk Gunung Tahan nun jauh.... Boleh Downn oooo tgk Puncak jauh lagi... 



Kes Bawa Bertenang....
Tak laju, Tak perlahan..
Pace boleh Tahan le....
Akhirnya tiba di Kem Kor semula Jam 5.40 ptg



Sian... Lapoooo


                                                                    Abg Nan keletihan

20 Ogos 2018

Bergerak pulang ke Kuala Juram Jam 9 pagi.
Tiba di Kuala Juram Jam 12 Tgh Hari... Laju tak laju le dah x sabo nak sampai....



Winnnnn, Akak berjaya mengakhiri perjalanan Akak 4 Hari 3 Malam...
Yabedabeduuuuuuuuuuuu



Sempat bergambar di Kawasan Peliharaan Kawasan Pusat Interaktif... Banyak Ikan oooooo



Nampak tak Ikan tu... bersusun nak makan....


Jom Makan



Guide Akak Mat Besi And Abg Zack

Catatan beberapa ekspedisi menawan puncak Gunung Tahan (berdasarkan kajian penyelidik UPM):

# 1875 - Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).

# 1880 - Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.

Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.

# 1884 - Residen Perak, F A Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.

# 1893 - H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan.

Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.

# 1890 - Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.

# 1989 - W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak.

Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

# 1902 - Seorang ahli alam semula jadi, Waterstad mengetuai ekspedisi yang mengisytiharkan bahawa beliau sampai ke Banjaran Tahan, namun keterangannya amat berbeza dengan keadaan sebenar di kawasan berkenaan.

# 1905 - Ekspedisi Robinson, mereka memulakan perjalanan dengan menaiki bot pada pagi 17 Mei 1905 ke Kuala Tembeling menuju ke Kuala Tahan.

Empat pembantu Robinson berbangsa Melayu iaitu Che Nik, Mumin, Mat Aris dan Bulang adalah orang pertama tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 10.15 pagi 16 Julai 1905, iaitu selepas dua bulan mendaki dari Kuala Tahan (Scrivenor 1912).

# 1906 - Jabatan Bancian mendirikan survey beacon dan kepingan besi serta menandakan ketinggian puncak gunung iaitu 7,059 kaki.

# 1912 - Ketinggian Gunung Tahan disahkan pada 7,186 kaki oleh Scrivenor, namun kini disahkan dengan peralatan yang lebih moden pada ketinggian 7,182 kaki



## Berkahirlah Sudah...... Kisah Perjalanan 
Diella Hasan ##




Wednesday, 1 August 2018

Gunung Siku, Cameron Highland

GUNUNG SIKU, CAMERON HIGHLAND
Dah lama x memblog.... Bz Ngan Maksak Futsal Negeri & Kebangsaan.... Muke pun dah Gelap.....Kali ini Hakak punya trip ke Gunung Siku pada 21 Julai 2018. Gunung yang ktinggiannya 1916 meter dari paras laut terletak di Cameron Highland, Pahang. Seramai 39 peserta dari RAWANG HIKERS menyertai trip ini telah berjaya di realisasikan. Meeting point kami ialah di Masjid kampung Raja sebelum bergerak ke starting point kira-kira 5KM.
Selepas Subuh, semuanya breakfast di depan Masjid Kg Raja... Sapa nak tapau makanan digalakkan.... Sapa yang xnak, sila makan di Gerai tersebut ok.. Akak dah tapau byk roti dalam beg... So, Tak payah la nak bertapau nih....

Sebenarnya akak xtau pun akak g ngan Rawang Hikers.... Tapi belasah je le kan.... So bekenalan la Hikers2 dari Rawang..... 


~Tentantif Gunung Siku~

************************************
6:30 pagi - Berkumpul di Masjid Kg Raja, disini akan solat suboh, dan untuk sarapan pagi.
8:15 pagi - Semua bergerak ke carpark
8:30 pagi - Tiba di carpark, kereta akan parking di bahu-bahu jalan.
8:45 pagi - Mula bergerak ke starting point mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki ( boleh naik 4WD jika nak).
9:05 pagi - Semua tiba di starting point, di sini sesi briefing di adakan.
9:15 pagi -  Muka mendaki. Trek gunung siku ni boleh di katakan single trek dan jelas kelihatan.
11:40 pagi - Tiba di puncak gunung siku.
12:30 pagi - Mula turun, di puncak gunung siku ini sempit.
3:00 petang - Semua tiba di starting point
3:20petang - Tiba di carpark dan bersurai
Hikers dari Rawang
Dari tempat parking kereta, kena berjalan ke kaki Gunung Siku melalui laluan pejalan kaki sepanjang 2 KM. Kiri kanan ada kebun tomato dan Sayur-sayuran.... Jangan nak petik pulak... Kang kene kejo dek Orang Bangla... Dalam setengah jam perjalanan, sampai lah dekat kaki Gunung Siku.  Cantik view kebun sayur kaki Gunung Siku. Dari sinilah nanti start mendaki around 400 meter ke puncak Gunung Siku. Ada sedikit briefing and bacaan doa selamat oleh the guider sebelum start mendaki...
Park kereta di tepi jalan dan berjalan sehingga 2 km

Laluan jambatan ini 1st Starting ke Kaki Gunung Siku
1st Starting agak mencanak dan semak laluan nya.... Kayu yang basah dan tanah yg lembab membuatkan akak lebih berhati2 melangkah di kayu2 yang basah dan licin... Takut2 tergelincir ke bawah.... Tongkat tak digalakkan bawa sebab rasanya pendakian ni x la begitu mencabar.... Cuaca pun sejuk..... So layan jela......Hampir 2 jam hiking dikawasan hutan akhirnya sampai jugak ke mossy forest. Masing-masing muka dah excited and keluarkan handphone. Dia punya mossy forest memang cantik bakhang. Macam dalam filem Lord of The Ring. Tapi tree beard (pokok raksasa yang boleh bercakap) takdelah dekat situ haha.
Sapa yang rindu Irau, meh datang sini
Mossy Forest dalam Cerita The Lord Of The Ring
Memang rindu sangat ngan kesejukan rumput rumpai kat pokok ni... Sejok dan mendamaikan
Layan je la kan..... rasa nak tidoooo je
Mossy forest supe cam Irau. Sesape yang rindukan Irau mossy forest, Eloklah lepaskan rindu tu disni... Actually memang  agak kagum dengan keindahan alam dekat sana.....
Sepanjang laluan di mossy forest, keje dok bergambar je
Special thanks buat photographer yang snap gambar-gambar di mossy forest nie especially Mai The Gojes. The photos you captured are absolutely priceless.=D
I am Dilla n This is My BudDies Mai Gojes
Lebih kurang 1 jam hiking dari mossy forest, berjaya sampai ke puncak Gunung Siku. Fuh, lega rasanya dah sampai, haha. Ketinggian gunung siku 1916m, but actually dari tempat parking kereta ke kebun sayur di kaki gunung itu pun dah lebih kurang 1500m. So tinggal lagi around 400m macam tu je nak sampai ke puncak Gunung Siku.... Punya lah ramai manusia naek masa tu.... Ada yang lebih cepat sampai ke puncak....  So besempit2 le duduk...
Dah penuh kat atas Puncak Siku nih.... Tepaksa mencari ruang utk duduk
Sempat bergambar dengan Otai Cameron (Bro GG)
Yang ni pulak Otai2 dari Melati Hikers (Cik Wan) n Rawang Hikers (Adik Ajak)
Done For Gunung Siku, Cameron Highland
Panjang Umur Kita berjumpa lagi ya Siku....

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...