Wednesday, 8 May 2019

Gunung Tambora, Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia

Assalamualaikum Wahai Pencita Gunung Semua..
Sudah lama akak tak memblog dan becerita.. Nak ingat balik semula tentang perjalanan kali ni rasanya tak teringat rasanya.. Al-maklum akak dah tua, lost memory org kata.. Sekejap ingat, sekejap tak ingat.. So, yang salah tentang perjalanan akak, akak mohon maaf ya... 
 Pada mulanya akak dan kawan-kawan berhajat untuk pergi ke Gunung Rinjani, tapi atas sebab Gunung Rinjani tutup akibat gempa bumi jadi Hasrat untuk jejak ke Gunung Rinjani bertukar ke Gunung Tambora.. So jangan ingat Gunung Tambora ni senang nak naik ye.. Bukan calang-calang rupanya gunung ini dan Merupakan Kawah Gunung yang terluas di Indonesia..
Gunung Tambora, Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
Gunung Tambora bukan wishlist akak sebenarnya.. Tapi sekarang akak dah seronok becerita pada kawan-kawan untuk pergi ke sana.. Allahu, pemandangan yang akak amat teruja dan akak rasa nyaman seperti nak je menetap di tempat saujana tu.. Bebalik cerita Ke Tambora ni, Setibanya Lapangan Terbang antarabangsa Lombok jam 8 mlm kami dijemput oleh Oceng si Jurupandu yang segak dan bergaya ini menuju ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Semenanjung Pulau Sumbawa Utara..
Perjalanan akak ni memakan masa 9-10 jam dan lebih.. Jauh nun di Hujung Lombok.. Tu hah peta perjalanan akak..
Perjalanan memakan masa yang amat panjang dan meletihkan selama 9-10 jam.. Naik feri ke seberang dari lombok selama 2 jam.. Tu je dah rasa bosan sehingga kami tidur keletihan di atas feri dan Van yang kami naiki..
Perjalanan dari Pintu Rimba ke Puncak Tambora
Khamis, 11 April 2019 Jam 4 ptg, Kami tiba di Pulau Sumbawa ni dan terus ke Balai Taman Nasional Tambora di Desa Pancasila, Nusa Tenggara Barat untuk mendaftar nama dan terus menuju ke Homestay untuk bersiap serta menukar pakaian Hiking.. Letih tak ilang tapi semangat tu diteruskan jugak.. 
  Selamat Datang buat Pendaki-pendaki Malaysia
Nampak tak muka hakak yang syiok naik motor.. Mencabar kot sebab laluan ke Pintu Rimba dah serupa Laluan Motorcross Trek yang mencabar..
Kami dibawa menaiki Motosikal selama 30-40 minit sehingga ke Pintu Rimba.. Pada masa itu, hujan rintik2 diikuti turun sangat lebat dan membuatkan baju serta beg menjadi berat dan teramat kotor.. Cekal jugak akak dan redho untuk starting point dari awal pintu rimba bersama rakan-rakan seperjuangan..
Terdapat 2 laluan starting point (Pancasila & Oi Bura).. Guide membawa kami ke laluan Oi Bura dan disana kami melalui Pos 1 (1 jam), Pos 2 (2 jam) dan Pos 3 (2 jam).. Laluan Mendaki pada awalnya agak semak dan bersimen menyukar untuk mendaki kerana agak licin ketika itu.. Tambahan lagi jalan banyak ditutupi belukar dan susah untuk dilalui.. Miangnya tak tau la nak cakap.. Hujan mulai berhenti di Pos 2 dan mulai gelap sebaik tiba Jam 6.30 petang.. Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dan berhenti bagi menghormati azan maghrib. Akak, Abg Brad serta 2 Sweeper tiba di Pos 3 Jam 8.30 malam..
Jumaat 12 April 2019, bergerak ke Pos 4 jam 3 pagi. Pendakian kali ini agak memacak dan keadaan sekeliling dikelilingi pokok-pokok tinggi.. Diingatkan bahawa pokok jelatang ada dimana-mana saja... Amatlah sakit dan menjadi gatal bila terkena pada kulit badan.. Jeritan rakan-rakan terkena daun jelatang memecah hening yang agak sunyi.. Mana taknya, merana menanggung sakit.. Daunnya yang lebar dan banyak tumbuh merata tempat.. Berhati-hatilah melalui jalan ke Pos 3 dan Pos 4.. Walaupun masih berhati-hati dalam terkena daun ini, akak masih jugak terkena daun jelatang ni.. Allahu sakit namatey...

Pos 4 ke 5, Pohon-pohonnya agak tinggi dan jalur pendakiannya agak jelas bila dilihat.. Di Pos 5 kami berhenti untuk solat subuh dan bergerak setelah selesai semuanya..

Udara pagi untuk menuju ke puncak Tambora sungguh nyaman sekali.. Sesekali terdengar angin melambai-lambai di pepohon dan burung-burung berkicauan.. Jalur pendakian tampak lebih jelas dengan rumput-rumput kehijauan saujana.. Ya allah, cantik sungguh lukisanmu.. 
Sesekali akak berehat untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan..
Keja nak menangkap gambar je la..
 Temenung sendirian
Perjalanan diteruskan sehingga bertemu batu kerikil dan pasir.. Masa tu dah rasa letih yaamat.. Kene pakai 2 tongkat gamaknya.. Sekali kau naik, 3 kali turun ke bawah balik..
  
Batuan berukuran kerikil dan pasir yang cukup gembur kini berganti dengan yang cukup padat. Angin semakin kencang dan suhu udara benar-benar dingin.. Perjalanan ini benar-benar menggunakan tenaga yang kuat.. Bau sulfur dan terasa sakit di Hidung.. Dari kejauhan sebelah kiri nampak dah dinding kaldera sekaligus titik puncak Gunung Tambora.. Di kejauhan akak dah nampak rakan-rakan sudah tiba di puncak.. Alamak, jauhnye Ya Allah.. Bertabah la Dilla.. Menyusul kemudian, sebuah lubang berwarna hitam pekat yang sangat luas mulai terlihat di sisi kiri..  Akak, Abg Brad serta Farah orang yang terakhir tiba tepat di bibir kaldera Tambora.. Angin semakin kencang dan suhu udara semakin dingin.

  Menunggu ketibaan Farah dan Abg Brad..
Sama-sama naik ke Puncak Tambora
Kami meneruskan perjalanan  ke puncak Tambora, titik tertinggi yang berada pada ketinggian 2.850 mdpl.. Semakin kami mendekati titik tertitinggi tersebut, angin semakin kencang dan udara dingin semakin menusuk..  Akhirnya  tiba di Puncak Tambora tepat pukul 9.30 pagi.. Berehat sekejap serta mengambil gambar tu dah menjadi wajib.. Bukan senang oooo nak sampai sini.. Rakan-rakan yang lain sudah lama sampai dan mereka hanya berehat dan menunggu  akak mengambil gambar sepuas hati..
Alhamdullilah

Angin di puncak terlalu kencang dan sejuk dan memaksa kami selesai untuk turun dan kembali ke Pos 3.. Perjalanan pulang mengambil masa 2-3 jam untuk ke Pos 3.. Cuaca masa tu memang sejuk diikuti matahari mulai naik.. 
KEMBALI KE BASECAMP (Pos 3)
Perjalanan menurun dari bibir kaldera cukup susah untuk dilalui.. Trek pasir dan batuan kerikil yang cukup gembur dan Angin kencang  menerbangkan pasir dan batuan halus ke arah kami dan masuk ke dalam mata.. Turun memang la senang tapi berhati-hati takut2 jatuh terkena batu-batu yang agak tajam dan licin.. Terdapat sebuah tugu in memoriam dalam perjalanan pulang.. Sempat begambar sekejap.. Masa pergi akak tak sempat nak bergambar, so buat kenangan lah ye..
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti sejenak di aliran sungai ini di Pos 5. Akak panggil Kolam ini Kolam Bunian.. Sangat cantik kolamnya..
Perjalanan diteruskan untuk pulang ke Pos 3.. Sampai di Pos 3 dalam Jam 1.30 Tgh hari.. Kumpulan Akak ingin berehat di Pos 3 dan ingin pulang keluar pada hari esok.. Bermula la episod tidur dan membawang sehingga ke malam.. Dah tak tahu buat apa.
Bersama-sama pendaki Indonesia
Pos 3
Bersama pendaki-pendaki Indonesia
 
Waktu malam tiba kami bekumpul beramai-ramai serta makan malam yang disediakan Guide dan rakan-rakannya..
Seawal pagi kami bangun dan siap sedia untuk keluar menuju ke Pos 2 dan Pos 1 ..
Sebelum pulang, kami Bergambar beramai-ramai setelah berkemas untuk pulang keluar ..

 Alhamdullilah perjalanan kami selamat semuanya dan meneruskan misi kami seterusnya di Pulau Kenawa & Kaki Gunung Rinjani, Lombok Indonesia

Teknik mengatasi AMS (acute mountain sickness)

Ams merupakkan antara penyakit utama bagi mereka yang gemar mendaki gunung,
Faktor serangan Ams secara teorinya adalah berbeza-beza pada setiap individu,
Dan ada yang mengatakan ianya di sebabkan oleh Genetic,

Pada mereka yang sering mendaki keparas 3000m dan keatas, tidak semestinya kebal dari serangan AMS, Kerana jurang masa Bagi badan seseorang itu mampu bertahan pada tekanan atmosfera adalah pada sekitar 2 minggu. Bermakna, setiap dari individu mampu menyimpan kesuaian Aklimatisasi pada tempoh tersebut,

Ams mampu di atasi dengan teknik Aklimatisasi yang betul, secara amnya, Ramai pendaki yang tidak menekankan proses aklimatisasi dengan baik ketika melakukan aktiviti pendakian yang melebihi paras 3000m keatas,

Apa dia AKLIMATISASI?
Aklimatisasi ada satu proses atau upaya penyesuaian Fisiologi atau adaptasi dari satu organisma terhadap satu lingkungan baru,

Dan ianya adalah suatu keupayaan atau kemampuan organisma untuk mengawal morfologi, perilaku dan jalur metabolisma biokimia dalam tubuh untuk menyesuaikan pada lingkungan,

Aklimatisasi yang betul adalah dengan melakukan pergerakan perlahan dan terkawal dan berehat pada kadar sederhana, tidak mengambil masa terlalu lama, kadar bebanan sebolehnya di kurangkan agar mampu mengawal kadar tekanan pada tubuh ketika memasuki zone Ams (Acute mountain sickness) kawalan pernafasan yang teratur, langkah kaki yang sederhana, pengunaan tenaga yang minima, pada sesetengah kawasan.. Pergerakan perlu di minimakan, bergantung pada kadar kecuraman perjalanan,
Teknik atau pergerakan "Z" mampu meminimalkan tenaga sekiranya berdepan dengan denai yang curam, jauh lebih baik dari bergerak lurus,
Teknik ini juga di kenali sebagai (vertical cutter)

Walau bagaimanapun, setiap pendakian perlukan latihan asas bagi membantu anda untuk meningkatkan stamina, keupayaan stamina yang sedikit adakalanya amat memberi kesan pada pergerakan kita ketika mendaki, ini kerana hukum pendakian pada paras yang lebih tinggi adalah lebih mencabar kerana ianya merupakan satu perjalanan yang merentes Alttiude.. 

Semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu membuka minda anda untuk mencari lebih banyak info mengenai teknik pendakian yang Betul..
 Wajah-wajah keletihan di dalam Van

Berikut adalah Jadual Perjalanan kami semasa di Bumi Lombok, Indonesia
 
Trip Tambora & Pulau Kenawa
6D - 4N
10-16 April 2019

Day 1: 10 apr ~ Rabu
Hari Kedatangan: (Airport Lombok)
Pada hari pertama, Guide menjemput Anda dari tempat kedatangan Anda di Bandara, Pelabuhan Lembar, Senggigi, atau Pelabuhan Bangsal. Selanjutnya menuju pelabuhan kayangan menyeberang ke pelabuhan poto tano sumbawa, menyeberang ferry memakan waktu kurang lebih 2 jam.
Setelah tiba di sumbawa lanjut lagi menuju pancasila jalur pendakian tambora mount, memakan waktu kurang lebih 8-9 jam perjalanan, jika dari Bandara International Lombok kita akan tiba dalam Jam 11 - 12 Tgh Hari pada hari esoknya.

Day 2: 11 Apr ~ Khamis
Setelah tiba di basecamp tambora mount, berehat,mandi,makan,dan prepare barang hiking.
Setelah itu taxibike akan menghantar anda menuju pintu rimba. Dari pintu rimba ke pos 1 sekitar 1 jam, dari pos 1 ke pos 2 kurang lebih 2 jam, pos 2 ke pos 3 sekitar 3 jam , anda akan bermalam di pos 3
Seterusnya makan malam dan istirahat untuk persiapan menuju puncak

Day 3: 12 april ~ Jumaat
Pada pukul 03:00 am bersiap menuju ke puncak tambora mount. Untuk sampai di puncak memakan waktu kurang lebih 4 - 5 jam bergantung pace pendaki.
Setelah tiba di puncak tambora mount bergambar dan terus pulang menuju pos 3 untuk makan tgh hari dan bermalam untuk bekumpul tenaga untuk perjalan ke basecamp pada keesokkan pagi nya sambil menikmati sensasi hutan tambora yg sangat memanjakan mata

Day 4: 13 april ~ Sabtu
Pada esok pagi nya setelah sarapan dan berkemas barang  dan terus keluar menuju ke Pintu Rimba sekitar jam 8-9 pagi. Tiba di pintu rimba kurang lebih jam 1-2 petang.
Tiba di Homestay , makan tgh hari dan mandi/prepare barang untuk pulang.

Selanjut nya menuju SAVANA DORO CANGA dan mengambil gambar dengan beberapa kuda liar 
Lalu terus menuju ke pulau kenawa, Tiba di pelabuhan, menyeberang menuju pulau kenawa sekitar jam 1-2 pagi, untuk sampai di pulau kenawa memakan waktu sekitar 15 minute saja, selanjut nya berehat dan menikmati malam di pulau kenawa

Day 5 : 14 April ~ Ahad
Keesokan hari nya, mendaki Bukit Kenawa untuk mengambil gambar di bukit kenawa,  dan seterusnya snorkling dan menikmati alam bawah laut di pulau kenawa. Seterusnya menuju Desa Sembalun Lombok dan bermalam di Rumah Nenek Oceng pemandu Guide Tambora.

Day 6: 15 April ~ Isnin
Keesokan pagi nya menuju ke destinasi lainnya, pergi ke pulau-pulau.. Disebelah petang menuju ke Chalet Nuansa Rinjani, sEMBALUN, kABUPATEN lOMBOK tIMUR, nUSA TENGGARA dan bermalam..

Day 7: 16 April ~ Selasa
Hari yang terakhir, bersiap untuk pulang dan membeli souvenir khas di lombok untuk keluarga Di Malaysia dan
Balik ke Airport Lombok

PULAU KENAWA






VILLA NUANSA RINJANI
Sembalun, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara, Indonesia
(Villa yang sejuk dan nyaman di Kaki Gunung Rinjani)






Gambar-gambar lain





 Selesai, Jom Balik

Abg Brad, Cik Li, Abg Zaid, Diella Hasan, Kak Anna, Waheeda, Farah, Oceng N Krill

~~Semoga Kita Berjumpa lagi ya~~

Terima Kasih KAK ANNA Selaku Gogo dan suami Kak Anna (Abg Zaid) membawa kami ke sana dan merealisasikan Impian kami... Tq

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...