Assalamualaikum Hikers.. Gunung yang hakak impikan sejak Filem 5 Cm ditontonkan pada tahun 2012... Masa tu hakak rasa, bila laa dapat jejak ke sini... Akhirnya impian tu terlaksana bila hakak dapat pergi dan Nikmatinya sendiri bagaimana jejaknya kaki ini melangkah ke Gunung Tertinggi di di Jawa, Indonesia...
Satu Perjalanan yang amat menyeronokkan kerana perjalanan ini merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia semata-mata untuk menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu yakni menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang terletak di wilayah dua kabupaten iaitu di Kabupaten Malang dan Kabupaten Lumajang, Provinsi Jawa Timur.
Satu Perjalanan yang amat menyeronokkan kerana perjalanan ini merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia semata-mata untuk menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu yakni menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang terletak di wilayah dua kabupaten iaitu di Kabupaten Malang dan Kabupaten Lumajang, Provinsi Jawa Timur.
Gunung yang turut dikenali Puncak Abadi Para Dewa di mana pendakian hakak dan sahabat2 Seperjuangan yang mengambil masa selama 3H2M bermula daripada Ranu Pani melalui beberapa checkpoint & campsite seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal sehingga sampai ke Puncak Semeru iaitu Puncak Tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia...
Gunung Semeru juga cukup terkenal di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan panorama gunung-ganangnya dan keadaan trek yang bakal dilalui cukup memberikan cabaran yang tersendiri dan membangkitkan perasaan adrenaline buat penggemar aktiviti mendaki...
Macam biasa tidur itu nikmat di dalam Flight
Hari Pertama
( 04 Julai 2019 )
Dari kuala Lumpur ke Surabaya
Tarikh keramat 04 Julai 2019, Hakak dah mula terlebey awal bertapak di KLIA 2 keseorangan sementara menunggu rakan-rakan yang turut bersama mendaki bersama Hakak.. Flight kami dijangka berlepas jam 9.00 pagi dan mendarat jam 12 Tengah hari Waktu Malaysia ke Kepulauan Jawa, Indonesia..
Kami disambut oleh Guide kami Ah Hong, Rayyan & Dimaz.. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Ranupani dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.. Perjalanan menuju ke Ranupani tidaklah begitu crowded seperti tempat-tempat lain yang hakak pernah pergi.. Siap ada Highway gitu... Kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan.. Sesekali kami dihidangkan pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di Malaysia..
Persinggahan yang pertama untuk melihat pemandangan Puncak Bromo
Dari kuala Lumpur ke Surabaya
Tarikh keramat 04 Julai 2019, Hakak dah mula terlebey awal bertapak di KLIA 2 keseorangan sementara menunggu rakan-rakan yang turut bersama mendaki bersama Hakak.. Flight kami dijangka berlepas jam 9.00 pagi dan mendarat jam 12 Tengah hari Waktu Malaysia ke Kepulauan Jawa, Indonesia..
Kami disambut oleh Guide kami Ah Hong, Rayyan & Dimaz.. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Ranupani dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.. Perjalanan menuju ke Ranupani tidaklah begitu crowded seperti tempat-tempat lain yang hakak pernah pergi.. Siap ada Highway gitu... Kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan.. Sesekali kami dihidangkan pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di Malaysia..
Persinggahan yang pertama untuk melihat pemandangan Puncak Bromo
Perjalanan menuju ke Ranupani !
Ini merupakan lokasi permulaan kami berhenti setelah penat duduk lama di dalam van & Jeep.. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 3 jam menaiki van dan 1 jam menaiki jeep memang amat melelahkan... Mana tak nya, tak selesa kan dok kerusi yang tak empuk... Rakan-rakan yang duduk di Belakang ntah la... Kesian... Jeep yang membawa kami melalui
kawasan perkampungan di Malang pada awalnya kelihatan di kiri dan kanan
ladang-ladang buah dan teh yang cukup luas, seterusnya semakin jauh perjalanan
menuju ke atas dan melalui pula kawasan dipenuhi dengan ladang-ladang
sayur yang dimiliki penduduk tempatan.. Pemandangan di luar memang cukup indah seluas saujana memandang
di lereng-lereng bukit dan turut juga kelihatan hutan Pine tree di kiri dan
kanan yang cukup indah dan mempesonakan kami..
Sempat berposing sebelum meneruskan perjalanan ke Homestay Hakak
Homestay dimana kami tinggal sebelum berangkat masuk ke Pintu Rimba Puncak Semeru
Homestay dimana kami tinggal sebelum berangkat masuk ke Pintu Rimba Puncak Semeru
Hari Kedua
(05 Julai 2019)
Ranupani - Kalimati
Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Homestay ke Balai Balai Besar Taman National kami berjalan kaki dengan disajikan pemandangan indah ladang sayur milik peduduk Tempatan.. Akhirnya kami tiba di Balai Besar Taman National Bromo Tengger Semeru.. Para pendaki diwajibkan mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.
Kemaen sonok Hakak beposing.. Beg hakak diangkut oleh porter.. So sesape barang-barang nak dianglut oleh porter, siap sedia le 800 ribu rupiah ye..
(05 Julai 2019)
Ranupani - Kalimati
Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Homestay ke Balai Balai Besar Taman National kami berjalan kaki dengan disajikan pemandangan indah ladang sayur milik peduduk Tempatan.. Akhirnya kami tiba di Balai Besar Taman National Bromo Tengger Semeru.. Para pendaki diwajibkan mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.
Kemaen sonok Hakak beposing.. Beg hakak diangkut oleh porter.. So sesape barang-barang nak dianglut oleh porter, siap sedia le 800 ribu rupiah ye..
Lebih kurang pukul 10.00 pagi hakak & rakan-rakan seperjuangan memulakan pendakian yang bermula
dari pintu Taman Nasional Bromo Tengger Semeru melalui jalur Desa Ranu
Pani, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang dan menuju ke Kem Kalimati
untuk berehat sebentar sebelum keesokan harinya bagi meneruskan misi summit
atack menuju ke puncak.. Tempoh masa perjalanan yang diambil selama 6-8
jam perjalanan secara santai.. Hakak dan rakan-rakan merentasi pelbagai panorama indah yang
berbeza-beza dari satu lokasi ke lokasi yang lain.. So jangan terkejut kalau sampai di setiap Pos hokey.. Siap sedia duit di poket.. Disana macam- macam dijual..
Pos 1
Pos 2
Pos 3
Terdapat lebih kurang 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo untuk
berehat dan makan tengahari di Ranu Kumbolo, yang menariknya di pos-pos
tersebut terdapat peniaga kecil menjual kuih muih, buah tembikai dan minuman panas seperti
kopi hitam yang cukup sedap tapi rasanya cukup padu
yang berharga 5000 rupiah yang dijual sepanjang trek menjadi peneman
ketika untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat mendaki.Pos 1
Pos 2
Pos 3
Perjalanan santai menuju ke Ranu Kumbolo.
Perjalanan 8 jam itu sangatlah jauh dan cukup membebankan untuk
dilalui, memang betul walaupun treknya tidak begitu pacak serta agak santai
tapi masih memerlukan mengeluarkan kudrat untuk mendaki.. Perjalanan
yang dilalui tidak begitu terasa kerana keadaan suhu yang nyaman sejuk
di sepanjang perjalanan tambahan pula pemandangan indah di kiri &
kanan sepanjang pendakian.. Selain itu turut kelihatan pelbagai jenis
kulat dan pokok orkid yang boleh dijumpai cukup menarik perhatian.
Pendakian yang santai menuju ke Ranu kumbolo melalui Watu Rejeng di sini
terdapat sebuah tasik yang dianggap suci oleh penduduk tempatan yang
terjaga dimana terdapat pantang larang & adat tertentu yang perlu
dipatuhi ketika berkunjung disini, antara pantang larang yang perlu
dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang yang
hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau baldi.. Air tasik
yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh
porter.
Susah, senang, duka, canda dan tawa kita lewati bersama, walaupun kita berbeza umur Namun kita melengkapi dan saling menyemangati.
Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.
Susah, senang, duka, canda dan tawa kita lewati bersama, walaupun kita berbeza umur Namun kita melengkapi dan saling menyemangati.
Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.
Perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Oro-Oro Ombo selepas melalui Bukit Tanjakan cinta satu perasaan takjub yang tak dapat digambarkan betapa indahnya ciptaanmu tuhan, lautan bunga berwarna ungu persis bunga lavender walaupun ia sekadar 'bunga parasit' tapi ia cukup menarik untuk dihayati sentiasa menanti kehadiran para pendaki. Gabungan pemandangan lereng-lereng bukit kehijauan bunga bunga indah berwarna ungu serta langit yang membiru memang mewujudkan warna-warna alam yang cukup harmoni !
oTw ke Cemoro Kandang
Daripada Cemoro Kandang, perjalanan masih berbaki beberapa kilometer yang harus dilalui. Pemandangan gunung yang bakal dilalui mula berubah panorama nya daripada melalui kawasan savana kehijauan seterusnya akan melalui kawasan ditumbuhi hutan cemara dan pinus. Keadaan pokok disini kelihatan banyak seperti pokok pine serta suasana yang berkabus dan hujan mulai turun di setengah laluan trek, kadang-kala diselangi dengan bunyi-bunyi burung dan unggas-unggas yang cukup memberikan satu perasaan mistik ketika melalui di kawasan ini.
Pos Kalimati terletak di kaki
Gunung Semeru yang mempunyai sumber air bersih yang tersendiri jadi
untuk bermalam dan beristirahat disini terlebih dahulu menjadi pilihan
ramai pendaki berbanding tidur di Arcopodo, walaupun jarak dari
Arcopodo untuk ke puncak lebih dekat tapi memerlukan kita mendaki lagi
dalam tempoh 1 jam setengah dengan permukaan trek yang agak pacak dan
tidak mempunyai sumber air disitu perlu dibawa oleh pendaki selain
daripada saiz kemsite yang tidak seluas di Pos Kalimati.
Lokasi kemsite yang indah dan luas ini terletak di tepi hutan cemara
dipenuhi dengan padang rumput yang luas dakeperangamen menghasilkape pemandangan savana. Darkemsiteka ka kalimati sudah boleh kelihatan susuk tubuh gunung
semeru dengan jelas yang akan didaki pada kesokan harinya. Suasana
disini bayangkan disini dengan suhu yang tak menentu kadang-kadang
berkabus, dingin dan kadang-kadang terasa tiupan angin kencang
memberikan pengalaman bercamping yang cukup luar biasa.
Tepat pukul 5.00 petang hakak dan rakan-rakan sampai di Pos Kalimati.. Masa
disini adalah lebih cepat berlalu berbanding di Malaysia.. Waktu pun agak gelap terlalu cepat berbanding di Malaysia.. Ketika kami
sampai ke sini hari sudah lewat petang dan hari semakin gelap, kabus
dan mula menutupi pemandangan di kiri & kanan. Bertapa bersyukur
nya dan nikmatnya apabila sampai di Kalimati.. Khemah dan makan malam
sudah siap didirikan oleh Porter sama seperti trip-trip di Kerinci dan lain-lain. Kami makan malam dengan belaukkan nasi putih, sup bebola bersama telur dadar dan sambal yang paling best.. Memang cukup menyelerakan apabila dinikmati dengan cuaca yang dingin.. Selain itu dapatlah kami mengembalikan kembali tenaga setelah
penat seharian mendaki..
Walaupun sekadar dapat lelapkan mata.. Hanya tidur-tidur ayam, perasaan
tidur di sini hanya tuhan yang tahu betapa sejuknya di waktu malam sampaikan
memakai beberapa helai baju dan sleeping beg masih terasa kedinginan
malam dan kesejukan melampau.. 'Selamat
malam kalimati',
Ya Allah semoga perjuanganku pada hari esok dipermudahkan.. Tiada badai atau angin kuat melanda ketika mendaki ke Puncak, Semeru tunggu aku datang Yakkkkkk!!!!
Ya Allah semoga perjuanganku pada hari esok dipermudahkan.. Tiada badai atau angin kuat melanda ketika mendaki ke Puncak, Semeru tunggu aku datang Yakkkkkk!!!!
Hari Ketiga
(06 Julai 2019)
Pendakian kali nih memang amat melelahkan dan meletihkan.. Awal-awal lagi pewai bersepah, bayangkan dengan langkah 5 ke 10 langkah pasti akan berhenti.. Adakalanya 5 langkah ngelonsor ke belakang 3 kali.. Memang tak sama berbanding mendaki Gunung Kerinci mungkin disebabkan struktur tanah gunung berapi disini trek tanahnya berpasir, lembut & batuan yang mudah untuk jatuh ke bawah menyebabkan langkah kaki kita akan jatuh ke bawah balik apabila cuba melangkah ke atas..
Macam Biasa hakak di belakang Abg Brad.. Sesekali tolak belakang Abg Brad.. Kot boleh laju jauh kedepan..
Pada masa itu kekuatan kaki & tangan memang diperlukan sehingga di satu-satu laluan memang memerlukan tenaga merangkak kaki & tangan pasak ke bumi untuk menahan daripada berundur ke bawah.
(06 Julai 2019)
Semangat Semeru, tunggu hakak datang !
Hari Kedua berada di Semeru setelah melakukan tracking lebih 7 jam
menuju ke kem site kalimati, dapatlah berehat lebih kurang 7 jam tidur-tidur ayam.. Sejuk Namatey disebabkan suhu yang telampau sejuk.. Tepat jam 1.00
pagi hakak dan rakan-rakan telah dikejutkan untuk bersiap untuk Misi
Summit Attack yang mungkin mengambil masa lebih 5-6 jam bagi perjalanan
santai untuk sampai ke puncak..
Pendakian di awal pagi daripada Kalimati menuju ke Arcopo lebih kurang 1.2 km dalam 1 jam trekking.. Pada
mulanya masih lagi dalam keadaan terkawal, boleh lagi layan trek bedebu pasir pacak tak hingat... Trek menuju Arcopodo boleh tahan steep juga dan kami diberi
arahan untuk berjaga-jaga di kiri & kanan, sebab ada gaung yang agak
dalam. Silap langkah, boleh tergolek ke bawah. Masa ni semua dah
berpecah dan ikut pace masing-masing... Mood panaskan badan
mencari rentak mendaki trek gunung berapi bermula apabila nampak lampu-lampu headlamp dari jauh... Allahu tingginya Puncak Semeru.. Mantel rasanya tengok lampu-lampu headlamp dari bawah sampai ke Puncak.. Jalur pendakian yang dilalui
sudah mula pacak dan cuaca yang agak dingin nampaknya cabaran
Semeru sudah bermula! Lebih kurang 1 jam mendaki seterusnya akhirnya
sampai ke Arcopodo, meneruskan perjalanan menuju ke Cemoro Tunggal.
Actually,
Arcopodo ni pun salah satu campsite before summit attack menuju puncak
Mahameru. Tapi space for campsite di sini agak limited. Kami rest lagi di hutan Pine sebelom sampai trek yang berpasir menuju Mahameru.. Seteguk air kopi panas hakak minum.. Sejuk yang melampau betul... debaran masih terasa.. Allah, tenangkanku.. Semoga aku sampai ke Puncak dengan Jayanya Ya Allah..
Perjalanan
diteruskan menuju trek berpasir, the real summit attack to Mahameru.
Half way to Puncak Mahameru, tak ada pokok dah, hanya trek berpasir
sahaja. Sebab tak ada pokok yang menghalang angin, perjalanan jadi
sangat-sangat susah! Dengan angin yang kencang & sejuk, fuhh memang
mental koyak habakk anggg...
Dari Arcopodo ke puncak Mahameru, jauh perjalanan dianggarkan sekitar 1.2km. Masa naik ni langsung tak de gambar sebab trek gelap tak nampak apa dengan angin kencang yang amat sejuk! Nak keluarkan telefon pun menggigil tangan.. Memang tak la.... hahaha
Dari Arcopodo ke puncak Mahameru, jauh perjalanan dianggarkan sekitar 1.2km. Masa naik ni langsung tak de gambar sebab trek gelap tak nampak apa dengan angin kencang yang amat sejuk! Nak keluarkan telefon pun menggigil tangan.. Memang tak la.... hahaha
Namun di
samping keindahannya yang menakjubkan, Semeru juga mempunyai berbagai
ancaman bahaya yang selalu mengintai di sepanjang perjalanan hingga
puncaknya, mulai dari bahaya tersesat di hutannya yang masih tebal,
tertimpa gelongsoran batu menuju ke puncak Mahameru, beserta Blank 75 di
area sekitar Mahameru.
Blank 75, nama tersebut sudah sangat familiar di telinga para pendaki, pecinta alam, dan masyarakat di sekitar Semeru.
Blank 75
adalah nama dari sebuah jurang sedalam 75 meter yang terletak di sebelah
timur laut dari puncak Mahameru, diluar jalur di sebelah kanan
Arcopodo. Gambaran medannya adalah lereng berpasir yang jalurnya putus (
blank ) karena dipisahkan oleh jurang yang dalamnya sekitar 275 – 100
m.
Blank 75
juga sebuah kawasan berbahaya ( Death Zone / Jalur Tengkorak / Zon
Kematian ) pada pendakian Gunung Semeru. Dimana jalur tersebut dapat
menyebabkan pendaki tersesat, mengalami kecelakaan, terperosok ke
jurang, tanah yang dipijaknya menggelongsor, dis-orientasi tanpa tahu
arah mana terbaik untuk ditempuh, kehabisan air, kehabisan bekal atau
kepayahan dan sebagainya.
Jadi
sentiasa berhati-hati semasa menuju ke puncak. Masa summit attack tu,
memang gelap tak nampak apa. Jangan sampai tersasar ke Blank 75.
Pendakian kali nih memang amat melelahkan dan meletihkan.. Awal-awal lagi pewai bersepah, bayangkan dengan langkah 5 ke 10 langkah pasti akan berhenti.. Adakalanya 5 langkah ngelonsor ke belakang 3 kali.. Memang tak sama berbanding mendaki Gunung Kerinci mungkin disebabkan struktur tanah gunung berapi disini trek tanahnya berpasir, lembut & batuan yang mudah untuk jatuh ke bawah menyebabkan langkah kaki kita akan jatuh ke bawah balik apabila cuba melangkah ke atas..
Macam Biasa hakak di belakang Abg Brad.. Sesekali tolak belakang Abg Brad.. Kot boleh laju jauh kedepan..
Pada masa itu kekuatan kaki & tangan memang diperlukan sehingga di satu-satu laluan memang memerlukan tenaga merangkak kaki & tangan pasak ke bumi untuk menahan daripada berundur ke bawah.
Trek yang dilihat dari bawah kelihatan semakin mula menghampiri
penghujung tapi sayang itu sekadar ilusi kepewaian yang datang tetiba-tiba... Masih jauh perjalanan untuk sampai ke puncak.. Nih semua disebabkan Bendera Indonesia dari jauh nampak ke Puncak... Mantel hakak tengok jauhnya lagi... Berbekal semangat Yakin Boleh Hakak, Kak Azie & Abg Brad gagahkan juga melangkah selangkah demi selangkah
sehingga sampai ke puncak..Kami bertiga je yang dibelakang.. Yang lain tak nampak dah...
Alhamdulillah dalam perjalanan naik dapat berpeluang melihat matahari terbit dan dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menyinar merah keemasan yang cukup indah, Subhanallah Allah maha besar!
Alhamdulillah dalam perjalanan naik dapat berpeluang melihat matahari terbit dan dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menyinar merah keemasan yang cukup indah, Subhanallah Allah maha besar!
Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, semua
lineup telah sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Semeru - Puncak
Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia, rasa sangat bersyukur dan puas
dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai
dugaan serta cabaran alhamdulillah pada akhirnya kami sampai ke sini !
Welcome to highest peak of Jawa Island aka atap Pulau Jawa, puncaknya Para Dewa
Guider, Diella Hasan, Shamir, Kak Azie, Kak Ayu, Am & Abg Brad
Dan semua keperitan, kepayahan akan terbalas, saat berada di puncak !!!!!
Rasa bangga sangat bila pegang Bendera Malaysia di Puncak Mahameru...
Sebelum turun, kami merealisasikan Gambar kami yang terbaek di atas Puncak
Top of Java Island Highest Peak
Mahameru merupakan puncak ketiga tertinggi Gunung Berapi Indonesia dan keempat tertinggi daripada 7 gunung Gunung tertinggi di Indonesia. (3 of 7 summit checked after Kerinci & Rinjani)
Perjalanan naik ke puncak hampir 6 jam manakala turun pula sekitar 1 jam
perjalanan,Laluan berpasir gunung berapi yang mempunyai kecuraman 70
darjah dan angin kuat menghembus laluan menjadikan suhu persekitaran
mencecah empat darjah Celcius, benar-benar menguji kekuatan mental dan
fizikal.
Jadi berhati-hatilah semasa turun, dan jangan terburu-buru.
Saat turun,
lereng yang dilalui berbeza dengan naik. Batunya agak sedikit dan
pasirnya lebih banyak.. Korang boleh sliding supe main rollerblade nak turun.. Punya laju bedesup turun... Syiok gile.... Cume nak pesan, jangan lah laju2 ye.. takut tak terbrek nanti..
Jadi berhati-hatilah semasa turun, dan jangan terburu-buru.
Sempat kami beraksi di pertengahan Gunung Semeru dimana Filem 5 CM dilakonkan di sini
Filem “5 CM” karya novelis Donny Dhirgantoro dan arahan Rizal Mantovani ini tentang Arial (Deni Sumargo), Zafran (Herjunot Ali), Genta (Fedi Nuril), Riani (Raline Shah) dan Ian (Saykoji), lima remaja yang telah berkawan sejak tujuh tahun lalu. Antara mereka memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Zafran seorang yang puitis sikapnya, sedikit 'gila', suka mengikut kata hati, idealistik, dan memiliki bakat untuk menjadi orang yang terkenal.
Rakannya, Riani seorang gadis pintar, cerewet, dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita juga impiannya. Genta pula seorang lelaki yang tidak mementingkan ego dalam diri sehingga dia mempunyai jiwa pemimpin dan dapat membuat orang lain selesa di sekelilingnya.
Sementara itu Arial, lelaki paling dipercayai dalam kalangan mereka, hobinya bersukan, adalah yang paling berdisiplin, tetapi sikapnya sukar untuk membiasakan diri dengan orang yang baru dikenalinya. Yang kelima antara mereka dikenali sebagai Ian. Dia memiliki fizikal yang paling gempal berbanding rakan-rakannya, peminat mee segera dan bola, dan paling lambat tamat pengajian antara mereka. Ada juga watak Dinda merupakan adik Arial, seorang pelajar cantik yang sebenarnya disayangi oleh Zafran.
Suatu hari, mereka berlima merasa ‘bosan’ dengan persahabatan mereka dan akhirnya kesemua mereka memutuskan untuk berpisah, tidak berkomunikasi satu sama lain selama tiga bulan.
Selama tiga bulan mereka dirundung rindu, dan banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kesemua mereka. Begitu hakikatnya ia telah berjaya merubah situasi menjadi lebih baik dalam hidup mereka.
Selepas tiga bulan juga lima daripada mereka bertemu semula dan meraikan pertemuan mereka dengan perjalanan penuh mimpi dan cabaran. Lawatan mendaki gunung untuk memacak bendera merah dan putih di puncak tertinggi Jawa pada 17 Ogos.
Perjalanan mereka penuh dengan perjuangan yang menjadikan mereka lebih mencintai Indonesia. Pengembaraan dalam kisah ini, bukan pengembaraan yang mencabar adrenalin, untuk melihat kebesaran Tuhan dari puncak gunung. Tetapi pengembaraan ini, juga perjalanan hati. Jantung untuk mencintai persahabatan yang dekat, dan hati yang mencintai negara ini.
Semua halangan yang mereka hadapi, kerana mereka mempunyai impian. Mimpi yang diletakkan 5cm dari hadapan dahi.
Perjalanan diteruskan menuju ke Kalimati
Selamat Tinggal Kalimati, Jumpa lagi Gunung Semeru di lain waktu. Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Ranu Kumbolo.
Lebih kurang 1 jam berehat di Kalimati setelah turun dari Puncak Semeru.. Kami memutuskan untuk pulang ke Ranu Kumbolo setelah makan tengahari dan bersiap-siap kemas dan terus menuju ke
Ranu Kumbolo. Satu
kerugian sekiranya tidak bermalam tasik Ranu Kumbolo kerana pemandangan
disana cukup cantik..
Hari Keempat
(07 Julai 2019)
Rabu Kumbolo - Pintu Rimba
Rabu Kumbolo - Pintu Rimba
Suasana Pagi di Ranu Kumbolo & pulang
Suasana pagi di Ranu Kumbolo benar-benar memberikan auranya tenang dan positif yang tersendiri, selepas penat seharian mendaki Gunung Semeru akhirnya dapat juga melakukan aktiviti yang santai bersama sahabat petualang yang lain. Langit biru, cahaya matahari dan Danau Ranu Kumbolo menikmati pula sarapan pagi yang disediakan oleh Pak Guide & Porter bersama Teh Panas di pagi hari yang nyaman membuatkan segalanya cukup sempurna untuk memulakan hari, semua masalah yang dihadapi seolah-olah hilang buat seketika dimana setiap detik yang berlalu dinikmati sepenuhnya.
Perjalanan turun menuju kembali ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung semeru cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 4.00 petang diiringi oleh hujan lebat kami semua selamat sampai keluar, syukur alhamdulillah.
Terima kasih kepada gunung untuk atas satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli.
Terima kasih kepada Porter Dayyan & Dimaz, Guider Ah Hong yang cukup memberikan komitmen yang terbaik sehingga membuatkan kami
terharu dengan layanan yang diberikan.. Tambahan makanan yang sedap2 belaka.. Suasana pagi di Ranu Kumbolo benar-benar memberikan auranya tenang dan positif yang tersendiri, selepas penat seharian mendaki Gunung Semeru akhirnya dapat juga melakukan aktiviti yang santai bersama sahabat petualang yang lain. Langit biru, cahaya matahari dan Danau Ranu Kumbolo menikmati pula sarapan pagi yang disediakan oleh Pak Guide & Porter bersama Teh Panas di pagi hari yang nyaman membuatkan segalanya cukup sempurna untuk memulakan hari, semua masalah yang dihadapi seolah-olah hilang buat seketika dimana setiap detik yang berlalu dinikmati sepenuhnya.
Perjalanan turun menuju kembali ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung semeru cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 4.00 petang diiringi oleh hujan lebat kami semua selamat sampai keluar, syukur alhamdulillah.
Kepada sahabat-sahabat petualang Abg Brad, Kak Ayu, Kak Azie, Am, Syamir & Ecah.... Saya percaya bukan ketinggian gunung yang dicari cukuplah sekadar moment-moment indah, gelak ketawa, suka duka & pewai bersepah yang sepanjang pendakian ini menjadi sebahagian memori terindah dalam kehidupan yang boleh dikongsikan pada hari tua.. Yeah Gunung Semeru we done yeahhhhhh!
MOh ke BROMO kita
Hari Kelima
(08 Julai 2019)
Gunung Bromo
Gunung Bromo
- Gunung berapi aktif di Jawa Timur;
- Ketinggian Gunung Bromo 2,392 meter dari paras laut;
- Terletak di empat daerah iaitu Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Malang;
- "Bromo" berasal dari perkataan "Brahma" iaitu Dewa agama Hindu.
- Padang pasir dikenali Pasir Berbisik Gunung Bromo menjadi lokasi filem yang dibintangi Dian Sastro Wardoyo
GUNUNG BROMO antara gunung berapi aktif di Indonesia, namun keindahan pemandangannya punca tinggi yang bertaut di antara lembah dan ngarai, menarik pelancong ke situ.
Terletak di Jawa Timur, dikelilingi padang pasir seluas 5,300 hektar, menjadi lokasi wajib kunjung sekiranya anda melancong ke Surabaya.
Ramai ke sini semata-mata hendak melihat keindahan pemandangan matahari naik, di tengah-tengah cuacanya yang dingin, pada jam 5.45 hingga 6.30 pagi.
Bukit Kingkong, bukit ini terletak di Desa Wonokitri, Kecamatan Tosari, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur, masih termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru "Bukit Kingkong adalah spot yang sangat menarik untuk melihat matahari terbit dan pemandangan Gunung Bromo, Batok dan keindahan sekitarnya..
Keindahan Panorama Bromo
Gunung Bromo - 2392 M
Bromo Aku Datang.......
Gunung Batok - 2440 M
Tepat Jam 10 pagi kami bertolak pulang menuju ke Airport Surabaya untuk Check In..
Sekian, Semoga perjalanan ini diberkati dan mencipta memori yang terindah dan terbaik dalam hidup kami semua.....
Semoga kita berjumpa lagi... Percayalah banyak memori terindah tercipta bila kita Hiking bersama. Terima kasih gunung & sahabat atas satu pengalaman..
Gunung Semeru – Bromo
Day 1 (4 july)
12.00 – 13.00 : Penjemputan di Bandara Internasional Juanda
13.00 – 16.00 : Perjalanan menuju Tumpang
16.00 – 18.00 : Perjalanan menuju Ranupani
18.00 – 18.30 : Ranupani
18.30 – 19.00 : Chek in penginapan Ranupani
Day2 (5 July)
06.00 – 07.00 : Sarapan pagi
07.00 – 08.00 : Persiapan pendakian
08.00 – 12.00 : Pendakian menuju Ranu kumbolo
12.00 – 13.00 : Makan siang di ranu kumbolo
13.00 – 16.00 : Perjalanan menuju kalimati
16.00 – 18.00 : Camp and coffee break
18.00 – 19.00 : Makan Malam
19.00 – 20.00 : Istirahat untuk persiapan summit mahameru
Day 3 (6 July)
00.00 – 05.00 : Pendakian Menuju Puncak Mahameru
05.00 – 05.30 : Puncak Mahameru
05.30 – 06.00 : Menikmati Sunrise Puncak Mahameru
06.00 – 07.00 : Hunting Foto di Puncak Mahameru
07.00 – 10.00 : Perjalanan Kembali Menuju Kalimati
10.00 – 11.00 : Tiba di Kalimati dan Makan Siang
11.00 – 14.00 : Perjalanan Menuju Ranu Kumbolo
14.00 – 15.00 : Tiba di Ranu Kumbolo Camp
15.00 – 18.00 : Coffee and tea time
18.00 – 19.00 : Makan malam
19.00 – 07.00 : Free program
Day 4 ( 7 July )
05.00 – 06.00 : Bangun pagi untuk menikmati sunrise di ranu kumbolo
06.00 – 07.00 : Explore ranu kumbolo
07.00 – 08.00 : Sarapan pagi di ranu kumbolo
08.00 – 09.00 : Persiapan kembali menuju ranu pani
09.00 - 12.00 : Perjalanan kembali menuju ranu pani
12.00 – 13.00 : Check in Homestay dan bersih-bersih
13.00 – 14.00 : Makan siang di homestay
14.00 – 16.00 : Explore ranu pani dan ranu regulo 16.00 – 17.00 : Kembali ke homestay
17.00 – 18.00 : Makan malam di homestay
18.00 – 21.00 : Free program
Day 5 (8 July)
01.00 – 01.30 : Persiapan Menuju Bromo dan Check Out Homestay
01.30 – 03.30 : Perjalanan Menuju Penanjakan Bromo
03.30 – 04.30 : Penanjakan Bromo
04.30 – 06.00 : Hunting Sunrise Penanjakan Bromo
06.00 – 07.00 : Perjalanan Menuju Kawah Bromo
07.00 – 08.00 : Hunting Kawah Bromo
08.00 – 09.00 : Hunting Savana Bromo
09.00 – 10.00 : Hunting Padang Pasir Bromo
10.00 – 10.30 : Perjalanan Ke Cemoro Lawang
10.30 - 14.00 : Perjalanan Menuju Surabaya
14.00 - 15.00 : Tiba di Surabaya
15.00 : Perjalanan Berakhir di Bandara Internasional Juanda
⛰Eyp🅾hikErS🏕:
List peralatan yg perlu bawa...
List peralatan yg perlu bawa...
1. Beg 50liter bg yg tak amik porter... 30liter utk yg amik poter
2. Beg kecil yg blh lipat2 utk naik puncak
3. Pakaian
- on trail
- tdo
- pakaian spare
- stokin treking & tdo
- towel
4. Tongkat.. kalau blh 2
5. Kasut hiking..
6. Gaiters
7. Headlamp + extra battery
8. Glove tebal
9. Jacket tebal/downjacket
10. Raincoat
11. Selipar
12. Toiletries
13. Wet tissue
14. Buff utk tutup mulut & hidung
15. Biskut/coklat/gula2 utk kunyah2 masa on trek
16. Sleeping beg
17. Sleeping mat
18. Emergency kit
-minyak panas
-emergency blanket
-ubat demam/cirit-birit
-ubat darah tinggi 🤭
-wisel
19. Power bank
20. Charger/travel adaptor
21. Stokin cap utk tahan sejuk kat telinga
Hari-Hari Kegembiraan Kami
Hari-Hari Kegembiraan Kami
See You Again
It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again
Damn, who knew all the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path I
Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path I
Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place
How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride
It's been…
No comments:
Post a Comment