Searching punya searching. Kitaorang jumpa jugak tempat menarik yang ala ala Disney kat Malaysia ni, tapi kat mana ea? Jom ikut kiteorang “menjajah” kat BANDAR AGACIA di Kampar Perak. Menarik ke tak? jom sambung baca untuk lebih detail kisah “penjajahan” kiteorang.
Friday, 25 September 2020
Bandar Gracia, Kampar
Monday, 14 September 2020
Gunung Yong Yap Dayhike / Daypack
Hujan rintik2 jelas menampakkan bahawa akan berhujan lagi masa dalam perjalanan.. Jam 3 pagi, semua dah bekumpul.. Bacaan doa dan beberapa pergerakan warming-up dimulakan dan terus bejalan menuju ke Jambatan Starting point Jam 3.30 pagi...
Gunung Yong Yap adalah gunung yang dikategorikan sebagai Gunung G7 iaitu antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Jadi, Yong Yap ini bukan biasa-biasa yak. Tidak semudah memanjat Bukit Batu Suloh ataupun Bukit Batu Puteh, Gopeng DAN tidaklah sependek Bukit Kledang Treknya..
Berikut tentatif Gunung Yong Yap Depek
Yong Yap Single Dayhike 12 Sept 2020 by AAE
Tentative Yong Yap via Kg Renggil Dayhike
Date : 12 Sept 2020 (Saturday)
Meetpoint : Masjid Lojing
0030 : Meeting at masjid lojing
0100 : Bergerak ke Kg renggil
0130 : Tiba di Kg Renggil
0300 : Warm up,bacaan doa ,briefing
0330 : start hike
0530 : Simpang YY/TN
0730 : Kem Agas ( Solat Suboh /breakfast)
0815 : Continue hike
0915 : Kem Sg Jeruk
1030 : Kem Balak Pecah
1230 : Simpang Bubu/YY
1330 : Peak Yong Yap
Rest,lunch,group photo
1345 : Continue Descending
1430 : Simpang Bubu/YY
1630 : Kem Balak Pecah / Rest
1700 : Kem Sg Jeruk
1930 : Kem Agas
2200 : Simpang YY/TN
2330 : Pos Renggil ( Finished hike)
Trail course : 38.6km return
Total elevation gain : 2000m++
Level difficulty: 7/10
Starting point untuk ke Gunung Yong Yap ini adalah sama dengan Tok Nenek iaitu di Kg. Rengil.. Misi kami adalah menawan puncak Yong Yap selain mencari pewai yaaamat... Hehehehe.... Perjalanan berpandukan torchlight yang sekejap ado sekejap xdo.. merunsingkan hakak...Last2 ieka pinjam pada budak dibelakang kami... Dengan bermula dengan jalan yang berbatu dan ada kebun-kebun orang Asli di sebelah kiri dan kanan. Jalan yang kami lalu itu adalah jalan balak yang mana jalan itu pernah digunakan untuk mengangkut balak daripada hutan.
Akhirnya sampai di penghujung jalan balak dan bertemu dengan jambatan sungai. Dulu redah je sungai, skrg dah de jambatan.. Untong org zaman skrg.. Bermulalah perjalanan berkilometer panjang nya yang mengambil masa yang agak lama.. Sehinggalah berjumpa sungai besar yang patut dilintasi.. Wah, best ni.. Air yang agak deras, kenalah pegang tali tu kuat2.. Ye dakkkk... Kang hanyut...
Perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai di Kem Y.. Kat Kem Y ni adalah simpang antara Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap. Kalau pergi ke kiri, korang akan naik Tok Nenek, kalau ikut kanan, treknya menghala ke Yong Yap. Kat sini juga adalah pertemuan dua anak sungai dari Tok Nenek dan dari Yong Yap yang membentuk hurug Y dan sebab itulah dinamakan Kem Y. Korang imagine sendiri lah yer.. Kat sini kami semua berhenti rehat dan regroup semula menantikan rakan2 yang lain..
Selepas Regroup, perjalanan diteruskan. Trek selepas Kem Y ni pun agak landai dan tak ada memacak tapi ada banyak pohon buluh yang terpaksa kami merangkak dan part plg tak best pokok dan buluh yang tumbang.. Part ni antara part yang paling tak suka. Kena merangkak dengan beg yang dok sangkut dan tak lepas walaupun beg Depekk... Banyak pokok dan buluh tumbang.. Mungkin disebabkan hujan dan angin yang kuat.. Hujan tetap turun dengan syioknya...Akhirnya sampai di Kem Agas.. Berehat untuk regroup semula ..Perjalanan diteruskan ke Kem Sg. Jeruk..
Mata dok tgk anak bukit menuju laluan ke Puncak.. Adoiiiii, nak hadap berejam2 lagi untuk sampai ke Peak... huhuhuhu... Akhirnya dok pikir, follow je la naik ke puncak... Nanti sorg2 la pulak kat Kem.... Bermulalah episod megadap pacak sampai ke Peak..
Sampai ke Kem Balak Pecah.. Namanya bersempena dengan balak yang tumbang, lepas tu dia pecah. Mungkin sebab itu kem mendapat nama.. Kem Balak Pecah inilah pernah berlaku misteri kehilangan seorang pendaki bernama Hassan Ayat. Asalnya kem ini diberi nama Kem Hassan Ayat sempena nama beliau yang dikatakan hilang sudah lebih dari 10 tahun semasa mendaki Gunung Yong Yap. Namun nama kem ini ditukar nama ke Kem Balak Pecah kerana ada pendaki yang pernah melihat kelibat seorang lelaki yang dikatakan Hassan Ayat disekitar kawasan tersebut.. Wallahualam..
Tiba Di situ sudah ada semua line up, so berehat la hakak.. Peha dah krem dek kesejukan.. Mungkin ujan yang x benti.. Urat peha dah menegang...
Perjalanan diteruskan ke sampai di Helipad. Helipad ini adalah tempat helikopter mengambil seorang pendaki beberapa tahun yang lalu kerana mengalami kecederaan. Itu pasal tempat ni mendapat nama helipad. Ketika itu boleh nampak ada beberapa batang pokok yang sengaja ditebang untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pokok tersebut terpaksa ditebang untuk memudahkan kerja helikopter dan pasukan penyelamat menjalankan operasi mereka..
Tengah pikir perjalanan dan hadap 18 km lagi nak keluar dari sini.. Hehehehehe...
Selesai berehat, begerak menuju ke Kem Agas dan tiba jam 7 mlm.. Menunggu Solat Maghrib dan 7.45 mlm begerak ke Simpang YY.. Jalan yang agak laju selajunya.. Abg Rijal, Ika , hakak dan 2 budak Kelantan orang yang terawal tiba di Simpang YY dan terus menyeberang sungai yang agak dalam dan laju...
Jalan yang sama, 4 pengalaman,
4 cerita dan 4 kisah yang berlainan..
Semakin aku berinspirasi untuk menyusun patah perkataan, tiba-tiba seluruh kawasan hutan diserang kabus tebal. Aku masih berjalan untuk smpai ke puncak.. Sungguh hebat kuasa Pencipta alam ini.
Aku teringat sangat pepatah kata pujangga. "Semakin tinggi seseorang, semakin banyak badai ujian". Memang indah hidup di atas gunung. Cuaca nyaman. Oksigen padat. Hutan menghijau. Pemandangan dari atas memang mengasyikkan.
Selepas kabus tebal, hujan turun dengan lebat. Cuaca semakin sejuk. Kulit aku sudah tidak boleh menahan kedinginan sejuk. Aku masukkan tgn ke dlm poketku mencari sedikit kepanasan.
Inilah habuan orang yang berada tinggi. Memang nampak hebat. Tapi ujiannya juga sama hebat. Bila ribut taufan, yang berada di atas kena dulu. Kalau kita tidak boleh menjadi seekor helang untuk menahan angin yang kuat, jadilah burung merpati. Tapi kalau dah jadi burung helang, jangan pula berlagak macam merpati. Habuan diambil. Risiko dan najis orang lain tanggung.
Selepas kabus tebal dan hujan, datang angin Yang menyusuk kalbu. Meneruskan perjalanan sehingga smpai ke puncak jam 1.30 ptg... Jam sudah menunjukkan 2 petang. Cuaca bertukar pantas di atas puncak Yong yap. Mungkin itu juga keadaan kepada orang yang berada di atas dalam kedudukan dunia. Banyak belitan dan pancingan yang boleh meruntuhkan integriti dan kesopanan dengan mudah. Jom pulang ke bawah...Bisik ku seorang diri...
"Yang penting aku kenyang". Inilah mantiq orang 'gunung'.
Kami semua menikmati cuaca yang terang selepas hujan lebat.
Sinaran matahari yang tidak kelihatan sebelum maghrib memang awesome... Damai dan mengasyikkan... Hari tidak selalunya cerah dan siang. Hari juga tidak sepanjang malam. Selepas malam yang gelap & hening, datang fajar menyinsing. Dalam al-Quran, ada sumpahan dengan waktu malam dan ada juga dengan waktu fajar.
Kegelapan (& kebatilan) tidak selamanya. Kebenaran tanpa sokongan eko-sistem juga akan pudar dan meresap hilang. Alam tidak pernah ambil sikap berat sebelah. Selagi matahari timbul di ufuk timur, selagi itulah ada harapan untuk menjahit sebuah kebenaran, keadilan, kesaksamaan & kebahagian untuk semua, yang tinggal di puncak gunung dan juga di kaki gunung.
Kalau bola matahari dah terbit dari barat, semuanya dah berakhir.... :)
Diella Hasan
Gunung Rinjani, Lombok
Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...
-
A ssalamualaikum Semua Hikers... G7 tu apa kan? Selalu orang dok tanya... Mybe Blur bagi pendaki yang baru dan yang lama masih belum Grad...
-
Bahagia itu kita yang cipta Bukan dicari di mana-mana atau pada sesiapa pun. Jadi, kita akan tetap bahagia samada di Posisi Shooter...
-
Explorasi Mendaki 3 Puncak - Gunung Baha, Gunung Ayam Dan Gunung Stong Assalamualaikum, kali ni hakak mendaki di 3 Punc...
-
GUNUNG FAKIR TERBANG Gunung Fakir Terbang mempunyai ketinggian 574 /1,883ft terletak berhampiran Tasik Pedu memberikan panorama men...
-
Gunung Chamah terletak di Hutan Kelantan dengan ketinggian 2171 m (7123 kaki) manakala Gunung Ulu Sepat setinggi 2161 meter (7089 ka...