Wednesday, 22 December 2021

Trans Yam Tuan Antah (YTA) (Gunung Datuk, Rembau & Gagak)

Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh
Laluan Yam Tuan Antah di
Negeri Sembilan adalah cabaran
Kedua selepas Cancel Trans Naning.
Nak cerita malas, so buat camni jele:)

12.30 tgh- Gerak ambil hakak di Opis
1.30 ptg- Ambil Kak Amy di Pengkalan
2.45ptg - Ambil Tuan Aziem di Tapah
(Plaza Tol) dia tunggu sana
Dari Tapah Jam 3 - 3.30ptg
Tesekat dengan Jem sepanjang KL
ke N9 sehingga Jam 10.30 mlm
10.30mlm - Tiba di Rembau
Terus makan Kedai Tom Yam
Pelahap Yaamat...
Tunggu Massage Gogo decide
On x On Pendakian Musim
Tengkujuh yang tak berhenti2.
(Hujan tak berhenti2 dari Ipoh until
sampai Rembau)
Jam 3 pagi, GoGo On 5.00 pagi untuk
naik YTA - Yam Tuan Amtah
Disebabkan ujan yang tidak henti2, hakak
already nak dengar sendiri apa
Gogo bagi kata putus.. Samaada nak
teruskan pendakian or BATAL saja
pendakian NANING ni.. So, Gogo
pilih untuk buat YTA saja.. So hakak
get ready lah...

Jam 5.00 Pagi naik kaki Gunung Datuk
Trek
• Ketinggian :

Datuk 2297 kaki (700 meter)
Gagak 2648 kaki (807 meter),
Rembau 2900 kaki (884
meter)

• Lokasi :
Rembau (Negeri Sembilan)

• Biasanya ia
Mengambil masa 1 hingga 1 ½ jam
dari tempat letak kereta ke Datuk Peak,
Tapi pace hakak yang slow ni.. Ambil masa 2
Jam sampai ke Peak.
Peak ke Simpang Y, 40 minit
Pilih laluan dekat dulu, So ke Rembau dulu
Simpang Y ke Gunung Rembau 45 minit
patah balik +++
Simpang Y ke Gunung Gagak 1 Jam lebih
patah balik +++

Kesukaran:
Mudah-Sederhana- Susah bila
Hujan sepanjang hari Boleh ke Idok berkhemah:
Boleh berkhemah tetapi tiada
waterpoint di sini, selalunya orang
hanya melakukan daypack di sini.
Pengangkutan: Ipoh ke Rembau = 304 km Kemudahan: Parking at Hutan Lipur Datuk
Permit RM 5.00 Bilik air dan tempat rehat disediakan. Adakah kedai cendol & laksa dibuka
jika waktu siang tetapi hanya
pada hujung minggu

Ketiga-tiganya mempunyai ketinggian
menyajikan pendakian hari yang
mencabar, kedua-duanya
untuk gabungan pendakian yang
dengan jarak yang dicatatkan
kan, denai Yam Tuan Antah yang
melelahkan (lebih kurang 950
meter peningkatan ketinggian)
(11 kilometer) antara 700 ke 900 meter.
Namun digabung menjadi YTA..

Rating : Gunung Datuk terbaek, 
Gunung Rembau peak tertinggi di Rembau, Gunung Gagak x de Gagak





Akses : Hutan Lipur Gunung Datuk Rembau N9 via Kg Bongek 



Parking bawah - Trail Gunung Datuk - Check Point Pondok Tumbang - 
CP pokok sujud - CP Batu Besar Hijau - Kemsite Gng Datuk - 
Nasi  lemak kopi O - Trail belakang kemsite batu - simpang Y - 
amek kiri ke Gng Rembau - turun ke simpang Y -  ambil ke Kanan ke Gng Gagak - 
Turun simpang Y - terus ke Kemsite - trail turun Gng Datuk ke parking.

Gunung Datuk mempunyai lagenda dan sejarah tersendiri. Gunung Rembau pula merupakan puncak tertinggi di Rembau Negeri Sembilan. Gunung Gagak entah la...Tak nampak Gagak pun...
Jommm Layan Bidioooo Meraban Hakak...













Friday, 26 November 2021

BUKIT TUNGGAL, KAMPUNG GAJAH

Lokasi : Kampung Gajah, Perak

Ketinggian : 180 meter
Jarak : 1.75KM
Tahap kesukaran track pendakian 3/10 (sebab xdelah extrem sangat)
View 7/10

Assalamualaikum Gaisssss....
Jumaat Petang, Kak Amy tanya confirm ke nak Ke Bukit Tunggal.... On je... Lagipun dah lama plan mendaki Bukit Tunggal. Hakak pun tak penah lagi mendaki di sini... Walaupun bukitnye tak tinggi, ianya tetap rare kan.... Nahhhh!!.. Hakak bertolak dari rumah ke Kpg Gajah selepas solat subuh jam 6.10 pagi, terus ambil Kak Amy n Aus di Petronas... Bermulalah perjalanan kami ke Kpg Gajah ikut Tanjung Tualang...
Rancak bersembang sampai tidak terasa perjalanan ke Kpg Gajah... Adoii, kadang2 kita tak sedar dalam dok sembang2 kita dah redah semua tempat... Serupa dengan dunia hiking.. Kalau kita dok diam je masa hiking... Alamat pewai la kita... Cuba try borak2 atau Cerita hal Duniawi, confirm tak sedar dah sampai puncak gunung... Begitulah ceritanya... Dibawah map jalan ke Bukit Tunggal...

Singgah dulu untuk membeli kuih muih... Bolehlah bekelah @ breakfast kat atas... Perasaan tak sabar nak sampai di atas puncak....

Untuk ke sini, korang perlu mencari simpang bersebelahan dengan Pusat timbang RISDA Kg.Gajah.... https://goo.gl/maps/EsemNsHPSDT2  ( Klik di sini untuk jalan masuk)  dari Ipoh, sebelah Kanan... Kalau dari Kg Gajah, Sebelah kiri.... Sampai ke Pusat Timbang Risda, korang akan melihat kedai makan berhampiran pusat timbang tersebut... Di tepi kedai makan tersebut, terdapat laluan Jalan Tar... Jalan banyak lubang dan berlopak, berhati2 ya.... Jalan itu juga akan membawa kenderaan korang terus ke Kebun sawit, kawasan lapang tanah merah (https://goo.gl/maps/cZu8j7KtTxp) disini  bolehlah parking kereta, Insyallah selamat... (ada signboard bukit tunggal kat tapak parking)... Korang akan melalui ladang sawit.... 

Bukit ini dinamakan Bukit Tunggal oleh orang tempatan... Terletak di Tanjung Tualang , Kampung Gajah Dengan ketinggian lebih kurang 186 meter (Santai2 mak jemah) sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian, bagi yang baru nak berjinak2 tu, boleh lah datang ke sini....
Sambil tu dok bertik tok kan...

Bukit tunggal ini terletak dalam hutan simpan, jadi diharapkan sama-samalah kita menjaga alam sekitar dan khazanah yang ada ye.... Sila bawa keluar sendiri sampah-sampah yang kita buat semasa aktiviti di dalam hutan... Kalau taknak dilabelkan beruk ataupun ungke, sila simpan sampah ke dalam beg dan kemudian buang ditempat pembuangan sampah....

Trek disini sangat jelas lagi nyata (insyallah tak kan sesat punyer).. Sepanjang pendakian, dua bukit akan ditempuh. Bukit pertama trek kebanyakkannya jalan tar, dan bukit kedua jalan tanah merah...

Keadaan trek agak mencanak pada permulaan perjalanan, kemudian mendatar dan menurun... Sebelum sampai kepuncak sekali lagi trek mencanak.. Tetapi itu tak mengapa, yang pasti di puncak segala penat akan hilang dengan pemandangan yang sangat cantik (bergantung pada waktu pendakian)...




Pada masa dahulu, bukit ini pernah menjadi tempat riadah popular masyarakat setempat suatu masa dahulu (70an – 80an) 

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah... Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu...

Setelah sekian lama ditinggalkan maka keadaan bukit ini tidak seperti dahulu lagi...


Jika naik pada waktu pagi,  pemandangan berkabus dan sangat menyamankan. Beruntung jika dapat view awan karpet (ade ke? hahahaha)... Jika naik di waktu  petang, mungkin bolehlah menunggu pemandangan ‘sunset’ (Mungkin Cantik).
Terdapat juga khabar2 yang mengatakan oleh penduduk tempatan pasal bukit tunggal ni…. “Pak Belang di Bukit Tunggal ni memang ada, itu kata penduduk tempatan la.. Kesahihannya tak pasti, kena tanya penduduk tempatan yang dah lama menetap di situ..
Bab penunggu tu, susah nak cerita tapi memang wujud, Dimana2 pun ado kan....Kata2 dari penduduk yg lama tinggal berhampiran Bukit Tunggal... Harap berhati-hatilah ye bila mendaki ke Bukit Tunggal...

Sekian Dulu Cerita dari Hakak Kawasan ❤️❤️





Sunday, 7 November 2021

Kayak Solo Wanita Menyusuri Sungai Perak 2020 & 2021

PENGALAMAN BERKAYAK

LITAR KAYAK EKSPEDISI KAYAK SOLO WANITA MENYUSURI SG PERAK 2020 & 2021

(Tasek Banding - Empangan Temenggor - Bersia - Empangan Kenering- Empangan Chenderoh - Kuala Kangsar - Parit - Bota - Pasir Salak - Teluk Intan- Bagan Datuk- Beting Beras Basah)

(Jadual pada asalnya.. Kemudian ia berubah setelah perjalanan berkayak  melebihi Kilometer yang telah ditetapkan.

Yeay! Siapa yang tak seronok kan apabila tamat misi Kayak Solo Wanita.. Tidak dapat digambarkan keseronokan apabila semua nya berakhir mimpi ngeri..  Ya, Aku bersyukur, kerana terpilih untuk mengikuti dan terpilih dalam Misi ini.. Jika aku tidak terpilih untuk mengikuti misi ini mungkin aku tidak berpeluang untuk melihat keindahan yang terdapat di sepanjang Tasek terbesar di Negeri Perak dan melalui sepanjang Sungai Perak sehingga keluar menuju ke lautan. Sepanjang mengikuti misi tersebut banyak pengalaman yang aku perolehi bak kata orang ‘jauh perjalanan luas pengalaman.’ 

Pengalaman berkayak arus deras sememangnya menguji kemampuan diri untuk melakukan aktiviti lasak dan pada masa yang sama dapat menikmati keindahan alam semula jadi.. Laluan berkayak arus deras tidak begitu mudah memandangkan kadangkala ada laluan jeram yang mempunyai batu.
Melalui ekspedisi ini, aku banyak berlajar banyak perkara yang bermakna dan juga banyak belajar pentingnya kerjasama bersama crew-crew yang menjagaku. Yang penting terus yakin pada diri sendiri  
" Aku mampu lakukan"..

Antara perkara yang tidak dapat di lupakan adalah melompat dari kayak untuk membuang air kecil, tersangkut di lumpur separas pinggang dan berhadapan dengan air pasang.. Selain itu, aku juga mendapat peluang untuk melihat pelbagai ikan-ikan yang cantik, ular kecil yang melintas di depan kayakku, haiwan-haiwan yang melihatku seolah-olah pelik melihat aku yang dok hayun  batang kayu, pemandangan kehidupan perkampungan orang asli, air deras yang melimpah menuju di ladang-ladang berhampiran serta banyak lagi... 

Soal makan di dalam kayak, aku rasa aku yang paling kaya dengan makanan di atas kayak.. Hahahaha.. Tak perlu lagi berfikir kelaparan di atas kayak.. Mana taknya, selesai misi kayak solo, berat aku naik 4 kg... Tapi aku tak kisah, janji misi aku berjaya dengan jayanya..

Aku bersyukur dengan peluang yang ada ini dan tak banyak orang diberi peluang untuk membuat misi ini secara solo.. Aku juga bersyukur kerana Ibu Bapaku sentiasa mengikutiku, suamiku, guru2 kayak, keluarga, rakan-rakan yang banyak mendoakan serta memberi ransangan untuk berjaya.. Tanpa doa kalian, aku takkan berjaya.. Terima Kasih semua.. I love u All..

Mari baca kisahku...
Jadual Asal

TARIKH

BIL HARI

DESTINASI DAYUNGAN DAN LOKASI

DARI

KE

27 DIS

(AHAD )

PERTAMA

36 KM

TASIK BANDING

EMPANGAN BERSIA    

28 DIS

 (ISNIN )

KE-2

47 KM

EMPANGAN BERSIA

EMPANGAN KENERING

29 DIS

 (SELASA)

KE-3

50 KM

EMPANGAN KENERING

EMPANGAN CHENDEROH

30 DIS

 (RABU)

KE-4

60 KM

EMPANGAN CHENDEROH

KEM REKUDA

31 DIS

 (KHAMIS)

KE-5

65 KM

KEM REKUDA

PASIR SALAK

1 JAN 2021

 (JUMAAT)

KE-6

42 KM

PASIR SALAK

JAMBATAN SULTAN YUSOF

2 JAN 2021

 (SABTU)

KE-6

45 KM

JAMBATAN SULTAN YUSOF

BETING BERAS BASAH BAGAN DATOH

3 JAN 2021

 (AHAD)

MAJLIS PENUTUP DATARAN BAGAN DATOK

 

Jadual Berubah 

TARIKH

BIL HARI

DESTINASI DAYUNGAN DAN LOKASI

DARI

KE

27 DIS

(AHAD )

PERTAMA

37.05 KM


TASIK BANDING

EMPANGAN BERSIA    

28 DIS

 (ISNIN )

KE-2

49.987 KM

EMPANGAN BERSIA

EMPANGAN KENERING

29 DIS

 (SELASA)

KE-3

78.981 KM

EMPANGAN KENERING

LEMBAH KUALA KANGSAR

30 DIS

 (RABU)

KE-4

69.926 KM

LEMBAH KUALA KANGSAR


PULAU MISA

31 DIS

 (KHAMIS)

KE-5

63.299 KM


PULAU MISA

TELUK INTAN

1 JAN 2021

 (JUMAAT)

KE-6

50.881 KM

TELUK INTAN

JAMBATAN SULTAN YUSOF


2 JAN 2021

 (SABTU)

KE-6

11 KM

JAMBATAN SULTAN YUSOF

BETING BERAS BASAH BAGAN DATOH


3 JAN 2021

 (AHAD)

JUMLAH KAYUHAN DAYUNGAN 361.124

MAJLIS PENUTUP DATARAN BAGAN DATOK

 

 26 DISEMBER 2020 
(Sabtu)
Bertolak jam 3.30 ptg dari Ipoh. Cg Ramli mengambilku dan ika di rumah masing2... Perasaan bedebar dan terlalu sedih kerana meninggalkan keluarga selama seminggu... Hanya Allah je tahu perasaannya pada masa itu... Dalam hati ku kuatkan hati, ini lah perjuangan ku.. Teruskan.. Cuba untuk begelak ketawa di dalam kereta Cg Ramli supaya hilang perasaan gementar... Kami beborak sehingga sampai di Pekan Grik pada waktu Maghrib... 

Kami berehat seketika dan sempat membeli barang yang tidak cukup.. Begerak dengan perlahan dari Pekan Grik dalam keadaan hujan renyai dan kenderaan Cikgu Ramli lampu hadapan rosak. Kami tiba di Royal Belum dan berehat di Resort terapung Mat Shah di Royal Belum... Mama dan Abah sudah tiba di sana pada waktu petang... Sanggup mereka menungguku... Sebaik tiba, kami loading barang serta berehat di resort. Syukur selamat tiba..

27 DISEMBER 2020
(Ahad)
16.062 kilometer      +
20.984 kilometer
Hari yang dinantikan... Perasaan berdebar dan takut kerana memikirkan yang macam-macam.. Ohh tuhan, Lindungilah aku.. Selamatkan lah aku serta crew2 yang terlibat, permudahkan perjalanan kami sehingga ke pengakhiran perjalanan kami di Bagan Datoh... Wan, Jo dan Rokok bersiap dengan kelengkapan manakala ika sibuk dengan menyiapkan kelengkapan makanan serta minuman untuk dimasukkan ke dalam Kayak.. Jo dan Rokok merangkap boatman.

Muka tak sabar nak start tu...
Sesungguhnya, segala jasa dan bakti Semua yang terlibat dalam menjayakan Misi ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sampai bila-bila..

8.09 pagi Bermulalah hari pelepasan aku di Tasek Banding diiringi Boatman Jo dan Rokok. Aku cuma bermula dengan kayuhan perlahan ... Mungkin tidak biasa dengan air tasek dan cuba hendak biasakan dengan kayuhan di Tasek terbesar di Perak iaitu Tasek Banding (Pulau Banding)  yang seluas 243 hektar dikelilingi oleh Tasek Temenggor iaitu Tasik buatan manusia yang dicipta pada 1960-an...

Jam 2 Petang sampai di Jeti Trojen Tasek Temenggor yang berdekatan dengan Stesen Janaelektrik Temenggor.. Hari terlalu panas, namun kayuhan diteruskan dan bersambung lagi untuk menuju ke checkpoint terakhir.. Akhirnya sampai jam 5.12 petang di checkpoint terakhir..

 
28 DISEMBER 2020
(Isnin)
49.987 Kilometer
Menunggu YB Salbiah untuk pelepasan
 Terima Kasih Yb Salbiah kerana sudi membuat pelepasan
Kelihatan Ayahanda, Bondaku, Cg Ramli, YB Salbiah, Ika serta Tok Penghulu Shahril membuat pelepasanku
Wattt Lek Wattt Peace
Hari ke 2 dilepaskan oleh YB Salbiah.. Masih semangat seperti semalam.. Aku beharap ianya berjalan dengan lancar seperti semalam... Perjalanan ini bermula dari Kg .... Seperti biasa aku melihat keindahan Di kiri dan kanan ku... Melihat kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman... 

Pengalaman melihat sendiri kehidupan masyarakat orang asli.. Ya, mereka berkumpul beramai-ramai di tepi sungai di bawah pokok.. Ada yang beborak2, mungkin membawang agaknya kata hati kecilku.. Ada yang menangkap ikan di kawasan sekitarnya dan anak-anak masyarakat orang asli bermain-main di sekitar situ.. Mereka melihat aku berkayuh.. Mungkin befikir aku orang lelaki... Dan aku hanya menunduk tanda hormat dan melambai-lambai..
Kelihatan Bendera Malaysia di Tengah-tengah Tasek di kawasan Pendalaman Kampung Orang Asli.. Senario paling cantik ketika air tenang di  tasek dengan warna air hijau kebiruan.. Terpesona seketika..
Info Tasek Temenggor yang orang patut tahu

- Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun adalah hutan tertua di dunia.

- Menjadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.

- Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).

- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

- Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.

Aku orang yang bertuah melihat sendiri pemandangan masyarakat orang asli dan menikmati sendiri keindahan kehijauan air tasek temenggor ini... Ya, aku mesti meneruskan perjalananku.. Disana ramai yang menunggu ketibaanku.. 

Berhenti ambil makan tengahari di Kg Ayer Ganda dan meneruskan perjalanan.. Tiba di Checkpoint terakhir Jam 6.20 petang..
 

29 DISEMBER 2020
(Selasa)
29.920 Kilometer   +
49.061 Kilometer

78.981 KM
Hari ke 3, Pelepasan oleh Tok Ketua Kampung Dari Empangan Kenering. Perjalanan ini amatlah mencabar dan aku sudah bersiap sedia dengan laluan yang agak mencabar ini... Mungkin aku pernah menjalani latihan di laluan mencabar ini.. Jadi tidak kisahlah aku laluinya lagi beberapa kali... Kali ini kawasan berbatu telah dinaiki air dan aku melaluinya dengan tenang kerana kawasan batu itu dah tak nampak walaupun air melonjak dengan tinggi.. Aku melalui dengan rasa seronok dan melambung tinggi seperti Ombak yang tinggi memukul kayak di hadapan... Wowwwwww... Yahooo... Aku menjerit...

Aku dapat merasakan kombinasi pancaran matahari, angin, kocakan air dan panorama alam seperti paparan awan pagi serta lembayung petang yang menyenangkan..


 Berehat dulu.. Aiceceh.. Terasa bahang matahari terpancar di wajahku

Empangan Kenering jika dilihat dari atas.. Tiba di Checkpoint terakhir Jam 5.28 petang
30 DISEMBER 2020
(Rabu) 
69.926 Kilometer
(Kuala Kangsar- Kem Rekuda-Parit-Bota)

8.06 pagi : Perlepasan oleh ayahenda sendiri.. Sebak rasanya apabila melihat ayahku melepaskan bendera dengan semangat.. Melihat raut wajah ibu ku memberikan senyuman dan memberi kata-kata Bberhati-hati padaku... Aku hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada semua... Semangat kalian akan aku bawa bersama-sama dengan kayuhan ini... 

Ya Allah,  Allohumma hawwin ‘alainaa safaranaa hadzaa waatwi ‘annaa bu’dahu. Allohumma antashookhibu fiissafari walkholiifatu fiil ahli : Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluargaku..

Kayuhanku berakhir di Pulau Misa dan berehat disana. Disana Keluarga ku menunggu. Tamat jam 4.52 petang..

 
 31 DISEMBER 2020
 (Khamis)
63.299 Kilometer

8.02 pagi : Perlepasan oleh Yb Shahrul di  Pulau  Misa.. Ramai yang menunggu ku untuk pelepasan.. Mereka terdiri daripada Keluargaku & orang2 di Pulau Misa..

Bertambah semangat aku untuk berlepas kerana melihat mereka memberi semangat dan lambaian Selamat Jalan dari semua orang..

Sepanjang perjalanan aku melihat air semakin besar kerana airnya bergabung dengan air Sungai Kinta..


Kayuhan hari ini sebanyak 63.299 km amat melelahkan kerana berhadapan Air Pasang disebelah petang di Teluk Intan.. Pengalaman ini membawa aku mengingatkan beberapa kali aku menjalani latihan disini.. Berhadapan dengan Air pasang bukanlah kali pertama aku lalui, ianya pengalaman yang sama semasa aku dalam latihan.. Jadi aku tidak terasa kekok atau terkejut dengan situasi begini..  Pengalaman ini lebih menarik kerana melihat kapal-kapal besar berlabuh dan bot-bot yang mencari udang dan ikan.. Malahan bot yang melalui disebelah ku melambung ke kayak ku sehingga dayungan paddle ku terpaksa berhenti...

Kadang-kadang aku tefikir, kerdilnya aku disisi kapal-kapal yang besar..

Tiba di last checkpoint terakhir Jam 4.24 petang..

1 JANUARI 2021
(Jumaat)
50.881 Kilometer
7.52 pagi : Perlepasan oleh Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin di Teluk Intan..
Beliau memberi semangat dan berbangga kerana aku mampu melakukan sama seperti kudrat orang lelaki..

Perjalananku diteruskan dan aku hanya melalui pesisiran  kiri sungai.. Sungai semakin meluas kerana ianya menghampiri muara sungai..

 
 2 JANUARI 2021
 (Sabtu)
 11.347 Kilometer
7.55 pagi : Perlepasan Oleh JPAM.. Tidak sabar untuk menghabiskan kayuhan yang hanya tinggal 11 km sahaja..
Ya  Allah, permudahkan perjalananku
Berbisik hati kecilku, hanya tinggal beberapa Kilometer je lagi..

Selepas menghabiskan misi, aku bergambar bersama  mereka yang sentiasa bersamaku di sepanjang misi ku... Doa kalian tidak putus2 untuk ku....

Memandang sungai yang berliku

Engkau sepenuhnya benar.
Aku yakin kau benar ketika kau membisikkan padaku betapa indahnya Sungai kita.

Sungai yang berliku, penuh sejarah yang turut berliku. Melihat saujana begini, kita mudah dihinggapi keharuan tentang betapa telitinya alam ini diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. Cuma kadang-kadang, kitalah manusia yang terlupa menghayati dan menghargai alam ciptaanNya.

Sekali lagi kau benar, ketika kau mengatakan padaku betapa keindahan ini jarang-jarang kita hargai.

Ternyata, aku menyaksikannya dari mataku sepanjang berada sungai Perak. Tidak sesaatpun aku terasa letih dan mengantuk. Ketika melihat sungai,aku cepat merakamkan gambar keindahan di depan mataku. Di kejauhan sana, jambatan2 yang aku lalui dibawahnya, Tasek terbesar di Perak dan hutan-hutan bakau dan sungai yang menjadi salah satu sumber pendapatan kampung.

Di sini, aku hampir kehilangan kata-kata. Aku hanya membayangkan betapa indahnya kalau kita duduk berhanyut-hanyut dalam Kayak menuju ke muara sebelum sampai ke laut yang luas. Syukur diberi kesempatan melihat keindahan terindah dengan izin Allah SWT..







Hari Dinobat Kan Oleh 
Malaysian Book Of Record







Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...