Friday, 15 October 2021

Gunung Mat Cincang, Langkawi

Assalamualaikum Hikers..
Kali ni berkesempatan pergi ke Langkawi Sempena Hari Sukan Negara. Selama seminggu berkayak, maka berpeluanglah untuk naik Gunung Mat Cincang .

Gunung Mat Cincang mempunyai ketinggian 2,339 kaki atau 713 meter dari paras laut. Ianya merupakan banjaran gunung yang bersebelahan dengan puncak kereta kabel Langkawi.  Untuk program pada kali ini peserta diwakili oleh pelbagai agensi dan sebahagiannya adalah dengan.

Bermula dari starting point iaitu Telaga Tujuh, pendaki terpaksa menaiki anak tangga sejauh 1 km sehingga bertemu dengan air terjun Telaga Tujuh. Anak tangga tersebut telah dibina oleh Pejabat Hutan Daerah Langkawi untuk kemudahan orang ramai menikmati panorama alam dan mandi air terjun di Telaga Tujuh. Keseluruhan pendaki akan menaiki 638 anak tangga untuk tiba ke air terjun Telaga Tujuh dan akan mengambil masa 20 hingga 30 minit.
Sampai saja di anak tangga terakhir, pendaki akan berjumpa dengan air terjun Telaga tujuh. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun terbentuk daripada pecahan tujuh telaga semulajadi. Menurut legenda, tersebutlah cerita dewi-dewi yang gemar turun mandi-manda di Telaga Tujuh pada awal-awal pagi sebelum manusia menceroboh kolam mereka. Maka nyanyian merdu dan ketawa riang ria dewi-dewi yang menawan sering kedengaran menyelubung bukit dan hutan. Menurut empunya cerita barang siapa dapat melihat akan dewi–dewi itu, sesungguhnya diberkati kekayaan akan dia. Akan tetapi tidak ada seorang pun berjaya melihat akan makhluk tersebut, hanyalah keharuman bau-bauan serta wangi-wangian akar hutan yang menandakan akan kehadirannya. 
(Info/Guide daripada Taman Legenda Langkawi)
Sempat Bergambar di kawasan perkhemahan Telaga Tujuh ...
Sebaik sahaja sampai di Telaga Tujuh, pendaki akan melintasi air terjun tersebut dan akan memulakan pendakian melalui trek pendakian. Dari permulaan trek Telaga Tujuh, pendakian agak landai dan dalam masa 15 minit pendaki akan sampai di check point pertama (CP1) iaitu  Kem Saintis. Sepanjang trek tersebut pendaki akan melalui aliran air terjun yang segar dan cantik di sepanjang pendakian.
 Dari CP1 Kem Saintis, trek pendakian masih lagi landai dan agak sedikit meninggi. Dalam masa 15 minit pendaki akan sampai di check point kedua (CP2) iaitu Kem Mat Pauh. Semasa sampai di kem Mat Pauh, papan tanda check point tersebut agak terlindung kerana banyak pokok tumbang di sekitar kawasan tersebut. 
 Seterusnya dari CP2 kem Mat Pauh, 
trek pendakian mula sedikit meninggi. Terdapat anak tangga dan  jambatan yang dibina disepanjang trek bagi memudahkan pendaki. 30 minit pendakian, pendakian akan 
berjumpa pula dengan CP3 iaitu Kem Tok Ayah. Disetiap check point, pejabat hutan telah membina wakaf untuk pendaki berehat sebelum meneruskan pendakian.
Dari CP3 Kem Tok Ayah, pendakian di teruskan ke CP seterusnya iaitu Puncak Telaga Tujuh. Trek pendakian mula mencanak hingga mencapai 50 hingga 60 darjah kecerunan. Dalam masa 45 minit, pendaki akan tiba di CP4 iaitu puncak telaga tujuh. Dipercayai pada masa dahulu sumber air terjun Telaga Tujuh berpunca dari puncak ini, Namun kini punca sumber air tersebut telah tiada dan yang tinggal hanyalah kesan aliran air di kawasan itu.


 CP4 Puncak Telaga Tujuh, terdapat papan tanda amaran iaitu untuk turun balik atau meneruskan pendakian ke puncak Gunung Mat Cincang. Ini kerana untuk meneruskan pendakian, pendaki hendaklah dipandu arah oleh GUIDE yang berpengalaman dan tahu seelok belok trek pendakian hingga ke puncak.
 Bermula dari CP4 Puncak Telaga Tujuh hingga ke puncak gunung Mat Cincang, trek pendakian mula meninggi dan mencanak hingga mencapai 70 hingga 80 darjah kecerunan. Pendaki perlu berhati-hati dan mendaki dengan perlahan kerana disepanjang trek pendakian terdapat batu yang basah dan licin. Pendaki perlu melihat batu yang hendak di pijak kerana jika tersalah pijak akan menggelonsor jatuh kerana batunya yang amat licin. Terdapat tali yang dipasang untuk menyokong pendakian semasa mendaki di atas trek batu yang licin tadi.

Semasa trekking ke puncak ada akan melalui kawasan batu besar, kalau dah sampai ke kawasan batu besar tu, maknanya dah dekat dengan puncak. tidak perlu panjat batu besar tu, ada trek melalui kawasan berbatu tersebut. Seterusnya sebelum sampai puncak anda akan memanjat sedikit untuk sampai satu spot yang ada view. Di tempat ini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan station kereta cabel.

Puncak

Seterusnya dalam 5 minit memanjat sampai la puncak. Di puncak kawasan kecil sahaja tidak menarik ala2 macam puncak bukit tabur. View keliling memang cantik, jika kurang bernasib baik terlindung kabus maka tak nampak la view

Akhirnya setelah mendaki selama 1 jam 15 minit dari CP4 puncak Telaga Tujuh, kami selamat tiba di puncak Gunung Mat Cincang iaitu kira-kira 3 jam setengah pendakian. Puncak gunung ini tidaklah luas, hanya boleh memuatkan lebih kurang 3 buah khemah sahaja. Dari puncak gunung Mat Cincang ini, pendaki dapat melihat permandangan pulau Langkawi sejauh mata memandang. Puncak kereta kabel Pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari puncak ini.
Setelah berehat dan bergambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan pendakian, kami mula turun sedikit demi sedikit supaya tidak sesak apabila menuruni curam berbatu. Dari puncak kami semua selamat tiba di kaki anak tangga terakhir Telaga Tujuh pada jam 6 petang iaitu kira-kira 2 jam pendakian turun. Kami sempat singgah mandi air terjun Telaga Tujuh. 

Akhir sekali, untuk mendaki Gunung Mat Cincang, pendaki perlu mendaki dengan penuh berhati-hati disebabkan trek pendakian yang berbatu dan licin terutamanya apabila hendak sampai di puncak. Jika tersalah pijak batu semasa mendaki, boleh mengakibatkan pendaki tersebut tercedera kerana akan jatuh menggelonsor ke dalam gaung. Sesungguhnya satu kepuasan kerana dapat menawan puncak gunung ini dengan pendakian sejauh 12 Km pergi dan balik, kerana pendaki terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran untuk sampai ke puncak kejayaan. Syabas kepada semua….jumpa lagi dalam program pendakian akan datang…..
****************************************
Kesimpulannya ....
Walaupun Gunung Mat Cincang ini tidak berapa tinggi, namun aktiviti mendaki juga menarik, keluar peluh juga, untuk Beginner pun boleh, cuma part nak sampai puncak tu tetap kena berhati2, takut leka bergambar lupa diri pula..

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...