PENGALAMAN BERKAYAK
LITAR
KAYAK EKSPEDISI KAYAK SOLO WANITA MENYUSURI SG PERAK 2020 & 2021
(Tasek
Banding - Empangan Temenggor - Bersia - Empangan Kenering- Empangan Chenderoh -
Kuala Kangsar - Parit - Bota - Pasir Salak - Teluk Intan- Bagan Datuk- Beting
Beras Basah)
(Jadual pada asalnya.. Kemudian ia berubah setelah perjalanan berkayak melebihi Kilometer yang telah ditetapkan.
Yeay! Siapa yang tak seronok kan apabila tamat misi Kayak Solo Wanita.. Tidak dapat digambarkan keseronokan apabila semua nya berakhir mimpi ngeri.. Ya, Aku bersyukur, kerana terpilih untuk mengikuti dan terpilih dalam Misi ini.. Jika aku tidak terpilih untuk mengikuti misi ini mungkin aku tidak berpeluang untuk melihat keindahan yang terdapat di sepanjang Tasek terbesar di Negeri Perak dan melalui sepanjang Sungai Perak sehingga keluar menuju ke lautan. Sepanjang mengikuti misi tersebut banyak pengalaman yang aku perolehi bak kata orang ‘jauh perjalanan luas pengalaman.’
Pengalaman berkayak arus deras sememangnya menguji kemampuan diri untuk melakukan aktiviti lasak dan pada masa yang sama dapat menikmati keindahan alam semula jadi.. Laluan berkayak arus deras tidak begitu mudah memandangkan kadangkala ada laluan jeram yang mempunyai batu.
Melalui ekspedisi ini, aku banyak berlajar banyak perkara yang bermakna dan juga banyak belajar pentingnya kerjasama bersama crew-crew yang menjagaku. Yang penting terus yakin pada diri sendiri
" Aku mampu lakukan"..
Antara perkara yang tidak dapat di lupakan adalah melompat dari kayak untuk membuang air kecil, tersangkut di lumpur separas pinggang dan berhadapan dengan air pasang.. Selain itu, aku juga mendapat peluang untuk melihat pelbagai ikan-ikan yang cantik, ular kecil yang melintas di depan kayakku, haiwan-haiwan yang melihatku seolah-olah pelik melihat aku yang dok hayun batang kayu, pemandangan kehidupan perkampungan orang asli, air deras yang melimpah menuju di ladang-ladang berhampiran serta banyak lagi...
Soal makan di dalam kayak, aku rasa aku yang paling kaya dengan makanan di atas kayak.. Hahahaha.. Tak perlu lagi berfikir kelaparan di atas kayak.. Mana taknya, selesai misi kayak solo, berat aku naik 4 kg... Tapi aku tak kisah, janji misi aku berjaya dengan jayanya..
Aku bersyukur dengan peluang yang ada ini dan tak banyak orang diberi peluang untuk membuat misi ini secara solo.. Aku juga bersyukur kerana Ibu Bapaku sentiasa mengikutiku, suamiku, guru2 kayak, keluarga, rakan-rakan yang banyak mendoakan serta memberi ransangan untuk berjaya.. Tanpa doa kalian, aku takkan berjaya.. Terima Kasih semua.. I love u All..
Mari baca kisahku...
Jadual Asal
TARIKH
|
BIL HARI
|
DESTINASI DAYUNGAN DAN LOKASI
|
DARI
|
KE
|
27 DIS
(AHAD )
|
PERTAMA
36 KM
|
TASIK
BANDING
|
EMPANGAN
BERSIA
|
28 DIS
(ISNIN )
|
KE-2
47 KM
|
EMPANGAN
BERSIA
|
EMPANGAN
KENERING
|
29 DIS
(SELASA)
|
KE-3
50 KM
|
EMPANGAN
KENERING
|
EMPANGAN
CHENDEROH
|
30 DIS
(RABU)
|
KE-4
60 KM
|
EMPANGAN
CHENDEROH
|
KEM
REKUDA
|
31 DIS
(KHAMIS)
|
KE-5
65 KM
|
KEM
REKUDA
|
PASIR
SALAK
|
1 JAN 2021
(JUMAAT)
|
KE-6
42 KM
|
PASIR
SALAK
|
JAMBATAN
SULTAN YUSOF
|
2 JAN 2021
(SABTU)
|
KE-6
45 KM
|
JAMBATAN
SULTAN YUSOF
|
BETING
BERAS BASAH BAGAN DATOH
|
3 JAN 2021
(AHAD)
|
MAJLIS PENUTUP
DATARAN BAGAN DATOK
|
Jadual Berubah
TARIKH | BIL HARI | DESTINASI DAYUNGAN DAN LOKASI |
DARI | KE |
27 DIS (AHAD ) | PERTAMA 37.05 KM
| TASIK BANDING | EMPANGAN BERSIA |
28 DIS (ISNIN ) | KE-2 49.987 KM | EMPANGAN BERSIA | EMPANGAN KENERING |
29 DIS (SELASA) | KE-3 78.981 KM | EMPANGAN KENERING | LEMBAH KUALA KANGSAR |
30 DIS (RABU) | KE-4 69.926 KM | LEMBAH KUALA KANGSAR
| PULAU MISA |
31 DIS (KHAMIS) | KE-5 63.299 KM
| PULAU MISA | TELUK INTAN |
1 JAN 2021 (JUMAAT) | KE-6 50.881 KM | TELUK INTAN | JAMBATAN SULTAN YUSOF
|
2 JAN 2021 (SABTU) | KE-6 11 KM | JAMBATAN SULTAN YUSOF | BETING BERAS BASAH BAGAN DATOH |
3 JAN 2021 (AHAD) | JUMLAH KAYUHAN DAYUNGAN 361.124 MAJLIS PENUTUP DATARAN BAGAN DATOK
|
26 DISEMBER 2020
(Sabtu)
Bertolak jam 3.30 ptg dari Ipoh. Cg Ramli mengambilku dan ika di rumah masing2... Perasaan bedebar dan terlalu sedih kerana meninggalkan keluarga selama seminggu... Hanya Allah je tahu perasaannya pada masa itu... Dalam hati ku kuatkan hati, ini lah perjuangan ku.. Teruskan.. Cuba untuk begelak ketawa di dalam kereta Cg Ramli supaya hilang perasaan gementar... Kami beborak sehingga sampai di Pekan Grik pada waktu Maghrib...
Kami berehat seketika dan sempat membeli barang yang tidak cukup.. Begerak dengan perlahan dari Pekan Grik dalam keadaan hujan renyai dan kenderaan Cikgu Ramli lampu hadapan rosak. Kami tiba di Royal Belum dan berehat di Resort terapung Mat Shah di Royal Belum... Mama dan Abah sudah tiba di sana pada waktu petang... Sanggup mereka menungguku... Sebaik tiba, kami loading barang serta berehat di resort. Syukur selamat tiba..
27 DISEMBER 2020
(Ahad)
16.062 kilometer +
20.984 kilometer
Hari yang dinantikan... Perasaan berdebar dan takut kerana memikirkan yang macam-macam.. Ohh tuhan, Lindungilah aku.. Selamatkan lah aku serta crew2 yang terlibat, permudahkan perjalanan kami sehingga ke pengakhiran perjalanan kami di Bagan Datoh... Wan, Jo dan Rokok bersiap dengan kelengkapan manakala ika sibuk dengan menyiapkan kelengkapan makanan serta minuman untuk dimasukkan ke dalam Kayak.. Jo dan Rokok merangkap boatman.
Muka tak sabar nak start tu...
Sesungguhnya, segala jasa dan bakti Semua yang terlibat dalam menjayakan Misi ini sangatlah bermakna dan akan dikenang sampai bila-bila..
8.09 pagi Bermulalah hari pelepasan aku di Tasek Banding diiringi Boatman Jo dan Rokok. Aku cuma bermula dengan kayuhan perlahan ... Mungkin tidak biasa dengan air tasek dan cuba hendak biasakan dengan kayuhan di Tasek terbesar di Perak iaitu Tasek Banding (Pulau Banding) yang seluas 243 hektar dikelilingi oleh Tasek Temenggor iaitu Tasik buatan manusia yang dicipta pada 1960-an...
Jam 2 Petang sampai di Jeti Trojen Tasek Temenggor yang berdekatan dengan Stesen Janaelektrik Temenggor.. Hari terlalu panas, namun kayuhan diteruskan dan bersambung lagi untuk menuju ke checkpoint terakhir.. Akhirnya sampai jam 5.12 petang di checkpoint terakhir..
28 DISEMBER 2020
(Isnin)
49.987 Kilometer
Menunggu YB Salbiah untuk pelepasan
Terima Kasih Yb Salbiah kerana sudi membuat pelepasan
Kelihatan Ayahanda, Bondaku, Cg Ramli, YB Salbiah, Ika serta Tok Penghulu Shahril membuat pelepasanku
Wattt Lek Wattt Peace
Hari ke 2 dilepaskan oleh YB Salbiah.. Masih semangat seperti semalam.. Aku beharap ianya berjalan dengan lancar seperti semalam... Perjalanan ini bermula dari Kg .... Seperti biasa aku melihat keindahan Di kiri dan kanan ku... Melihat kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman...
Pengalaman melihat sendiri kehidupan masyarakat orang asli.. Ya, mereka berkumpul beramai-ramai di tepi sungai di bawah pokok.. Ada yang beborak2, mungkin membawang agaknya kata hati kecilku.. Ada yang menangkap ikan di kawasan sekitarnya dan anak-anak masyarakat orang asli bermain-main di sekitar situ.. Mereka melihat aku berkayuh.. Mungkin befikir aku orang lelaki... Dan aku hanya menunduk tanda hormat dan melambai-lambai..
Kelihatan Bendera Malaysia di Tengah-tengah Tasek di kawasan Pendalaman Kampung Orang Asli.. Senario paling cantik ketika air tenang di tasek dengan warna air hijau kebiruan.. Terpesona seketika..
Info Tasek Temenggor yang orang patut tahu
- Hutan
Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun adalah hutan tertua di dunia.
- Menjadi kawasan
tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.
- Kompleks Hutan
Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan
Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).
- Keluasan
Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya
dengan kepelbagaian flora dan fauna.
- Terdapat lebih
3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut
dan 23 ikan hidup di sini.
Aku orang yang bertuah melihat sendiri pemandangan masyarakat orang asli dan menikmati sendiri keindahan kehijauan air tasek temenggor ini... Ya, aku mesti meneruskan perjalananku.. Disana ramai yang menunggu ketibaanku..
Berhenti ambil makan tengahari di Kg Ayer Ganda dan meneruskan perjalanan.. Tiba di Checkpoint terakhir Jam 6.20 petang..
29 DISEMBER 2020
(Selasa)
29.920 Kilometer +
49.061 Kilometer
78.981 KM
Hari ke 3, Pelepasan oleh Tok Ketua Kampung Dari Empangan Kenering. Perjalanan ini amatlah mencabar dan aku sudah bersiap sedia dengan laluan yang agak mencabar ini... Mungkin aku pernah menjalani latihan di laluan mencabar ini.. Jadi tidak kisahlah aku laluinya lagi beberapa kali... Kali ini kawasan berbatu telah dinaiki air dan aku melaluinya dengan tenang kerana kawasan batu itu dah tak nampak walaupun air melonjak dengan tinggi.. Aku melalui dengan rasa seronok dan melambung tinggi seperti Ombak yang tinggi memukul kayak di hadapan... Wowwwwww... Yahooo... Aku menjerit...
Aku dapat merasakan kombinasi pancaran matahari, angin, kocakan air dan panorama alam seperti paparan awan pagi serta lembayung petang yang menyenangkan..
Berehat dulu.. Aiceceh.. Terasa bahang matahari terpancar di wajahku
Empangan Kenering jika dilihat dari atas.. Tiba di Checkpoint terakhir Jam 5.28 petang
30 DISEMBER 2020
(Rabu)
69.926 Kilometer
(Kuala Kangsar- Kem Rekuda-Parit-Bota)
8.06 pagi : Perlepasan oleh ayahenda sendiri.. Sebak rasanya apabila melihat ayahku melepaskan bendera dengan semangat.. Melihat raut wajah ibu ku memberikan senyuman dan memberi kata-kata Bberhati-hati padaku... Aku hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada semua... Semangat kalian akan aku bawa bersama-sama dengan kayuhan ini...
Ya Allah, Allohumma hawwin ‘alainaa safaranaa hadzaa waatwi ‘annaa bu’dahu. Allohumma antashookhibu fiissafari walkholiifatu fiil ahli : Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluargaku..
Kayuhanku berakhir di Pulau Misa dan berehat disana. Disana Keluarga ku menunggu. Tamat jam 4.52 petang..
31 DISEMBER 2020
(Khamis)
63.299 Kilometer
8.02 pagi : Perlepasan oleh Yb Shahrul di Pulau Misa.. Ramai yang menunggu ku untuk pelepasan.. Mereka terdiri daripada Keluargaku & orang2 di Pulau Misa..
Bertambah semangat aku untuk berlepas kerana melihat mereka memberi semangat dan lambaian Selamat Jalan dari semua orang..
Sepanjang perjalanan aku melihat air semakin besar kerana airnya bergabung dengan air Sungai Kinta..
Kayuhan hari ini sebanyak 63.299 km amat melelahkan kerana berhadapan Air Pasang disebelah petang di Teluk Intan.. Pengalaman ini membawa aku mengingatkan beberapa kali aku menjalani latihan disini.. Berhadapan dengan Air pasang bukanlah kali pertama aku lalui, ianya pengalaman yang sama semasa aku dalam latihan.. Jadi aku tidak terasa kekok atau terkejut dengan situasi begini.. Pengalaman ini lebih menarik kerana melihat kapal-kapal besar berlabuh dan bot-bot yang mencari udang dan ikan.. Malahan bot yang melalui disebelah ku melambung ke kayak ku sehingga dayungan paddle ku terpaksa berhenti...
Kadang-kadang aku tefikir, kerdilnya aku disisi kapal-kapal yang besar..
Tiba di last checkpoint terakhir Jam 4.24 petang..
1 JANUARI 2021
(Jumaat)
50.881 Kilometer
7.52 pagi : Perlepasan oleh Dato Mohd Azhar Bin Jamaluddin di Teluk Intan..
Beliau memberi semangat dan berbangga kerana aku mampu melakukan sama seperti kudrat orang lelaki..
Perjalananku diteruskan dan aku hanya melalui pesisiran kiri sungai.. Sungai semakin meluas kerana ianya menghampiri muara sungai..
2 JANUARI 2021
(Sabtu)
11.347 Kilometer
7.55 pagi : Perlepasan Oleh JPAM.. Tidak sabar untuk menghabiskan kayuhan yang hanya tinggal 11 km sahaja..
Ya Allah, permudahkan perjalananku
Berbisik hati kecilku, hanya tinggal beberapa Kilometer je lagi..
Selepas menghabiskan misi, aku bergambar bersama mereka yang sentiasa bersamaku di sepanjang misi ku... Doa kalian tidak putus2 untuk ku....
Memandang sungai yang berliku
Engkau sepenuhnya benar.
Aku yakin kau benar ketika kau membisikkan padaku betapa indahnya Sungai kita.
Sungai yang berliku, penuh sejarah yang turut berliku. Melihat saujana begini, kita mudah dihinggapi keharuan tentang betapa telitinya alam ini diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. Cuma kadang-kadang, kitalah manusia yang terlupa menghayati dan menghargai alam ciptaanNya.
Sekali lagi kau benar, ketika kau mengatakan padaku betapa keindahan ini jarang-jarang kita hargai.
Ternyata, aku menyaksikannya dari mataku sepanjang berada sungai Perak. Tidak sesaatpun aku terasa letih dan mengantuk. Ketika melihat sungai,aku cepat merakamkan gambar keindahan di depan mataku. Di kejauhan sana, jambatan2 yang aku lalui dibawahnya, Tasek terbesar di Perak dan hutan-hutan bakau dan sungai yang menjadi salah satu sumber pendapatan kampung.
Di sini, aku hampir kehilangan kata-kata. Aku hanya membayangkan betapa indahnya kalau kita duduk berhanyut-hanyut dalam Kayak menuju ke muara sebelum sampai ke laut yang luas. Syukur diberi kesempatan melihat keindahan terindah dengan izin Allah SWT..
Hari Dinobat Kan Oleh Malaysian Book Of Record