Thursday, 3 March 2022

Gunung Duri, Ringlet Cameron Highlands..


Assalamualaikum,Hai Hai Hai.... Baru ada masa nak update Blog... Kali ni hakak pergi ke Gunung Duri yang terletak di Ringlet, Cameron Highland.. Gunung Duri merupakan puncak tertinggi selepas Gunung Irau, Berembun, Siku, Terbakar dan banyak lagi di Tanah Tinggi Cameron Highland.. Gunung Duri ini terletak di Ringlet, Cameron Highlands..

Ya memang tak ramai yg tahu dimana letaknya Gunung Duri. Gunung Duri ini antara beberapa gunung ganang yg terletak disekitar tanah tinggi Cameron Highland.. Gunung ini tak kurang hebatnya dengan Mossy mossy nya..  Ianya merupakan antara tarikan aktiviti pendakian kerana keunikan hutan lumutnya di gunung dan perjalanannya tidak begitu lama.. Hanya mengambil masa 4 jam pergi ++ bergambar dan bertik tok dan Pulangnya memakan masa 3 jam..

Gunung Duri tingginya 1530 mdpl... Kelebihan mendaki disini, ialah udara sejuk dan nyaman bermula dari bawah lagi. Seronok kan?

Kami seramai 20++ org beserta 2 guide, berkumpul di SJK(T) Ladang Shum Yip Leong selepas membeli sarapan di Ringlet.. Kami membuat persiapan serta briefing diberi oleh Guide padu..
Selesai acara memanaskan badan, sekitar hampir jam 9am mula bergerak masuk hutan.. Singgah dikebun bunga dan ladang kuda utk bergambar.. Dah puas bergambar, meneruskan perjalanan.. Singgah di beberapa check point dan 2 puncak tipu utk regroup.
Trek masih bersemak dan terpelihara.. Alhamdulillah, tidak nampak sampah sarap yang dibuang oleh pendaki  sepanjang diperjalanan.. Masih terpelihara hutan kita. Hutan resam agak tebal dan panjang.. Diikuti sedikit mossy..
Kumpulan pertama dipuncak sekitar 1230pm. Kami merehatkan badan, bergambar dan mengisi perut. Tidak ketinggalan kopi tersedap di dunia oleh Guide Padu.
Dah puas semua, mula turun jam 0145pm. Sekitar 0430pm kumpulan pertama sudah keluar hutan. 

Alhamdulillah semua selamat, sampai puncak, dan kembali ke destinasi masing-masing.


Ringlet - Starting Point - Kem Lunch - Puncak Tipu - Puncak -Kemsite (Durasi 2 jam perjalanan) - Puncak - Kemsite - End Point


Berikut saya kongsikan 9 tips dan persediaan buat anda yang ingin mendaki Gunung Duri.

1. Perjalanan untuk ke tempat permulaan pendakian akan melalui ladang kuda dan kebun sayur. Keadaan stuktur jalan telah pun dinaik pulih dari sebelumnya.

2. Pendakian awalnya agak sempit dan lalang kiri kanan. Tanah yang berair agak lecah disebabkan hujan. Bermula pendakian agak pacak serta agak tinggi. Jika nak pakai tongkat, Pakai kasut yang agak sesuai serta memakai Glove.

3. Pendaki dinasihatkan memakai ‘windbreaker’ kerana suhu pada waktu pagi di sini sejuk sekitar 20- 22 Celcius. Boleh juga bawa bersama baju hujan atau ‘poncho’ sebagai persediaan jika hujan kerana cuaca di sini tidak menentu.

4. Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, perlu membawa bekalan air yang secukupnya. Bawa juga makanan untuk memberi tenaga seperti pisang, coklat, makanan tengahari untuk makan di puncak dan jangan lupa bawa bersama ‘air kemenangan’.

5. Hampir sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas lutut. Pakai kasut yang bersesuaian. Sesiapa yang ada kasut getah atau ‘Adidas Kampung’, bolehlah pakai kerana ia selesa dan senang dicuci.

6. ‘Glove’ atau sarung tangan juga perlu dipakai untuk mengelakkan kecederaan pada tangan apabila perlu berpaut pada dahan atau akar kayu semasa mendaki.

7. Barang-barang lain sebagai langkah persediaan yang perlu dibawa seperti ubat-ubatan atau ‘basic first aid’ (minyak panas, pembalut luka, bandage), ‘headlamp’, wisel, pisau kecil, ‘lighter’ dan juga bawa bersama hati yang gembira.

8. Jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata. Jangan ambil apa-apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali jejak kaki.

9. Lakukan latihan fizikal beberapa minggu sebelum mendaki agar anda mendapat stamina yang baik. Berdoalah agar keaadan kesihatan dalam keadaan yang terbaik. Perbetulkan niat semoga aktiviti mendaki ini dinilai sebagai satu ibadah disisi Allah S.W.T.

đź’“Selamat mendaki kepada Semua Pendaki di Malaysiađź’“

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...