Wednesday, 13 July 2022

BUKIT LIMAN KATI, KUALA KANGSAR PERAK

 

 Assalamualaikum buat para Hikers.. Dah lama tidak menulis.. Terlalu sibuk dengan urusan peribadi.. Training Badminton, Futsal dan Hiking di Kledang.. Beberapa hari yang lepas, hakak ke Bukit Liman Kati, Kuala Kangsar.. 
 
 Bukit Liman Kati,Kuala Kangsar Perak merupakan lokasi yang hakak hidamkan nak terjah.. Mybe sebab dok dengar panoramanya yang memukau di kalangan para Hikers iaitu awan Karpet.. Tak sabar nak tengok awan berkepok2 tu.. 
 
 Untuk mendaki disini hanya 10 minit dari tol Kuala Kangsar menghala ke arah pekan kecil Kati melalui jalanraya baharu. Trek permulaan terletak dibelakang pusat peniagaan makanan Liman Kati berhadapan MRSM Kuala Kangsar.
 
Ahad pagi, hakak bertolak dari Ipoh jam 5.30 pagi dan singgah untuk solat subuh jam 6.30 di RNR Plaza Tol susur keluar Kuala Kangsar.. Jam 7.30 tiba di perkarangan Lot parkir jalan menuju Ke Bukit Liman Kati.. Masyaallah pagi tu, sejuk je...Bersiap dan memakai kasut Hiking dan terus menuju ke pintu Bukit Liman Kati...
 Ketinggian bukit ini setinggi 454 meter dengan pemandangan 520mdpl secara menyeluruh dapat melihat gunung-ganung lain yang berada di sekeliling. 

 Laluan ke puncak Bukit Liman Kati, 

Kuala Kangsar

 Dengan jarak hampir 7km pergi balik yang dahulunya tidak popular dan kurang mendapat perhatian buat pengemar sukan lasak bagi aktiviti mendaki@hiking kini mula popular dan menjadi viral kerana panorama yang indah dan mencipta pengalaman indah persis berada ditengah2 banjaran titiwangsa.
Segak gaya Bak Ang....

Dahulu ianya merupakan hanya kawasan penanaman pokok getah, durian dan buah2an yang terletak di Daerah Kuala Kangsar. Kini selain dari aktiviti pertanian, aktiviti mendaki pula menjadi perhatian.

 

View disini memang menarik dengan seni alam yang tersendiri. Jika ada rezeki, para pengemar aktiviti ini boleh melihat hamparan kabus yang bergugusan yang lebih dikenali sebagai awan karpet memutih menghiasi bumi Liman Kati.



I believe i can fly like butterfly
Barang Daypack
  1. Headlamp (wajib bawak ok, tak kira mendaki pada waktu siang atau malam-sebagai persediaan jika keluar sudah malam)
  2. Torchlight - yang ini terpulang lah nak bawak atau tak. Sentiasa dalam Bag jika kecemasan. Sebabnya takut keluar malam...
  3. Baju spare - Selalunya yang bawa orang lelaki.. Yang kuat peluh...
  4. Batery spare
  5. Hiking pole/ stick - ikut pada keselesaan
  6. Makanan sendiri, bukan ration tau tapi sendiri punya makanan. Biasa bawak coklat, kitkat, roti. Makan time pewai.. hahahahhaha
  7. Minuman - paling kurang 1.5 liter air mineral, 500 ml air 100 plus. Jangan minum banyak air ketika mendaki kalau taknak pewai teruk.
  8. Ubat - ubatan - WAJIB. Nampak tak caps lock tu ? Wajib bawak medical kit. Contohnya : ubat tahan sakit, paling bagus celebrex, ponstandeep heat untuk sembur pada kaki cramp, ubat tahan muntah untuk AMS, ankle guard, minyak angin, minyak gamat Langkawi (cap lain tak tahu), plaster untuk kaki yang melecet, bandage, gunting kecil. Tu lah kot yang penting.
  9. Ponco / raincoat / baju hujan - Sentiasa ada dalam bag. HeHe
  10. Sleeping bag (wajib kalau camping) x perlu kaLu daypack
  11. Windbreaker (sesuai untuk menahan angin sejuk, tapi bukan waterproof ye )
  12. Messtin dan stove untuk masak. Boleh pinjam dengan member hiking yang baik hati.
  13. Sarung tangan atau glove - Wajib ye kalau ada memanjat pakai tali. Setiap masa pakai sebab tang pacak , biasa akan jadi beruk guna tangan kaki sambil memanjat.
  14. Stokin lebih - Spare je
  15. Kasut hiking - ikut suka kau lah jenama apa. Ada karrimor, The North Face, Solomon, Teva, Columbia, Adidas, keen bla bla bla. Hakak pakai cap kerbau je tapi grip gila basbas weh. Kalau kau salah pilih kasut yang tak sesuai, habislah kaki anda bakal melecet. 
  16. Bag yang sesuai - belanja lah lebih sikit untuk keselesaan, Bukan apa, badan nak pakai lama kot. Bag  yang bagus - Osprey, Deuter, Karrimor, The North Face, Vertical (Singapore)
  17. Fly dan Ground - takda khemah, bawak ni untuk berteduh dan tidur.
  18. Wisel - jika sesat sangat berguna
  19. Parang atau pisau
  20. Kompas dan peta

Ok aku rasa cukup dulu lah kot barang yang perlu dibawa
 

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...