Assalamualaikum Para Hikers yang Padu.. Hari ni hakak nak kongsi pengalaman mendaki Gunung Gunung Siku, Cameron Highland.. Entah kali ke berapa naik Ke Gunung Siku ini.. Kali ini naik dengan Gang2 Kledang yang disayangi.. So, yang pastinya wajib pergi ke gunung ini semula... Gunung Siku ni sangat sesuai kepada yang beginners yang hendak mula dengan dunia pergunungan. Di awal pagi jam 4.30, kami bertolak dari Petronas Simpang Pulai dan tiba di BhPetrol Jam 6 pagi.. Kereta kami parking berdekatan dengan Stesyen Minyak tersebut..
Pendakian hakak ke Gunung Siku ni hakak follow team RGS (Rakan Gunung Sebaya).. Kalau nak daki Gunung Siku ni kena daftar
permit dulu (Wajib) dan mesti melalui Guide tempatan.. Kalau tak, anda didapati bersalah kalau tak guna guide tempatan... Hehehehehe :)
Nampak seronok muka kami, cam tak sabar kan..
Bebalik cite pendakian ini, Hakak dan pendaki yang lain berkumpul bagi mendengar taklimat oleh Guide Lepat Liat dan Ketua Pendaki RGS (Abam Bad).. Perjalanan kami bermula bersebelahan dengan stesen minyak BHPetrol.. Setelah semua bersedia, kami menyeberangi jalan raya di hadapan stesen minyak tersebut dan menyusuri kawasan kebun sayur milik persendrian..
Track Gunung Siku ni ada semua sekali bercampur dari tangga (longkang) lepastu jumpa kawasan tanah dan berselut/membajak bila hujan, kemudian tempat yang berdaun-daun dan ada juga laluan yang berakar apabila dekat nak ke puncak.. Perjalanan kami menjadi agak perlahan kerana semuanya terpukau dengan Mossy2 yang cantik dan mengagumkan.. Tambahan lagi, cuaca sangat sejuk dan berkabus... Seronok dan mendamaikan... Start la rasa nak menari2 kan.....
Bagi hakak la, korang bawak la sarung tangan (glove).. Sebab nya, senang nak pegang akar.. Tak de la tangan kotor dan tak rasa licin bila pegang akar... Kadang-kadang ia juga mengelakkan kecederaan pada tangan apabila perlu berpaut pada dahan atau akar kayu semasa mendaki...
Kami selamat tiba di Puncak Gunung Siku jam 12 Tengahari... Rate kesukaran bagi Gunung Siku ialah 6/10 jadi tak la susah sangat dan tak curam sangat. Enjoy je layan nature kat sini sebab terlalu cantik sangat... Tambah-tambah lepas checkpoit last tu korang akan berdepan dengan Mossy2 ala-ala The Lord Of The Ring.... Kat situ jugak laaa, lama korang nak bergambar....
Barang-barang lain sebagai langkah persediaan yang perlu dibawa seperti ubat-ubatan atau ‘basic first aid’ (minyak panas, pembalut luka, bandage), ‘headlamp’, wisel, pisau kecil, ‘lighter’ dan juga bawa bersama hati yang gembira.
Jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata. Jangan ambil apa-apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali jejak kaki.
Lakukan latihan fizikal beberapa minggu sebelum mendaki agar anda mendapat stamina yang baik. Berdoalah agar keaadan kesihatan dalam keadaan yang terbaik. Perbetulkan niat semoga aktiviti mendaki ini dinilai sebagai satu ibadah disisi Allah S.W.T.
Bye-bye, Jumpa Lagi :)Perjalanan untuk menuju puncak gunung tentu bukanlah hal mudah. Diperlukan semangat dan kesabaran untuk mengatasi setiap rintangan di sepanjang perjalanan. Namun, jika sudah sampai puncak segala perjuangan tersebut akan terbayar berkali-kali lipat lewat keindahan alamnya.