Friday, 5 January 2024

ANNAPURNA BASE CAMP (ABC) NEPAL

Annapurna Aku Datang.. Wishlist become a reality.. Alhamdulillah.. Syukur nikmat yang diberi akhirnya dapat terbang ke Bumi Nepal, Kathmandu.. Dah banyak kali tertangguh untuk ke ABC ni, dan akhirnya di akhir hujung Bulan Disember 2023, jejaklah Diella Hasan ke sana dengan perasaan berdebar2 sehingga tak tidur memikirkannya... Di awal permulaan, hanya settle 

1. Flight - RM2200++

2. Trekking - RM3200 (Domestic flight + guide + porter + meal during trekking)
3. Flight seat - RM40 (Return)
4. Visa - RM130

https://nepaliport.immigration.gov.np/onlinevisa-mission/application  (apply visa)

5. Insurance - RM135

https://takeiteasy.msig.com.my/msigonline/products/product-landing-page.html?product=mot

(Plans 1/ TravelRight Plus / RM135)

(Muke semangat nak pergi) 

Hakak pergi dengan Abg Zul, Tapid, Kuzi, Jai & Ekin (isteri abg Zul).. So, 4 lelaki dan 2 orang pompuan la... Sebelum nak pergi ke ABC, dah 2 minggu cuti dari Sukan Badminton, Futsal & Hiking (Sebab dah injured lutut dan kaki)..So, bertahan untuk stop sukan... Ahhhhhh risauuu Injured sekali lagi..

Bermulalah perjalanan dari sini Jam 3 pagi (16 Disember 2023) pengembaraan hakak menaiki Bas Yoyo dari Amanjaya  bersama kumbang2 Malaya dan tiba di Klia Jam 7.00 pagi.. So menapak la sehingga Flight 6.15 petang waktu Malaysia.. Perjalanan dari ke Kuala Lumpur memakan masa hampir 4 jam dan tiba di Bumi Kathmandu jam 10.15 malam waktu Malaysia...

(Muke happy & letih bila sampai di Bumi Nepal)
(Kami bersama Guide Kumar yang menjemput kami di Airport Kathmandu)
Setibanya di Bandar Kathmandu, Kami ber 6 menuju ke Hotel Di Bandar Kathmandu bersama Guide Kami yang bernama Kumar... Hari Ahad Kami berjalan di Bandar Kathmandu dan berehat di Dalam Hotel.. (Gambar2 berjalan ada dibawah sekali)
(Get Ready Barang2 dalam Beg untuk Sherpa bawa. Hanya 13 kg sahaja ye)

***Sherpa suku kaum di pergunungan Himalaya yg tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yg berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dsb utk pendaki gunung***

Pada hari Isnin 18 Disember, Kami bergerak ke Pokhara dengan mengambil pesawat Yeli dari Kathmandu ke Pokhara yang hanya memakan masa 25 minit.. Pokhara adalah di mana permulaan utk Trek ABC, Mardi Hilmal dan Poon Hill. Jarak diantara 2 bandar ni tak jauh hanya 200km. Tetapi kalau naik tourist bas boleh memakan masa hampir 11-14 jam yang menawarkan pemandangan menakjubkan di sepanjang perjalanan.. Memandangkan Trek seharian bersama Bas, kami lebih memilih untuk naik pesawat ke Pokhara.. Get ready duit (tambahan) untuk naik pesawat.. 
 
NEPAL merupakan negara gunung ganang. Terkenal dgn Gunung Tertinggi di dunia iaitu Everest yang berketinggian 8848 meter dari paras laut. Nepal di himpit oleh China, India dan Bhutan. Populasi nya 30 juta jiwa. Beragama hindu dan bahasa nya hindi. Kalau tak silap. Suhu dia sejuk kering dan berdebu. Bandar kathmandu sendiri terletak tinggi 1330 meter dari paras laut. Utk makanan halal just google je pasti jumpa. Tetapi kalau keluar dari bandar memang tak jumpa kedai halal. Kadar tukaran adalah 1000 rupee bersamaan rm35.

Annapurna Base Camp (ABC) atau lebih dikenali sebagai ABC dalam kalangan pelancong berketinggian 4,130 meter itu terletak di kawasan pergunungan Himalaya dan dikelilingi oleh beberapa gunung lain yang terkenal di Nepal seperti Gunung ‘suci’ Machapuchare dan Gunung Annapurna I (gunung ke sepuluh tertinggi di dunia).

Annapurna Base Camp (ABC) juga lebih tinggi dari Puncak Kinabalu, Sabah, Puncak Mahameru di Jawa dan Rinjani di Lombok, tapi sedikit lebih rendah dari Puncak Carstensz Pyramid, Papua. ABC salah satu destinasi jalur pendakian di barisan Pegunungan Himalaya yang tak kalah tersohor dengan Everest Base Camp.

Waktu terbaik untuk mendaki ke Annapurna Base Camp adalah sekitar bulan September hingga November (musim luruh) atau pada bulan Mac hingga Mei (musim bunga) dan Group Hakak lebih memilih bulan Disember (Boleh main Salji).
Di Thamel road & Lakeside Road, korang boleh shopping barang2 hiking menawarkan kelengkapan lengkap untuk mendaki dengan harga yang sangat berpatutan.. Banyak barang2 copy ori. Rm200 korang boleh dpt kelengkapan penuh 1 badan. Pakai je la copi ori, bukan org tahu pon.. Hehehehhehehehe
Dekat Nepal kalau guna Roaming, memang mahal. So, beli Sim Card beserta 2 gambar berukuran Pasport.
 
(Muke happy bila tengok gunung Salji dari jauh,Masa ni tak pikir kesengsaraannya.. Hahahhaha....:)
Pendakian bermula
 Pendakian ke ABC yang memakan masa selama 7 hari itu dimulakan dengan perjalanan berliku-liku selama 3 jam menaiki kenderaan pacuan empat roda dari pekan Pokhara menuju ke Naya Pul, kemudian perjalanan diteruskan ke Jhinu tempat bermulanya pendakian. Dari situ, perjalanan kebanyakan pendaki dimulakan. Tiada lagi laluan kenderaan apabila anda melepasi kawasan kampung tersebut. Jangan lupa untuk memakai topeng muka kerana trek sepanjang pendakian sedikit berdebu terutamanya di kawasan kampung... Akan tetapi hakak tak terdaya nak pakai Mask memandangkan rasa lemas dan tak cukup oksigen bila memakainya... Almaklum lah, dah start sejuk.. Bau taik keldai sepanjang perjalanan bau yang sangat kuat.. So bertahan la..
 
Jhinu Danda Suspension Bridge, Nepal. Jambatan ini mempunyai panjang 287 meter dan berdiri 135 meter di atas tanah, menjadikannya jambatan gantung yang paling tinggi dan terpanjang di seluruh daerah Kaski.. Panjang ni jambatan dan kukuh/tagap motor pun boleh lalu. Tapi masa kami lalu, Keldai yang lalu.


Di sepanjang Trek ABC byk tempat rehat menyediakan beberapa guest house untuk para pendaki tersedia. Terpulang  samaada nak pendekkan perjalanan atau memanjangkan perjalanan. Rancanglah perjalanan untuk beberapa hari sebelum memulakan pendakian. Terdapat beberapa cara dan tempat persinggahan yang boleh pilih, semuanya berdasarkan itinerari yang korang rancang. Jangan lupa, setiap guest house mempunyai kemudahan yang berbeza di setiap tempat persinggahan..
 
Trek ABC
New Brigde-Geno-Chomrong-Bhanuwa-Lower Sinowa-Upper Sinowa-Bamboo-Dovan-Air Terjun Chahara-Himalaya-Deurali-MBC-ABC. Kami bermalam di Chomrong, Deurali dan ABC masa mendaki..

Dalam masa beberapa hari pendakian, kami merentasi keadaan muka bumi yang berteraskan kawasan pertanian, dengan perlahan bertukar kepada hutan pain dan kemudiannya human pokok buluh. Permandangan yang indah menenangkan semangat kami menuruni cerun yang berliku -liku dan agak memacak. Terdapat beberapa jambatan gantung, namun kebanyakkannya perlu menaiki tangga tangga batu atau cerun menaik yang rasanya tidak berkesudahan..

Dari 85% oksigen akan turun ke 63%
*Dari 15 langkah turun ke 10 langkah
*Dari 10 langkah turun ke 5 langkah
*Dari 5 langkah turun ke 3 langkah
 
Tiap kali berhenti melangkah.... Hakak akan tarik nafas dalam2.... Mencari nafas yg hilang.. Tiap kali nak bernafas akan fikir, tak jauh dah.. sikit je lagi..

Dugaan di trek terakhir dari Machapucchre Base Camp ke Annapurna BaseCamp  (ABC) paling mencabar kerana cuaca amat sejuk dan langkah kami bergerak agak perlahan.. Keindahan terlalu memukau sehingga kami berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan video.. Dengan izin Tuhan, kami berjaya sampai ke Annapurna BaseCamp  (ABC) dan meraikan kejayaan dengan rakaman foto dan video sehinggalah hari keesokkannya merakam kenangan di Signboard Annapurna BaseCamp  (ABC)..

Selamat Tinggal ABC

Hati kami begitu berat untuk meninggalkan ABC yang begitu indah. Boleh dikatakan perasaan melihat matahari terbit diufuk banjaran Annapurna adalah suatu detik yang tidak dapat dilupakan. Peluang untuk merakamkan keindahan suasana ini digunakan sebaik mungkin. Dengan langkah yang agak berat, kami bertolak menuruni cerun dipinggir  sungai yang masih beku dan sekali sekala berpaling ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ABC..

Masa menurun kami bermalam di Dovan dan Jhinu. Layan semua trek tangga naik dan turun... Fuhhhhhhhh, azabnya tuhan jaa yang tau.. Hakak hanya memandang bawah je.. Malas nak fikir dan pandang ke atas.

Dengan bermalam di Dovan, kami bergerak turun ke Bamboo, Sinuwa, Chomrong dan bermalam di Jhinu dengan makan malam yang terakhir dan hati yang sangat gembira di hati masing-masing..

Kami masih boleh melihat puncak Annapurna I dari Jhinu (ketinggian 1780m). Setelah sarapan pagi, kami meneruskan perjalanan menuju pick-up point. Bentuk muka bumi menjadi makin familiar. Kami berehat sebentar melepaskan lelah dan melihat masyarakat di sini bersungguh-sungguh bercucuk tanam dan menternak haiwan seperti kambing dan lembu. Ketika kami menyusuri kebun-kebun jagung dan kubis, ada segerombolan keldai mengangkat barang-barang..

Setelah 1 jam pendakian menurun, akhirnya tiba di Jambatan Jhinu dan kelihatan powil sudah menunggu kami. Hakak begitu gembira Bersama yang lain walaupun terasa sedih meninggalkan kenangan manis.  Kami mengucapkan penghargaan kepada kumpulan porter yang gigih melayan kami dan mengangkut beg-beg kami sepanjang ekspedisi. Sesungguhnya layanan masyarakat Nepal kepada pendaki seperti kami begitu baik dan mengharukan..

Apa yang penting, kesemuanya balik dengan selamat, berjaya menawan Annapurna Base Camp dan membawa seribu satu kenangan pahit dan manis sepanjang ekspedisi. Yang lebih menarik, dengan pengalaman susah senang bersama, kami menjadi lebih rapat seperti adik-beradik. Dengan kecekalan hati, taraf fitness yang baik, persiapan dan semangat kerjasama yang tinggi sesiapa pun boleh menakluki ABC..

Kami tetap berjalan bersama-sama. Bantu antara satu sama lain.. Yang paling best bila Kuzi, Jai dan Tapid dok bagi semangat kat hakak.. Sikit je lagi Dilla.. Ishkkk, depan tu hahhh.... Kadang-kadang dorang menyakat, Gunung merata dah pergi, takkan ini pun dah tak larat... Alamakkkkk , hahahhahaha :)
Semangat setia kawan makin tercipta disini.. Semangat bantuan team yg sangat kuat.. Kami tetap setia sama-sama mendaki walaupun masing-masing kepenatan hari-hari mendaki.
Kredit to all yg share gambo....gambo korang sangat cantik.







SUBHANALLAH
ALHAMDULLILAH
ALLAHUAKHBAR
Jangan lupa bayar Cukai Tanah ye....

Di sini lah kiranya kemuncak pendakian ABC , kerana di sini lah terdapatnya signboard "Namaste" dan bermalam di Tea House dengan ketinggian 4103 dari aras laut.
Di ketinggian ini, tidur mlm pun tak boleh nak nyenyak sangat, sejuk hingga ke tulang terasa , rupanya mencecah -11 , air bertakung pun beku, SPO dlm 76%. Alhamdullilah, maksudnya badan masih boleh lagi berada di ketinggian ini.
CHARGE FASILITY SEPANJANG TREK ABC

Bagi mereka yang pertama kali ke ABC, jangan risau untuk bermalam di kawasan pergunungan, kerana di setiap tempat rehat menyediakan beberapa guest house yang turut menawarkan pakej makan dan minum, air panas untuk mandi, wi-fi dan tempat untuk mengecas barang elektrik dengan harga yang berpatutan.

(Jhinu Danda)
Wifi - 100
Hot water - 150 1l
Air biasa 100 1l
Charge free

(ABC)
Hot water - cup (100) 1l 200
Cold water - 200 1l
Wifi -300
Caj - 250
Hot shower- 350

(Fist Tail lounge )
Caj - 100
Hot shower - 200
Wifi - 100
Hot water 1L - 100 | cup - 50

(Bamboo)

Caj - 100
Hot shower-200
Hot water 1L - 150 | cup - 70
Wifi - 300

(Duerali)
Caj - 200
Wifi - 300
Hot shower - 250
Hot water 1L -150 | 80

(Upper Dovan)
Caj - 200
Wifi - 300
Hot shower - 300
Hot water 1L -130 | 70
(mENIKmATI kEInDaHAN aLAM ciPTAaN ALLAH)
"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu Dustakan"

(Singah beli ubat bersama EKin)
(Dari Kiri Tapid, Abg Zul, Ekin, Diella Hasan, Kuzi & Jai)

Congratulations semua dapat sijil😍😍
Remember never give up insyallah sampai juga

 KENAPA ANNAPURNA BASE CAMP BEGITU POPULAR DI KALANGAN PENDAKI

Salah satunya adalah Permandangan Panorama 
(Panoramic View) Gunung-Gunung Ais

Gambar 1 menunjukkan Permandangan dari MBC (Machapuchare Base Camp), 2 jam perjalanan ke ABC, kelihatan Gunung Annapurna I (8091m) yang merupakan diantara Gunung-gunung 8000 meter keatas (8000ders)
Gambar 2 pula permandangan dari ABC yang nampak 
Gunung Machapuchare atau dikenali Mount Fish Tail
Gambar 3 Annapurna Region Trail Map
ABC juga berada ditengah lembah Pergunungan Annapurna yang mana dikelilingi puncak ais seperti Annapurna I,II,III,IV dan South, Fish Tail dan lain-lain. Dan pelbagai lagi tarikan untuk ke ABC
 
 SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBAWA

1. Kasut dan stokin

1.  Sepasang Kasut hiking

Kalau boleh bawalah dari Malaysia. Jangan beli di Nepal. Biasakan diri dulu dengan kasut yang akan dipakai. Nak berjalan jauh ni.

Pastikan tapak kasut ada grip yang baik dan jenis water resistant. Ada yang syorkan pakai high cut, kerana ada lebih perlindungan pada buku lali. Bagi hakak, pakailah kasut hiking yang selesa dengan kaki sendiri, usah ikut orang.

Ada orang pakai high-cut, buku lali sampai melecet. Hakak pakai Brooke je pun dah okay. Maka, pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki sendiri.

2. Sepasang selipar atau sandal

Penting bila nak mandi nanti atau melepak di luar bilik atau teahouse pada waktu malam.

3. 2 pasang hiking socks

Pakai semasa hiking supaya kaki tak berbau dan melecet.

4. 2 pasang wool socks

Pakai semasa tidur. Boleh beli di Kathmandu. Murah dan pelbagai warna.

2. SELUAR & BAJU

1. 3 pasang seluar hiking

Pilihlah seluar yang stretchable, mudah kering dan tahan lasak. Boleh cari di Kathmandu atau di kedai-kedai outdoor berdekatan anda. Bundle juga ada jual. Kena pandai cari.

2. Sepasang seluar untuk tidur

Seluar tracksuit biasa sudah memadai. Pilihlah yang ringan.

3. 10 helai disposable underwear

Boleh beli di farmasi terdekat / Tesco / Giant. Tapi hakak beli kat Shoppe

4. 5 helai T-shirt dry fit

Pastikan materialnya daripada fabrik polyester. Mudah kering dan tidak menyerap lembapan. Baju daripada material cotton adalah tidak digalakkan kerana menyerap lembapan dan lambat kering. Cotton memang selesa, tapi kurang praktikal untuk cuaca sejuk di Nepal. Terutamanya bila hiking.

5. 2 pasang thermal wear

Boleh dapatkan di Sportsdirect (jenama Campri), Universal Traveler atau mana-mana kedai menjual barangan musim sejuk. Satu dipakai semasa hiking bersama dry-fit, satu lagi pakai semasa tidur. Tapi most of the time, semasa hiking, hanya pakai dry fit dan windbreaker saja. Thermal hanya pakai semasa tidur. Kadang-kadang hakak pakai juga masa hiking.. Sebab sejuk sangat..

6. 1 helai down jacket

PENTING. Terutamanya bila anda datang pada musim sejuk membeku. Pilihlah yang jenis ringan dah mudah dibawa. Hakak pakai down jacket bundle saja, RM50. Hehe…

7. 1 helai windbreaker

Hakak pakai sepanjang hiking.

3. PERALATAN & AKSESORI LAIN

1. Sleeping bag

PENTING! Pastikan sleeping bag yang anda bawa sesuai dengan keadaan di cuaca di ABC. Jika kita Bersama dengan Agent, ia akan bekalkan kita untuk packing di dalam beg yang telah disediakan

2. Topi atau snow cap

PENTING! untuk mengekalkan haba dalam badan. Kerana kebiasaannya haba badan akan hilang melalui bahagian kepala yang tidak bertutup.

3. Headlamp

Perlu. Terutamanya bila dah malam. Di Basecamp ABC, mereka akan tutup elektrik jam 11 malam

 4. Polarized sunglasses

Ada je polarized sunglasses yang murah. Saya beli RM25 sahaja. Tapi kawan-kawan hakak beli yang mahal tu.

5. Glove (sarung tangan)

Hakak cadangkan beli wool glove. Lebih menghangatkan berbanding anda beli glove The North ‘Fake’ di Nepal. Tak pun beli waterproof glove Karrimor di Sportsdirect. Mana-mana yang anda rasakan selesa.

6. Hiking pole

PENTING! Wajib bawa ya. Kalau boleh bawa 2. Ianya banyak membantu

7. Tuala mandi

Rasanya tak perlu bawa yang saiz besar. Kerana ia makan space. Bawa saiz kecil pun dah ok. Microfiber towel lebih afdal.

8. Barang Peribadi

Syampoo, Sabun Mandi, Berus Gigi , Ubat Gigi, Lotion , Bedak. Sikat, Barang2 Makeup hakak le….

9. Lip balm, sun block, moisturizer jangan dilupakan.

Anda akan berhadapan dengan cuaca yang sejuk, kering dan panas terik. Bersedia!

10. DIAMOX

Beli di KL, Itupun Ketua kami (Abg Zul ) yang beli kan. Takut AMS (Altitude Mountain Sickness)

11. Powerband

Hakak bawa sampai 3 Powerband.. Pergi Balik cukup untuk seminggu.. Tapi kalau dok On Internet je, Confirm abis cepat.. Nak Charge Mahal, so fikir2 la

12. Gula-gula berangin / Coklat

Seperti Hacks, Strepsils, Fisherman’s Friends atau Woods. Sakit tekak amat mengganggu kelancaran perjalanan anda. Terutamanya bila hiking pada musim winter yang keadaan cuacanya kering dan dingin Manakala Coklat pulak Hakak bawa Snickers

13. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti panadol, minyak gamat, ubat batuk, pil Chi Kit Teck Aun, handplast, bandage serta sebarang ubat-ubatan peribadi yang dirasakan perlu, jangan lupa masuk dalam bag.

14. Air Botol kosong / Bekas Untuk Isi Air Panas

Botol kosong 1L menyimpan stock air sepanjang hiking. Anda akan melalui guest house dan tea house yang anda boleh refill botol air anda. Semakin tinggi, air semakin mahal. Bekas Air Panas elok untuk bawa sekali masa hiking. Air Botol yang dibawa dalam beg cepat sejuk. Kalau ada air panas. Rasa hilang kesejukan.

4. OPTIONAL

1.  Gaiter & crampons

Kedua-duanya berguna bila anda hiking pada musim salji yang tebal. Tak ada pun tak mengapa.

2. Yak wool blanket dan jacket

Sangat selesa dipakai terutamanya pada cuaca yang sejuk. Diperbuat daripada bulu Yak yang tinggal di atas pergunungan Himalaya. Segala jenis fabrik daripada bulu Yak amat berguna untuk menghangatkan badan ketika sejuk.

3.  Makanan Berlauk

Group hakak bawa Makanan Brahim dan juga Sambal Ikan bilis Goreng.

Nota: Buat research sedikit mengenai layering clothing system supaya anda faham apakah kegunaan down jacket, thermal wear, windbreaker dll.

Korang boleh tinggalkan sementara barangan yang tidak perlu dibawa naik ke atas di Guest House.

Kebanyakan guest house membenarkan barangan hikers disimpan di permis mereka untuk sementara. Kesimpulannya, packinglah beg anda sebaiknya.

Ketahui musim kedatangan anda ke ABC sebelum mulakan packing barang. Khuatir salah bawa, menyesal nanti. Sebolehnya jangan lebih daripada 10KG. Lebih ringan lebih bagus. Selamat berpacking..

Gambar jalan-jalan ke Kathmandu (16-17 Dis 2023)

Bhaktapur adalah Bandar diraja ketiga terletak di atas jalan perdagangan lama ke Tibet di luar Kathmandu. Bagi Bhaktapur, jalan perdagangan ini menjadi sumber pendapatan kepada bandar itu.

 Kawasan yang terpencil pada masa itu membuatkan bandar ini telah bebas membangun dengan sendiri.
 
Berbeza dengan Patan dan Kathmandu, penduduk Bhaktapur kebanyakan beragama Hindu.
 
Bhaktapur sangat cantik dengan hasil ukiran kayu, lorong-lorong tradisional yang menarik perhatian serta bebas daripada trafik kenderaan. Budaya mereka yang kaya, kuil purba serta hasil seni ukiran halus menjadi penyebab kenapa ramai yang tertarik dengan bandar ini.











 Makanan Dal Bhat makanan reject Hakak.. Tak boleh nak masuk tekak
"Semoga memori ini menjadi kenangan terindah yang akan terpahat dalam sanubari sepanjang kita di Bumi Nepal Syukur Alhamdullilah"
 


 

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...