Thursday, 27 June 2024

Gunung Meru, Perak

Assalamualaikum Hikers. Gunung Meru ini jarang orang kunjungi dan terokai. Ianya berketinggian 749 Meter dari aras laut yang terletak dalam Banjaran Kledang, Perak. Gunung ini mempunyai tahap pendakian yang agak Hardcore dengan tahap kesukaran mendaki yang mencabar fizikal dan mental. Ia  mungkin disebabkan 80% trek mencanak naik & 20% sederhana di sepanjang pendakian dan laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak, grafnya menaik tiada diskaun dimana tidak banyak melalui trek yang landai dari satu checkpoint ke checkpoint berikutnya.
Walau bagaimana pun pendakian kesini tidak mengecewakan terutama apabila dapat melihat 2 air terjun yang cukup menarik di kaki gunung dan juga dapat melihat tumbuh tumbuhan di sepanjang perjalanan. Tarikan utama mendaki disini adalah tinggalan beirut lama yang masih ada terdapat di puncak Gunung Meru ini.
Berikut adalah tentatif ke Gunung Meru, Ipoh Perak
Gunung Meru 749mdpl
Distance : 12km

7:30am: Berkumpul di lokasi dan sarapan
8.30am: Setup carpool dan bergerak ke starting point
9.00am: Briefing dan mula kan perjalanan
9.40am: Tiba di Vista Waterfall
10.00am: 2nd Waterfall
10.30am: Tiba di last waterpoint
11.30am: Batu Simba
12.00pm: Summit Gunung Meru
Jam 1 bergerak turun ke parking kereta,perjalanan turun mengambil masa 2-3jam
***Pastikan bawa makanan & minuman yang secukupnya kerana perjalanan ke Puncak Gunung Meru mengambil masa yang agak lama
Lokasi Ke Gunung Meru

Memandangkan kami hanya merancang untuk mendaki secara 'daytrip' jadi kami cuba bergerak seawal pagi menuju ke lokasi, ini membolehkan dakian boleh dilakukan seawal mungkin kerana pertama kami ingin turun daripada gunung sebelum hari lewat malam dan kedua misi healing2 di air terjun kaki gunung  dan mungkin mengambil sedikit lebih masa dan ini  akan menambahkan lagi masa pendakian kami semua ke puncak gunung. 
Trek menuju ke Gunung Meru, Ipoh Perak
Seterusnya Guide kami iaitu Abam Ayien memberi sedikit penerangan mengenai laluan yang bakal dilalui dan bacaan doa oleh Ketua Kumpulan Kami iaitu Tok Ketua Along Zaini agar perjalanan kami dipermudahkan. Lebih kurang 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan menyusuri jalan bersebelahan dengan sungai. Kawasan pertama yang kami perlu lalui ialah Empangan Warisan Sabo Dam pada jam 9.20am kemudian meneruskan perjalanan ke Vista Fall 1 dengan jarak sekitar 30 minit perjalanan. Selepas berehat di Vista Fall 1, kami meneruskan perjalanan ke Vista Fall 2 dan sampai pada jam 10.20am. Setelah berehat menikmati keindahan Vista Fall 2 ini. Disini kami agak teruja dan menikmati air terjun dengan bermain air dan menangkap video serta gambar. Setelah 30 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke Batu Simba yang agak mencabar trek/laluannya. Bermulalah, pendakian pacak sehingga ke Batu Simba sehingga membawa ke Gunung Meru.
Air terjun yang cukup menarik ditemui di kaki Gunung Meru







Pendakian Gunung Meru ini merupakan aktiviti yang mencabar dan memerlukan persediaan yang teperinci agar dapat dilakukan dengan selamat dan menyeronokkan. Sebelum memulakan pendakian, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan baik untuk memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pendakian:

1. Pemilihan laluan dan destinasi; Langkah pertama sebelum melakukan pendakian adalah memilih laluan dan destinasi yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan pengalaman pendaki. Pastikan untuk memahami tahap kesukaran, jarak, ketinggian, dan keadaan cuaca laluan yang akan dilalui.

2. Persediaan fizikal dan mental; Memiliki keadaan fizikal yang baik adalah sangat penting dalam melakukan pendakian. Lakukan latihan fizikal secara berkala untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Selain itu, persiapkan juga mental yang kuat untuk menghadapi cabaran dan situasi yang mungkin berlaku sepanjang pendakian.

3. Peralatan pendakian; Pastikan untuk membawa peralatan pendakian yang sesuai dan mencukupi untuk keperluan sepanjang perjalanan. Beberapa peralatan penting termasuk khemah, beg tidur, alas tidur, pakaian panas, jaket hujan, peralatan memasak, serta peralatan peribadi seperti ubat-ubatan dan peralatan kecemasan.

4. Peta dan maklumat; Sentiasa bawa bersama peta dan maklumat laluan yang tepat semasa pendakian. Ini akan membantu dalam navigasi dan mengelakkan dari tersesat di tengah perjalanan. Juga, pastikan untuk memahami titik-titik penting seperti punca air, kemudahan penginapan, dan titik evakuasi kecemasan.

5. Pengetahuan tentang alam sekitar; Mengetahui tentang alam sekitar tempat pendakian adalah sangat penting untuk keselamatan dan pemeliharaan alam. Pelajari tentang flora, fauna, dan peraturan yang terpakai di kawasan tersebut. Sentiasa hargai alam dengan tidak merosakkan atau meninggalkan sampah di sepanjang perjalanan.

6. Peralatan keselamatan; Selain peralatan pendakian, pastikan untuk membawa peralatan keselamatan seperti peta kecemasan, kompas, lampu suluh, pisau lipat, tali, dan peralatan pertolongan cemas. Fahami cara menggunakan peralatan tersebut dengan baik sebelum memulakan pendakian.

7. Maklumat cuaca; Semak ramalan cuaca sebelum melakukan pendakian dan sentiasa bersedia dengan peralatan perlindungan cuaca yang sesuai seperti jaket hujan dan perlengkapan perlindungan dari sinar matahari.

8. Komunikasi dan rancangan kecemasan; Beritahu orang lain tentang rancangan pendakian anda, termasuk laluan yang akan dilalui dan anggaran masa kembali. Bawa alat komunikasi seperti telefon bimbit atau radio jika memungkinkan. Jika berlaku situasi kecemasan, kekalkan tenang dan ikuti rancangan evakuasi yang telah disediakan.

9. Sikap dan etika pendakian; Penting untuk menjaga sikap dan etika yang baik semasa pendakian. Hormati pendaki lain, pegawai hutan, dan penduduk tempatan. Juga, jangan lupa untuk meninggalkan persekitaran pendakian dalam keadaan lebih baik daripada sebelumnya dengan membersihkan sampah dan menjaga alam.

10. Dengan persediaan yang teperinci dan pemahaman yang baik tentang keadaan pendakian, korang dapat menikmati pengalaman mendaki gunung dengan selamat dan memuaskan. Sentiasa ingat untuk menghargai alam dan menjaga keselamatan diri serta rakan pendaki lain. Selamat mendaki semua ....



Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...