Sejak dua menjak ni rasa gian nak hiking jauh2 pulak... Hahaha so plan ke Perlis Indera Kayangan dan memilih mendaki di Bukit Chabang yang terletak di Padang Besar... Bukit Chabang ini memang tengah viral dengan awan karpet yang cun gilaaa... Untuk pengetahuan korang, tak boleh daki sendiri ke Bukit Chabang ni, sebabnya kena ada Guide dan orang yang berpengalaman tentang selok belok laluan pendakian ini... So Kak Aida uruskan Guide di sana... Kami ambil pakej RM45 tak termasuk makan...
...dan pada hari kejadian, kami sudah pun bertolak dari Ipoh selepas hari Kerja pada hari Jumaat.. dan Tiba di Daerah Padang Besar jam 1.30 pagi.. Seawal 3.30 pagi kami berkumpul di IKM Berseri untuk berjumpa dengan Guide kami, then terus menuju ke Kaki Bukit Chabang.. Kawasan pagi yang gelap dipenuhi pokok-pokok getah membuatkan kami tidak sabar untuk mendaki.. Setelah diberi taklimat , kami meneruskan pendakian pada jam 4.30 pagi.
... kita cerita tentang Bukit Chabang ini.. Bukit Chabang, Kuala Perlis merupakan ikon Negeri Perlis selain Bukit Wang Gunung, Bukit Tok Don dan Gunung Medan. Akan tetapi ia adalah sebuah bukit yang mempunyai view yang cantik.. Bukit yang terbelah dua ini ibarat lukisan matahari keluar diantara tengah bukit menghadap sawah padi.. Chantek kan???
Walaupun Bukit Chabang mempunyai ketinggian hanya 390 meter dari paras laut tetapi ia tetap mampu memberi cabaran kepada pendaki-pendaki. Bukit Chabang hampir 80-90% memanjat dengan struktur berbatu tajam dan berlubang menyukarkan lagi pendaki-pendaki.. Penggunaan tongkat atau stick tidaklah sesuai untuk dipakai kerana pendakian ke Bukit ini ibarat Spiderman.. Smuanya memanjat..
Dengan ketinggian hanya 390 meter dari aras laut, Bukit Chabang mungkin tidak begitu tinggi. Namun, keadaan bukit yang 90% berbatu tetap memberi cabaran terhadap pendaki walaupun bagi yang dikira cukup berpengalaman.. Merupakan sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi ladang getah, bukit ini sebenarnya kelihatan lebih cantik dilihat melalui menara kayangan di Wang Kelian.
Bagi yang teringin sangat ke Bukit Chabang ini, pastikan korang dapatkan permit sebelum ke sana. Tak boleh pandai2 sendiri naik kerana laluannya boleh menyesatkan dan bawa korang ke gaung.. Dinasihatkan agar mendapatkan seorang jurupandu yang terlatih demi keselamatan korang..
Terdapat juga sedikit dataran dan kawasan padi berdekatan di mana ramai pengunjung yang tidak mendaki bergambar di antara 2 bukit ini. Suasananya nampak lebih indah dan seolah-olah sebuah lukisan apabila waktu matahari terbenam.
Berikut adalah tips yang biasa diberikan untuk mereka yang baru berkecimpung dalam bidang pendakian sebagai hobi:
- Bawa torchlight atau head lamp
- Bawa tuala kecil semasa mendaki, digunakan untuk mengelap peluh semasa mendaki
- Air dan makanan memang wajib bawa. Air untuk kemenangan (coke atau 100 plus)
- Bawa tuala besar, digunakan untuk mandi selepas mendaki jika perlu. Simpan dalam kereta dahulu, kerana kami mandi/bersihkan diri di Gua Kelam.
- Jangan lupa bawa dan gunakan topi untuk berteduh dari panas.
- Bawa bekalan air masak atau mineral dengan mencukupi.
- Mula pendakian sebelum subuh, jangan terlalu mula lewat.
- Jangan mendaki seorang diri atau dengan orang yang tidak ada pengalaman.
- Jangan dikejarkan puncak walaupun ianya dekat. Keselamatan dan nyawa adalah lebih penting.
Jika korang kesana nanti, pastikan tidak membuang sampah merata-rata. Cintailah alam sekitar sepertimana korang mencintai hobi korang itu. Berikanlah kesempatan pada orang lain pada masa hadapan untuk melihat keindahan bukit ini nanti. Jangan rosakkan alam sekitar.
JOM KITA JENJALAN KE GUA KELAM