Thursday, 5 February 2026

Gunung Silipat, Betong

 Assalamualaikum Hikers

Kali ni hakak nak bawa korang naik satu Gunung yang sememangnya famous sejak dulu yang berada di Thailand.. Apa yang uniknya tentang Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb & bekepok kepok! Walaupun sudah pergi, tapi masih merindui awan yang mempesona  pastinya menarik minat pendaki-pendaki yang mengejar view apabila tiba di puncak Gunung Silipat ini.

 Berikut merupakan itineri Gunung Silipat:-

ITINERI MT SILIPAT
Hari Pertama
✅6:00Am - Berkumpul di petronas, Pengkalan Hulu 
✅7.30am- Skywalk Ayerweng
✅10am.. Waterfall King Rama
✅12.30pm - Bergerak ke checkpoint untuk menaiki powil. 
✅1.30pm - Menaiki powil ke starting point 
(5-6km)
✅2.30pm - Start hiking
✅4pm - Sampai ke campsite 
(Agihan tent dan rest)
✅6:00pm - Hike ke peak untuk sunset 
(15-20minit hike)
✅7:15pm - Turun ke campsite (solat/dinner)
✅9pm- BBQ
✅11:00pm - Free and easy❤️

Hari Kedua
✅6:00am - Start hiking
✅6:20am - Tunggu sunrise dan bergambar
✅7:00am - Breakfast 
✅10:00am - Turun Ke Campsite & packing barang untuk turun. 
✅11:00am - hiking turun
✅12:00am - TAMAT
Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. 
Sebelum ke Gunung Silipat, hendaklah mengisi borang imegresen sebelum masuk Thailand agar urusan kemasukan di Thailand berjalan dengan lancar (3 hari sebelum ke Thailand)
DAN 
Insuran kereta

Pengumuman Penting untuk Pelancong ke Thailand!
Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda.
1. Log masuk ke portal: 
https://tdac.immigration.go.th/arrival-card/#/home
Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.

Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Gunung ini terkenal dengan pemandangan awan carpet (awan nano). Malah, ia adalah tempat terbaik untuk kita melihat awan carpet kerana dapat lihat pemandangan 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Ketinggian Gunung ini adalah setinggi 607 meter, sangat sesuai untuk pendaki baru. Terdapat beberapa Campsite yang boleh digunakan untuk ke Gunung Silipat, antaranya Punapa Campsite dan Prakytip Campsite. Kami memilih Prakytip Campsite kerana senang mendaki terus ke puncak.

Perjalanan kesini mengambil masa 4 jam perjalanan dari Ipoh. Kami bertolak menaiki kereta pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 4.00 pagi. 

Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Bagi yang bawa kenderaan, diingatkan bawa 

1. Geran Kereta (Sijil Pemilikan Kenderaan/VOC)
Tanpa dokumen ini, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Thailand bersama kenderaan tersebut. 
2. Pasport 
3. Insuran Kenderaan Thailand
4. Lesen Memandu 
5. Borang TM2 & TM 3
(Borang ini dipanggil Penyampaian Maklumat
TM.2 Ia digunakan secara khusus untuk mengisytiharkan kenderaan yang anda bawa ke Thailand)

TM3 Merujuk pada borang maklumat penumpang yang perlu diserahkan untuk urusan imigresen di Thailand.

Setelah memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu Perak, perjalanan diteruskan   ke kawasan Skywalk Ayerweng. Setibanya disana, kami menaiki powil untuk naik ke atas dengan bayaran 30 Baht seorang. Setibanya di atas, bayaran dikenakan 200 Baht dan 30 Baht (Stokin)
Selesai berhealing di Skywalk, kami meneruskan perjalanan untuk makanan tengahari. Selesai makan, kami menuju ke Air Terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Masuk ke ke air terjun ini percuma dan jarak tapak parkir ke air terjun ini sekitar 400 meter. Jalur jelas dan terdapat penjaga dan kemudahan asas seperti tandas. 

Selesai bermain di Air Terjun King Rama, kami menuju ke kewasan letak parking kereta di kawasan yang selamat oleh Guide & Gogo kami. Selesai berkemas barang2 , Group hiking dan Group Powil menuju ke Basecamp 
Gunung Silipat. Perjalanan Group Hiking selama 1 jam 30 minit dan Group Powil 
selama 45 minit. Teruja dan rasa tak sabar! hahaa.. 

Pertengahan jalan masuk jalan hutan.... ha rasakan!...

Pengalaman naik powil ni memang agak thrill! Dah macam ikan sardin bersesak dengan backpack yang menimbun. Sebabnya jalan hutan dia untuk menuju ke starting point untuk hiking agak mencabar, sempit dan curam. Memang rasa nak tergolek & macam sikit lagi dah nak masuk gaung! 

Perjalanan amat menguji di saat terhuyung hayang mengikut ayunan powil. Kadang senget ke kiri, senget ke kanan, kadang mencanak ke atas dan paling terseksa bila terpaksa menunduk dan mengelak kepala dari ranting dan daun-daun pokok. Sakit wehh kalau tergesel dan tak sempat mengelak dari terkena dengan pokok-pokok di tebing.

Macam-macam drama atas powil tuh! Memang seram! Kami naik powil lebih kurang 45 minit yang sungguh mendebarkan! hahaaa 

Tahap kesukaran gunung ini di skala 3/10 tetapi skala ini mungkin berbeza mengikut tahap individu. Waktu tempatan (Betong ) juga berbeza 1 Jam dari waktu Malaysia. Jadi rancang perjalanan anda.

Hiking lebih kurang 1 jam 30 minit untuk ke kem site. Trek dia mula-mula dia dah bagi pacak tak de diskaun! Lepas tu, mendatar sikit, ada naik turun bukit. Lalu di kawasan kebun dan ladang getah.
▶︎ Terdapat banyak akar pokok yang licin di sepanjang jalan, jadi anda perlu memakai kasut hiking dengan geseran yang baik.
▶︎ Akan ada jalan batu apabila menghampiri puncak
gunung. Anda perlu berhati-hati apabila naik dan turun.
▶︎ Hanya mengambil masa kira-kira 20-30 minit dari
kem ke puncak gunung.
Terdapat juga kedai runcit di kawasan perkhemahan akan tetapi tiada punca air di kawasan perkhemahan ini dan tandas juga tidak dibenarkan mandi.
Lepas kemas barang-barang dalam khemah, kami bergerak menuju ke puncak. 

Mari-mari Acik sediakan Makanan.
Mari amik sorang satu

Ohhhh Oyennn

Gunung Silipat terletak di Betong, Selatan Thailand. Ia juga dikenali sebagai IyerWeng atau “Lautan Kabut”. Gunung ini terkenal dengan tarikkan Awan Carpet atau Awan Nano. Malah, ia adalah tempat yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang melihat awan karpet secara 360 darjah mengelilingi puncak gunung.
Kami Makcik makcik

Gunung ini setinggi 607 meter, dan sangat sesuai untuk semua lapisan pendaki lama atau baru. Jarak Campsite ke Puncak hanyalah sekitar 100meter sahaja.
Kalau siapa pernah hike Gunung Silipat, mesti tahu tentang satu kucing oyen ni. Diberi nama Segha. Kucing ni sebenarnya kucing orang thai di kampung yang hilang, oyen berjalan sehingga la sampai di campsite Gunung Silipat dan duduk je situ dah nak tiga tahun dekat situ.

Ketahui sebelum naik ke Puncak

  • ❤Pertimbangkan untuk melawat semasa bulan sabit untuk pemandangan lautan awan yang optimum
  • ❤Pandulah SUV atau bersiaplah untuk jalan sempit dan curam untuk sampai ke tapak perkhemahan
  • ❤Untuk pengalaman yang kurang sesak, lawati pada hari bekerja awal pagi sebelum matahari terbit
  • ❤Bawa sarung tangan untuk penurunan yang lebih selamat menggunakan tali dan pakai jaket angin untuk kesejukan pagi.
Jadi setiap hari, akan ada Guide Gunung ni bagi oyen makan. Kalau hujung minggu, tiap orang datang, bagi dia makanan. Ada rezeki, dapat la ayam BBQ dari group yang datang ke campsite.
Bersama Oyen bersama Awan Karpet 
Nano Nano

Gunung Silipat, Betong

 Assalamualaikum Hikers Kali ni hakak nak bawa korang naik satu Gunung  yang sememangnya famous sejak dulu yang berada di Thailand.. Apa yan...