Sunday, 22 December 2019

Gunung Fakir Terbang

GUNUNG FAKIR TERBANG

Gunung Fakir Terbang mempunyai ketinggian 574 /1,883ft terletak berhampiran Tasik Pedu memberikan panorama menarik tasik pedu ketika di puncak, Gunung Fakir Terbang yang terletak diatas sempadan negara Malaysia/Thailand.


PERHUBUNGAN:

Untuk sampai ke Tasik Pedu ada beberapa jalan yang membawa anda kesini antaranya adalah jika anda dari Ipoh (282KM, mengambil masa 3jam 41minit), Kuala Lumpur (483KM dengan masa memandu 5jam 58minit) dan dari Pulau Pinang (167KM mengambil masa 2jam 33minit) untuk sampai ke Tasik Pedu.
MASA PENDAKIAN:
Untuk sampai ke puncak fakir terbang dengan keadaan trek yang mencabar ianya mengambil masa hampir 4jam dan menurun hampir 3 jam.
LAIN-LAIN:
1. Tiada kemudahan air di atas puncak, perlu membawa bekalan air secukupnya mengikut kegunaan masing-masing.
2. Campsite yang luas boleh menampung lebih kurang 20 ke 50 orang pada suatu masa.

CABARAN TREK : 7/10
Masa Naik : Peringkat awal melalui kawasan semak samun dan lalang. Uhhhhh...hati-hati ye, banyak najis babi hutan. Kemudian melalui trek hutan berbukit dan masih tidak mencabar tetapi banyak gak pacat terutama waktu hujan.Kemudian akan melalui hutan buluh dan akan sampai kawasan trek yang berbatu dan akan melalui gua.Bila dah sampai laluan batu ni, maka bermula la pendakian yang lebih mencabar dan pacak 80 - 90 darjah. Kat sini pun, dah ada view-view yang menarik. Lebih kurang 30 - 40 minit memanjat laluan berbatu ni, akhirnya sampai la ke PUNCAK Gunung Fakir Terbang.
Masa Turun : Laluan berbeza. Masa turun ni laluan agak mencabar gak sebab melalui laluan tanah batu yang tak stabil. Silap pijak batu, memang berguling-guling le batu tu jatuh ke bawah. Kene hati-hati, takut orang bawah kene batu. Keseluruhannya,  banyak menggunakan laluan sungai yang berbatu, licin dan berpacat




KEUNIKAN GUNUNG 
FAKIR TERBANG :
1) PUNCAK GUNUNG : Wow...Maha Suci Allah. Pemandangan cukup menakjubkan berlatarbelakangkan TASIK PEDU dan GUNUNG-GANANG kemudian dengan angin gunung yang agak bertiup kuat yang sangat menenangkan. Kawasan hutan pokok renek dan amat sesuai untuk camping.

2) Di kawasan PUNCAK juga didasari hampir sepenuhnya batuan konglomerat yang dikenali sebagai Lapisan Saiong yang terbentuk kira-kira 2.58 - 66 juta tahun lalu. Uhuuu...rase macam masuk kawasan Jurassic Park le pulak.

3) Gunung Fakir Terbang merupakan sempadan Malaysia dan Thailand. Kalau sampai puncak, memang ada tanda sempadan Malaysia-Thailand.

4) Boleh menikmati pemandangan TASIK PEDU semasa perjalanan menaiki bot.
CUACA :
Waktu siang, cuacanya panas. Perlu bawak air secukupnya. Kalau waktu malam, difahamkan cuacanya agak sejuk dan berangin dan pemandangan puncaknya cukup menakjubkan. Subhanallah

Misteri Nusantara di 

banjaran Singgora


Terbongkarlah kisah menarik di punjak Gunung Fakir Terbang yang selama ini hanya di hikayatkan oleh warisan tua sedangkan ianya perlu di selongkarkan oleh pendita Misteri Nusantara kerana menerusi saluran ini hebahannya di yakini generasi terkini.misteri kewujudan

Gunung Fakir Terbang ini terjawab setelah dihikayatkan oleh generasi tua yang menyatakan bagaimana seorang fakir miskin boleh mencapai cita-citanya untuk pergi menunaikan fardu haji di Baitullah (Mekah) setelah sekian lama bertapa di gunung tersebut.


👭Sistem buddy atau teman 👬


Sistem buddy atau sistem berteman sangat penting dalam kebanyakkan aktiviti outdoor terutama hiking.

Samada anda mengikuti trip kelolaan syarikat outdoor, kumpulan hiking ataupun trip kawan-kawan, sistem buddy tidak sepatutnya diabaikan.

Hampir kesemua trip kelolaan syarikat atau kumpulan hiking hanya menyediakan guide, sweeper dan krew untuk tugas-tugas tertentu. Tugas itu tidak termasuk menyediakan buddy atau teman yang boleh berjalan sambil memimpin tangan anda dari bawah hingga ke puncak. 


Membawa dan mencari buddy adalah tugas setiap hiker samada kawan rapat, suami, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda percayai.


Tips jika anda tiada buddy atau teman.

1. Jalan laju cucuk guide 

2. Jalan perlahan santai bersama-sama sweeper
3. Cari seseorang di kalangan hiker dalam trip yang sama yang boleh anda percayai untuk jadi buddy anda. Seeloknya dari jantina yang sama
4. Cuba rapatkan jarak anda dengan yang lain

Tiada istilah anda ditinggalkan jika di hadapan anda terdapat guide dan di belakang anda ada sweeper atau krew.

Wednesday, 18 December 2019

My BiOdaTa DieLLa HaSan

BIODATA

Nama Penuh : Nur Adilla Binti Abu Hasan
Tarik Lahir : 21 April 1982
Tempat Lahir : Kuala Lumpur , Malaysia.
Asal : Ipoh, perak
Tinggi : 153 cm
Keturunan  : Melayu
Warganegara : Malaysia
Hobi : Mendaki, Futsal, Badminton & Kayak
Pekerjaan : Pembantu Tadbir
(Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak)
Cita-cita : Takluk EBC & Pengkayak Solo Wanita Negara (Alhamdullilah Berjaya dinobat Pengkayak Solo Wanita pertama Malaysia oleh Malaysian Book Of Record)
PENDIDIKAN:
-     Sekolah Marian Convent Ipoh
-     Sekolah Menengah Convent Ipoh
-     Sekolah Menengah Jalan Tasek Ipoh
-     Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin Taiping
-     Akademi Infotech Mara
-     Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur
-     Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
-     Guide (Penunjuk Arah) Gunung Korbu & Gunung Gayong
Pengalaman:

-        Wakil Maksak Perak (Futsal) 2018
-        Wakil Sukan Petanda PTG (Futsal) 2010 sehingga sekarang
-        Wakil Sukan Petanda PTG (Badminton) 2018 & 2023
-        Water Rafting Gopeng
-     Water Rafting Challenge Internasional Selama Perak 2023 & 2024
-        Ekspedisi Kayak Semarak Kemerdekaan 2019
-        Ekspedisi Kayak Di Tasek Kenyir
-        Ekspedisi Kayak Kuala Kangsar – Kem Rekuda
-        Ekspedisi Gunung Kinabalu 2014 & 2015 & 2022
-        Ekspedisi Gunung Mahameru 2019
-        Ekspedisi Gunung Bromo 2019
-        Ekspedisi Gunung Tambora, 
Pulau Sumbawa Indonesia
-        Pendakian Bukit Kingkong,  Surabaya
-        Pendakian Bukit Kenawa, Nusa Tenggara Barat
-        Ekspedisi Gunung Kerinci, Sumatera Barat
-        Ekspedisi Danau Gunung Tujuh, Kabupaten
-        Ekspedisi Gunung Prau, Merbabu dan Andong 2020
-        Ekspedisi Gunung Rinjani 2018 & 2024
-       Ekspedisi Gunung Prau, Merbabu 2023
-        Ekspedisi ABC 2023
-   Ekspedisi Gunung Agung 2025 
-    Ekspedisi Gunung Batur 2025
-  Gunung Silipat, Thailand
- Ekspedisi Gunung Latimojong, Sulawesi 2026
-        Ekspedisi G7 (2x)

i) Gunung Tahan (7,186 kaki) 2 x
ii) Gunung Korbu (7,162 kaki) 10x
iii)Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
iv) Gunung Gayong (7,129 kaki) 10x
v) Gunung Chamah (7,210 kaki) 2x
vi) Gunung Yong Yap (7,110 kaki) 4x
vii) Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki) 2x

-        Trans YYBTN ( Gunung Yong Yap, Gunung Bubu, Gunung Tok Nenek)
-        Trans  Jerging (Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow, Gunung Pass)
-        Trans CUS (Gunung Chamah & Ulu Sepat) 2018
-        Trans Gandik ( Gunung Gandik, Gunung Tanggung, Gunung Bunting & Gunung Terbakar
-       Trans Jasper (Jasar, Perdah & Ruil)
-        Trans Jelawang (Gunung Baha, Gunung Ayam & Gunung Stong)
-      Trans YTA (Yam Tuan Amtah)
Gunung Datuk, Gunung Rembau & Gunung Gagak
-     Gunung Benum, Pahang 
-        Gunung Chantek , Gunung Chintuk & Gunung Jasar
-        Gunung Irau (12 Kali)
-        Gunung Siku, Pahang
-        Gunung Berembun, Pahang (10x)
-    Gunung Duri, Cameron
-        Gunung Ledang, Johor
-        Gunung Berembun, Gunung Besar Hantu, Gunung Telapak Buruk & Gunung Datuk, Negeri Sembilan
-        Gunung GAP, Gunung Tranum, Gunung Ulu Semangkuk, Gunung Pine Tree, Gunung Twin Peak, Selangor
-    Gunung Bunga Buah, Selangor
-        Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu
-     Gunung Rajah, Kuala Kubu Bharu
-        Gunung Liang Barat & Liang Timur
-        Gunung Bar Gading, Tapah
-        Gunung Batu Putih, Tapah
-        Gunung Bujang Melaka (10x)
-        Gunung Relau (10x)
-        Gunung Twin Peak (Gunung Kenderung & 
Gunung Kerunai) (4x)
-  Gunung Bubu, Pengkalan Hulu  (3x)
-        Gunung Pulut & Gunung Pepulut & Bukit Gelok
-        Gunung Hijau, Taiping (4x)
-        Gunung Hijau, Pusing (Tempat Training)
-        Gunung Chabang, Perak
-        Gunung Peninjau, Perak
-     Gunung Meru, Perak
-    Gunung Bubu, Perak (3x)
-        Gunung Jerai, Kedah
-        Gunung Baling, Kedah (2x)
 -        Gunung Pulai , Kedah (2x)
-        Gunung Fakir Terbang, Kedah
-   Bukit Chabang, Perlis
Gunung Mat Cincang, Langkawi
-        Gunung Bintang, Kedah
-        Gunung Semanggol, Perak
-        Bukit Berekeh, Sungai Siput (Lebih 10x)
-        Bukit Larut, Perak (+++)
-        Bukit 300 & Bukit Engku Busu, Lumut Perak 
(lebih 10x)
-        Bukit Batu Putih, Gopeng (Lebih 10x)
-        Bukit Batu Suloh, Perak  (Lebih 10x)
-        Bukit Bakong, Perak  (Lebih 10x)
-Bukit Tunggal, Kampung Gajah
Bukit Kepala Gajah, Lenggong
-  Bukit Kledang, Perak (1000x)
-        Gua Sireh, Kedah
- Bukit Chabang, Perlis
-        Gua Gendang & Gua Itik, Pengkalan Hulu
-        Gua Tempurung, Gopeng




Bukit Amba @ Bukit Wak & Labu Kubong

Assalamualaikum Hikers Kali ni hakak bawa semua Hikers ke Bukit Amba @ Bukit Wak yang berada di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Ianya be...