Thursday, 27 June 2024

Gunung Meru, Perak

Assalamualaikum Hikers. Gunung Meru ini jarang orang kunjungi dan terokai. Ianya berketinggian 749 Meter dari aras laut yang terletak dalam Banjaran Kledang, Perak. Gunung ini mempunyai tahap pendakian yang agak Hardcore dengan tahap kesukaran mendaki yang mencabar fizikal dan mental. Ia  mungkin disebabkan 80% trek mencanak naik & 20% sederhana di sepanjang pendakian dan laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak, grafnya menaik tiada diskaun dimana tidak banyak melalui trek yang landai dari satu checkpoint ke checkpoint berikutnya.
Walau bagaimana pun pendakian kesini tidak mengecewakan terutama apabila dapat melihat 2 air terjun yang cukup menarik di kaki gunung dan juga dapat melihat tumbuh tumbuhan di sepanjang perjalanan. Tarikan utama mendaki disini adalah tinggalan beirut lama yang masih ada terdapat di puncak Gunung Meru ini.
Berikut adalah tentatif ke Gunung Meru, Ipoh Perak
Gunung Meru 749mdpl
Distance : 12km

7:30am: Berkumpul di lokasi dan sarapan
8.30am: Setup carpool dan bergerak ke starting point
9.00am: Briefing dan mula kan perjalanan
9.40am: Tiba di Vista Waterfall
10.00am: 2nd Waterfall
10.30am: Tiba di last waterpoint
11.30am: Batu Simba
12.00pm: Summit Gunung Meru
Jam 1 bergerak turun ke parking kereta,perjalanan turun mengambil masa 2-3jam
***Pastikan bawa makanan & minuman yang secukupnya kerana perjalanan ke Puncak Gunung Meru mengambil masa yang agak lama
Lokasi Ke Gunung Meru

Memandangkan kami hanya merancang untuk mendaki secara 'daytrip' jadi kami cuba bergerak seawal pagi menuju ke lokasi, ini membolehkan dakian boleh dilakukan seawal mungkin kerana pertama kami ingin turun daripada gunung sebelum hari lewat malam dan kedua misi healing2 di air terjun kaki gunung  dan mungkin mengambil sedikit lebih masa dan ini  akan menambahkan lagi masa pendakian kami semua ke puncak gunung. 
Trek menuju ke Gunung Meru, Ipoh Perak
Seterusnya Guide kami iaitu Abam Ayien memberi sedikit penerangan mengenai laluan yang bakal dilalui dan bacaan doa oleh Ketua Kumpulan Kami iaitu Tok Ketua Along Zaini agar perjalanan kami dipermudahkan. Lebih kurang 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan menyusuri jalan bersebelahan dengan sungai. Kawasan pertama yang kami perlu lalui ialah Empangan Warisan Sabo Dam pada jam 9.20am kemudian meneruskan perjalanan ke Vista Fall 1 dengan jarak sekitar 30 minit perjalanan. Selepas berehat di Vista Fall 1, kami meneruskan perjalanan ke Vista Fall 2 dan sampai pada jam 10.20am. Setelah berehat menikmati keindahan Vista Fall 2 ini. Disini kami agak teruja dan menikmati air terjun dengan bermain air dan menangkap video serta gambar. Setelah 30 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke Batu Simba yang agak mencabar trek/laluannya. Bermulalah, pendakian pacak sehingga ke Batu Simba sehingga membawa ke Gunung Meru.
Air terjun yang cukup menarik ditemui di kaki Gunung Meru


Mesti korang pelik kenapa naik gunung penat… tapi turun gunung lagi sakit 😭⛰️
Sebenarnya masa turun, lutut, paha & sendi kita kena tampung tekanan yang lebih tinggi berbanding masa mendaki. Lagi curam trail, lagi besar hentakan pada kaki & badan.

Sebab tu ramai pendaki alami:
• sakit lutut
• paha ketat
• kaki menggigil
• cramp selepas hiking 👀

Turun gunung bukan sekadar jalan turun — teknik, kawalan langkah & stamina sangat penting untuk elakkan kecederaan.
Naik gunung uji tenaga, turun gunung uji kawalan. 🥾🌿



QPendakian Gunung Meru ini merupakan aktiviti yang mencabar dan memerlukan persediaan yang teperinci agar dapat dilakukan dengan selamat dan menyeronokkan. Sebelum memulakan pendakian, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan baik untuk memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pendakian:

1. Pemilihan laluan dan destinasi; Langkah pertama sebelum melakukan pendakian adalah memilih laluan dan destinasi yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan pengalaman pendaki. Pastikan untuk memahami tahap kesukaran, jarak, ketinggian, dan keadaan cuaca laluan yang akan dilalui.

2. Persediaan fizikal dan mental; Memiliki keadaan fizikal yang baik adalah sangat penting dalam melakukan pendakian. Lakukan latihan fizikal secara berkala untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Selain itu, persiapkan juga mental yang kuat untuk menghadapi cabaran dan situasi yang mungkin berlaku sepanjang pendakian.

3. Peralatan pendakian; Pastikan untuk membawa peralatan pendakian yang sesuai dan mencukupi untuk keperluan sepanjang perjalanan. Beberapa peralatan penting termasuk khemah, beg tidur, alas tidur, pakaian panas, jaket hujan, peralatan memasak, serta peralatan peribadi seperti ubat-ubatan dan peralatan kecemasan.

4. Peta dan maklumat; Sentiasa bawa bersama peta dan maklumat laluan yang tepat semasa pendakian. Ini akan membantu dalam navigasi dan mengelakkan dari tersesat di tengah perjalanan. Juga, pastikan untuk memahami titik-titik penting seperti punca air, kemudahan penginapan, dan titik evakuasi kecemasan.

5. Pengetahuan tentang alam sekitar; Mengetahui tentang alam sekitar tempat pendakian adalah sangat penting untuk keselamatan dan pemeliharaan alam. Pelajari tentang flora, fauna, dan peraturan yang terpakai di kawasan tersebut. Sentiasa hargai alam dengan tidak merosakkan atau meninggalkan sampah di sepanjang perjalanan.

6. Peralatan keselamatan; Selain peralatan pendakian, pastikan untuk membawa peralatan keselamatan seperti peta kecemasan, kompas, lampu suluh, pisau lipat, tali, dan peralatan pertolongan cemas. Fahami cara menggunakan peralatan tersebut dengan baik sebelum memulakan pendakian.

7. Maklumat cuaca; Semak ramalan cuaca sebelum melakukan pendakian dan sentiasa bersedia dengan peralatan perlindungan cuaca yang sesuai seperti jaket hujan dan perlengkapan perlindungan dari sinar matahari.

8. Komunikasi dan rancangan kecemasan; Beritahu orang lain tentang rancangan pendakian anda, termasuk laluan yang akan dilalui dan anggaran masa kembali. Bawa alat komunikasi seperti telefon bimbit atau radio jika memungkinkan. Jika berlaku situasi kecemasan, kekalkan tenang dan ikuti rancangan evakuasi yang telah disediakan.

9. Sikap dan etika pendakian; Penting untuk menjaga sikap dan etika yang baik semasa pendakian. Hormati pendaki lain, pegawai hutan, dan penduduk tempatan. Juga, jangan lupa untuk meninggalkan persekitaran pendakian dalam keadaan lebih baik daripada sebelumnya dengan membersihkan sampah dan menjaga alam.

10. Dengan persediaan yang teperinci dan pemahaman yang baik tentang keadaan pendakian, korang dapat menikmati pengalaman mendaki gunung dengan selamat dan memuaskan. Sentiasa ingat untuk menghargai alam dan menjaga keselamatan diri serta rakan pendaki lain. Selamat mendaki semua ....



Monday, 11 March 2024

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...  

Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Rajah tidaklah susah sangat.. Tapi kali ni menguji betul mantel hakak seusia begini.. Lemahhh uratt, Longlai, pewai dan macam-macam ler yang tak boleh digambarkan... Seksaaaaa rasanya naik Gunung Rajah ni..

 Berbalik cerita hakak dan rakan2  dari Eypoh.. Kami gerak dari Ipoh Jam 0500 petang. Hakak, Kak Faz, Rose dan Sab berkumpul di RNR Simpang Pulai.. Sab yang bawa kereta.. Kami penumpang jer, Almaklum kami ni umur 40an.. So, bagi Sab yang muda belia bawa kereta.. Setiba di Tanjung Malim Jam 0740, kami berehat untuk makan malam di Restoran Tomyam di tepi Jalan jer.. Selesai makan, kami gerak ke Masjid KKB dan terus menuju ke Restoran Fazlina dimana tempat semua pendaki berkumpul. 

Senarai Nama Pendaki ke 

Gunung Rajah Via KKB:

1 - Abg Zahir-Tok Ketua
2 -Sue Jannah

3 -Sabillah

4 -Diella Hasan
5 - Faz
6 - Ruby
7 - Rose
8 - Percy
9 - Shark
10 - Anna
11 - Epul
12 - Rozita

Lokasi: Sama seperti Bukit Kutu,

Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu

Ketinggian: 1685 meter (5528 kaki)

Kesukaran: Sederhana-Sukar

Masa / Jarak: (Daypack) 12 jam dari titik permulaan ke puncak, 11 jam kembali ke titik permulaan. Dulu hakak buat 6-8 jam naik, 2-7 jam turun ke titik permulaan.

JARAK: 11.8 km menaik dan 11.6 km menurun. Bermula jam 1 pagi. Mencapai puncak 12 jam pada Jam 1.00 petang.Mula turun jam 2.00 petang, sampai tempat letak kereta 11 jam kemudian jam 12.00 malam dengan jarak 23.4km.

TENTATIF: 

Tidur di rumah masing2 di waktu siang
12.00 mlm semua berkumpul di parking dan briefing
Mandatory item & Healthy check
Bukit Kutu & Gunung Rajah Trailhead

 

(Ini Adalah masa kami, Kalau yang pace laju.. Jam 10 pagi atau 11 pagi dah sampai.. )
0100 : Angkat sauh / gerak
0230 : Kem BMW
0300 : Lata Peneleh (Rest,Makan)
0400 : Kem Botol
0440: Kem Renoma
0530: Kem RnR (LWP) 

(Gerak Jam 7.00 Pagi)
0900 : Kem Asyur
1100 : False Peak
0100: Puncak Gunung Rajah
0200 : Gerak turun
0330 : False Peak
0500 : Kem Asyur
0630 : Kem RnR
0730 : Kem Renoma
0915: Kem Botol
1015 : lata peneleh
1115 : Kem BMW
1200 : Ending 

Bagi mereka yang ingin melakukan pendakian ke Gunung Rajah, 1st, apa yang perlu korang lakukan ialah menuju ke Bukit Kutu (Kg Pertak), Google untuk lokasi. Sebaik sahaja tiba di sana, korang akan di charge RM3 sorang oleh penduduk orang asli. Sila letak kereta di kawasan yang ditetapkan, tempat letak kereta yang luas (parking lebih jauh akan menyukarkan untuk balik kerana ruang yang sempit - tidak disyorkan).2nd, menuju ke laluan Bukit Kutu. Korang perlu berjalan ke jambatan keluli pertama. Kemudian, jambatan keluli senget (runtuh). Berhati-hati ya sebab terlalu licin.

Jika menyeberangi sungai ini,akan ada simpang (jalan denai bentuk 'Y') ambil kiri dan laluan jalan menuju ke Bukit Kutu.

Berjalan di dalam hutan sejauh beberapa ratus meter dengan denai yang sempit sehingga korang sampai ke jalan denai yang lebih luas.Terus berjalan ke hadapan. Beberapa ratus meter, akan sampai kepersimpangan lain (jejak 'Y'). Ambil kiri, (jalan yang lebih kecil).


Selepas beberapa ratus meter dari denai'Y' di atas,perlu melepasi pagar buatan ini sebelum sampai ke kem BMW, hanya menyeberang di bawahnya. Kemudian, korang selamat la. Laluan ini akan membawa korang ke laluan yang betul dan sahih iaitu Gunung Rajah. Berbalik kepada cerita:Kami sampai ke Check Point pertama : Kem BMW dalam 1 jam 30 min. 6km dari mula. Lebih kurang pukul 2.30 pagi. Keadaan laluan kering dan Mudah walaupun berjalan dalam waktu gelap. Beberapa ratus meter dari sini kami  sampai ke persimpangan Gunung Rajah (kanan) dan Lata Macau (kiri)

Check Point 1 di Kem BMW pada 0230 pagi keadaan Denai kering dan mudah. 

Check Point ke 2 di Kem Botol pada 0400 pagi keadaan Denai kering, sungai, berbukit sikit.

Check Point ke-3 di Kem Renoma pada 0440 pagi dalam keadaan denai: kering, basah pada satu ketika,laluan berbukit, sederhana. 

Check Point ke-4 di Water Point Di Kem RNR, 0530 pagi dalam keadaan jejak: Lebih banyak bukit, licin. 

Check Point 5 di Kem Asyur hingga ke Puncak Gunung Rajah, jarak masa 5 jam dalam Keadaan jejak: Lebih banyak bukit, licin dan bertangga.

Suhu tidaklah begitu sejuk sangat kerana pada masa itu, keadaan sekeliling berkabus dan menghalang melihat pemandangan yang indah. Hakak tidak berehat lama di puncak. Hanya sekadar menangkap gambar , bervideo dan menjamah makanan yang berada di dalam beg.

Mula turun jam 0200 petang dan tiba di tempat meletak kereta pada jam 12 malam. Jumlah jarak keseluruhan pergi dan balik adalah 23.4Km

Jejak keseluruhan: Peringkat 1

(permulaan) - Biasa-biasa, org puteh kata Light2


Peringkat ke-2 (laluan pertengahan)

- sederhana keras. Naik, turun

macam Rollercoaster


Peringkat ke-3 (dalam perjalanan ke puncak)

- menjengkelkan, merengek, keras, berlumpur,

licin, banyak pokok berduri.

Berhati-hati kerana ada pokok tumbang.

Hendaklah menjaga kepala

Bawa sarung tangan tambahan, atau sarung

tangan kalis air.

(Ia akan menjadi basah, berlumpur).

Bawa stokin tambahan - jerangkap samar apabila musim hujan.

Berhati-hati dengan pokok berduri – akan mengoyakkan pakaian anda dan

menyakiti anda. Pakai lengan

panjang dan seluar panjang -

pelihara tekstur kulit yang cantik

itu dari awal.

Gunung Latimojong, Sulawesi

~INI CERITA KITA~ Plan ke Rante Mario (Gunung Latimojong) Assalamualaikum Hikers, Kami sepakat ber4 (Kak Mar, Mama, Kak Coye n Aku sendiri) ...