Sunday, 29 March 2015

Gunung Jerai Kedah Darul Aman


GUNUNG JERAI, YAN KEDAH DARUL AMAN
( Hiking & Happy Hour )

Ketinggian ~  1,217 meter
Suhu ~   19 hingga 24 darjah celcius ( Angin yg sejuk)
Kelengkapan utk dibawa ~ Water Bag & Makanan
Trek ~ Boleh pilik trek Jalan 12 km dari Gurun &
 boleh menggunakan Tangga Kenari 1,000 Tahun dari Daerah Yan dengan mendaki anak tangga ini serta melalui trek hutan ke puncak Gunung Jerai.
Kemudahan ~ Tandas, wakaf, laluan pejalan kaki dan kawasan rekreasi seperti Titi Hayun, Seri Perigi, dan Batu Hampar.
Tarikan Pelancong ~ Air terjun di Gunung Jerai yang sesuai untuk bermandi-manda bagi aktiviti sekeluarga. Muzium Perhutanan juga boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan flora dan fauna.

Sejarah Gunung Jerai ~ Just Amik Point Bagi Adik-adik yang nak amik SPM je
* Sebagai panduan kepada pelayar-pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini.
* Mitos Raja Bersiong yang telah membuka kawasan penempatan dikaki gunung ini.
* Daerah Yan ini juga telah lama menarik kunjungan pedagang Acheh datang daerah Yan ini.
* Terdapat sebuah batu besar yang berbentuk sebuah kapal dipercayai telah disumpah oleh Sang Kelembai iaitu gergasi yang mempunyai sakti. Kapal tersebut dikatakan telah dinaiki oleh Maharaja Merong Mahawangsa yang ketika itu ingin berlabuh di Pulau Jerai iaitu nama asal bagi Gunung Jerai.
* Perkampungan Bunian pun ada, So berhati-hati percakapan & perbuatan. Takut disorok bunian ataupun dibunuh bunian. Kalau dapat kahwin dengan bunian, Tak balik la. (Heheheh)

Pemandangan Gunung Jerai
Kedudukan Gunung Jerai yang berdekatan dengan laut menjanjikan satu pemandangan yang cantik dan mengasyikan sekiranya dilihat dari puncak gunung. Panorama indah ibarat hamparan pemaidani emas yang terbentang luas dapat dilihat apabila musim padi masak tiba. Pelancong tentu terasa dipanggil-panggil untuk pergi ke Gunung Jerai. Hebat Bukan. Begitu juga saya.


Test Power dok atas ni....



Saya memilih untuk menggunakan trek jalan raya serta trek hutan untuk melihat keadaan pusat rekreasi serta di sepanjang perjalanan menuju ke Gunung Jerai


Pokok ni nampak menarik pada pandangan saya. Seumpama menyambut kedatangan kami ke Gunung Ini...



Selfie selfie tak habis2.....


Jauh Perjalanan Menuju ke Puncak. Tanpa erti penat lelah.


Tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. Disini juga terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun.

DAMAI...Pemandangan sawah padi dari puncak Gunung Jerai bak saujana mata memandang.
Done Gunung Jerai

Gunung Jerai
Gunung Jerai yang membiru menirai kaki langit,
gunung itu membiru berbalam-balam, terbaring diam seperti
 sedang meneruskan lena selama berabad-abad,
Seolah-olah faham apa yang aku rasa,
air sungai mengalir tenang tanpa kocakan,
akhirnya hatiku berbisik sendiri,
air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan,
Benarkah ini kesudahannya,
mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan,
Lupakan kepiluan hati untuk selamanya...

Monday, 23 March 2015

Bukit Kledang Ipoh



Ketinggian Bukit Kledang ~ 800 meter (2640 kaki)

Pakaian ~ Pakaian Sukan pun boleh, Gaya Hikers Gunung Lagi ok
Istimewa Kledang ~ View Hutan, Jumpa Anak Sungai dan Air Terjun, Puncak nampak 1 Ipoh & kemudahan seperti wakaf tempat rehat, tandas, kemudahan senaman, taman bunga dan Sedikit sebanyak nampak warga yang berbasikal.
Penghuni tetap Bukit Kledang ~ Apek Cina, Ah So dan beberapa yg boleh kira Orang Melayu & India
Jam ~ Sesuai jam 7.00 - 7.30 mendaki (lambat sikit naik, matahari dah terpacak dan menderita kepanasan)




Starting Point. Dari sini dapat tgk kawasan perumahan.
View Cantik

Sepanjang perjalanan dah nampak Stesyen-stesyen pemancar RTM 
  • Puncak tertinggi di sini adalah puncak yang ada menara pemancar RTM.  Pendakian ini  hanya 2-3 jam je pun... Tapi yang slow mahu 4 jam.
Jalan ke Kledang boleh ikut Jalan Tar atau pun Trek Hutan. So Trek Hutan agak mencabar sikit. Dan Wajib bawa Air bagi yang Trek Jauh. Jika Pilihan untuk Trek Hutan boleh pilih Trek 41, 42 (senang mendaki untuk beginner), 43 (tepacak sikit, agak letih) 49 (landai & pacak dengan view kehutanan), 53( akan jumpa anak sg, landai & pacak dengan view hutan pokok2 besar) Dan trek terbaru yang dibuat oleh pakar-pakar Cina  menuju ke RTM

Akan Jumpa Anak Sungai Dan Air Terjun Kecil
View Cantik Bak Anggg


Laluan 49, 58 & RTM


Laluan 49, 58 & RTM Semuanya bertanda.. Semua jalan sudah bertanda.. Anda tak mudah sesat


Laluan ke 49,dan terus ke RTM

Laluan 49 terus menuju ke 58 & RTM


Bersama-sama abg sado kita...
Meniti pokok tumbang tros ke jalan 53 & 54 ke rtm

Nampak tak, Kalau yang tak pasti boleh naik ke dak,
Sila Bawa Tongkat Bersama


Jangan Risau, Disediakan Tempat duduk
Tempat Duduk ni, Apek2 yang buat..Senang Hikers nak berehat.
Bawa Air, Makanan ringan dan coklat

Pokok-pokok Besar yang kita akan jumpa


Berehat suda di Jalan 49. Dimana-mana sahaja ada perhentian nya


Aktiviti memanjat yang dibuat oleh Hikers Dilla & Hikers Kema boleh dibuat di kledang ni jugak
Berhati-hati ya apabila membuat gaya lagak Ngeri ni... Orang yang hebat je boleh buat... Jangan tiru ye....


Orang Kuat Kledang (Haji Hikers)




Dari Atas puncak nampak dah view kawasan perumahan dan Bandaraya Ipoh..
Jalan ikut trek jalanraya. Kalau turun kol 12 tgh hari... Masak la kulit... Panas....

SEKIAN... TERIMA KASIH


Friday, 20 March 2015

Gunung Berumbun Cameron

Gunung Berumbun, Cameron

Ketinggian ~ Gunung Berembun - 2077 meter ~ 6,817 ft
Tengah - tengah diantara Brinchang dan Tanah Rata...
Ikut Taman Sedia ataupun dr Tanah Rata terus Ke Jabatan Perhutanan

Pakaian ~ Seluar Pjg / Pendek pun ok , Baju T-Shirt
Cuaca Min 15 Celcius ~ Max 23 Celcius
Start Hiking Sesuai Jam 8.00 Pagi Dari Sungai Pauh
Hikers yang Hebat selalunya boleh buat 4 jam turun dan sampai ke bawah..
Yang Biasa-biasa 5-6 Jam..


Start Pendakian bermula 8.00 pagi . Menerusi pendakian yang ala-ala tak adventure.. First akan jumpa kawasan Paya, Hutan Kiri Kanan dan terus mendaki ... Dan akan jumpa Mossy2 yang biasa.. Tak secantik Irau la... 

 Nampak tak Background Mossy2 sikit la.... Cantik laluan ke Berumbun ni.. Sesuai untuk Hikers Beginner yang baru nak bermula mendaki..



Selepas sejam lebih,  berenti rehat di persinggahan PLB. Dekat sini ada disediakan pondok kecil sebagai tempat berehat dan yang nak berselfie. Amik masa  untuk refill balik energy yang dah hilang dengan makan chocolate serta minum air n sambil2 rehat sempat jugak menikmati keindahan alam.....Pasni kena hadap 4 Puncak ke Puncak Gunung Berumbun.... huhhhh... Nak kena hadap... HAhahahaa


Kene memanjat time Gini



Dah sampai Puncak setelah 2 Jam mendaki.. Gambar ni aku mengadap Irau.. Konon nak tunjuk Irau dari jauh.. Besok Mendaki Irau Lak,,,, Fuhhhhhh


Kumpulan yang Berjaya ke Puncak.. Tahniah Semua... Nanti Kita datang lagi ok...Layan Gunung Lain lah ye....
Balik terus ke MARDI...

Jumpa Lagi Berumbun akan Datang

Tuesday, 17 March 2015

Gunung ooo Gunung



Aku berjalan diatas bukit
Tak ada air
Tak ada rumput
Tanah terlalu kering untuk dijalani
Terlalu panas terik kurasakan
menyiksa kulit kepalaku
 
Aku pernah berjalan diatas laut
Tak ada tanah
Tak ada batu
Air selalu merayu dan merintih
Menggodaku masuk ke dalam pelukannya
Tak perlu tertawa atau menangis
 
Pada gunung dan laut
Karana gunung dan laut
Tak punya rasa
Tak perlu tertawa atau menangis

  
Aku tak pernah melihat gunung menangis
Biarpun matahari membakar tubuhnya
Aku tak pernah melihat laut tertawa
Biarpun kesejukkan bersama tariannya
Tak perlu tertawa atau menangis





 

Monday, 16 March 2015

Kenangan DI Kinabalu 19 Feb - 23 Feb 2015

Menuruni gunung memang lebih mudah daripada mendaki, tetapi keindahan bukan terlihat di bawah, melainkan pada puncaknya...


Riang Ria semasa di Kaki Gunung Kinabalu..
Nampak tak wajah-wajah Hikers...
Hohohohohohohoho


Baru Je Sampai 0.5 km... Nak kena hadap berkilo2 mete lagi.
Aduhai...


Tangga nak kena Hadap...
Jenuh Tolllll....


Jalan Menuju yang patut dirempuh..
Wajib Pakai tongkat.... Jangan Lupa..
Sakit Lutut wehhh


View Yang Sangat cantik..
Dari sini dah nampak Puncak Kinabalu...
Nak dekat dah dengan Laban Rata

 Fuhhhh... Gayat le plak

Bejuang untuk Turun Pulang..
Sakit sangat lutut dan kuku kaki...
huhuhuhuhuh

Selamat Kembali...
Berjaya Wehhhh



US..... Kami Berjaya Menawan Puncak..
Syukur Alhamdulilah


Kundasang

  Us.....

Both....


Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...