GUNUNG JERAI, YAN KEDAH DARUL AMAN
( Hiking & Happy Hour )
Ketinggian ~ 1,217 meter
Suhu ~ 19 hingga 24 darjah celcius ( Angin yg sejuk)
Kelengkapan utk dibawa ~ Water Bag & Makanan
Trek ~ Boleh pilik trek Jalan 12 km dari Gurun &
boleh menggunakan Tangga Kenari 1,000 Tahun dari Daerah Yan dengan mendaki anak tangga ini serta melalui trek hutan ke puncak Gunung Jerai.
Kemudahan ~ Tandas, wakaf, laluan pejalan kaki dan kawasan rekreasi seperti Titi Hayun, Seri Perigi, dan Batu Hampar.
Tarikan Pelancong ~ Air terjun di Gunung Jerai yang sesuai untuk bermandi-manda bagi aktiviti sekeluarga. Muzium Perhutanan juga boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan flora dan fauna.
Sejarah Gunung Jerai ~ Just Amik Point Bagi Adik-adik yang nak amik SPM je
* Sebagai panduan kepada pelayar-pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini.
* Mitos Raja Bersiong yang telah membuka kawasan penempatan dikaki gunung ini.
* Daerah Yan ini juga telah lama menarik kunjungan pedagang Acheh datang daerah Yan ini.
* Terdapat sebuah batu besar yang berbentuk sebuah kapal dipercayai telah disumpah oleh Sang Kelembai iaitu gergasi yang mempunyai sakti. Kapal tersebut dikatakan telah dinaiki oleh Maharaja Merong Mahawangsa yang ketika itu ingin berlabuh di Pulau Jerai iaitu nama asal bagi Gunung Jerai.
* Perkampungan Bunian pun ada, So berhati-hati percakapan & perbuatan. Takut disorok bunian ataupun dibunuh bunian. Kalau dapat kahwin dengan bunian, Tak balik la. (Heheheh)
Pemandangan Gunung Jerai
Kedudukan Gunung Jerai yang berdekatan dengan laut menjanjikan satu pemandangan yang cantik dan mengasyikan sekiranya dilihat dari puncak gunung. Panorama indah ibarat hamparan pemaidani emas yang terbentang luas dapat dilihat apabila musim padi masak tiba. Pelancong tentu terasa dipanggil-panggil untuk pergi ke Gunung Jerai. Hebat Bukan. Begitu juga saya.
Test Power dok atas ni....
Saya memilih untuk menggunakan trek jalan raya serta trek hutan untuk melihat keadaan pusat rekreasi serta di sepanjang perjalanan menuju ke Gunung Jerai
Pokok ni nampak menarik pada pandangan saya. Seumpama menyambut kedatangan kami ke Gunung Ini...
Selfie selfie tak habis2.....
Tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. Disini juga terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun.
DAMAI...Pemandangan sawah padi dari puncak Gunung Jerai bak saujana mata memandang.
Done Gunung Jerai
Gunung Jerai
Gunung Jerai yang membiru menirai kaki langit,
gunung itu membiru berbalam-balam, terbaring diam seperti
sedang meneruskan lena selama berabad-abad,
Seolah-olah faham apa yang aku rasa,
air sungai mengalir tenang tanpa kocakan,
akhirnya hatiku berbisik sendiri,
air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan,
Benarkah ini kesudahannya,
mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan,
Lupakan kepiluan hati untuk selamanya...
No comments:
Post a Comment