Trip kami ini merupakan trip santai. Jam 8 pagi, kami mengambil
landrover yang dikenakan RM6 sebagai tambang naik dan turun (simpan
tiket sehingga mahu turun). Landrover tersebut akan berhenti di Kafe di
ketinggian 1036 meter Bukit Larut.
Kemudian, kami hiking melalui jalan
tar hingga ke pecawang terakhir iaitu pecawang puncak. Di hadapan
pecawang tersebut terdapat signboard ke Gunung Hijau....
Sepanjang trail, kami disajikan dengan keindahan alam. Walaupun jam dah
nak pukul 12 tengah hari, embun masih ada. Hutan di sini tidak tercemar
Good2 aje coz hakak sronok sbb sejuk..
Tak panas pun
Tugasan hakak jaga abg2 vateran ni... So, angkat la brg dorg.. Lutut dorg sakit.. Kami dok barisan belakang sekali... Ketinggalan jauh ke belakang...
Riang ria dorang... walaupun x larat, still semangat...
Gedebak gedebuk dah 2 jam mendaki, akhirnya kami tiba di puncak Gunung.
Settle bergambar semua, kami bergegas turun kerana puncak tak la
cantik mana, tiada view dan agak panas... Yeay Dah sampai,
Tahniah semua ......
Woweeeeee... nampak tak happynye kami... Pacat belambak2 wooooooo........
Jom kita Balik pulak.....
Semua dan capek..... Hahahahahah
Apa yang menarik di gunung ini ialah keadaan hutan yang sangat neindah
dan masih dara. Ditambah lagi dengan kelembapan udara memandangkan
Taiping merupakan kawasan tadahan hujan paling kerap di semenanjung
Malaysia. Oleh itu, janganlah ada pihak yang tidak bertanggungjawab
merosakkan hutan yang masih belum tercemar ini. Kalau kita tidak menjaga
hutan kita, siapa lagi..???
No comments:
Post a Comment