Assalamualaikum syg2 semua.... Kali ni hakak redah lak Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak,
berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ). Terdapat 5 buah puncak bukit yg perlu kita pacak x ingat dan x sampe2.... Bukit ni memiliki
Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong Lasah, Sungai Siput,Perak dan diantara lokasi yang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini dengan menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti
berada di kawasan Savana dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh
melatar di sekitar puncak....
Jam 3 Pagi dah plan nak jumpa guide tapi sebab banyak sangat masalah nya... Hahahahaa byk heinyeeee... Kol 4 baru dapat jumpa Guide Aslam... So gerak dr Hospital Sg. Siput jam 4 dan sampai dalam pukul 4 lebih... Jam 5 baru nak gerak dalam keadaan gelap gelita.... Keadaan trek, so far trek asal ke puncak bukit tidaklah terlalu sukar mula-mula kerana melalui kawasan sawit ( penanam sawit semula ) anggaran masa 40 minit
berjalan, seterusnya terus memasuki trek hutan lebih kurang 20 minit boleh
sampai ke puncak pertama, anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke
puncak terakhir dalam masa 30 minit atau lebih... Keadaan x berapa nampak buat hakak tesadung je bile tepijak batu n keadaan yg licin... Diingatkan pada kelewatan naik ke Bukit ni... Tersangatlah Panas jika mendaki dalam jam 9am ke atas..... Cabaran terbesar hiking disini adalah
faktor cuaca tambahan ketika musim panas terutama di bahagian atas bukit tak
banyak kawasan yang mempunyai pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat untuk
berteduh, jadi pastikan bawa air secukupnya dan payung.... Kalau korg lambat naik la.. Bagi yg cepat naik... Anda bijak ...
Jam 5 Pagi dok begambo tengah jalan...Hakak siap sedia...
Jam 5 pagi..
Sebelum Jam 7 pagi sampai di Puncak...
Sempat begambar beberapa orang.. Yang lain
ketinggalan di belakang..
Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Berekeh @ Botak disini boleh nampak lagi empat
puncak dan di bawah gambar view 360 darjah gunung disekeliling, pergh view memang
layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset....
Kali ni hakak xdpt nak nikmati awan nano....
Frust....
Bukit Berekeh @ Botak, Hakak done!
This is Berekeh dari Bawah...
Cantik Giler
Tak bape nano sangat..
Hakak kecewa lah.....
Jenuh nak sampai puncak ke 5 ni....
1st Puncak korang dah letey sebab nak jalan jauh ke kaki bukit.. Then korg kena naik pacak ke atas puncak 1st..
Puncak Ke 2,3 & 4... Naik turun (Bile nak sampai daaa)
Puncak ke 5 (Pacak Tinggi berbatu) Licin..
Masa ni la Hp hakak terkempas cermin nya pecah....
Ni Ladang Kelapa Sawit yg pagi tadi dok lalu...
ni rupenye.... Pun Jenuh nak jalan..
Jauhhh...
Muke Penat Weyh.. Jom Balik...
*****Tips mengenai Bukit Botak, seeloknya hiking seawal pagi atau sebelah petang
untuk mengelakkan cuaca panas, bawa air secukupnya dan payung sekiranya berhajat
untuk stay lama di Puncak.... Seriously waktu ni naik di awal pagi, tapi group yang akak jumpa kebanyakan nya naik jam 9 pagi... Kesian kalau naik dalam keadaaan cuaca panas,
tambahan di kawasan atas bukit sangat limited pokok-pokok yang boleh dijadikan
tempat berteduh, tahap kesukaran trek sekiranya mengikut trek asal semua
peringkat umur boleh mendaki di Bukit Botak. Cuma pastikan tidak membuang sampah
merata-rata sangat sayang kawasan yang cantik dicemari dengan sampah... Sila
jaga kebersihan dan ingat jadilah seorang pendaki yang bertanggungjawab...
****Bukit
atau Gunung bukanlah
tempat sampah :P
Sekian....
Diella Hasan
Tiba2 t'gerak hati utk menyampaikan sesuatu apa yg telah d'lihat selama ini di depan mata...
Tiap2 minggu kita hike dgn org baru mahupun yang telah lama dalam bidang/minat pendakian.
Utk tengok dan belajar serta dapatkan pengalaman baru yg b'makna utk diri dan rakan2 merasai b'sama.
Jgn tgk org pace laju je ko pun sama nak ikut..
Why??
Ikut lah kemampuan sendiri sambil belajar utk perbaiki kelemahan diri...
- Pace slow2 santai ni boleh ajar kita muhasabah diri..
- Boleh ajar kita jgn lupa diri bila dah laju tu.
- Boleh ajar kita bersabar utk menunggu org di belakang...
Oleh itu janganlah kecam dan hina mereka , tapi bantu lah mereka.
kata2 semangat dari rakan2 yg akan m'buat kan mereka lebih b'semangat utk meneruskan rentak dan perjalanan...
Kembali kepada matlamat asal....
jangan lupa diri..
sama2 kita menikmati keindahan alam .
safety first.....
NO ONE LEFT BEHIND
Assalamualaikum akak..nak tnya..brekeh nih klu nak naik pagi dlm kul 8 kene ada guider jugak ker??
ReplyDeleteminta contact no guide ya... saya cikman 010-760 5933 ... tq tq tq tq
ReplyDelete