Wednesday, 31 January 2018

Gunung Baling & Gunung Pulai

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Dah lama hakak mengidam nak pi Gunung Baling dan Gunung Pulai..... Ianya terletak di Pekan Baling, dari pekan Baling dah nampak dua Gunung yang berdiri Megah di kawasan Baling iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi 'viral' bagi para pendaki seluruh malaysia untuk berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung.... Terutamanya pecinta tegar Alam yang gemarkan keindahan alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Pulai & Gunung Baling antara Paling wajib Jejaki.


27 Januari 2018, Hakak dan rakan2 hakak ke Gunung Pulai dulu memandangkan dah berjanji dengan Guide Pulai untuk bawak kami ke Puncak. Jam 3 Pagi hakak dan yang lain2 berkumpul di BHP (lupa dah stesyen minyak kena berkumpul)... So terus ke kaki Gunung Pulai yang terletak di Kampung Paya, terus masuk ke dalam kampung sehingga  ke hujung kampung ada  satu kawasan yang agak luas boleh park kereta di situ, lebih mudah sila on waze.... 

Benda wajib nak ke Gunung Pulai ni mestila ada Head Lamp dan Sarung Tangan selain Makanan & Minuman

Gunung Pulai walaupun kedua-dua gunung ini terletak di kawasan yang sama, dianggarkan ketinggian gunung pulai dianggarkan 1,853 ft / 565 m. lebih tinggi sedikit daripada Gunung Baling.  Gunung ini gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia dimana trek Gunung Pulai agak berbeza dengan Gunung Baling yang agak landai dan berbatu manakala trek pulai bermula daripada starting point trek berbatu-batu, tajam dan memanjat sehingga ke puncak memang sangat menguji mental dan hakak terasa tekanan sikit naik Pulai ni.... Treck untuk naik ke puncak ada disesetengah kawasan agak semak dan ada juga trek-trek lain yang dibuat oleh penduduk kampung untuk mencari Pokok Aji jadi sentiasa alert dengan penanda dan pastikan tidak sesat ke lorong lain. 


Keadaan batu-batu pula tajam dan agak berbahaya sesetngah batu agak tidak kuat bergoyang-goyang jadi pastikan sentiasa berhati-hati...


Laluan menuju Ke Puncak agak sempit dan berbatu tajam. Berhati2 apabila pijak di bahagian batu kerana dikhuatiri batu tu boleh bergerak jatuh ke bawah...


Sempat lagi bergambar di atas batu.... Masa ni tgh dengar Azan  Subuh berkumandang.. 


Berbunga2 hati hakak dapat tengok Baling Dari Jauh.. Besok hakak rabat Baling pulak....


Group Hakak (OAS) 


Perempuan kami je Ber4.. Admin Group AOS


Keadaan Di atas Puncak Pulai.. Sesak dengan para pendaki menikmati Gunung Pulai...


Selepas rehat lebih kurang 1jam di puncak, Hakak n sahabat2 Hikers hakak memulakan perjalanan pendakian turun.....Masa ni diharuskan lebih berhati-hati sekiranya silap langak gaung menanti di hadapan kerana kita akan melalui tebing-tebing gunung yang curam, bagi hakak pendakian semasa turun lebih berbahaya berbanding naik mungkin disebabkan trek di mana disesetengah kawasan batu agak tidak stabil dan tajam, memang sakit tangan berpaut pada batu. Alhamdulilah masa yang diambil untuk turun dalam 2 jam, kami tiba di bawah gunung di kawasan starting point dengan selamat...


Keadaan yang agak curam... Boleh dianggarkan 98%  adalah berbatu, digalakkan memakai kasut yang sesuai dan glove untuk mengelakkan tangan luka...


Berehat sekejap kepenatan.. Kepala lutut dah gegor...


Antara sebab kenapa Gunung Baling dan Gunung Pulai menjadi idaman setiap pendaki untuk sampai kesini, disebabkan pemandangan yang indah lagi super ohsem, seluas mata memandang.... Yang Paling tetarik menarik kau mmg gebom, pemandangan dilihat daripada Gunung Baling & Pulai adalah sama, cuma tahap kesukaran trek yang berbeza so pendapat hakak sekiranya inginkan trek yang memberi lebih cabaran boleh mencuba menaiki Gunung Pulai, manakala untuk sedikit leisure dan santai-santai Gunung Baling pilihan yang terbaik untuk korang....

Hokey, relax badan... Besok nak rabat Gunung Baling pulak....



28 Januari 2018, Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter, Namun, pendaki lebih tertumpu pada Gunung Baling kerana trek mendaki yang lebih mudah berbanding dengan Gunung Pulai... Hakak dan Sahabat2 Hikers hakak mula mendaki pada pukul 4:00 pagi. Di awal pendakian kami melalui trek sederhana menegak tetapi sangat licin kerana hujan rintik pada malam tadi. Walaupun terdapat tali untuk berpaut dan besi pemegang di setengah jalur, namun hakak tetap juga mengelonsor kerana licin... Perlu berjaga2 dan pegang kuat pada besi dan tali...

Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh....

Permit dan guide dikenakan pada RM15.00 ke Gunung Baling. Tempat parking percuma dan jalur sangat jelas. Tandas awam percuma juga disediakan di kaki gunung. Jangan lupa bawa sampah anda turun sementara gunung ini masih bersih. Walaupun Gunung Baling ini tidak setinggi mana, namun gunung ini berdiri dengan kelasnya yang tersendiri....

Persediaan mendaki Gunung Baling:
1- Pakaian sesuai seperti kasut dan sarung tangan terutama pada musim hujan kerana jalur yang licin.
2- Bawa air secukupnya kerana tiada punca air di puncak.
3- Makanan ringan.
4- Head lamp dan baju sejuk jika mendaki seawal pagi untuk melihat sunrise


Name tag Hakak.... Ong ni...

Setelah sampai di trek berbatu dan hutan buluh, perjalanan ke puncak agak mudah namun di sesetengah trek memerlukan lebih tenaga untuk memanjat batu. Di kawasan ini juga terdapat batu kristal.... Setelah mendaki sekitar 2 jam setengah, Hakak sampai di puncak Gunung Baling bersama2 Yang lain2 meninggalkan Group hakak yang lain .... Pemandangan di puncak sesekali berkabus. Apabila kabus menghilang, nampak dengan jelas  Gunung Baling di hujung sekali, iaitu Gunung Pulai yang lebih tinggi dari Baling..... 


Kami yang terawal sampai di Puncak Gunung Baling.. Menunggu Mey dan Angah..


 Setelah Siang hakak start le cari port Baik Punya.... Fuhhhhh rindu ngan Pulaiiiiii yang buat hakak mantel.....


Cinta kubawa naik, rindu kubawa turun...
Aicecehhhhh......


Pemandangan daripada Puncak Gunung Baling tidak pernah megecewakan, ada yang cakap pemandangan seolah-olah gunung-ganang berkapur di Negara China, perfect place untuk nature lovers dan semestinya tempat yang cool untuk berselfie :)


 Hakak dah jatuh cinta dengan Baling... Tak heran kalau pergi ke sini lagi bawa rakan2 yang lain...


Pemandangan yang indah lagi super ohsem, seluas mata memandang..


Setelah selesai bergambar bersama Ahli AOS, kita balik hokey.....
Ngantok tahap gaban dah ni.....
Mohhhhhh kita......


Hookey, masa ni layan je la.... Dari Trek Pulai.... Hakak suka Trek Baling ni lagi.....


Berehat sambil menunggu Sijil Keluar


Pewiiiitttttttt


Layannnnn je la....
Muke Ngantokkkk...
Jom balikkkkk...

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...