Alhamdulillah, hasrat dan impian untuk mendaki Bukit Gelok bersama Group Membawang Hikers dapat direalisasikan
pada hari Sabtu yang lepas.. Tarikh 29 September 2018 adalah hari yang sangat
bahagia kerana Ontrek Gether2 Bunga Chinta bersama Membawang.... Rinduuu Betolll nak Ontrek....
Lokasi Bukit Gelok ni terletak di Lawin Perak.... Kalau dari Ipoh ke Lawin 110 km jauhnya untuk ke sana dan Bukit ini menjadi viral dengan awan karpet dan sunrise yang cantik.... Bukit Gelok ini adalah salah satu lokasi yang terbaik di Gerik untuk didaki dengan menyaksikan sunrise dan awan karpet yang sangat Cantik.... Selain itu kelebihan berada di puncak memberikan satu kepuasan yang berganda-ganda buat pendaki kerana pemandangan di puncak yang menjanjikan panorama 36o yang cukup indah bagi para pendaki....
Bukit ini pernah terbakar dan boleh dikatakan treknya seperti K2 kerana pendakian anda semua ke sini memang memberikan cabaran yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana disebelah kiri Gaung dan kanannya adalah juga gaung... Tak payah nak pergi jauh2 ke Gunung Mahameru Dan Gunung Raung di Indonesia... Gelok umpama Gunung2 yang terdapat di Indonesia... Betul le... Kalau tak caya meh pakat-pakat datang Gelok ni...
Terlebih dahulu semua lineup seramai 41 orang berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan di Masjid Lawin, Gerik... Kami diberi taklimat ringkas oleh Guider serta Gogo Dari Kospen PKD Hulu Perak serta membuat senaman ringkas... Seterusnya menaiki kenderaan masing-masing ke Tempat letak kereta... Kami diarahkan menaiki powil sehingga ke starting point Jam 2 Pagi yang melalui kawasan kebun Getah sebelum memulakan pendakian menuju ke Puncak.. Tiba di Starting Point Jam 2.40 Pagi dan bergerak terus ke Puncak... Alhamdulillah jam 3.40 pagi Hari Sabtu Tarikh 29 September 2018 kami tiba di puncak Bukit Gelok yang menjanjikan panorama yang mengasyikkan dan mendamaikan.... Mana taknya, Sejok yaa amat tiba di puncak.... Pendakian secara santai ini yang mengambil masa lebih kurang 1 Jam tanpa berhenti untuk sampai ke puncak...
Berkumpul di Masjid Lawin, Gerik
Ke Puncak Bukit Gelok... Trek 70 Darjah... Agak Menaik masa ni...
Gambar ni ketika kami turun tau.. Masa Naik waktu pagi...
Antara laluan trek Bukit Gelok, yang berbatu kecil dan agak licin jika tersalah pijak... Perlu berhati-hati kerana batu -batu akan menimpa para pendaki dari bawah..
Pokok Timberland yang akan dijumpai di pertengahan perjalanan mendaki Bukit Gelok....
Ini antara lokasi yang menarik untuk bergambar
Bukit Gelok antara berpuluh-puluh bukit & gunung menarik untuk diterokai yang terdapat di Banjaran Papulut. Bukit ini berketinggian 538 meter ini terletak di selatan Hutan Simpan Papulut, Lawin, Perak.... Bukit yang boleh dilihat daripada jalan utama lenggong - Gerik terdapat beberapa cara untuk menuju ke starting point tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui Felda Lawin Selatan sama ada menggunakan kenderaan 4x4 atau motosikal.
Walaupun Bukit ini tidak begitu terkenal seperti Gunung Papulut, Pulut dan k2 puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong.... Bukit yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2... Untuk mendaki di sini sangat digalakkan untuk mendaki secara daypack pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca yang panas ketika tengah mendaki kerana sepanjang mendaki tidak ada begitu banyak pokok besar yang boleh dijadikan kawasan teduhan daripada terik sinaran cahaya matahari.... Sekiranya ingin berada di puncak pastikan membawa air yang secukupnya kerana di sepanjang perjalanan menuju ke puncak ini tiada tanda tempat lokasi terdapat waterpoint di sekitar bukit ini.
Keadaan di puncak boleh dijadikan kemsite walaupun ia agak berbatu dan agak tidak rata... Tepulang pada Para pendaki samaada ingin bermalam di atas puncak atau tidak... Pilih la hari / bulan yang bukan musim tengkujuh... Tiupan angin agak kuat tidak sesuai jika didirikan kemsite kerana di puncak ini tidak terdapat pokok besar yang boleh dijadikan penghadang daripada tiupan angin terus mengenai khemah yang didirikan. Di sini juga para pendaki boleh menjumpai tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi.
Apa yang cukup paling menarik mendaki disini adalah panorama penuh 360 daripada puncak yang cukup memikat hati. Daripada puncak para pendaki boleh melihat pemandangan indah kawasan lawin, Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh.
Ade nampak muka Happy tak???
Mesti la happy kan... Bile berkumpul bersama-sama sahabat pendaki.... Terasa Seronok sgt.....
Bangun daripada tidur, disajikan pula dengan pemandangan indah dan keterujaannya memukau hati sambil layan secawan kopi panas di awal pagi, satu nikmat yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata, satu kedamaian menenangkan Hati...
Antara nikmat minum kopi sambil melihat panorama Bukit Gelok
Sakan bergambar bersama-sama Group Membawang Hikers
Puteri-puteri Gelok
Love Them
Ninja And Frens
Siap sedia untuk pulang.. Berhati2 melangkah
Bersiap untuk pulang dengan Keadaan trek yang dilalui pada permulaan mendaki, Trek menurun agak licin dan disarankan berhati2 kerana takut2 dikhuatiri tergelicir ke bawah... Bawa lah sarung tangan kerana disana terdapat tali yang boleh dipegang.... Kami tiba di bawah jam 9.30 pagi...
Menunggu Powil di Ladang Getah Pak Munawir
Macam sardin atas Powil
Lapo kot turun.. Makan pun tak tgk kiri kanan..
Sekian, Jumpa lagi kita di Membawang Hikers
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang
menetapkan, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di
celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.
(Surah Al-Anbiyaa':31
No comments:
Post a Comment