Monday, 26 November 2018

CBL Ipoh

CBL EypoH & Air Terjun Jelawang EypOh

Assalamualaikum Hikers.. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai minat yang berbeza...Kita tahu bahawa semua orang minat bercuti di tempat yang santai seperti di pantai, di SPA dan seumpamanya. Ada orang yang minat bercuti di tempat aktiviti lasak. Ada juga yang minat untuk bermain perkara yang meriah seperti rock climbing, flying fox, Water Rafting, Water Tubing, Water Abseling dan Paintball. Ada juga yang minat berkhemah di hutan-hutan belantara dan mendaki gunung. Jadi, kali ini nak bercerita Air Terjun yang paling best plak kat Ipoh ni... CBL ipoh...
Lokasi yang hakak nak cerita nih adalah rahsia sebelum ni dan belum diviralkan... Tapi kalau dah femes nanti, habislah jalan ni dan pencemaran akan berlaku dengan sampah sarap yang bermaharajalela... Tolonglah jaga keindahan Alam Bak Syurga ni... Tempat ini adalah umpama syurga buat mereka yang gemarkan alam sekitar. Sebahagian daripada Hutan ini juga telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh Kerajaan Negeri Perak. Jadi, pengunjung hanya dibenarkan melawat kawasan hutan yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan dan memerlukan permit dari pihak-pihak tertentu jika anda ingin ke kawasan yang diwartakan...
Air terjun di dalam hutan biasanya memerlukan sedikit masa untuk sampai... Ada kala masa yang diambil bukan sekadar sejam tetapi perlu berjalan beberapa jam lamanya untuk sampai. Hasilnya, memberi kepuasan yang luar biasa kerana ia boleh dianggap masih dara dan tidak terkesan dengan keadaan pembangunan di kawasan bandar...
Untuk sampai ke kawasan ini bolehlah memandu kenderaan terus Highway Ipoh Lumut dan kemudian belok ke kanan jalan sebelum Kuil Disebelah Kanan... Kemudian ikot jalan dan berhenti di persimpangan Jalan Tutup Batu Kapur.. Dari situ korang start Hiking...
Hakak dah tunjuk jalan, ikot je..
Kawasan bulat boleh parking kereta.. Garisan Hijau motor boleh lalu.. Purple kene trek
Jalan ke Waterfall tidaklah begitu susah.. Semuanya dah ditanda... Ikut je jalan yang ditanda
Tak la susah mana nak ke Waterfall CBl ni.. Hanya ikut jalan yang ditanda..
Sampai di Waterfall sempat bergambar
bersama Otai-otai.. Sapa tak kenal mereka kan... Perintis Hutan Belantara
(Jebat Pendekar Eypoh RBS RGS, Abg Bad G7 RGS, Abg GG Gogo KK, Uzzair Perintis Hutan, Cik Leha G11, Otai G11 Cik Li, Dolisa SI Chomel G7& Papa Roach RBS)
Memang syiok dan gumbira lah kan... Korang nak rasa kesejukan air Terjun nih sila berhajat nak datang sini.. Tak jauh dari Bandar Ipoh jew pun.. Tak payah pergi jauh-jauh... Ibarat Air Terjun Jelawang & CBL 
Seterusnya disebelah kiri air terjun ini laluan tempat mendaki kawasan tinggi di mana korang perlu mendaki sedikit untuk sampai.

Kawasan ini privacy tau... Tak banyak yang tau... Kawasan yang selamat buat masa nih.. Air terjun  dari atas puncak sangat menarik dengan melihat keindahan bandaraya Ipoh


Sambil mandi manda korang boleh melihat Ipoh dari Jauh... Layannnnn ooo
Setibanya di lokasi,korang tak perlu berjalan jauh untuk sampai. Lagi satu keunikan adalah air terjun itu jatuh ke batu dan tidak membentuk takungan. Tempat berenang pun tak perlu pergi jauh-jauh... Ada dikawasan sekitar je...
Pelangi yang Indah

Irama air terjun di tepian gunung
Nyanyian burung berbagai lagu
Tiupan angin melambai daun
Menarik hati insan melancong

Bila memandang kemuncak tinggi
Indahnya bersih nyaman sekali
Tenang perasaan pabila di sini
Bagai berada di alam seni

Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi

Inilah gunung menyimpan sejarah
Berlukisan batu gambaran wajah
Ramai orang datang melimpah
Menjadi tinggi gunung yang indah
Buat kajian bukannya mudah
Hakikat pasti mengenal Allah
Tuhan yang satu wajib disembah
Keadaannya air bukit yang sejuk seperti air batu ini bakal menyebabkan tubuh anda menggigil kesejukan, rasa segar dan nyaman sekali. Sudah pasti anda boleh bermandi-manda di kawasan tersebut dan anda dinasihat untuk sentiasa menjaga alam sekitar dengan tidak buang sampah di merata-rata..
Air Sungai yang mengalir itu mempunyai keindahan dari segi bentuknya, namun kolam yang menadah arus airnya tidak begitu luas dan cukup untuk 3 atau 4 orang untuk aktiviti mandi-manda. Apatah lagi, terdapat banyak batu-bata di sekelilingnya.
Sambil menikmati keindahan CBL Ipoh ni, Bolehla bekelah makan-makan
Melihat air sungai yang mengalir dari jarak dekat sememangnya memberi kepuasan tersendiri... Ia agak unik kerana berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar.
Melihat sendiri pemandangannya, memang wajar apabila ia sering menjadi destinasi 
para Pendaki untuk kesini.. Apa yang tetarik kawasan ini adalah destinasi yang para pendaki idamkan dan merindui untuk ke CBL & Air Terjun Jelawang..

Semoga kita berjumpa lagi 
CBL Ipoh
Sebelum pulang, kita Tolak ICERD demi Selamatkan Malaysia....
Apakah ICERD? ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.

Sekian

Thursday, 22 November 2018

Gunung Hijau, Taiping


Salam Hai Si Gunung Hijau... Bertemu lagi kita ntah kali ke berapa tak tau... Yang pasti Cabaran Naik 4 x 4 memang mencabar mantel bila dia Lap tak hingat... Bukanlah pertama kali hakak naik benda alah nih tapi yang nih laaa paling mencabar sekali.. Sekali naik menegak, naik darah kat tengkuk.. Kalau bekali-kali lap mencanak.. Mau tak rasa nak terjun jew dr situ dan terus muntah.. Semua angin nak kua.. Hahahahaha, Nampak benooo dah tua..
Sampai je di kaki Bukit Larut, terus YL2 tangkap gambo
4x4 yang kami naik
Macam mana ye boleh terjebak nak datang lagi ye ? Padahal dah reject nak pegi.. Pujukan Si Jebat Derhaka yang kata jommmm ler.. Jom ler... Tunjuk Jalan sat.. So hakak On la sebab Hari Kejadian memang free pun nak pergi..... Beginilah terjebaknya dalam Dunia Hiking.. Pantang kene ajak tengok Hutan... Nak nak aje.... Lebih-lebih lagi bila join hiking dengan orang yang tak dikenali .. Layan je.. Janji bertambah kawan-kawan hiking yang baru....
Bersama-sama Hakak-hakak chantek & 
adik2 shantek...
Yang belakang tu YM2 boley tahan la... Tak hensem tapi muke2 sweet gitu
Gunung Hijau ini terletak di Taiping, Perak dengan berketinggian 1,448 meter dan bersebelahan dengan Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Maxwell Hill.. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling lembab di Malaysia.. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.. Orang Taiping kalau rasa Cameron tu jauh, Mai pakat2 dok melawat kawasan yang berdekatan.. View pun lawoo bak ang.. Rugiii ooo tak mai sini.. Cuma tiket je yang terhad..
Trip ni merupakan trip santai Mak Jemah, Pak Long, Mak Ngah, Pak Lang dan seangkatan waktu dengannya.. Jam 8.30 pagi lagi, kami mengambil 4 x 4 yang dikenakan RM10 sebagai tambang naik dan turun (simpan tiket sehingga mahu turun).. 4 x 4 tersebut akan berhenti di Kafe di ketinggian 1200 meter Bukit Larut.. 
4 x 4 yang Hakak dan yang lain2 tak la besar mana pun, mungkin dalam 10 orang boleh muat bagi satu trip.. Tapi nak bgtau siap2 la... Bawak plastik jika korang jenis yang muntah.. Sekali lap xpe la... Tapi kalau dah bepuluh Lap... Mau tak muntah balik semua makanan....
Kalau yang ada plan nak naik Gunung Hijau @ Bukit Larut, kena plan betoi-betoi..  Sedikit info untuk Para Pendaki:
No untuk di hubungi (pejabat) - 05-8077241
Harga Tiket - RM10 dewasa / RM5 kanak-kanak (dua hala) "siapa cepat dia dapat"
Jadual Land Rover (Sabtu-khamis):
Naik 8.30am / 10.30am / 12.30pm & 2.30 pm (perjalanan 1/2 jam)
Turun 11 am / 1 pm / 3 pm & 4 pm
Perjalanan Kami diiringi sebanyak 18 orang manakala Erin menunggu kami di Cafe.. Trek pemulaan kami melalui jalan tar sepanjang 2.8 km sehingga bejumpa Pencawang.. Di hadapan pecawang tersebut terdapat signboard ke Gunung Hijau.... Signboard tersebut hanyalah sebelah kiri jalan tar.. Trek permulaan dah disajikan ribuan pacat Paskal x kire warna menghinggap kasut sehingga naik ke atas.. Belari-lari anak kami redah naik turun.. Trek yang agak semak samun dan hilang tanda arah membuat kami terhenti sekejap bagi menunggu Abam Jebat menebas.. Terlalu banyak trek yang tak jelas dan ada kesan laluan hidupan liar (khinzir).. Ribuan terima kasih jugak buat Abam Jebat yang atas usaha sendiri dia menebas semak samun sepanjang perjalanan dan membuat tanda di sepanjang jalan menuju ke puncak Gunung Hijau.. So, next time kalau sesape nak naik dah tak ada masalah rasanya..
Ribuan Pacat Paskal yang membanjiri dari Kaki sehingga naik ke atas
Abam Bad, Kaka Ninja & Wana
Kami tiba di Puncak Gunung Hijau jam 11.45 pagi.. Berehat smbil memasang ground.. Abam Jebat dan NaNa menebang Lalang yang tumbuh liar di atas puncak dan sebahagian nya sibuk membuang Pacat2 di dalam kasut..
Hakak-hakak Gojes
 Sambil2 Minum-minum kopi, breakfast roti dan juga Nasi yang dibekalkan sempat juga berposing.. Sambil jengok-jengok view yang x berapa ada view.. View awan karpet tak ada yang ada view Lalang tinggi.. hahaha

Bila matahari semakin mencerahkan bumi je.. Fuhhh panas rasanya,… MoH balik kome weyh.... Tak sabo nak Lepak2 di 
BUKIT LARUT ...
Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Kupejamkan mataku sejenak
Kurentangkan tanganku sejenak
Sejuk, tenang, senang kurasakan
Membuatku seperti melayang kegirangan

Betapa indahnya alam ini
Lelangit berombak-ombak
Awan berarak-arak
Udara segar bertiup-tiup

Aku berdiri di atas gunung
Berdiri di bawah langit
Untuk melihat keindahan alam ini

Keindahan dunia
Aku mempertaruhkan nyawa
Bertahan diri di atas gunung
Demi melihat keindahan alam
Keindahan ciptaan Tuhan

Desiran angin yang berirama di pegunungan
Tumbuhan yang menari-nari di pegunungan
Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga

Keindahan alam terasa sempurna
Membuat semua orang terpana
Membuat semua orang terkesima
Tetapi, kita harus menjaganya
Agar keindahannya takkan pernah Sirna
Dila Dolisa & Diella Hasan
  SUBHANALLAH!!! memang tak putus-putus dok sebut CANTIKNYERRRR!!!.. Nak mengalir air mata oii!!… Alhamdulillah kami disajikan keindahan panorama yang sangat Indah..
Semoga Kita Berjumpa Lagi Wahai Si Gunung Hijau

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...