CBL EypoH & Air Terjun Jelawang EypOh
Assalamualaikum Hikers.. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai minat yang berbeza...Kita tahu bahawa semua orang minat bercuti di tempat yang santai seperti di pantai, di SPA dan seumpamanya. Ada orang yang minat bercuti di tempat aktiviti lasak. Ada juga yang minat untuk bermain perkara yang meriah seperti rock climbing, flying fox, Water Rafting, Water Tubing, Water Abseling dan Paintball. Ada juga yang minat berkhemah di hutan-hutan belantara dan mendaki gunung. Jadi, kali ini nak bercerita Air Terjun yang paling best plak kat Ipoh ni... CBL ipoh...
Assalamualaikum Hikers.. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai minat yang berbeza...Kita tahu bahawa semua orang minat bercuti di tempat yang santai seperti di pantai, di SPA dan seumpamanya. Ada orang yang minat bercuti di tempat aktiviti lasak. Ada juga yang minat untuk bermain perkara yang meriah seperti rock climbing, flying fox, Water Rafting, Water Tubing, Water Abseling dan Paintball. Ada juga yang minat berkhemah di hutan-hutan belantara dan mendaki gunung. Jadi, kali ini nak bercerita Air Terjun yang paling best plak kat Ipoh ni... CBL ipoh...
Lokasi yang hakak nak cerita nih adalah rahsia sebelum ni dan belum diviralkan... Tapi kalau dah femes nanti, habislah jalan ni dan pencemaran akan berlaku dengan sampah sarap yang bermaharajalela... Tolonglah jaga keindahan Alam Bak Syurga ni... Tempat ini adalah umpama syurga buat mereka yang gemarkan alam sekitar. Sebahagian daripada Hutan ini juga telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh Kerajaan Negeri Perak. Jadi, pengunjung hanya dibenarkan melawat kawasan hutan yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan dan memerlukan permit dari pihak-pihak tertentu jika anda ingin ke kawasan yang diwartakan...
Air terjun di dalam hutan biasanya memerlukan sedikit masa untuk sampai... Ada kala masa yang diambil bukan sekadar sejam tetapi perlu berjalan beberapa jam lamanya untuk sampai. Hasilnya, memberi kepuasan yang luar biasa kerana ia boleh dianggap masih dara dan tidak terkesan dengan keadaan pembangunan di kawasan bandar...
Untuk sampai ke kawasan ini bolehlah memandu kenderaan terus Highway Ipoh Lumut dan kemudian belok ke kanan jalan sebelum Kuil Disebelah Kanan... Kemudian ikot jalan dan berhenti di persimpangan Jalan Tutup Batu Kapur.. Dari situ korang start Hiking...
Hakak dah tunjuk jalan, ikot je..
Kawasan bulat boleh parking kereta.. Garisan Hijau motor boleh lalu.. Purple kene trek
Jalan ke Waterfall tidaklah begitu susah.. Semuanya dah ditanda... Ikut je jalan yang ditanda
Tak la susah mana nak ke Waterfall CBl ni.. Hanya ikut jalan yang ditanda..
Sampai di Waterfall sempat bergambar
bersama Otai-otai.. Sapa tak kenal mereka kan... Perintis Hutan Belantara
(Jebat Pendekar Eypoh RBS RGS, Abg Bad G7 RGS, Abg GG Gogo KK, Uzzair Perintis Hutan, Cik Leha G11, Otai G11 Cik Li, Dolisa SI Chomel G7& Papa Roach RBS)
(Jebat Pendekar Eypoh RBS RGS, Abg Bad G7 RGS, Abg GG Gogo KK, Uzzair Perintis Hutan, Cik Leha G11, Otai G11 Cik Li, Dolisa SI Chomel G7& Papa Roach RBS)
Memang syiok dan gumbira lah kan... Korang nak rasa kesejukan air Terjun nih sila berhajat nak datang sini.. Tak jauh dari Bandar Ipoh jew pun.. Tak payah pergi jauh-jauh... Ibarat Air Terjun Jelawang & CBL
Seterusnya disebelah kiri air terjun ini laluan tempat mendaki kawasan tinggi di mana korang perlu mendaki sedikit untuk sampai.
Kawasan ini privacy tau... Tak banyak yang tau... Kawasan yang selamat buat masa nih.. Air terjun dari atas puncak sangat menarik dengan melihat keindahan bandaraya Ipoh
Sambil mandi manda korang boleh melihat Ipoh dari Jauh... Layannnnn ooo
Setibanya di lokasi,korang tak perlu berjalan jauh untuk sampai. Lagi satu keunikan adalah air terjun itu jatuh ke batu dan tidak membentuk takungan. Tempat berenang pun tak perlu pergi jauh-jauh... Ada dikawasan sekitar je...
Pelangi yang Indah
Irama air terjun di tepian gunung
Nyanyian burung berbagai lagu
Tiupan angin melambai daun
Menarik hati insan melancong
Bila memandang kemuncak tinggi
Indahnya bersih nyaman sekali
Tenang perasaan pabila di sini
Bagai berada di alam seni
Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi
Inilah gunung menyimpan sejarah
Berlukisan batu gambaran wajah
Ramai orang datang melimpah
Menjadi tinggi gunung yang indah
Buat kajian bukannya mudah
Hakikat pasti mengenal Allah
Tuhan yang satu wajib disembah
Pelangi yang Indah
Irama air terjun di tepian gunung
Nyanyian burung berbagai lagu
Tiupan angin melambai daun
Menarik hati insan melancong
Bila memandang kemuncak tinggi
Indahnya bersih nyaman sekali
Tenang perasaan pabila di sini
Bagai berada di alam seni
Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi
Inilah gunung menyimpan sejarah
Berlukisan batu gambaran wajah
Ramai orang datang melimpah
Menjadi tinggi gunung yang indah
Buat kajian bukannya mudah
Hakikat pasti mengenal Allah
Tuhan yang satu wajib disembah
Keadaannya air bukit yang sejuk seperti air batu ini bakal menyebabkan tubuh anda menggigil kesejukan, rasa segar dan nyaman sekali. Sudah pasti anda boleh bermandi-manda di kawasan tersebut dan anda dinasihat untuk sentiasa menjaga alam sekitar dengan tidak buang sampah di merata-rata..
Air Sungai yang mengalir itu mempunyai keindahan dari segi bentuknya, namun kolam yang menadah arus airnya tidak begitu luas dan cukup untuk 3 atau 4 orang untuk aktiviti mandi-manda. Apatah lagi, terdapat banyak batu-bata di sekelilingnya.
Sambil menikmati keindahan CBL Ipoh ni, Bolehla bekelah makan-makan
Melihat air sungai yang mengalir dari jarak dekat sememangnya memberi kepuasan tersendiri... Ia agak unik kerana berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar.
Melihat sendiri pemandangannya, memang wajar apabila ia sering menjadi destinasi
para Pendaki untuk kesini.. Apa yang tetarik kawasan ini adalah destinasi yang para pendaki idamkan dan merindui untuk ke CBL & Air Terjun Jelawang..
Semoga kita berjumpa lagi
CBL Ipoh
Sebelum pulang, kita Tolak ICERD demi Selamatkan Malaysia....
Apakah ICERD? ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.
Sekian
No comments:
Post a Comment