Wednesday, 27 February 2019

Gunung Kerinci

Ekspedisi Gunung Kerinci

14 - 18hb February, 2019
Assalamualaikum Hikers. Wishlist Gunung yang diidamkan sejak dulu lagi. Dan, aku memilih Gunung Kerinci yang terletak di kawasan Jambi. Gunung Kerinci ini merupakan puncak tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter di atas permukaan laut (Mdpl) dan merupakan puncak volkano tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci ataupun digelar " Puncak Indrapura" merupakan puncak tertinggi setelah Gunung Cartenz Jaya Wijaya yang terletak di Papua. Para Pendaki khususnya pencinta Gunung sudah pasti akan memasukkan Gunung Kerinci ke dalam salah satu list gunung impian yang akan didaki.


Gunung Kerinci juga dikenali sebagai " Atap Sumatera" merupakan Gunung yang fenomena di Indonesia dan termasuk dalam salah satu  
"Seven Summit Indonesia". Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatera. Di pintu masuk pendakian terdapat satu Tugu yang di atas nya terdapat Replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawasan perlindungan untuk Habitat Harimau Sumatera


Terdapat dua jalur pendakian untuk sampai ke Puncak Kerinci Tuo atau Solok. Jalur Kersik Tuo merupakan jalur yang paling digemari dan banyak dilalui oleh para pendaki manakala jalur Solok memiliki jalur pendakian yang agak ekstrim dan susah untuk didaki. Meskipun begitu jalur Kersik Tuo juga tidak boleh dipandang sebelah mata.


14 Feb 2019 (Khamis)
Nampak tak muka keriangan kami disitu. Pastinya happy bangat lah kan. Penerbangan kami delay sejam dan dijangka belepas jam 8.45 pagi. Rombongan Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.45  pagi dengan menaiki pesawat Air Asia dan tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau jam 9.45 pagi. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa kerana melihat keindahan awan di luar pesawat. Waktu di Kota Padang adalah lewat sejam dari Malaysia. Teruja dek pulau-pulau di bawah pesawat sehingga tidak sedar sudah sampai di Kota Padang.


Line Up Chomel- chomel ini terdiri daripada :
KAYU_ARO OUTDOR  & CAHAM
Abg Hisham , Yenda , Jaan , Diella , Ecah , Aiman , Abg Sabi , Kak Liza , Abg Brad , Shuk, Kak Ina , Kak  Ayu Najihah , 
Farah & Shaq 
Dorg ni padu-padu belaka al-maklum semua dah tapau G7. Semua Gunung kat Malaysia dah di Tapau Habis. Jelas gambaran muka mereka tidak sabar untuk menjejak dan menggapai awan Sumatera. Jom ikuti perjalanan kami.


Untuk ke kaki Gunung Kerinci, kami perlu menempuh perjalanan yang amat panjang dan penuh berliku dari Airport Bandara Minang yang terletak di Kota Padang ke Desa Kersik Tuo, Kayu Aro di Daerah Jambi. Perjalanan ini mengambil masa 9-11 jam untuk sampai ke destinasi. Sebelum bergerak kami sempat menikmati selera masakan Padang yang terkenal di Kota Padang. Kami tiba di Homestay jam 9.45 malam dan berehat. Honestly memang rasa tak larat dah nak dok lama-lama dalam kereta. Naseb laaaa kau le labu. Kejang ponggong aku dibuatnya. 



15 Feb 2019 (Jumaat)
Masa telah tiba..... Pendakian ke Puncak gunung kerinci memakan masa selama 2 hari 1 malam dari Pos Kersik Tuo. Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Homestay. Perjalanan kami dijamu dengan pemandangan indah Ladang teh serta kebun2 yang diusahakan oleh penduduk Jambi. Orang-orang Jambi sangat berbangga kerana mereka mempunyai Ladang Teh yang tertua kedua di dunia iaitu berada ketinggian 1,600 mdpl setelah ladang teh Darjeling di Himalaya India yang berada ketinggian 4,000 mdpl.










Trek dari pos Satu ke Pos Dua masih seperti Hutan di Malaysia. Tidak banyak beza. Jalur jalan yang agak landai dan sedikit pacak yang didominasi akar-akar pohon yang besar. Kami berehat setiap Pos 1,2 dan 3. Pos-pos ini tidak boleh berehat terlalu lama kerana ia merupakan jalan yang dilalui Harimau Sumatera. Pos ke 2 ke Pos 3 agak jauh dan memacak untuk didaki kerana ia berketinggian 2,225 mdpl. Hujan mulai turun dengan lebat dan melembabkan perjalanan kami.



Perjalanan diteruskan ke Shelter 1 dengan jalan menegak dan didominasi akar pepohon dengan tanah padat yang licin. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest seperti Suasana di dalam hutan di Malaysia. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Suasana semakin dingin, kabus tebal, licin dan sangat sejuk untuk dilalui. Aku bersama Ecah dan Abg Brad hanya mampu meneruskan perjalanan yang agak perlahan memandangkan kami group di belakang sekali. Untuk ke Shelter 1 jaraknya tidak jauh. Seperti ketiga-tiga pos yang kami lalui sebelumnya.




Shelter 1 merupakan tempat yang strategik untuk didirikan khemah dengan ketinggian 2,505 mdpl. Ianya tempat terbuka dan luas bagi menampung 10-15 khemah dengan pemandangan lereng Gunung Kerinci yang menjulang Gagah. Kami berehat sebentar untuk makan makanan tengahari yang dibekalkan oleh Guide kami dan rakan-rakannya. Hujan mulai turun dengan lebatnya pada masa tu. Sejuknya sehingga ke tulang. Aku mula menukar baju sejuk kpd Baju hujan.



Setelah selesai makan tengahari, group kami yg padu bergerak dahulu dan aku yang di belakang 15 minit mulai gerak kemudian. Perjalanan diteruskan ke Shelter 2 dan dijangka akan mengambil masa yang lebih lama iaitu 2-3 jam. Jalur pendakian ke Shelter 2 semakin menaik, licin dan curam. Pendek kata memang tak kasi diskaun langsung. Hujan melambatkan perjalanan kami terutamanya kami yang dibarisan belakang. Sian Ecah adikku ini. Aku dan Abg Brad ikot pace Ecah dan takkan tinggalkan Ecah di belakang bersama Sweeper








Akhirnya kami sampai di Shelter 2 jam 6.00 ptg. Area Campsite di Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah sahaja. Pokok-pokok disini agak tinggi dimana kelebihannya mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang. 



Waktu malam tiba, kami beristirehat di dalam khemah memandangkan cuaca di luar agak sejuk. Guide dan rakan-rakanya menyediakan makanan malam. Kami disajikan Nasi dan Sup Ayam yang sangat sedap di dunia. Ecah bertambah-tambah makan. Seronok tgk Ecah selera makan malam tu. Aku, Ecah dan kak liza 1 Khemah manakala Kak Ayu, Kak Ina dan Farah 1 khemah di sebelah khemah kami. Cuaca yaa amat sejuk sangat sehingga aku terpaksa berpeluk Ecah. Sian Ecah.

Jam 1 pagi kami dikejutkan oleh Guide dan bersiap untuk ke Shelter 3 dan terus ke puncak. 




16 Feb 2019 (Sabtu)

Pendakian ke Shelter 3 dan puncak bermula pada pukul 2.30 pagi. Bebekalkan cahaya headlamp, kami meredah kepekatan hening pagi dengan suhhu yang begitu sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka. Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa lima hingga enam jam. 



Seperti Biasa Aku, Ecah & Abg Brad di belakang. Perjalanan yang curam dan terowong yang agak dalam serta lereng-lereng yg menakutkan terpaksa kami tempuhi. Kalau jatuh la, xtau nak habaq lagu mana. Tekad meredah trek yang begitu mencabar serta menguji kekuatan mental dan fizikal. Dalam hati telalu risaukan Ecah yang sedaya upaya memanjat. Cekal betul hatinya. Sekejap-kejap pandang belakang. Nak tgk Abg Brad jauh ke belakang ke tak. 






Sesekali perasaan gayat menerpa disebabkan perlu memanjat tebing yang tinggi dengan akar-akar kayu. Pacak dia memang padu sehingga lutut bertemu dagu. Ada kalanya laluan yang ditempuh terlalu sempit sehinga memaksa kami naik tebing curam dan berpaut pada pokok. Akhirnya kami tiba di Shelter 3. Lepas satu azab. Cuaca di Shelter tuhan je yang tau. Sejuk Yaaa amat. Aku dengan slamber berteduh khemah pendaki Indonesia. Tak tahan dok luar oiiii.

Summit Attack Menggapai Awan 
Gunung Kerinci
Sewaktu melihat ke puncak, nampak cahaya headlamp Rakan-rakan seperjuangan ku menuju ke puncak. Seperti biasa la, Aku, Ecah dan Abg Brad di belakang. Pendakian ini perlu berjalan di lereng berbatuan yang licin dan pasir kasar. Salah pijak memang tergolek dan amat Berbahasa jika tersasar. Alamat ya kau Ke gaung le. Angin sejuk pagi serta abu dan pasir berterbangan sehigga masuk ke mata dan menggangu pernafasan. Trek nih jangan nak pandang remeh la ye. Lereng-lereng tu dah curam dan kalau terjatuh, Alamat nama kau Almarhum atau Almarhumah la.  Mantel dan semangat kena kuat  bagi memerah kudrat bagi sampai ke puncak dengan jayanya.

Langit cerah petanda sang Fajar telah tiba. Dibawah samar telihat lapisan gunung dengan bulatan putih. Subhanallah. Danau Gunung Tujuh tu hah. Tampak jelas garisan horizon dari ketinggian ini. Sungguh sempurna lukisan alam di hadapanku. Abg Brad dan aku dok tangkap gambar je sebab hp dia je yang canggih.





Tugu Yudha

Setelah beberapa jam mendaki mengarungi celah tanah dan longkang pasir akhirnya kami tiba di Tugu Yudha. Tugu Yudha ini tekenal dengan kisahnya. Ceritanya ada seorang Pendaki bernama Yudha yang mendaki gunung bersama adiknya. Mereka berkhemah di Shelter 3 sebelum ke Puncak 3. Ketika menuju ke puncak, tiba-tiba kabus tebal menyelimuti pemandangan dan membuatkan jalur trek tidak kelihatan. Pendaki lain mengingatkan agar menunda perjalanan ke puncak. Namun dia tetap degil dan tekad mengharungi kabus tebal tersebut. Kemudian dia terjatuh dan hilang dan jasadnya tidak ditemui sehingga sekarang.




Untuk mengenang beliau maka didirikan Tugu yang diberi nama Tugu Yudha. Setiap pendaki pasti melalui tugu ini dan beberapa Tugu yang lain apabila hendak ke Puncak.

Dalam 30 minit untuk meneruskan pendakian ke Puncak. Ianya begitu menegak dan curam berbatu kecil. Setiap langkahku melurut dengan batuan yang tidak stabil. Sesekali aku pandang ke belakang melihat Abg Brad dan Kak Ayu di belakang. Alahai, napa lah jauh sgt nih... Kwn2 di atas puncak dah mulai lambai menaikkan semangatku. Betambah kekuatan aku melangkah untuk sampai ke Puncak Indrapura.




Yeay, Syukur Alhamdulillah akhirnya aku DAN rakan-rakan seperjuanganku berjaya bediri di Puncak Tertinggi Sumatera iaitu Gunung Berapi yang tertinggi di Indonesia.





Menggapai Atap Awan Sumatera
BERSYUKUR dan kami berjaya sampai di Puncak Gunung Berapi yang tertinggi di Indonesia!! Kawah Aktif dengan luas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter sedang mengepul gas belerang pekat. Terasa amat teruja yang sukar digambarkan. 
The Best Feeling Ever!!

Kami pulang dengan gembira dan keluar Pintu Rimba pada Jam 9 malam.



Suatu masa yang tak akan pernah TENGGELAM.. sebuah cerita yang tak tertelan oleh waktu . Sepenggal kenangan yang selalu terukir Kenangan indah Aku dan Mereka




 ~Jelajah Kerinci ~

〽 *Mt Kerinci+ danau gunung7


Day 1 ( hb.14/2 )
08.00 - 10.00 penjemputan
10.00 - 17.00 kerinci
17.00 - 05.00 rehat homestay

Day 2 ( hb.15/2)
05.00 - 06.00 packing
06.00 - 06.30 go pintu rimba kerinci
06.30 - 15.00 tracking shelter 3
15.00 - 02.00 rehat ( kemah)

Day 3 ( hb.16/2 )
02.00 - 05.30 summit attack
05.30 - 08.00 sunrise
08.00 - 09.00 back kemah
09.00 - 10.00 packing
10.00 - 17.00 back pintu rimba
17.00 - 06.00 rehat homestay

Day 4 ( hb.17/2 )
07.00 - 08.00 packing
08.00 - 10.00 go pintu rimba G. 7
10.00 - 12.00 tracking G.7
12.00 - 16.00 menikmati tasik G.7
16.00 - 17.00 back pintu rimba
17.00 - 17.30 back homestay
17.30 - 22.00 rehat + packing
22.00 - 06.00 go Airport padang minangkabau

Day 5 ( hb.18/2)
06.00 - Selesai ( cek in)
Sayonara.

Jaan Mat Piah Siti Aisyah Ramli Brad Harnain Farah Nabilah Noor Hidayu Najihah Dewataraya Ayhenda Galibu Ahmad Sham Sb Putera Mohd Shakir Noraliza Ahmad Mohd Shukri Azari Sue Zalyna

Segalanya bermula di sini..

Kerana hiking kita bertemu,.
kerana sebuah ukhwah kita menjalinkan ikatan..
kerana cita-cita kita di pisahkan..

dan kini..
ku merinduimu sahabat2ku..
satu persatu memori kita terungkap
ketika berjalan bersama di atas tanah GERSANG DAN TANDUS... 

ketika menyantap nasi belaukkan tempe setiap HARI.. 
Aku rindu kalian berebut mkn smbil
begelak KETAWA.. 
KETIKA rindu.. rindu saat kita 'mengeluh keletihan' mengeratkan ukhwah ini..
rindu saat itu..
kita bersama ..
di atas awan nano dan kabus tebal.. 

semoga ukhwah kita tidak berhenti disini..
semoga ada lagi kesempatan untuk kita bertemu lagi didunia ini..
dan lagu ini
ku tujukan khas buat kalian yang ku rindui..

Untukmu teman ~brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran

Pergilah derita hadirlah cahaya

Monday, 18 February 2019

Danau Gunung Tujuh

Assalamualaikum Hikers.. 17 February 2019, SetElah misi Gunung Kerinci berjaya, kami meneruskan ke Danau Gunung Tujuh. Jika ke Gunung Kerinci, pastikan wajib berkunjung ke salah satu danau terindah di Indonesia iaitu Danau Gunung Tujuh. Danau Gunung Tujuh adalah danau yang indah dan unik di Indonesia.
Danau ini berada di puncak Gunung Tujuh dan menjadi salah satu danau tertinggi di Asia Tenggara dengan luas 960 hektar, panjang 4,5 kilometer, serta lebar 3 kilometer. Ketinggian danau tersebut sekira 1,950 meter di atas permukaan laut (mdpl). Lokasinya berada di Desa Pelompek, Kecamatan Ayu Aro, Kabupaten Kerinci, Jambi.
Welcome to Danau Gunung Tujuh
Diella, Farah, Kak Ina, Kak Ayu, Ecah, Kak Liza
Abg Jaan, Pepek, Abg Syam, Abg Sabi, Abg Brad & Ayenda
Jalur Pendakian
Gunung Kerinci & Danau Gunung 7

Danau Gunung Tujuh adalah danau volcani
k terjadi kerana proses letusan gunung api iaitu Gunung Tujuh di Kabupaten Kerinci. Letusan gunung tersebut menyebabkan terbentuknya sebuah kawah besar yang kemudian terisi oleh air hujan sehingga membentuk sebuah danau.
Pintu Masuk Gunung 7
Dari awal pendakian disajikan tangga dalam jauh 1 km dan starting point naik sehingga ke puncak Gunung... Ianya mempunyai 2 Pos yang kita mesti lalui dan setiap Pos dilengkapi pondok beristirehat bagi para pendaki untuk berehat. 

Ingatlah,
bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Alam INI, 
anugerah tuhan yang sangat istimewa..
keindahannya..



Seperti diketahui, danau Gunung Tujuh mengaliri beberapa sungai di Jambi, salah satu alirannya bermuara di Sungai Batanghari. Danau gunung tujuh memiliki luas sekira 12.000 meter persegi dan termasuk dalam wilayah Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS)
Dinamai Danau Gunung Tujuh karena di kelilingi tujuh puncak gunung di sekitarnya.. Gunung-gunung tersebut antara lain Gunung Hulu Tebo (2.525 mdpl), Gunung Hulu Sangir (2.330 mdpl), Gunung Madura Besi (2.418 mdpl), Gunung Lumut yang ditumbuhi berbagai jenis lumut (2.350 mdpl), Gunung Selasih (2.230 mdpl), Gunung Jar Panggang (2.469 mdpl), dan Gunung Tujuh (2.735 mdpl).
Pendakian ini tiada bagi diskaun
Pacak berakar

Kakak2 yg chomel


Bertemu dengan adik2 Indonesia yg memakai kain untuk mendaki


Perjalanan amat melelahkan
Pos 1

Pos 2

Danau Gunung Tujuh

DANAU yang terkenal sakti oleh masyarakat Kerinci ini terletak di atas gunung. Disebut sakti karana air danau selalu nampak jernih meski di sekitar danau dikelilingi hutan. Banyak pula pohon tumbang, namun air danau selalu bersih dari dedaunan yang berguguran.

Gunung Tujuh adalah danau yang indah dan unik di Indonesia. Danau ini berada di puncak Gunung Tujuh dan menjadi salah satu danau kaldera tertinggi di Asia Tenggara dengan luas sekira 960 hektar, panjang 4,5 km, serta lebar 3 km. Ketinggian danau tersebut sekira 1,950 meter di atas permukaan laut. Lokasinya berada di Desa Pelompek, Kecamatan Ayu Aro, Kabupaten Kerinci, Jambi.

Karana teletaknya di atas gunung, suasana danau terasa aman sekali... Udara segar, panorama hijau, dan air danau yang jernih kehijauan dan keindahan yang mampu membuat Anda terasa lama menikmati pemandangannya. Selain sebagai tempat melepas penat dan bersantai, danau ini juga digunakan sebagai sumber mata pencarian nelayan setempat.

Danau Gunung Tujuh adalah danau vulkanik nan menawan yang tercipta karana proses letusan gunung api, yaitu Gunung Tujuh di Kabupaten Kerinci. Letusan gunung tersebut menyebabkan terbentuknya sebuah kawah besar yang kemudian terisi oleh air hujan sehingga membentuk sebuah danau. Danau Gunung Tujuh mengaliri beberapa sungai di Jambi, salah satu bermuara di Sungai Batanghari, seperti dilansir dari Indonesia Travel, Selasa (12/11/2013).

Danau Gunung Tujuh memiliki luas sekira 12.000 meter persegi dan termasuk dalam wilayah Taman Nasional Kerinci Semblat sehingga di sini Anda berkesempatan untuk mendakinya selepas mengunjungi danau. Dinamai Danau Gunung Tujuh karena dikelilingi tujuh puncak gunung di sekitarnya. Gunung-gunung tersebut, di antaranya Gunung Hulu Tebo (2.525 meter), Gunung Hulu Sangir (2.330 m), Gunung Madura Besi (2.418 m), Gunung Lumut yang ditumbuhi berbagai jenis lumut (2.350 m), Gunung Selasih (2.230 m), Gunung Jar Panggang (2.469 m), dan Gunung Tujuh (2.735 m).

Keberadaan danau ini beriring dengan cerita legenda masyarakat setempat sebagai tempat berdiamnya kekuatan supranatural dari dua mahluk halus yang menjaganya, yaitu Lbei Sakti dan Saleh Sri Menanti. Keduanya memiliki pengikut yang berwujud harimau. Penuturan lain menceritakan bahwa danau ini dihuni sepasang naga. Naga jantan menghuni danau dan naga betina menghuni hulu sungainya.


Masyarakat Kerinci mengenali Danau Gunung Tujuh sebagai Danau Sakti. Hal tersebut dikaitkan dengan air danau yang senantiasa bersih dimana dedaunan yang jatuh dari pohon di sekitar danau tidak nampak di airnya. Sering pula diceritakan terjadi perubahan cuaca secara tiba-tiba di danau ini. Sebagian warga sekitar menyebutnya danau ini dengan nama Danau Para Dewa yang menyimpan pesona sekaligus misteri.

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...