Assalamualaikum...
Naek Ntah keberapa kali Korga nih... Gang Lipan Bara muncul Kembali dianggotai
kOmando 69.... Tahniah buat semua... Hakak salute korang,,,
Gunung Korbu menjadi mercu tanda warga Ipoh khususnya Ulu Kinta. Tingginya mencapai sehingga 7,162 kaki dari paras laut bersamaan 2,183 meter, Gunung Korbu adalah gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan Pertama tertinggi di Banjaran Titiwangsa, manakala ke-7 tertinggi di dalam Malaysia.
Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut, bersamaan 2,173 meter, merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Lazimnya pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam 1 ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa cuma 2 ke 3 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong.
Gunung Korbu dan Gunung Gayong (KORGA) ini boleh didaki dengan melalui 3 laluan :
1) Sungai Termin
atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS) - 4 hari 3 malam
2) Sungai Senooi,
Kampung Makmur, Perkampungan Orang Asli (Trek Lagenda Korga) - 5 hari 4
malam
3) Bluevalley Dam
(Empangan Tangga), Cameron Highlands (Trans Titi V1) - 6 hari 5 malam
Untuk ekspedisi
kali ini, Lipan Bara menggunakan laluan Sungai Termin (Empangan SAS) untuk
mendaki puncak korga selama 3 hari 2 malam, ini bermakna kami akan melakukan
pendakian ke puncak korga dalam tempoh 20jam pendakian tanpa henti.
Namun sebelum mendaki terdapat beberapa perkara dan proses yang perlu dilakukan seperti menghantar surat permohonan kebenaran untuk memasuki kawasan empangan SAS, melaporkan pada pihak Jabatan Hutan Negeri dan pastikan anda menggunakan khidmat pemandu arah yang berpengalaman.
Jadual ringkas pendakian :
Day 1 :
0700am - Tiba Ulu
Kinta, Ipoh Perak
0800am - Tiba di
Pejabat Jabatan Hutan untuk proses permit, pembahagian ration dan isytihar
kelengkapan dan barangan.
0900am - Pandu
masuk ke kawasan Empangan SAS
0930am - Bersiap
dan sesi panas badan
1000am - Mula
pendakian menuju ke Kem Seroja (tempat bemalam)
0330am - Tiba di
Kem Seroja (pacak khemah, aktiviti bebas, berehat, makan dan tidur awal)
Day 2 :
12.00am - Bangun
dan bersiap untuk mendaki ke puncak.
2.30am - Mula pendakian ke puncak.
4.00am - Tiba di
Kem Kijang
03.30am - Tiba di
Last Water Point
06.00am - Tiba di
Puncak Botak (Solat Subuh)
07.00am - Sambung
pendakian
09.00am - Tiba di
Puncak Chuban
12.00pm - Tiba di
Puncak Gunung Korbu
02.30pm - Sambung
pendakian ke Puncak Gunung Gayong
5.00pm - Tiba di
Puncak Gunung Gayong
05.30pm - Mula
bergerak turun
08.00pm - Tiba di
Puncak Gunung Korbu
11.00pm - LWP
(re-group)
7.00am - Sambung
perjalanan
8.00am - Selamat
tiba di Kem Seroja. (mandi, makan dan tidur)
Day 3 :
11.30am - Berkemas dan mula bergerak keluar.
05.00pm - Selamat
tiba di starting point (parking kereta)
04.00pm - Pulang ke Lubuk
Salam.
ReplyDeleteNak Tanya.....trek korga dari kampung makmur masih jelas dan mudah di daki atau jarang di daki?