Assalamualaikum Para Pendaki semua.. Cabaran kali ini Hakak mendaki 3 buah gunung serentak iaitu TNBYY.. Gunung Tok Nenek 6,278 kaki, Gunung Bubu 6,476 kaki dan Gunung Yong Yap setinggi 7,110 kaki dari paras laut.. Ketiga-tiga puncak ini terkenal dengan pemandangan penuh Banjaran Titiwangsa..
Ketiga-tiga gunung ini semakin menjadi kegilaan pendaki bagi salah satu destinasi wajib dalam aktiviti pendakian mereka.. Lazimnya pendaki akan melalui ketiga-tiga puncak ini di dalam 1 ekspedisi.. Bagi pendaki amatur, sehari je boleh dilakukan dengan syarat cukup stamina dan terlatih untuk keadaan luar jangka dan sedia untuk mengharungi pahit getir sepanjang pendakian menakluk ketiga-tiga puncak ini.
Seawal jam 6 pagi taklimat dan buat senaman bagi meregangkan kaki & juga tangan.. Almaklum perjalanan sangat jauh 43.6 km... Pukul 6.30 pagi bermula la pendakian.. Awal-awal lagi dah masuk sungai. Kemudian melalui hutan yang dipenuhi banyak buluh-buluh besar. Cabaran pertama ialah bila banyak pokok-pokok buluh tumbang yang menghalang trek. Jalan agak landai, santai, relaks dan belum tahap mencabar lagi . Hutan pun semakin tebal dan lebih kurang 2 anak sungai & 2 Sg Besar yang perlu dilalui. Sampai di KEM SIMPANG Y dengan ketinggian 900 meter jam 8.00 pagi lebih kurang 1 jam 30 minit. Rehat skjp bg menghilang penat lelah... Perjalanan diteruskan jam 8.30 dari Simpang Y menuju ke Kem Lengkuas, Kem Kicap, Kem Asadi, Kem Hari dan yang terakhir Kem Berlumut (Bermalam)...
Kem Lengkuas, Kem Kicap, Kem Asadi, Kem Hari dan yang terakhir Kem Berlumut (Bermalam)...
Kem Lengkuas, Kem Kicap, Kem Asadi, Kem Hari dan yang terakhir Kem Berlumut (Bermalam)...
Pokok Buluh di sepanjang Ontrek
Jam 1045 pagi tiba di Kem Lengkuas
1115 di Kem Kicap
1150 di Kem Asadi (Lunch,Zuhur)
1230 di Kem Hari (Melalui bukit penat giler)
1430 - Tiba di Kem Belumut (LWP)
Jam 8 pagi bersiap dan bermula Pendakian ke Gunung Tok Nenek... Trek kali ini sedikit mencabar kerana suasana yang berbeza... Naik pacak sehingga ke puncak.. Gear 1 melalui laluan hutan lumut, laluan pokok renek dan bonsai,laluan berbatu sehingga ke puncak.. Pemandangan langit biru dan sesekali tiupan angin yaamat sejuk dengan suasana yang menenangkan.
Gunung Tok Nenek yang sebelum ini dikenali sebagai gunung Table & Chair,terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,278 kaki).
Gunung Tok Nenek ni terletak di Banjaran Titiwangsa.. Menjadi kegilaan para pendaki kerana puncaknya 360 darjah dan menyajikan pemandangan yang sangat cantik.. Perjalanan
dari Kem Berlumut menuju ke Puncak
Tok Nenek mengambil masa 2 Jam..
Dari Puncak Tok nenek ke bubu jauh
perjalanannya 4 jam...
dari Kem Berlumut menuju ke Puncak
Tok Nenek mengambil masa 2 Jam..
Dari Puncak Tok nenek ke bubu jauh
perjalanannya 4 jam...
Puncak Tok Nenek yang menyajikan pemandangan 360 darjah dan pemandangan yang sangat cantik..
Perjalanan diteruskan Jam 10.45 ...Jalan...jalan.. jalan sampai kat PUNCAK KAMBING 11 pagi... Jalan...Jalan dan Jalan lagi sampai pulak kat PUNCAK KAYONG jam 11.30 pg.. Melalui laluan yang agak curam, mossy, berbatu dan ada yang kena redah laluan 90 darjah.
Gunung Bubu yang berketinggian setinggi 1,974 meter (6,476 kaki).. Ianya terletak di Banjaran Titiwangsa dan di atas puncak sangat sejuk dan mossy yang menutupi di atas puncak sehingga tiada langsung pemandangan.. Perjalanan dari puncak Bubu ke Yong Yap mengambil masa 3 Jam 50 minit..
Gunung Bubu 6475 Ft / 1975 m
Alhamdulillah, jam 3 Petang kami sampai di PUNCAK GUNUNG BUBU lebih kurang 4 jam mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan.. Memang tak nampak pemandangan langsung di Puncak Bubu ni sebab dikelilingi pokok-pokok renek, bonsai dan semak tebal. Lebah pun banyak. Kami berhenti rehat dan makan tengahari dulu..Proses itu tidak ada yang menarik.. Seperti halnya mendaki Gunung.. Kita lelah tapi saat di Puncak, Lelahnya terbayar semua.. Jom makan Dulu ..
Seronok dengan keindahan Mossy2
Perjalanan diteruskan Jam 3.30 ptg... Jalan pun dah semakin curam dan mencabar.. Pacak 70-90 darjah, banyak akar-akar kayu, licin, berlumut dan becak. Lagi-lagi bila jalan gelap, ouhhh mencabar betul.. Penat, lapar, sakit bdn2 dah mula merasai... Puncak Tipu sudah beberapa kali dilalui dengan pokok-pokok hutan gunung..
Cuaca pun semakin sejuk... Gagahkan diri untuk sampai ke Simpang YY.. Akhirnya tiba Jam 6.50 ptg.. Letak beg dan teruskan perjalanan ke Puncak Yong Yap.. Jam 7.50 mlm sampai di Puncak Yong Yap.. Syukur Alhamdullilah..
Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan Negeri Perak / Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk 'G7' oleh pendaki tempatan.. Puncak dikelilingi pokok-pokok renek dan bonsai yang menghalang pemandangan .. Suhu yaa amat sejuk dan tak boleh duduk lama di atas puncak..
Sampai-sampai jer. Terus speechless. Allahuakbar...Subhanallah... cantik yang amat sangat pemandangan puncak Yong Yap ditemani Bulan yang sangat Cantik....
Jam 7.50 meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kem Jeruk.. Perjalanan masa ni menurun dan dikelilingi hutan tebal dan pokok balak.. Suasana sangat sunyi, tenang dan dah mula dingin..Tepat jam 11 malam tiba di Kem Jeruk
Jam 8 pagi bersiap sedia kemas khemah & bag serta siap sedia makan tengahari.. 10 pagi kami diarahkan untuk bergerak dari Kem Jeruk ke Kem Agas dan Regroup semula di Simpang Y.. Perjalanan mengambil masa 7 jam.. 20 ++ sungai terpaksa dilalui dan kami tiba di Sg Rengil Jam 5 ptg.. Jam 6 Bersurai..
Kesimpulannya trek2 untuk sampai ke destinasi kesemuanya sangat, sangat dan sangat menduga! Sejuk, berbatu, berlumpur, licin dan berakar kadang-kadang boleh buat sesiapa sahaja hampir-hampir putus asa.. Dan ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki sekaligus untuk berpaut pada dahan-dahan kayu - kaki dan tangan.. Apapun ia memang satu pengalaman yang menarik. Dapat melihat keindahan alam dari sisi berbeza.
p/s : Terima kasih pada Gogo Nik Reus, Guide Ayie & Botak.. Sahabat2 gunung CC Man, Yat, Kak Ct, Farhana, Syam Ayie, Syapik, Kak Yatt, Diana, Amalina dan YLL (nama x hingat) - korang semua memang BEST giler^_^
Kesimpulannya trek2 untuk sampai ke destinasi kesemuanya sangat, sangat dan sangat menduga! Sejuk, berbatu, berlumpur, licin dan berakar kadang-kadang boleh buat sesiapa sahaja hampir-hampir putus asa.. Dan ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki sekaligus untuk berpaut pada dahan-dahan kayu - kaki dan tangan.. Apapun ia memang satu pengalaman yang menarik. Dapat melihat keindahan alam dari sisi berbeza.
p/s : Terima kasih pada Gogo Nik Reus, Guide Ayie & Botak.. Sahabat2 gunung CC Man, Yat, Kak Ct, Farhana, Syam Ayie, Syapik, Kak Yatt, Diana, Amalina dan YLL (nama x hingat) - korang semua memang BEST giler^_^
*Tentatif Tok Nenek -
Bubu - Yong Yap*
19-21 Januari 2019
Day 1 (19 Januari 2019)
0400 - Berkumpul di Masjid Lojing
0430 - Bergerak ke Pos Rengil
0600 - Parking (Briefing,Warm Up,Doa)
0630 - Mula Mendaki
0800 - Simpang Y
1045 - Kem Lengkuas
1115 - Kem Kicap
1150 - Kem Asadi (Lunch,Zuhur)
1230 - Kem Hari
1430 - Kem Belumut (LWP) (Bermalam)
Day 2 (20 Januari 2019)
0800 - Berkemas (Subuh,Breakfast)
1000 - Sunrise *Puncak Tok Nenek*
1030 - Puncak Kambing
1100 - Mula Trekking
1130 - Puncak Kayung
1200 - Kem Lopak (WP)
1500 - *Puncak Bubu*
1850 - Simpang Bubu/YY
1950 - *Puncak YY*
2100 - Simpang Bubu/YY
2200 - Kem Balak Pecah (WP)
2300 - Kem Sg Jerok (Bermalam)
Day 3 (21 Januari 2019)
0700 - Berkemas (Subuh,Breakfast)
1000 - Mula Trekking
1100 - Kem Agas
1430 - Simpang Y
1530 - Mula Trekking
1700 - Pos Rengil (Post Mortem,Dismiss)
Hilang Februari 2009
Kisah Hasan di Yong Yap
Kisah Hasan di Yong Yap
Pada 15 Februari 2009, Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor sesat ketika menuruni Gunung Yong Yap. Beliau dikesan menuju ke kawasan Kuala Mu bersempadan dengan negeri Perak. Beliau merupakan kerani RHB Bank, menyertai ekspedisi mendaki bersama 13 rakannya. Kerja-kerja pencarian disertai anggota polis, Unit Udara PolisDiraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat diketuai Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Aziz Hassan. Markas mencari ditempatkan di Pos Brooke, Tanah Tinggi Lojing. Tumpuan di trek Kem Agas kerana tempat itu beliau dilaporkan hilang. Mohammed Hassan banyak kali mendaki gunung termasuk di Indonesia.Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman menyatakan operasi dihentikan selepas menerima arahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Pada 8 Mac 2009, seramai 30 anggota persatuan pendaki dari Kuala Lumpur melakukan operasi mencari mangsa tetapi menghentikan pencarian berikutan gagal menemui petunjuk kedudukan sebenar Mohamed Hassan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat juga dibantu oleh rakan Radio Amatur Gua Musang ( Kelab Praga ) yang bertindak sebagai jawatankuasa komunikasi
Ramai hikers yang menyangka mereka cukup fit dan lengkap untuk menawan gunung,namun hakikatnya ada kesilapan yang dilakukan sehingga tertewas di perjalanan
Jom kita semak apa kesilapan kecil tersebut
1. KURANG TRAINING
* Kebanyakan hikers pada masa kini timbul minat setelah melihat foto-foto menarik yang dikongsikan teman-teman mereka yang telah berjaya menawan puncak. Mereka juga mahukan gambar seperti itu! Tanpa training mereka terus sahaja terjah ke Bukit dan Gunung yang terkenal berdekatan mereka. Dalam sedar tak sedar, akan terjadi lah masalah seperti kaki cramp,muntah dan sebagainya.
2. TIDAK STUDY TREK YANG BAKAL DILALUI
* Kajian tentang trek yang hendak dilalui adalah sangat penting untuk kita menjangka jarak perjalanan,tahap kesukaran perjalanan, bekalan makanan/minuman yang diperlukan, serta “gears” yang perlu untuk trek itu atau dlm erti kata lain merancang perjalanan. Perjalanan tanpa study tentang sesuatu trek berpotensi mendatangkan masalah kepada pendaki itu sendiri bak kata M. Nasir “Gagal merancang,merancang kegagalan”.
3. TIADA/KURANGNYA KELENGKAPAN
* Ramai yang mengambil mudah tentang kelengkapan hiking. “Alah alah alah,day hike je punnn,apa nak beria sangat”, DIALOG INI LAH YANG BAKAL MEMBINASAKAN HIKERS KURANG CAKNA. “GELAPNYA JALAN,KENAPA LAH AKU TAK BELI HEADLAMP/TERCHLIGHT”, “PACAKNYA WEII! KENAPA LAH AKU TAK BELI HIKING STICK!! MENYESALNYAAA!!”.. Itulah antara bisikan dari hati yang mungkin anda sendiri bakal alami akibat dari kesilapan kecil ini.
No comments:
Post a Comment