Thursday, 23 May 2019

Trans Gandik & Gunung Terbakar

Assalamualaikum Hikers... Kali nih Hakak layan Trans yang 1 hari leh selesai 4 Gunung... Hardcore, Rare, Masih Dara dan yang paling best Santai Mak Jemah walaupun kene settlekan dalam 1 hari..

Ekspedisi kali ini hakak Join Trip Sis Ninja Sizuka .. Trans Gandik ini melibatkan 4 gunung yang terdapat di Daerah Ringlet.. Mengikut peta, ketinggian gunung-gunung ini adalah, Gunung Bunting 1127 M - Gunung Tanggung 1159 M - Gunung Gandik 1327 M - Gunung Tebakar 1368 M..
Permulaan Trek di simpang Jalan Besar

Laluan Trek berdenai, jelas dan mudah didaki bersambung antara tiap gunung.... Apa yang lebih penting adalah anda merasai sendiri keindahan denai dan keunikan hutan ini.. Disamping itu boleh jamu mata dengan keunikan tanaman sayuran yang pelbagai dan yang paling best boleh sliding kalau tak kena turunnya...Hati2 lah ye...

 
Permulaan Trek melalui Kebun Sayur
Trans Gandik mungkin agak tidak asing bagi penggiat aktiviti mendaki lebih-lebih lagi Hikers-hikers yang baru mencebur diri dalam Pendakian Gunung ini..  Trek Pendakian Gunung-gunung ini mula diperkenalkan dan mampu dilakukan dalam tempoh setengah hari untuk melengkapkan laluan pendakian.

Berbeza dengan laluan Trans Gandik, laluan ini melalui 3 puncak pendakian asal iaitu Bunting, Tanggung dan Gandik... Usah ditanya mengapakah namanya sedemikian rupa dan ape relevannya nama tersebut kerana kami sendiri tidak pasti.. Bila ditanya Guide kami Abg G, dia pun tak pasti.. Asyik senyum jer pun..
Rehat sat.. Gang KORGA

Perjalanan dari starting point ke Puncak Gandik hanya mengambil masa kurang dari 2 jam sehala.. Kami memulakan perjalanan ke Gandik dahulu  kerana perjalanan ke Gandik sangat jauh.. Kemudian terus ke Tanggung dan bersambung terus ke Bunting melalui Jalan Pulang.. Berikut ialah titik rujukan untuk ke 3 puncak

Bunting : 377911 488145
Tanggung : 378220 487679
Gandik : 378804 487405
 
 
  


Dari segi tahap kesengsaraan trek pula, kondisi trek boleh dikategorikan agak 'Sederhana' dan boleh dikatakan trek ini sesuai untuk Pendaki Newbie..
Berikut ialah log perjalanan kami
 8.00 am : Perjalanan Bermula
8.55 am : Simpang Bunting
9.55 am : Puncak Gandik
10.20 am : Puncak Tanggung
  11.00 am : Puncak Bunting
11.30 am : Berehat
11.45 am : Mula bergerak turun
  1 pm : Tempat letak kereta
1-2 : Perjalanan 20 min ke Simpang Gng Terbakar
  2 pm : Perjalanan Bermula ke Gunung Terbakar
4.00 pm : Puncak Gunung terbakar
5.00 pm : Mula bergerak turun
6.00 pm : Tempat letak kereta
 


Perjalanan dari Trans Gandik ke Gunung Terbakar mengambil masa sekitar 20 minit. Kami meneruskan sambungan ke Gunung Terbakar.. Trail Gunung Terbakar ini merupakan trail yang baru di teroka oleh guide disini. Trailnya pendek namun pacak terus ke puncak tanpa belas kasihan.. Kami mula mendaki pukul 2 pm. 
Kepewaian jelas terasa bile jejak tempat bersimen nih.. Pacak mencanak bak anggggg... Nak je panggil Helly tolong bawak naik ke atas..
Gunung Terbakar ini adalah gunung 360 jadi ianya gunung botak yang kurang pokok bukan seperti gunung-gunung yang ada mossy-mossy.. Dengan trek pacak tanpa pokok, agak mencabar mental dan fizikal.. Tambahan lagi Matahari dah terpacak atas kepala... Rasa dah terbakar muka.. Hakak dan yang lain2 sebenarnya dah keletihan mendaki tapi memikirkan dah sampai kesini, sayang juga kalau tak hiking gunung terbakar, nak datang semula entahkan bila.. Tapi yang pasti, korang akan rasa nak merangkak je naik ke atas...
   Sungguh eksyen Wat peace Wat Lek... Nyampah ooooooo melayan Canak nih.. Lapo pun ado, Dah dahago pun ado...



Pendakian ke puncak Gunung Terbakar mengambil masa 2 jam slow pace jika berhenti..  1 Jam pace kalau mendaki di waktu pagi.. So , better korang naik Gunung Terbakar ini di waktu pagi.. Trek ke Gunung Terbakar ini bermula dengan melalui kebun sayur milik orang tempatan.. Dimana terdapat tangga-tangga simen di sepanjang laluan kebun sebelum berjumpa dengan trek sebenar gunung terbakar. View 360 disini memang cun.. View trail Gunung Terbakar..
Bila Kita berada diatas, Kita rasa Kita kuat, Kita hebat tapi Kita hanyalah insan biasa ternyata Kita sama saja bezanya lambat dgn cepat... bila Kita DIDEPAN Tak semestinya Kita kuat.. bila Kita di belakang Tak semestinya Kita lemah mungkin lebih kuat dari yg depan Dan ianya tetap sama utk ke distinasi yg di tuju ...😅😅😅😅😅
Aku hanyalah insan biasa hanya ingin melihat Dan menghayati suasana keindahan Alam ciptaan miliknya


Alhamdullilah dan Tahniah pada semua dan GoGo 
Cik Ninja Hikers.. Semoga kita berjumpa lagi...
Percayalah banyak memori terindah tercipta bila kita Hiking bersama. Terima kasih gunung & sahabat atas satu pengalaman..

Tips untuk Pendaki Baru/ beginner /newbie
(copy paste)

Senarai keperluan ni untuk hiking 'daypack' aka tidak bermalam atau bercamping dalam hutan atau gunung..khas untuk yang baru nak berjinak2 dalam dunia hiking.

Soalan biasa newbie: Jadi apa keperluan barang2 penting yang perlu dibawa?

Depends pada bukit atau gunung yang nak naik, berapa lama? Keadaan track macam mana? Sapa kawan hiking anda? Siapa gogo?siapa sweeper? Yang penting pilihlah kawan yang pernah naik atau tahu selok belok track..

Benda WAJIB
1. Hiking Gear.If you don’t have hiking gear, sports gear is perfectly OK, including sports shoes.Avoid wearing jeans and futsall boots though. Summarynya sini baju yang selesa. Kasut hiking yang selesa. Tak perlu mahal bundle pun ok. Tapi make sure jahit tapak kasut tu kang nanti tengah hiking tertanggal pulak.Saya guna kasut adidas kampung rm10 je, beli yang ada tali tu so kaki awak tak sakit mencengkam.

2. Day Pack is a term used for small bag packs of 25 litters or less which is not big enough for overnight hikes.If you don’t have a day pack, any kind of bag will do but everyone must carry his own bag and his own water.Sharing is not advisable because you can get separated. Meaning beg yang senang dibawa beli kat decatlon je ada murah. Nak share boleh je kalau ada bf/gf /Hencik Somi yang padu sanggup pewai tunggu awak takde salahnya.

3. Water.Bring more water than you think you will need.You will drink more since you are not used to hiking yet.Generally consumption varies greatly with individuals, the terrain, weather and temperature.Water in bottles are fine if you don’t have a drinking bladder yet.Drinking bladder is recommended though because it is easier to drink, without opening your bag.That will enable you to take small but frequent sips instead of big gulps you tend to do if bottles are used.Small frequent sips will give time for the water to get into the cells.Big gulps will make some of the water to go straight to your bladder. Berapa banyak air depends pada badan masing2. Ada yang minum banyak ada yang tak tapi cuba jangan minum banyak sangat air. Cuba bernafas dengan betul. InshaAllah tak kan haus. Layan je track so mental tu tak pikir pasal badan and tekak. Bersyukurlah jika ada bukit dan gunung yang ada sumber air jadi boleh refill air sungai untuk minum. Tapi hati2 amik air tengah2 skit jangan tepi2 sungai.

4. First Aid Kit.Even if the organiser have a designated First Responder, it is advisable to have your own kit.The First Responder might be hiking some distance away from you when you need first aid. Ada yang malas bawak kalau boleh beli lah satu bukan mahal pun below RM50 je. Yang basic je dalam tu ada plaster, bandage dan kapas merawat luka dan krim antiseptik. Benda ni nampak leceh je? Aha..tapi kita akan perlu bila terluka jatuh atau terseliuh kaki tu..

5. Headlamp.Even if the hike is scheduled to end much earlier, it is still advisable to take a headlamp along for emergencies which might hold you or slow you down until after day light hours. Walaupun siang bawak la..sebab dalam hutan bila hujan gelap. So headlamp ni membantu.

6. Survival Kit;Whistle, matches or lighter and a small knife.A cheap whistle will do for a start.Even a cheap whistle is much louder and goes further than your voice, and less tiring too.One blow of the whistle if you are looking for other hikers.Two blows to tell them your position and three blows means you are calling them to come to you as fast as they can.These 3 items should be on your body at all times, not in your bag. Ada article pasal cegah sesat dalam hutan sy up ritu bacalah if ada masa. (Rujuk link kat bawah)

Optional (pilihan suka hati nak bawak pun boleh tak bawak pun takdehal nya)


1. Hiking Pole is a personal choice.Some like them and some don’t but it helps if you have knee problem. Kalau lutut jenis goyang bawak lah..naik mungkin tak perlu tapi bila turun bukit atau gunung masa tu lah kesakitan tu bole rasa. If ada masalah lutut pakai la knee guard or taping ngan kinesiotape.

2. Food.Depending on the length of the hike.On longer hikes, it is advisable to consume a small portion of food every hour or so.That way, you will have a level reserve of energy throughout the hike rather than one big meal which might make you feel bloated and uncomfortable. Sebelum hiking tu makanlah sikit ni penting untuk elak pening pitam. Pernah ada kes abam bomba selamatkan remaja kat mana ntah sy tak ingat sebab rasa nak pengsan pitam. Bila tanya sakit ke? Tak pun cuma lupa nak makan...kan dah menyusahkan orang tuu  (ni pemikiran aku lah) malu tau..so kena makan.  Bawak juga gula2 coklat kismis kurma menambah tenaga. Kalau rasa nak pitam pening keletihan kunyah je coklat2 and gula2 tu. Lagi satu sampah sila simpan dalam beg or poket. Jangan buang merata2.
3. Rain Gear.If u don’t like hiking in the rain. Baju hujan sebenarnya wajib kalau jenis beg takda rain cover.
4. Bug Gear. . Jika perlu.
5. Leech socks. Yang penakut and geli ngan lintah pacat bawaklah..itu pun geli ke? Hek elehh..😂
6. Insect Repellent. Jika perlu
7. Glove, hats, caps, gaiters and so many other articles of clothing which is also personal choice of individuals.
8. Minyak angin atau minyak aromatherphy. Sapu time pening nak pitam tu boleh membantu. Mujarab elak pitam pewai.Jika kena gigit serangga pun boleh sapu.

Friday, 17 May 2019

GUNUNG LIANG TIMUR & LIANG BARAT




Nama Gunung: Liang
Lokasi: Tanjung Malim, Perak
GPS Starting Point: 3.798311, 101.520982
Ketinggian: 1933 mdpl
Jarak sehala: ~9.4km


Assalamualaikum WBT

31 Mac 2019- 1 April 2019 Hakak ke Tanjong Malim untuk menyertai Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan seluruh Negeri Perak.. Akak salah satu peserta yang menyertai Program mereka dan dianggarkan seramai 40 peserta pada hari tersebut..

Gunung Liang ini terletak di daerah Tanjung Malim.. Ketinggiannya pula ialah 1933 asl.. Tinggi jugak tu.. Tempoh masa pendakian pula selama 2 hari 1 malam atau lebih. Starting point pula ada dua – daripada Sungai Dara dan Sungai Bill.. Akan tetapi, trip kali ini kami dari Sungai Dara. Hakak pun tak tahu Sungai Bill tu kat mana. Denai laluan pula boleh dikatakan mudah.. Sesuai untuk pendaki yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki gunung yang perlu bermalam. Lori/4WD diperlukan untuk ke Loji Sungai Dara iaitu kaki gunungnya.. Tapi, kami ligan naik kereta je.. Nasib la hakak naik kete Krill Komando.. Mmg Power la..

Kami diarahkan untuk bekumpul di kawasan starting point iaitu Empangan Kg Sungai Dara untuk pembahagian makanan tengahari serta taklimat dari penganjur Program iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Perak..



Nih gang-gang hakak
Azam, Krill, CC Man, Dilla Dolisa & Diella Hasan
 

 Briefing dari Jabatan Perhutanan


Start trekking jek terus menaik cenggini. Tapi just nak lepaskan pagar tu jek.


Daripada starting point, kira-kira 4 jam dok bergelumang dengan Cik2 Pacat, tibalah kami ke check point pertama iaitu kem Lubuk Hantu.. Tibanya di Lubuk Hantu, Kami mengambil kesempatan untuk lunch pack di sini.. 





Rehat-rehat tetibe tepikir nak lepak je kat Kem Lubuk Hantu ni.. So kami ber 5 bepakat untuk tinggal disitu dan tidak mengikuti peserta yang lain untuk ke Kem 7E.. 4 peserta dari Group lain jugak tidak menyertai dan mengikut kami untuk tinggal di Kem Lubuk Hantu.. Bermulalah acara mandi Sungai dan acara Masak Memasak..



Aman tak terkata, mandi sampai lebam kami ber 5 dan jugak salah satu peserta yang tinggal berhampiran dengan khemah kami..  Kem ini juga sesuai untuk bermalam memandangkan campsite yang agak luas dan berhampiran dengan sungai.. Kalau korang overtime/kecemasan dan perlu bermalam sebelum keluar, campsite ini mungkin menyelamatkan anda semua..

Malam semakin tiba, masing-masing nak berehat kerana kami bercadang untuk naik ke Kem 7E jam 2 pagi.. Tibanya Jam 1 pagi, hujan serta guruh turun dengan lebat.. Akhirnya hujan pun reda Jam 3 pagi.. Akan tetapi kami hanya ber 4  yang ingin meneruskan perjuangan untuk sampai ke puncak..



 Sepanjang laluan pendakian dari Kem Lubuk Hantu  Memang Pacak je pun.. Bertabah lah ye.. Pewai xtau nak kata.. Benti saja pun... Yang paling pewai Azam le.. Sape ke lagi.. Kentalnya Azam nih sampai tekad gak nak teruskan pejuangan.. 4 Jam oooo bertabah nak sampai ke Kem 7 E.. Akhirnya kami tiba di Kem 7E  jam 7 pagi dan terus masak air.. Makan roti dan berehat sekejap untuk meneruskan pendakian kami ke Puncak..

Kem 7E ini sesuai untuk bermalam disini sebab tempatnya lapang dan boleh memuatkan maksimum 35 orang.. Selain itu ada water point tapi perlu turun sikit lebih kurang 2 minit..



 Dari 7E ke puncak sememangnya menjanjikan pemandangan hutan tropika yang sebenar kerana di sini terdapatnya lumut yang tumbuh meliar.. Tambahan pula, semakin hampir dengan puncak keadaan semakin sejuk dirasai kerana ketika itu suhu dikatakan mencecah kira-kira 16 darjah Celsius dan berkabus tebal. Sebaik saja tiba di puncak Liang Timur kelihatan sebuah beirut yang menandakan itulah puncaknya..


Sempat bergambar sebelum sampai ke Puncak
Tahniah Diella Hasan


Perjalanan diteruskan dalam 5 minit untuk ke Puncak 
Liang Barat... Selesai bergambar kami begerak untuk turun ke Kem..


 Kami berempat je...

Gigih bawak Board Liang Timur ke Liang Barat...

Alhamdullilah, selesai Misi akak ke Liang.. Next kita sambung ke Tumang Batak ok..
Moh Jom Balik Kem Hantu....



Gambar-gambar OTW balik ke Pintu Rimba




Log Perjalanan :
30 Mac 2019
 9.50am - Start trecking melintasi empangan
12pm - Tiba di Lubuk Hantu
1pm - Lunch di Lubuk Hantu


1 April 2019
3am - Bertolak / start trecking
7am - Tiba di Kem 7e / Bermalam
7.30am - Bertolak dari Kem 7e ke puncak
8.30am - Sampai di Puncak Liang Barat
8.40am- Ke Puncak Liang Timur.
9am - Bertolak turun ke Kem 7e
11am - Tiba di Kem 7e / berkemas
1.30pm - Tiba ke Lubuk Hantu
2.30 - Rehat & Makan
3pm - Bertolak keluar ke Empangan / Starting point
5pm - Tiba di empangan / mandi / kemas barang
6pm - Bertolak balik Ipoh

PESANAN DARI HAKAK
Gunung itu sahabat kita, seorang sahabat tidak akan menakluk sahabatnya. "Menakluk" itu sebenarnya bermaksud, menakluk diri sendiri, menakluk keegoan diri, menakluk fizikal, mental, emosional dan spiritual diri sendiri. Bila mendaki kita penat dan kita bersabar, bila kena hujan barang-barang habis basah kita bersabar, bila jatuh atau luka kita bersabar, kita semakin sedar bahawa kita ni sebenarnya hanyalah insan yang kerdil yang tidak ada nilai apa-apa melainkan redha Allah terhadap kita.

Wednesday, 8 May 2019

Gunung Tambora, Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia

Assalamualaikum Wahai Pencita Gunung Semua..
Sudah lama akak tak memblog dan becerita.. Nak ingat balik semula tentang perjalanan kali ni rasanya tak teringat rasanya.. Al-maklum akak dah tua, lost memory org kata.. Sekejap ingat, sekejap tak ingat.. So, yang salah tentang perjalanan akak, akak mohon maaf ya... 
 Pada mulanya akak dan kawan-kawan berhajat untuk pergi ke Gunung Rinjani, tapi atas sebab Gunung Rinjani tutup akibat gempa bumi jadi Hasrat untuk jejak ke Gunung Rinjani bertukar ke Gunung Tambora.. So jangan ingat Gunung Tambora ni senang nak naik ye.. Bukan calang-calang rupanya gunung ini dan Merupakan Kawah Gunung yang terluas di Indonesia..
Gunung Tambora, Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia
Gunung Tambora bukan wishlist akak sebenarnya.. Tapi sekarang akak dah seronok becerita pada kawan-kawan untuk pergi ke sana.. Allahu, pemandangan yang akak amat teruja dan akak rasa nyaman seperti nak je menetap di tempat saujana tu.. Bebalik cerita Ke Tambora ni, Setibanya Lapangan Terbang antarabangsa Lombok jam 8 mlm kami dijemput oleh Oceng si Jurupandu yang segak dan bergaya ini menuju ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Semenanjung Pulau Sumbawa Utara..
Perjalanan akak ni memakan masa 9-10 jam dan lebih.. Jauh nun di Hujung Lombok.. Tu hah peta perjalanan akak..
Perjalanan memakan masa yang amat panjang dan meletihkan selama 9-10 jam.. Naik feri ke seberang dari lombok selama 2 jam.. Tu je dah rasa bosan sehingga kami tidur keletihan di atas feri dan Van yang kami naiki..
Perjalanan dari Pintu Rimba ke Puncak Tambora
Khamis, 11 April 2019 Jam 4 ptg, Kami tiba di Pulau Sumbawa ni dan terus ke Balai Taman Nasional Tambora di Desa Pancasila, Nusa Tenggara Barat untuk mendaftar nama dan terus menuju ke Homestay untuk bersiap serta menukar pakaian Hiking.. Letih tak ilang tapi semangat tu diteruskan jugak.. 
  Selamat Datang buat Pendaki-pendaki Malaysia
Nampak tak muka hakak yang syiok naik motor.. Mencabar kot sebab laluan ke Pintu Rimba dah serupa Laluan Motorcross Trek yang mencabar..
Kami dibawa menaiki Motosikal selama 30-40 minit sehingga ke Pintu Rimba.. Pada masa itu, hujan rintik2 diikuti turun sangat lebat dan membuatkan baju serta beg menjadi berat dan teramat kotor.. Cekal jugak akak dan redho untuk starting point dari awal pintu rimba bersama rakan-rakan seperjuangan..
Terdapat 2 laluan starting point (Pancasila & Oi Bura).. Guide membawa kami ke laluan Oi Bura dan disana kami melalui Pos 1 (1 jam), Pos 2 (2 jam) dan Pos 3 (2 jam).. Laluan Mendaki pada awalnya agak semak dan bersimen menyukar untuk mendaki kerana agak licin ketika itu.. Tambahan lagi jalan banyak ditutupi belukar dan susah untuk dilalui.. Miangnya tak tau la nak cakap.. Hujan mulai berhenti di Pos 2 dan mulai gelap sebaik tiba Jam 6.30 petang.. Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dan berhenti bagi menghormati azan maghrib. Akak, Abg Brad serta 2 Sweeper tiba di Pos 3 Jam 8.30 malam..
Jumaat 12 April 2019, bergerak ke Pos 4 jam 3 pagi. Pendakian kali ini agak memacak dan keadaan sekeliling dikelilingi pokok-pokok tinggi.. Diingatkan bahawa pokok jelatang ada dimana-mana saja... Amatlah sakit dan menjadi gatal bila terkena pada kulit badan.. Jeritan rakan-rakan terkena daun jelatang memecah hening yang agak sunyi.. Mana taknya, merana menanggung sakit.. Daunnya yang lebar dan banyak tumbuh merata tempat.. Berhati-hatilah melalui jalan ke Pos 3 dan Pos 4.. Walaupun masih berhati-hati dalam terkena daun ini, akak masih jugak terkena daun jelatang ni.. Allahu sakit namatey...

Pos 4 ke 5, Pohon-pohonnya agak tinggi dan jalur pendakiannya agak jelas bila dilihat.. Di Pos 5 kami berhenti untuk solat subuh dan bergerak setelah selesai semuanya..

Udara pagi untuk menuju ke puncak Tambora sungguh nyaman sekali.. Sesekali terdengar angin melambai-lambai di pepohon dan burung-burung berkicauan.. Jalur pendakian tampak lebih jelas dengan rumput-rumput kehijauan saujana.. Ya allah, cantik sungguh lukisanmu.. 
Sesekali akak berehat untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan..
Keja nak menangkap gambar je la..
 Temenung sendirian
Perjalanan diteruskan sehingga bertemu batu kerikil dan pasir.. Masa tu dah rasa letih yaamat.. Kene pakai 2 tongkat gamaknya.. Sekali kau naik, 3 kali turun ke bawah balik..
  
Batuan berukuran kerikil dan pasir yang cukup gembur kini berganti dengan yang cukup padat. Angin semakin kencang dan suhu udara benar-benar dingin.. Perjalanan ini benar-benar menggunakan tenaga yang kuat.. Bau sulfur dan terasa sakit di Hidung.. Dari kejauhan sebelah kiri nampak dah dinding kaldera sekaligus titik puncak Gunung Tambora.. Di kejauhan akak dah nampak rakan-rakan sudah tiba di puncak.. Alamak, jauhnye Ya Allah.. Bertabah la Dilla.. Menyusul kemudian, sebuah lubang berwarna hitam pekat yang sangat luas mulai terlihat di sisi kiri..  Akak, Abg Brad serta Farah orang yang terakhir tiba tepat di bibir kaldera Tambora.. Angin semakin kencang dan suhu udara semakin dingin.

  Menunggu ketibaan Farah dan Abg Brad..
Sama-sama naik ke Puncak Tambora
Kami meneruskan perjalanan  ke puncak Tambora, titik tertinggi yang berada pada ketinggian 2.850 mdpl.. Semakin kami mendekati titik tertitinggi tersebut, angin semakin kencang dan udara dingin semakin menusuk..  Akhirnya  tiba di Puncak Tambora tepat pukul 9.30 pagi.. Berehat sekejap serta mengambil gambar tu dah menjadi wajib.. Bukan senang oooo nak sampai sini.. Rakan-rakan yang lain sudah lama sampai dan mereka hanya berehat dan menunggu  akak mengambil gambar sepuas hati..
Alhamdullilah

Angin di puncak terlalu kencang dan sejuk dan memaksa kami selesai untuk turun dan kembali ke Pos 3.. Perjalanan pulang mengambil masa 2-3 jam untuk ke Pos 3.. Cuaca masa tu memang sejuk diikuti matahari mulai naik.. 
KEMBALI KE BASECAMP (Pos 3)
Perjalanan menurun dari bibir kaldera cukup susah untuk dilalui.. Trek pasir dan batuan kerikil yang cukup gembur dan Angin kencang  menerbangkan pasir dan batuan halus ke arah kami dan masuk ke dalam mata.. Turun memang la senang tapi berhati-hati takut2 jatuh terkena batu-batu yang agak tajam dan licin.. Terdapat sebuah tugu in memoriam dalam perjalanan pulang.. Sempat begambar sekejap.. Masa pergi akak tak sempat nak bergambar, so buat kenangan lah ye..
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti sejenak di aliran sungai ini di Pos 5. Akak panggil Kolam ini Kolam Bunian.. Sangat cantik kolamnya..
Perjalanan diteruskan untuk pulang ke Pos 3.. Sampai di Pos 3 dalam Jam 1.30 Tgh hari.. Kumpulan Akak ingin berehat di Pos 3 dan ingin pulang keluar pada hari esok.. Bermula la episod tidur dan membawang sehingga ke malam.. Dah tak tahu buat apa.
Bersama-sama pendaki Indonesia
Pos 3
Bersama pendaki-pendaki Indonesia
 
Waktu malam tiba kami bekumpul beramai-ramai serta makan malam yang disediakan Guide dan rakan-rakannya..
Seawal pagi kami bangun dan siap sedia untuk keluar menuju ke Pos 2 dan Pos 1 ..
Sebelum pulang, kami Bergambar beramai-ramai setelah berkemas untuk pulang keluar ..

 Alhamdullilah perjalanan kami selamat semuanya dan meneruskan misi kami seterusnya di Pulau Kenawa & Kaki Gunung Rinjani, Lombok Indonesia

Teknik mengatasi AMS (acute mountain sickness)

Ams merupakkan antara penyakit utama bagi mereka yang gemar mendaki gunung,
Faktor serangan Ams secara teorinya adalah berbeza-beza pada setiap individu,
Dan ada yang mengatakan ianya di sebabkan oleh Genetic,

Pada mereka yang sering mendaki keparas 3000m dan keatas, tidak semestinya kebal dari serangan AMS, Kerana jurang masa Bagi badan seseorang itu mampu bertahan pada tekanan atmosfera adalah pada sekitar 2 minggu. Bermakna, setiap dari individu mampu menyimpan kesuaian Aklimatisasi pada tempoh tersebut,

Ams mampu di atasi dengan teknik Aklimatisasi yang betul, secara amnya, Ramai pendaki yang tidak menekankan proses aklimatisasi dengan baik ketika melakukan aktiviti pendakian yang melebihi paras 3000m keatas,

Apa dia AKLIMATISASI?
Aklimatisasi ada satu proses atau upaya penyesuaian Fisiologi atau adaptasi dari satu organisma terhadap satu lingkungan baru,

Dan ianya adalah suatu keupayaan atau kemampuan organisma untuk mengawal morfologi, perilaku dan jalur metabolisma biokimia dalam tubuh untuk menyesuaikan pada lingkungan,

Aklimatisasi yang betul adalah dengan melakukan pergerakan perlahan dan terkawal dan berehat pada kadar sederhana, tidak mengambil masa terlalu lama, kadar bebanan sebolehnya di kurangkan agar mampu mengawal kadar tekanan pada tubuh ketika memasuki zone Ams (Acute mountain sickness) kawalan pernafasan yang teratur, langkah kaki yang sederhana, pengunaan tenaga yang minima, pada sesetengah kawasan.. Pergerakan perlu di minimakan, bergantung pada kadar kecuraman perjalanan,
Teknik atau pergerakan "Z" mampu meminimalkan tenaga sekiranya berdepan dengan denai yang curam, jauh lebih baik dari bergerak lurus,
Teknik ini juga di kenali sebagai (vertical cutter)

Walau bagaimanapun, setiap pendakian perlukan latihan asas bagi membantu anda untuk meningkatkan stamina, keupayaan stamina yang sedikit adakalanya amat memberi kesan pada pergerakan kita ketika mendaki, ini kerana hukum pendakian pada paras yang lebih tinggi adalah lebih mencabar kerana ianya merupakan satu perjalanan yang merentes Alttiude.. 

Semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu membuka minda anda untuk mencari lebih banyak info mengenai teknik pendakian yang Betul..
 Wajah-wajah keletihan di dalam Van

Berikut adalah Jadual Perjalanan kami semasa di Bumi Lombok, Indonesia
 
Trip Tambora & Pulau Kenawa
6D - 4N
10-16 April 2019

Day 1: 10 apr ~ Rabu
Hari Kedatangan: (Airport Lombok)
Pada hari pertama, Guide menjemput Anda dari tempat kedatangan Anda di Bandara, Pelabuhan Lembar, Senggigi, atau Pelabuhan Bangsal. Selanjutnya menuju pelabuhan kayangan menyeberang ke pelabuhan poto tano sumbawa, menyeberang ferry memakan waktu kurang lebih 2 jam.
Setelah tiba di sumbawa lanjut lagi menuju pancasila jalur pendakian tambora mount, memakan waktu kurang lebih 8-9 jam perjalanan, jika dari Bandara International Lombok kita akan tiba dalam Jam 11 - 12 Tgh Hari pada hari esoknya.

Day 2: 11 Apr ~ Khamis
Setelah tiba di basecamp tambora mount, berehat,mandi,makan,dan prepare barang hiking.
Setelah itu taxibike akan menghantar anda menuju pintu rimba. Dari pintu rimba ke pos 1 sekitar 1 jam, dari pos 1 ke pos 2 kurang lebih 2 jam, pos 2 ke pos 3 sekitar 3 jam , anda akan bermalam di pos 3
Seterusnya makan malam dan istirahat untuk persiapan menuju puncak

Day 3: 12 april ~ Jumaat
Pada pukul 03:00 am bersiap menuju ke puncak tambora mount. Untuk sampai di puncak memakan waktu kurang lebih 4 - 5 jam bergantung pace pendaki.
Setelah tiba di puncak tambora mount bergambar dan terus pulang menuju pos 3 untuk makan tgh hari dan bermalam untuk bekumpul tenaga untuk perjalan ke basecamp pada keesokkan pagi nya sambil menikmati sensasi hutan tambora yg sangat memanjakan mata

Day 4: 13 april ~ Sabtu
Pada esok pagi nya setelah sarapan dan berkemas barang  dan terus keluar menuju ke Pintu Rimba sekitar jam 8-9 pagi. Tiba di pintu rimba kurang lebih jam 1-2 petang.
Tiba di Homestay , makan tgh hari dan mandi/prepare barang untuk pulang.

Selanjut nya menuju SAVANA DORO CANGA dan mengambil gambar dengan beberapa kuda liar 
Lalu terus menuju ke pulau kenawa, Tiba di pelabuhan, menyeberang menuju pulau kenawa sekitar jam 1-2 pagi, untuk sampai di pulau kenawa memakan waktu sekitar 15 minute saja, selanjut nya berehat dan menikmati malam di pulau kenawa

Day 5 : 14 April ~ Ahad
Keesokan hari nya, mendaki Bukit Kenawa untuk mengambil gambar di bukit kenawa,  dan seterusnya snorkling dan menikmati alam bawah laut di pulau kenawa. Seterusnya menuju Desa Sembalun Lombok dan bermalam di Rumah Nenek Oceng pemandu Guide Tambora.

Day 6: 15 April ~ Isnin
Keesokan pagi nya menuju ke destinasi lainnya, pergi ke pulau-pulau.. Disebelah petang menuju ke Chalet Nuansa Rinjani, sEMBALUN, kABUPATEN lOMBOK tIMUR, nUSA TENGGARA dan bermalam..

Day 7: 16 April ~ Selasa
Hari yang terakhir, bersiap untuk pulang dan membeli souvenir khas di lombok untuk keluarga Di Malaysia dan
Balik ke Airport Lombok

PULAU KENAWA






VILLA NUANSA RINJANI
Sembalun, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara, Indonesia
(Villa yang sejuk dan nyaman di Kaki Gunung Rinjani)






Gambar-gambar lain





 Selesai, Jom Balik

Abg Brad, Cik Li, Abg Zaid, Diella Hasan, Kak Anna, Waheeda, Farah, Oceng N Krill

~~Semoga Kita Berjumpa lagi ya~~

Terima Kasih KAK ANNA Selaku Gogo dan suami Kak Anna (Abg Zaid) membawa kami ke sana dan merealisasikan Impian kami... Tq

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...