Monday, 20 January 2020

Tips Keselamatan Pendakian Gunung

Tips Keselamatan Pendakian Gunung


“Jangan Memperkecil Alam Semulajadi”

Pendakian gunung telah menjadi trend di kalangan keluarga, remaja dan warga emas yang mampu untuk melakukan aktiviti yang lasak serta menggunakan stamina yang banyak untuk menawan gunung yang tinggi atau rendah.. Nature guide juga disediakan untuk pendaki yang baru ingin menceburi bidang pendakian ini. Pendakian boleh dibuat secara individu atau berkumpulan untuk keselesaan masing-masing ketika mendaki.. Pendakian bukan sahaja merangkumi mendaki tanah, tetapi perlu memanjat dan menyeberangi sungai untuk mencapai objektif iaitu kepuncak gunung atau bukit yang didaki.

1. Berjalan / Trekking Dengan Selamat

~Pastikan sentiasa berjalan di atas rentis sediada, dilarang membuka rentis baru.
~Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa amalkan buddy system (sistem berpasangan).
~Pastikan trekking tamat sebelum hari gelap, jika terpaksa berjalan dalam gelap pastikan berjalan dalam satu kumpulan besar.
~Memakai stokin panjang untuk mengelakkan pacat.
~Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan semasa trekking
~Dilarang membuat bising untuk mengelakkan ganguan kepada hidupan liar.
~Untuk keselamatan, membawa barang dengan tangan adalah tidak bersesuaian kerana tangan tidak sekuat bahu dan tulang belakang bagi tujuan membawa beban yang berat. Bagi tujuan keselamatan, tangan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bebas agar dapat melakukan perkara lain seperti memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis.
~Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana kebiasaannya kecederaan/ kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.
~Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP
S – Berhenti (stop)
T – Fikir (think)
O – Perhati (observe)
P – Rancang (plan)
Jangan berpecah dan sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya anda mudah dicari dan ditemui jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan pencari dan penyelamat mendengar atau melihat isyarat kecemasan anda.
~Sentiasa perhati langkah dan tempat anda berpijak atau berpaut.
~Kawal tingkahlaku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka.
~Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar.
~Rancang perjalanan dan bawa bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan tersorok di dalam beg.
~Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
~Jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir tangguh dan hentikan aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan, dirikan tempat perlindungan sementara (khemah atau fly sheet). Elakkan berlindung berhampiran pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.

2. Tips Kesihatan
~Digalakkan kepada bakal pendaki membuat persediaan fizikal sebelum cuba menawan Gunung2.. Antaranya ialah latihan jogging atau berjalan, berbasikal, berlari, berenang dan senaman adalah baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular individu. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu mambantu.
~Semasa ekspedisi setiap pendaki perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.
~Mempunyai fizikal dan kekuatan fizikal yang baik.
~Tiada masalah jantung dan pernafasan.
~Mempunyai lutut dan buku lali yang sihat dan baik.
~Berjalan mengikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan fizikal anda.
~Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat atau mempunyai masalah kesihatan.
~Setiap individu digalakkan mempunyai bekalan ubat dan minyak urut yang dibawa sendiri.

3. Iklim dan Cuaca

~Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119° Timur mengalami iklim jenis tropika.
~ Lazimnya iklim Malaysia terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monson barat daya dan musim monson timur laut ia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari lautan Hindi dan laut China Selatan.
~Lazimnya suhu harian adalah seragam sepanjang tahun iaitu antara 21°C hingga 32°C, namun di dalam hutan dan kawasan tanah tinggi pada waktu malam suhu boleh turun sehingga 15°C.
~Kelembapan adalah tinggi iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 2000mm setahun.
~Musim hujan di Gunung Tahan dan Gunung Benom biasanya antara November hingga Januari. Oleh itu disyorkan masa terbaik untuk pendakian adalah antara bulan Mac hingga Ogos.
~Diingatkan kepada pendaki Gunung Tahan dan Gunung Benom perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan cuaca.

4. Leave No Trace Ethics 
(Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)
Take Nothing But Picture, Leave Nothing But Foot Prints

Peningkatan populariti aktiviti lasak terutamanya pendakian gunung membawa kepada peningkatan jumlah pendaki. Dimana kebanyakkan kita tertarik untuk melibatkan diri kerana kecantikan, keaslian, dan keterpencilan sumber, bentuk muka bumi yang pelbagai serta cabaran yang terhidang adalah unik disamping pengalaman yang bakal ditempuhi menjadi kenangan seumur hidup.
Gunung-gunung ini adalah sumber semulajadi yang perlu dilindungi dan seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Jabatan berusaha menyedarkan orang ramai melalui penyebaran maklumat dan percaya jika masyarakat dididik mereka pasti akan membantu dalam usaha-usaha yang dibuat untuk melindungi dan mengekalkan sumber semulajadi.


a. Membuat Perancangan & Sentiasa Bersedia
~Dapatkan maklumat dari sumber yang sah berkenaan: keadaan laluan/ rentis, cuaca, peralatan yang perlu dan peraturan serta permit.
~Bersedia untuk sebarang kemungkinan, cuaca ekstrem, kemalangan dan kecederaan serta keperluan untuk menyelamatkan diri.
~Buat perancangan untuk makanan, peralatan perkhemahan, bahan api, dan bahan buangan.
~Pilih laluan sesuai mengikut keupayaan kumpulan, kemampuan fizikal dan pengalaman.
~ Beritahu rakan atau keluarga berkenaan perancangan anda.
~Jika boleh, bawa bersama dan tahu cara menggunakan peta, kompas dan global positioning system (GPS)

b. Berjalan & Berkhemah Di Atas Permukaan Sedia Ada Dan Tahan Lasak
** Di Atas Rentis:
- Gunakan rentis sedia ada, elakkan membuka rentis baru.
- Jalan di bahagian tengah rentis, walaupun ianya berair, berlopak atau berlumpur.
- Elakan memijak vegitasi lantai hutan.

**Di Tapak Perkhemahan:
- Gunakan tapak perkhemahan sedia ada, dilarang membuka kawasan baru.
- Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan.
- Di kawasan ’pristine’, kembangkan penggunaan bagi mengelakkan wujudnya tapak perkhemahan dan rentis baru.

c. Pelupusan Sampah & Sisa Manusia
- Bawa keluar apa-apa yang dibawa masuk. 
(Pack it in – Pack it out)
- Sisa makanan ditanam dalam lubang sekurang-kurangnya 30cm dan dikambus semula tanpa meninggalkan sebarang kesan.
- Bawa keluar tin-tin makanan dan tabung gas untuk memasak yang telah kosong. Jangan sekali-kali ditinggalkan.
- Jangan tinggalkan apa-apa sampah di atas rentis terutama bungkusan makanan yang dibuka ketika berhenti rehat
- Semasa berjalan kutip apa jua sampah/bahan asing yang tidak sepatutnya berada di atas rentis dan simpan untuk pelupusan yang sepatutnya.
- Bersihkan tapak khemah dari sampah sebelum anda meninggalkan kawasan perkhemahan termasuklah yang telah ditinggalkan oleh kumpulan terdahulu jika ada.
- Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang yang digali sedalam 20 cm atau sekaki dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan
- Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperi sabun dll.
- Ditempat-tempat yang di sediakan tandas, gunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin, selenggarakan dengan sempurna selepas guna dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan yang terdapat kemudahan tandas.
- Tuala wanita hendaklah dibungkus sebaiknya dan dinasihatkan supaya dibawa keluar. Elakkan dibuang di dalam hutan.

d. Tinggalkan Apa Yang Anda Lihat & Jumpa
- Biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan semulajadi.
- Biarkan segala batuan, bahan galian, tumbuhan, hidupan liar, serangga dan bahan sejarah atau artifak yang anda temui dalam keadaan semulajadi

e. Kurangkan Impak Unggun Api
- Unggun api dinyalakan di atas tapak atau bekas sediada dan menggunakan kayu yang dikutip dan telah sedia patah atau jatuh.
- Elakkan membuat unggun api yang terlalu besar.
- Gunakan dapur memasak mudah alih.

f. Hormati Hidupan Liar
- Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
- Perhati hidupan liar dari jarak yang selamat, jangan ikut atau menghampiri ia.
- Elakkan memberi makan atau meninggalkan makanan untuk dimakan hidupan liar.
- Lindungi hidupan liar dari makanan anda dengan menyimpannya di tempat selamat.

g. Bertimbang Rasa Terhadap Pendaki Lain
- Berkerjasama dan berkomunikasi dengan kumpulan pendaki lain.
- Elakkan bercakap atau ketawa terlalu kuat, kekalkan suara anda seminimum mungkin - bunyian alam lebih indah dari suara anda.
- Pastikan kumpulan anda berkhemah di satu kawasan, elakkan memasuki kawasan perkhemahan kumpulan lain.

Faedah Hiking

Friday, 17 January 2020

Hiking Pada Waktu Malam

Mendaki pada waktu malam menjadi pilihan bagi sesetengah pendaki semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit. Mendaki pada waktu siang hari tidaklah sesukar seperti mendaki pada waktu malam yang gelap kerana para pendaki lebih terdedah kepada risiko keselamatan dan bahaya yang tidak dijangka.

Tanpa ilmu tentang teknik mendaki yang cukup dan kemahiran survival yang tinggi, adalah agak merbahaya bagi para pendaki melakukan aktiviti mereka pada waktu malam. Menjejaki laluan trek mendaki pada waktu malam tidak semudah seperti pada waktu siang.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips peting yang boleh diikuti sebelum pendaki memulakan pendakian pada waktu malam. Setiap tips yang diketahui haruslah diingati sepenuhnya. Ikuti 10 tips di bawah ini sebagai panduan anda

1. PILIH LALUAN ATAU TEMPAT YANG PERNAH DILALUI
Kecuali jika anda benar-benar pakar dalam pendakian waktu malam, sebaiknya pilihlah laluan atau lokasi yang pernah dilakukan pada waktu siang. Pendakian pada waktu malam di laluan yang anda pernah lalui pada waktu siang hari akan mengurangkan risiko sesat.

2. PERGI SECARA BERKUMPULAN
HIKING1.jpg
Mendaki pada waktu malam di dalam kumpulan yang besar sebenarnya lebih selamat dan memberi keyakinan. Sekurang-kurangnya anda perlu ditemani oleh seorang rakan untuk membantu anda jika sebarang kejadian kecemasan yang tidak diingini berlaku. Risiko diserang oleh hidupan liar atau mungkin pemangsa yang tidak dijangka boleh berlaku jika anda berseorang.  Ketahui setiap ahli dalam kumpulan dan pastikan semua ahli dalam kumpulan sentiasa tidak berpecah.

3. KETAHUI WAKTU SESUAI MEMULAKAN PERJALANAN UNTUK MENIKMATI MATAHARI TERBIT
Kebanyakan pendaki memang berhajat untuk menikmati matahari terbit di waktu awal pagi yang indah. Jadi rancanglah perjalanan anda pada waktu yang tepat. Tidak seronoklah jika anda terburu-buru melakukan perjalanan pada waktu malam dengan bermacam risiko bahaya yang menanti. Anda boleh lakukan semakan waktu matahari terbit dengan aplikasi yang boleh dimuat turun. Contohnya di laman web www.sunrisesunset.com anda boleh lakukan semakan anggaran waktu matahari terbit.

4. PASTIKAN ANDA DITEMANI DENGAN CAHAYA BULAN
Mungkin tidak sesuai bagi mereka yang percayakan mitos bahawa bulan penuh mengundang hantu. Buang perasaan takut itu jauh-jauh kerana itu semua mitos sahaja. Cahaya dari bulan penuh amat penting sebagai lampu tambahan untuk pendakian.

5. CUACA
Lakukan semakan ramalan kaji cuaca lebih awal sebelum tarikh aktiviti mendaki. Mendaki pada waktu malam juga sebenarnya lebih dingin berbanding di waktu siang. Jika berlaku hujan, pendakian anda bukan sahaja boleh tergendala, malah keselamatan nyawa juga boleh mempengaruhi. Mengetahui keadaan cuaca penting untuk persediaan pakaian dan peralatan yang sesuai. Ia juga penting untuk mengetahui tahap keselamatan laluan yang bakal anda lalui. Anda juga perlu mengetahui tentang cara melindungi diri ketika berlaku hujan dan ribut petir kerana banyak kes terjadi para pendaki disambar petir ketika didalam hutan.

6.BERGERAK DENGAN BERHATI-HATI & PERLAHAN-LAHAN
Bergeraklah dengan perlahan-lahan kerana keadaan malam yang gelap menyukarkan dan membataskan pergerakan anda.  Mata manusia terbatas dan sukar untuk melihat dalam kegelapan. Jadi anda perlu lebih berhati-hati... Jangan berpecah ye..

7. MENGETAHUI KEADAAN SEKITAR
Anda perlu mengetahui keadaan tempat yang bakal anda lalui semasa mendaki. Buat pemerhatian jika kawasan tersebut mempunyai binatang buas berbahaya seperti beruang, babi hutan dan sebagainya. Adalah lebih elok jika anda tidak mendaki di kawasan tersebut jika mempunyai binatang buas. Jika masih ingin terus mendaki juga, sekurang-kurangnya anda boleh bersedia dengan senjata sebagai perlindungan diri. Jangan lupa bawa pisau rambo ye... Letak disisi pinggang anda..

8. SERANGGA KECIL
Pada musim kemarau yang lebih panas, serangga kecil seperti semut, nyamuk dan pepijat memang aktif. Pendaki perlulah bersedia dengan semburan atau losyen untuk lindungi diri dari gigitan serangga kecil. Boleh juga memakai pakaian jaket ‘lightweight’ untuk mengelakkan gigitan tersebut

9. PAKAIAN
Adalah amat penting untuk mengetahui jenis-jenis pakaian dan bot yang sesuai untuk aktiviti pendakian mengikut cuaca dan iklim. Pakai-pakaian yang sesuai seperti baju non-cotton, senang kering, baju jenis wicking dan sebagainya. Kasut bot anda mestilah dapat memberikan ketangkasan dan kestabilan anda sepanjang perjalanan dengan penuh keselesaan. Pakaian yang berlapis adalah penting untuk mengelakkan keadaan cuaca yang lebih sejuk pada waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda ke kawasan tanah tinggi.

10. PERALATAN
Antara peralatan hiking yang penting pada waktu malam ialah headlamp dan bateri. Pastikan bekalan bateri cukup untuk sepanjang perjalanan anda. Lampu boleh dipakai sama ada lampu kepala atau lampu suluh. Peta, kompas, pisau poket, mancis/lighter dan fire starter antara peralatan kecil yang perlu dipastikan sentiasa ada. Jangan lupa membawa sedikit bekalan makanan untuk mengelakkan rasa lapar semasa dalam perjalanan.

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...