Friday, 17 January 2020

Hiking Pada Waktu Malam

Mendaki pada waktu malam menjadi pilihan bagi sesetengah pendaki semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit. Mendaki pada waktu siang hari tidaklah sesukar seperti mendaki pada waktu malam yang gelap kerana para pendaki lebih terdedah kepada risiko keselamatan dan bahaya yang tidak dijangka.

Tanpa ilmu tentang teknik mendaki yang cukup dan kemahiran survival yang tinggi, adalah agak merbahaya bagi para pendaki melakukan aktiviti mereka pada waktu malam. Menjejaki laluan trek mendaki pada waktu malam tidak semudah seperti pada waktu siang.

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips peting yang boleh diikuti sebelum pendaki memulakan pendakian pada waktu malam. Setiap tips yang diketahui haruslah diingati sepenuhnya. Ikuti 10 tips di bawah ini sebagai panduan anda

1. PILIH LALUAN ATAU TEMPAT YANG PERNAH DILALUI
Kecuali jika anda benar-benar pakar dalam pendakian waktu malam, sebaiknya pilihlah laluan atau lokasi yang pernah dilakukan pada waktu siang. Pendakian pada waktu malam di laluan yang anda pernah lalui pada waktu siang hari akan mengurangkan risiko sesat.

2. PERGI SECARA BERKUMPULAN
HIKING1.jpg
Mendaki pada waktu malam di dalam kumpulan yang besar sebenarnya lebih selamat dan memberi keyakinan. Sekurang-kurangnya anda perlu ditemani oleh seorang rakan untuk membantu anda jika sebarang kejadian kecemasan yang tidak diingini berlaku. Risiko diserang oleh hidupan liar atau mungkin pemangsa yang tidak dijangka boleh berlaku jika anda berseorang.  Ketahui setiap ahli dalam kumpulan dan pastikan semua ahli dalam kumpulan sentiasa tidak berpecah.

3. KETAHUI WAKTU SESUAI MEMULAKAN PERJALANAN UNTUK MENIKMATI MATAHARI TERBIT
Kebanyakan pendaki memang berhajat untuk menikmati matahari terbit di waktu awal pagi yang indah. Jadi rancanglah perjalanan anda pada waktu yang tepat. Tidak seronoklah jika anda terburu-buru melakukan perjalanan pada waktu malam dengan bermacam risiko bahaya yang menanti. Anda boleh lakukan semakan waktu matahari terbit dengan aplikasi yang boleh dimuat turun. Contohnya di laman web www.sunrisesunset.com anda boleh lakukan semakan anggaran waktu matahari terbit.

4. PASTIKAN ANDA DITEMANI DENGAN CAHAYA BULAN
Mungkin tidak sesuai bagi mereka yang percayakan mitos bahawa bulan penuh mengundang hantu. Buang perasaan takut itu jauh-jauh kerana itu semua mitos sahaja. Cahaya dari bulan penuh amat penting sebagai lampu tambahan untuk pendakian.

5. CUACA
Lakukan semakan ramalan kaji cuaca lebih awal sebelum tarikh aktiviti mendaki. Mendaki pada waktu malam juga sebenarnya lebih dingin berbanding di waktu siang. Jika berlaku hujan, pendakian anda bukan sahaja boleh tergendala, malah keselamatan nyawa juga boleh mempengaruhi. Mengetahui keadaan cuaca penting untuk persediaan pakaian dan peralatan yang sesuai. Ia juga penting untuk mengetahui tahap keselamatan laluan yang bakal anda lalui. Anda juga perlu mengetahui tentang cara melindungi diri ketika berlaku hujan dan ribut petir kerana banyak kes terjadi para pendaki disambar petir ketika didalam hutan.

6.BERGERAK DENGAN BERHATI-HATI & PERLAHAN-LAHAN
Bergeraklah dengan perlahan-lahan kerana keadaan malam yang gelap menyukarkan dan membataskan pergerakan anda.  Mata manusia terbatas dan sukar untuk melihat dalam kegelapan. Jadi anda perlu lebih berhati-hati... Jangan berpecah ye..

7. MENGETAHUI KEADAAN SEKITAR
Anda perlu mengetahui keadaan tempat yang bakal anda lalui semasa mendaki. Buat pemerhatian jika kawasan tersebut mempunyai binatang buas berbahaya seperti beruang, babi hutan dan sebagainya. Adalah lebih elok jika anda tidak mendaki di kawasan tersebut jika mempunyai binatang buas. Jika masih ingin terus mendaki juga, sekurang-kurangnya anda boleh bersedia dengan senjata sebagai perlindungan diri. Jangan lupa bawa pisau rambo ye... Letak disisi pinggang anda..

8. SERANGGA KECIL
Pada musim kemarau yang lebih panas, serangga kecil seperti semut, nyamuk dan pepijat memang aktif. Pendaki perlulah bersedia dengan semburan atau losyen untuk lindungi diri dari gigitan serangga kecil. Boleh juga memakai pakaian jaket ‘lightweight’ untuk mengelakkan gigitan tersebut

9. PAKAIAN
Adalah amat penting untuk mengetahui jenis-jenis pakaian dan bot yang sesuai untuk aktiviti pendakian mengikut cuaca dan iklim. Pakai-pakaian yang sesuai seperti baju non-cotton, senang kering, baju jenis wicking dan sebagainya. Kasut bot anda mestilah dapat memberikan ketangkasan dan kestabilan anda sepanjang perjalanan dengan penuh keselesaan. Pakaian yang berlapis adalah penting untuk mengelakkan keadaan cuaca yang lebih sejuk pada waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda ke kawasan tanah tinggi.

10. PERALATAN
Antara peralatan hiking yang penting pada waktu malam ialah headlamp dan bateri. Pastikan bekalan bateri cukup untuk sepanjang perjalanan anda. Lampu boleh dipakai sama ada lampu kepala atau lampu suluh. Peta, kompas, pisau poket, mancis/lighter dan fire starter antara peralatan kecil yang perlu dipastikan sentiasa ada. Jangan lupa membawa sedikit bekalan makanan untuk mengelakkan rasa lapar semasa dalam perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...