Tips Keselamatan Pendakian Gunung
“Jangan Memperkecil Alam Semulajadi”
Pendakian gunung telah menjadi trend di kalangan keluarga, remaja dan warga emas yang mampu untuk melakukan aktiviti yang lasak serta menggunakan stamina yang banyak untuk menawan gunung yang tinggi atau rendah.. Nature guide juga disediakan untuk pendaki yang baru ingin menceburi bidang pendakian ini. Pendakian boleh dibuat secara individu atau berkumpulan untuk keselesaan masing-masing ketika mendaki.. Pendakian bukan sahaja merangkumi mendaki tanah, tetapi perlu memanjat dan menyeberangi sungai untuk mencapai objektif iaitu kepuncak gunung atau bukit yang didaki.
1. Berjalan / Trekking Dengan Selamat
~Pastikan sentiasa berjalan di atas rentis sediada, dilarang membuka rentis baru.
~Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa amalkan buddy system (sistem berpasangan).
~Pastikan trekking tamat sebelum hari gelap, jika terpaksa berjalan dalam gelap pastikan berjalan dalam satu kumpulan besar.
~Memakai stokin panjang untuk mengelakkan pacat.
~Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan semasa trekking
~Dilarang membuat bising untuk mengelakkan ganguan kepada hidupan liar.
~Untuk keselamatan, membawa barang dengan tangan adalah tidak bersesuaian kerana tangan tidak sekuat bahu dan tulang belakang bagi tujuan membawa beban yang berat. Bagi tujuan keselamatan, tangan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bebas agar dapat melakukan perkara lain seperti memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis.
~Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana kebiasaannya kecederaan/ kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.
~Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP
T – Fikir (think)
O – Perhati (observe)
P – Rancang (plan)
Jangan berpecah dan sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya anda mudah dicari dan ditemui jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan pencari dan penyelamat mendengar atau melihat isyarat kecemasan anda.
~Sentiasa perhati langkah dan tempat anda berpijak atau berpaut.
~Kawal tingkahlaku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka.
~Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar.
~Rancang perjalanan dan bawa bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan tersorok di dalam beg.
~Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
~Jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir tangguh dan hentikan aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan, dirikan tempat perlindungan sementara (khemah atau fly sheet). Elakkan berlindung berhampiran pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.
2. Tips Kesihatan
~Digalakkan kepada bakal pendaki membuat persediaan fizikal sebelum cuba menawan Gunung2.. Antaranya ialah latihan jogging atau berjalan, berbasikal, berlari, berenang dan senaman adalah baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular individu. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu mambantu.
~Semasa ekspedisi setiap pendaki perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.
~Mempunyai fizikal dan kekuatan fizikal yang baik.
~Tiada masalah jantung dan pernafasan.
~Mempunyai lutut dan buku lali yang sihat dan baik.
~Berjalan mengikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan fizikal anda.
~Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat atau mempunyai masalah kesihatan.
~Setiap individu digalakkan mempunyai bekalan ubat dan minyak urut yang dibawa sendiri.
~Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119° Timur mengalami iklim jenis tropika.
~ Lazimnya iklim Malaysia terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monson barat daya dan musim monson timur laut ia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari lautan Hindi dan laut China Selatan.
~Lazimnya suhu harian adalah seragam sepanjang tahun iaitu antara 21°C hingga 32°C, namun di dalam hutan dan kawasan tanah tinggi pada waktu malam suhu boleh turun sehingga 15°C.
~Kelembapan adalah tinggi iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 2000mm setahun.
~Musim hujan di Gunung Tahan dan Gunung Benom biasanya antara November hingga Januari. Oleh itu disyorkan masa terbaik untuk pendakian adalah antara bulan Mac hingga Ogos.
~Diingatkan kepada pendaki Gunung Tahan dan Gunung Benom perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan cuaca.
4. Leave No Trace Ethics
(Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)
Take Nothing But Picture, Leave Nothing But Foot Prints
Peningkatan populariti aktiviti lasak terutamanya pendakian gunung membawa kepada peningkatan jumlah pendaki. Dimana kebanyakkan kita tertarik untuk melibatkan diri kerana kecantikan, keaslian, dan keterpencilan sumber, bentuk muka bumi yang pelbagai serta cabaran yang terhidang adalah unik disamping pengalaman yang bakal ditempuhi menjadi kenangan seumur hidup.
Gunung-gunung ini adalah sumber semulajadi yang perlu dilindungi dan seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Jabatan berusaha menyedarkan orang ramai melalui penyebaran maklumat dan percaya jika masyarakat dididik mereka pasti akan membantu dalam usaha-usaha yang dibuat untuk melindungi dan mengekalkan sumber semulajadi.
a. Membuat Perancangan & Sentiasa Bersedia
~Dapatkan maklumat dari sumber yang sah berkenaan: keadaan laluan/ rentis, cuaca, peralatan yang perlu dan peraturan serta permit.
~Bersedia untuk sebarang kemungkinan, cuaca ekstrem, kemalangan dan kecederaan serta keperluan untuk menyelamatkan diri.
~Buat perancangan untuk makanan, peralatan perkhemahan, bahan api, dan bahan buangan.
~Pilih laluan sesuai mengikut keupayaan kumpulan, kemampuan fizikal dan pengalaman.
~ Beritahu rakan atau keluarga berkenaan perancangan anda.
~Jika boleh, bawa bersama dan tahu cara menggunakan peta, kompas dan global positioning system (GPS)
b. Berjalan & Berkhemah Di Atas Permukaan Sedia Ada Dan Tahan Lasak
- Gunakan rentis sedia ada, elakkan membuka rentis baru.
- Jalan di bahagian tengah rentis, walaupun ianya berair, berlopak atau berlumpur.
- Elakan memijak vegitasi lantai hutan.
**Di Tapak Perkhemahan:
- Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan.
- Di kawasan ’pristine’, kembangkan penggunaan bagi mengelakkan wujudnya tapak perkhemahan dan rentis baru.
c. Pelupusan Sampah & Sisa Manusia
- Bawa keluar apa-apa yang dibawa masuk.
(Pack it in – Pack it out)
- Sisa makanan ditanam dalam lubang sekurang-kurangnya 30cm dan dikambus semula tanpa meninggalkan sebarang kesan.
- Bawa keluar tin-tin makanan dan tabung gas untuk memasak yang telah kosong. Jangan sekali-kali ditinggalkan.
- Jangan tinggalkan apa-apa sampah di atas rentis terutama bungkusan makanan yang dibuka ketika berhenti rehat
- Semasa berjalan kutip apa jua sampah/bahan asing yang tidak sepatutnya berada di atas rentis dan simpan untuk pelupusan yang sepatutnya.
- Bersihkan tapak khemah dari sampah sebelum anda meninggalkan kawasan perkhemahan termasuklah yang telah ditinggalkan oleh kumpulan terdahulu jika ada.
- Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang yang digali sedalam 20 cm atau sekaki dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan
- Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperi sabun dll.
- Ditempat-tempat yang di sediakan tandas, gunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin, selenggarakan dengan sempurna selepas guna dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan yang terdapat kemudahan tandas.
- Tuala wanita hendaklah dibungkus sebaiknya dan dinasihatkan supaya dibawa keluar. Elakkan dibuang di dalam hutan.
d. Tinggalkan Apa Yang Anda Lihat & Jumpa
- Biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan semulajadi.
- Biarkan segala batuan, bahan galian, tumbuhan, hidupan liar, serangga dan bahan sejarah atau artifak yang anda temui dalam keadaan semulajadi
e. Kurangkan Impak Unggun Api
- Unggun api dinyalakan di atas tapak atau bekas sediada dan menggunakan kayu yang dikutip dan telah sedia patah atau jatuh.
- Elakkan membuat unggun api yang terlalu besar.
- Gunakan dapur memasak mudah alih.
f. Hormati Hidupan Liar
- Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
- Perhati hidupan liar dari jarak yang selamat, jangan ikut atau menghampiri ia.
- Elakkan memberi makan atau meninggalkan makanan untuk dimakan hidupan liar.
- Lindungi hidupan liar dari makanan anda dengan menyimpannya di tempat selamat.
g. Bertimbang Rasa Terhadap Pendaki Lain
- Elakkan bercakap atau ketawa terlalu kuat, kekalkan suara anda seminimum mungkin - bunyian alam lebih indah dari suara anda.

No comments:
Post a Comment