IDEA TETIBER ....
Bebalik ceritanya......
Tetiberr jumaat Malam terasa nak melihat sendri terowong Yang Kak Ja selalu buat... So dgn tekad, bgtau abam Mosyaz and bepakat ngan Adela nk join... ☺️☺️☺️
Excited nya....Tasaba nk melihat sndri terowong2 yang diviral skrg ni dan hasrat meneroka terowong-terowong ini. Awal pagi dah sampai di Bandar Taiping dan Parking kereta di Sekolah kebangsaan Changkat Larut. Bekumpul dan bermulalah pengembaraan menuju Terowong.
Kenapa Terowong ?
Laluan keretapi ini sungguh menggamit memori kepada yg pernah menaiki keretapi. Terowong-terowong ini dibina selepas 1890 dan dibuka 1905.
Sebelum landasan keretapi berkembar siap diguna, terdapat 4 terowong (dipanggil Lubang Gelap) di laluan keretapi dari Taiping ke Kuala Kangsar.
Terowong 1 terletak di Air Kuning, kira kira 15 minit dari stesen Taiping.
Terowong 2 terletak selepas Stesen Bukit Berapit, begitu juga Terowong 3 dan 4.
Stesen Bukit Berapit diguna untuk tren berhenti sebentar untuk menunggu Loko dari Kuala Kangsar (jika menuju ke utara) untuk membantu tren mendaki kawasan berbukit dari Stesen Bukit Berapit hingga ke Stesen Taiping. Keadaan Stesen Bukit Berapit sekarang terbiar dan tidak terjaga.
Sejak lepas Perang Dunia Ke 2 hingga ke tahun 90an, semua 4 terowong ini adalah 'sasaran penting'.
Terdapat satu detachment tentera ditugaskan menjaga terowong terowong tersebut. Mereka ditempatkan di Stesen Bukit Berapit serta di antara Terowong 3 dan 4. Terowong 1 adalah tanggungjawab kepada pasukan tentera di Taiping.
Laluan
Selepas bermula dari SK Changkat Larut, 1.8km selepas itu, kami mula memasuki trek lama. Binaan masih kukuh.
Berlari dari situ hingga berjumpa terowong 1. Terowong ini boleh berlari di dalamnya. Keluar dari terowong 1, laluan adalah denai batu kesan tinggalan landasan. Kelihatan kebun dan hutan kiri dan kanan.
Jarak terowong 1 ke Stesen Bukit Berapit adalah beberapa kilometer. Terdapat tinggalan tangga hentian Bukit Gantang. Permandangan lereng Bukit, laluan yg mendamaikan. Ada satu jambatan Tinggi merentasi air terjun. Saya pilih turun ke air terjun memandangkan terasa gayat atas jambatan.
Selepas jambatan, laluan adalah trek bekas landasan yg bersebelahan dengan hutan. Kami menikmati pemandangan dan teruja Berlari dan berjalan dengan pelbagai gambar. hingga ke Stesen Bukit Berapit. Sedih tengok stesen yg dibiarkan sepi.
Dari situ, laluan boleh berlari ke Terowong 2, ini lebih panjang dari terowong 1. Muka hadapan agak berlumpur, seterusnya tinggalan rel masih ada. Ini merupakan terowong yg paling panjang. Muka keluar hujung terowong pula bertakung air jernih.
Dari Terowong 2 ke terowong 3, Ada kawasan berair, dan tinggalan landasan masih kelihatan, Kami ikuti landasan lama ini yg selari dengan Highway, hingga bertemu Terowong 3.
Terowong 3 agak pendek dengan sebahagian nya telah dimasukki Lumpur kesan tanah runtuh berdekatan. Untuk keluar dari Terowong 3, kena lalu bahagian berlumpur setinggi lutut.
Dari Terowong 3, laluan agak bersemak, namun tinggalan rel jelas kelihatan. Bertemu dengan jambatan ke-2 yang lebih panjang dan tinggi di kampung Garpis. Gayat, Saya pilih ikut denai di bawah jambatan sebelum naik semula.
Sampai ke Terowong 4, yg agak pendek, dan terowong 4 paling kemas dan bersih. Dari terowong 4, kami berlarian/berjalan keluar dari landasan lama menuju ke jalan keluar, dengan permandangan Gunung Pondok dan Kilang Simen...
NOTA : SILA BERHATI-HATI KE SEMUA TEROWONG INI.. KERANA ADA BINATANG DUDUK/TERMENUNG/SINGGAH/BERTEDUH. PERNAH ADA TERSEREMPAK ULAR DI DALAM TEROWONG INI.
SEKIANNNNN
No comments:
Post a Comment